Wednesday, October 26, 2005

SALAM LEBARAN



BUAT SEMUA YANG MENGENALIKU, SALAM LEBARAN KU KIRIM, KU POHON KEMAAFAN, SEKIRANYA AKU PERNAH MENYAKITI HATI DAN TERKASAR TUTUR BICARA. SELAMAT BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGA, SAUDARA MARA DAN RAKAN TAULAN, SEMOGA LEBIH MENGERAT SILATURRAHIM. SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN, BERHATI-HATI MEMANDU DI JALANRAYA..AKU BERDOA DAN BERHARAP SEMOGA LEBARAN 1426 LEBIH MEMBERI MAKNA KEPADA KALIAN DAN MENDAPAT CAHAYA KEGEMBIRAAN YANG BERTERUSAN....

Monday, October 24, 2005

MACAM-MACAM.....PART 2

JUMAAT...jam 6.30pm..ye masa tu dah dekat lagi setengah jam nak berbuka...lazimnya dalam bulan ramadhan ni, pekerja yang beragama islam akan dibenarkan oleh bos untuk balik seawal jam 4.30pm atau 5.00pm..tapi masa tu dah jam 6.30 petang ye..diulangi 6.30, aku kat mana?...gggggrrrrrrr...aku masih lagi kat opis..ha..tu la yang aku nak citer ni, ini semua gara-gara bila aku dapat call dari ayip masa dekat jam 5.00 tu, dia cakap dia lambat sikit ambik aku pasal dia masih lagi kat JPJ. (bulan puasa aku ada driver..hehehe)..imagine ye..diwaktu selangor cuti, dan jