Saturday, March 19, 2005

BUSY WEEK

Penatnyaaaaaa......minggu ni memang busy giler...start dari hari Isnin, kena outstation ke Penang..nasib baik one day trip je sebab hari Selasa ada meeting, kalau tak mau kena overnight...tapi walaupun penat had a great time kat sana..sampai sana dalam pukul 11.00am terus ke destinasi kerja..pas tu ada orang belanja lunch makan mee udang Sungai Dua..best nya..dapat udang fresh yang besar-besar sekali...lepas lunch sambung kerja sikit sebelum dorang bawak pusing-pusing Chowrasta kar Penang Street...uishhhh pekena femes cendol kat sana..gerai kecik je kat tepi jalan..tapi orang queue mak datuk..panjangnya..itu pun kira orang makan lagi..mostly berdiri sebab bangku yang disediakan dah takde...penat berjalan kat Penang Street..bertolak ke airport..tapi sebelum tu sempat lagi singgah kat jalan nak ke Teluk Kumbar..buat apa..pi cari nasi dalca Tasha..uhhh sedapnya..apa lagi aku pun tapau la nasi dalca ngan lauk ayam dalca, ayam sambal, kurma kambing, kari daging dan ntah apa-apa lagi sayur....malam tu sampai je kat rumah tak tunggu lagi terus pulun ngan Ayip...memang saja tak kasi dia makan dulu...hehehehe...
Hari Rabu pagi aku dah terpacak kat KLIA nak ke KotaKinabalu..kat airport aku tenguk ramai keluarga ngan anak beranak..maklum la this week kan cuti sekolah so ramai la yang nak bercuti..bagus betul..sampai KK dalam kul 11.30am terus ke destinasi kerja..dorang semua dah siapkan lunch nasi minyak...sedapnya..lepas lunch teruskan kerja sekejap sebelum dorang hantar kat town. kitorang overnight kat sana...sebelum balik hotel singgah la kat the Famous Pasar Filifino yang jual macam-macam barang kraf, pearl dan crystal...aku dah banyak kali datang sini beli pearl so this time around aku tenguk-tenguk lak crystal..banyak yang latest design dari Swarozsky..apa lagi buat la design sendiri...lama la skit nak tunggu adik tu buatkan tapi puas hati..lepas tu pegi lak kat sebelah nak beli ikan masin...malam aku makan seafood kat Waterfront..order gak chicken wing..memang sedap..ingat nak tapau fresh udang tapi mengingatkan aku nak ke Kuching lak..takut la pulak ais tu cair..so tak jadi la nak beli....
Next morning kitorang ambik flight pagi ke Kuching, sampai je terus pergi ke destinasi kerja....nasib baik kerja cepat abis..so lepas tu dorang pun bawak la kitorang gi Pasar Satok beli ikan terubuk masin..aku lak ngidam makan mee Kolok..yang femes kat area Pasar Satok tu Mee Kolok atau Mee Sapi Hj. Salleh..restoran dia dekat ngan Pasar Satok tu senang nak cari..apa lagi terus je makan dengan lahapnya...lepas tu sempat lagi pergi Waterfront...sambil tenguk-tenguk barang kraf aku first time try makan Crab burger....ha...sekor soft shell crab tu digoreng rangup pas tu buat macam burger...rasanya....sungguh enak sekali....nyum nyum nyum...
Minggu depan pun aku busy gak....isnin ngan selasa ada seminar kena attend, rabu ngan khamis dah start periksa so kena gi Shah Alam nak monitor periksa, Friday dah kena gi Melaka ada Forum sampai Sabtu..dah la parents aku nak mai hari Jumaat tu..rasanya aku malas nak pergi Melaka tu..ye la..nanti hari Ahadnya aku dah nak bercuti....tenguk la camna......

Friday, March 11, 2005

TRIP TO NORTH


Ayip tengah cecah lutut in front of Fireblade Posted by Hello

Hari tu aku ada cerita yang Ayip pergi trip ke Utara..so ni lah antara gambar yang diambik oleh one of his hardcore bikers friend..dorang bertolak hari Sabtu pagi..terus ke Tapah then ke Grik..pas tu ke Pengkalan Hulu sebelum dorang ke Betong, Thailand....hmmm biasa la kalau dengar hardocre bikers punya cerita..memang tak larat nak layan..cecah lutut la..layan korner la...macam-macam..gambar ni diambil dari salah satu video shoot yang dorang buat..saja nak tunjuk kat aku yang dia korner cecah lutut...ha jangan memain...ye la selalunya aku buat-buat tak percaya bila dia dok excited bercerita..hehehehe..kesian lak kadang-kadang bila Ayip seronok-seronok cerita tapi aku buat tak layan..sebenarnya bukan sengaja..tapi ala-ala dengki gak...bukan apa sejak dia ada hobi ni 2 tahun lepas..aku rasa aku macam jadik bini nombor 2 lak...ye la..apa hal nya kalau tak pagi petang dok belek bini baru nombor 1 dia tu...ha nama bini baru dia tu YAMAHA R1..sebijik motor Rossi tau kalau nak tau..siap nombor plet pun pakai 46 lagi....ha tak jeles cam tu...tapi sebenarnya..aku paham..dia selalu kata kat aku, daripada hobi dia dok layan perempuan lain baik dia layan motor....sekarang ni Izzad pun dah terikut dia...kira ada geng la nak cerita pasal motor...siap suruh papa dia belikan satu motor lagi untuk dia...hmmmm...sikit lagi Emmir la pulak tu.....apa aku ngan Ammanda nak buat jadikan hobi kitaorang pulak ye......shopping kottttt hehehehe

Thursday, March 10, 2005

HARI WANITA


Indahnya ciptaan Nya Posted by Hello

Aku lupa dalam aku dok feeling blues hari nih..aku lupa semalam 9 MARCH 2005 adalah hari WANITA..so aku nak ambik kesempatan nak ucapkan selamat hari WANITA kepada semua WANITA diseluruh dunia yang telah banyak berkorban untuk kepentingan keluarga mahupun negara..semoga tiada lagi diskriminasi atau penindasan atau perlakuan jenayah ke atas WANITA.

FEELING BLUES

Kenapa ya...bila kita rasa kita dah kenal...tapi sebenarnya kita tak mesra.....bila kita rasa kita dah mesra...tapi sebenarnya kita masih tersisih..kenapa ya...hari ni aku terasa macam tu...walaupun tak sepatutnya aku terasa..tapi tak tahu la...memang aku tengah blues.......

Wednesday, March 09, 2005

SEPET DARI PENGHAYATANKU

Aku rasa ramai dah yang buat review filem ni..kawan-kawan aku pun boleh kata semuanya dah bercerita dalam blog memasing..hari tu pun aku cerita pasal gathering yang aku pergi untuk tenguk cerita ni...tapi rasa tak lengkap kalau aku tak cerita sikit filem ni mengikut dari penghayatan aku yang memang buta seni..tak pernah ada pengetahuan dalam filem sebab tu aku tak nak review filem ni macam orang filem atau orang seni review..biar aku ikut cara aku menghayati filem tu pada malam tu...

Memang SEPET filem melayu yang segar...antara filem melayu yang berjaya membuatkan aku ni pergi menonton di panggung kalau tak kerana kawan-kawan..memang Yasmin seorang yang berani dalam pendekatannya untuk filem SEPET ni, orang kata memang itulah Yasmin..dekat dengan realiti...

Ok..memang cerita tu sangat bagus..tapi kenapa aku macam rasa ada yang tak berapa kena dengan beberapa adegan...ok lah mungkin nanti orang kata watak tidak dikembangkan sebab budget constraint..kalau tak pun nanti cerita meleret..tak jugak..bagi aku bukan jalan ceritanya...ok bagi aku untuk Yasmin buat pengakhiran cerita tu..takpe..biar orang berfikir dan tertanya-tanya sikit..bukan macam cerita yang selalunya happy ending je....yang aku nak cerita kat sini adalah aku tak puas hati dengan beberapa scene yang aku rasa kalau takde tak akan mencacatkan SEPET itu sendiri..contohnya...pasal apa bila kat rumah mesti berkemban..aku ni budak kampung..tapi pasal apa aku tak pernah tenguk orang berkemban kat kampung..pakai kain batik, kain pelekat ya..tapi bukan berkemban..pas tu adegan yang kat atas tangga tu lagi aku menyampah..pasal apa orang gaji sekali nak berkemban pas tu ngan bapak Orked pun macam tu gak..tau kan bapak Orked tu cikgu pencen...ada ke cikgu pencen akan buat macam tu depan orang gaji????..pelik nya aku rasa...mungkin orang akan kata ada...tapi aku tak pernah nampak..tu la dia....satu lagi culture orang kita ni mesti nak ambik tahu apa-apa kejadian yang berlaku kan..macam hari tu aku lalu nak pergi kerja, ada kebakaran tepi jalan, aku tenguk semua orang perlahankan kenderaan, yang naik motor terus berhenti, bukan nak menolong pun tapi NAK AMBIK TAHU..sebab tu aku rasa bila kejadian tembak-menmbak malam tu mana boleh orang buat derkkk saja...bukan macam budaya orang kita hatta mana-mana kaum sekali pun....tapi tu lah...buat filem ni memang subjektif....terima lah hakikat...

Tuesday, March 08, 2005

HERO MALAYA KU


Hero Malaya Ku Posted by Hello

Hmmmmmm.......hensem tak....ini lah hero malaya aku....mulanya aku nak simpan gambar ni sampai 20 May, baru aku postkan kat blog, tapi since aku sekarang tengah belajar nak download gambar..ni la gambar yang aku rasa patut mendapat penghormatan untuk pertama kali featured dalam blog aku...tarikh kat atas tu tarikh lahir hero aku nih..

Hero aku join Tentera tak ingat aku dalam tahun awal 60 an...masa tu aku ingat Wan aku cerita..dia sampai menangis nangis tak kasi hero aku masuk askar...takut kena tembak komunis..maklum la masa tu kan komunis tengah bermaharajalela..tapi kan hero aku ni degil..dia pergi jugak masuk kat PULADA kat PD..tu la Pusat Latihan Tentera Darat..ha..kat Port Dickson tu..kesian Wan aku..napi nak wat camna, dah itu je la kerja yang ada masa tu kan..kalau tak jadi askar jadi cikgu la..masa dulu kalau anak-anak dorang ada yang jadi askar atau cikgu tu saham tinggi la woooooo....

Hero aku ni dalam askar dalam 30 tahun lebih...macam-macam suka duka yang hero aku cerita..aku suka sangat bila dengar cerita-cerita dia especially masa dia kena pergi Congo bila tentera Malaysia dihantar sebagai pemerhati...batch yang sama dengan dia adalah arwah Rejabhad..sebab tu dia suka sangat baca kartun yang ditulis oleh arwah..gambar-gambar masa kat sana masih disimpan dengan baik sekali....

Hero aku memang seorang yang disiplin..aku ingat lagi masa dia masih dalam tentera..memang jarang ada kat rumah..selalu kena pergi operasi, so masa untuk bersama kitorang sangat la kurang..hero aku ni tak banyak cakap....tapi tak semestinya tak mesra..kitorang tahu bila dia penat, bila dia nak join kitorang dan bila waktu dia marah..kalau di senyap aje tu..ha jangan la sibuk nak pi menyibuk..kena lah nanti..tapi satu yang aku paling respek hero aku ni..dia tak pernah rotan, cubit, pukul, sepak apatah lagi nak gunakkan talipinggang ke pada kitorang yang nakal ni....sampai la ke hari ni..tak pernah walau pun sekali....

Banyak cerita yang aku nak cerita pasal hero aku ni...cerita sedih waktu kecil macamana bila hidup ngan ayah tiri, belanja sekolah dapat 2 sen...hero aku punya la berjimat nak beli kasut sekolah atau basikal..tiap-tiap hari kat sekolah teguk air paip je....aku selalu menitis air mata bila dengar cerita tu semua..selalu yang tukang cerita arwah Wan ngan Ma la..sapa lagi....nanti la aku cerita kisah macamana hero aku ngorat isteri dia..heheheeee.....

Aku tak pernah cakap kat hero aku yang aku sayang dia..jarang sekali aku peluk dia...tapi aku tahu dia tahu yang aku sayang dia..AYAH......anak mu ini sangat sayang dan kasih pada mu....semoga tuhan panjangkan umur supaya kita dapat jumpa dan sembang lagi dan yang penting supaya aku dapat ucapkan sayang pada AYAH.......

Saturday, March 05, 2005

SATU LAGI HARI MINGGU DALAM 2005

Semalam aku pergi tengok wayang cerita SEPET dengan geng-geng Blog...hmmmm memang seronok syiookkkk sangatttt..yang buat aku teruja tu sebab ada kengkawan yang aku belum pernah jumpa dan kenal, sekadar tengok nama kat comment box je..pas tu disamping tu dapat lagi bermesra ngan kawan kawan yang selalu jumpa..okke aku try to recall sapa yang gi semalam...aku jumpa Bad, Wink, SM, Nuarkiut, Nart, Atuk, Hakim, Tg. Ean, Frodo, Abang Is ngan Kak Aidid, Sempoii, Dreamfinder, Jo lynn, MamaPis, Cikanos, Meesua, NHK, Scov, Rose, Izreen, Kak Rose aka Shamina ngan Watie wakil dari AMTY, Hemo, Celebriti seperti NANA, ADI ngan SAHRI, Kak Ainon, Shonny si photographer Bad tuh, Waiem, dan ada lagi beberapa mereka yang aku terlupa nama...maafkan la cpu otak aku yang sekarang nih memang dah macam dizaman batu..asyik la lupa...tapi memang seronok sangat sebab kitorang ramai semalam, memang kecoh..aku really enjoy..thanks a lot friends yang anjurkan gathering nih esp to Bad yang memang bersusah payah...kalau nak detail ngan gambar berbagai boleh la gu melawat blog seperti Badrul-After six, Sultan Muzaffar atau MamaPis atau mungkin yang lelainnya sebab dorang nih semuanya ada blog memasing :)..

Ayip takde Sabtu ngan Ahad nih...hopefully dia seronok ngan geng superbike gi tour Semenanjung..aku cakap kalau nak singgah rumah Ma, call la mungkin boleh makan nasi dagang ke, nasi kerabu ke..heheheee. Kiranya aku kasi can la dia pulak enjoy ngan kengkawan dia..aku dah dapat green light tengok wayang so ni time dia pulak la...take good care of yourself, bawak motor baik-baik..jangan ingat nak layan koner je..

So this weekend is the time where i could spend my time alone with Ammanda ngan Izzad..and of course Emmir, tapi yang dua orang ni lagi kena pay attention..dorang ada class Tae kwan Do petang nih and afterthat plan to bring them for McDonald ke Pizza Hut ke..sure seronok...aku realised yang dorang tu tak rapat sangat ngan aku..ye la mama nih garang la..tapi aku rasa kalau aku tak garang tak tau sapa lagi yang nak play a strict role kalau bukan aku..dengan papa dorang boleh dapat segala...tapi kalau ngan aku..hmmmm mesti ada sesi soal jawab dulu..sometime it ended up with them not gething what they have wanted...kesian pun ada especially bila tengok muka 14 atau bila dorang nangis..tapi tu la..mesti kena tegas..itu je yang aku boleh pujuk hati....macam baru ni..aku ajar Izzad ngaji..iqraq 3 tak habis-habis lagi...aku sudah hot la..tambah2 lak ustaz tu kata Izzad selalu main-main masa dalam kelas..apa lagi I made him read pages from iqraq 1 sampai iqraq 3..tak kenal huruf je aku ketuk meja ngan hanger sampai dia menangis la...aku tak bagi dia tidur until he finished the last page....memang dalam hati aku hiba sangat tapi rasanya he learned his lesson. At the end bila dia nak tidur, I kissed him and tell him why I did all that, I said I love him, aku nak dia jadi pandai, aku tanya, Izzad sayang mama tak?..dia jawab sayang..mama mintak maaf mama pukul Izzad, mama pukul sebab mama sayang Izzad, faham ye...nampak dia angguk dalam samar-samar lampu tidur..aku cium dia bagi big hug..and hoping that he will understand and will say syukur for what I have done to him.....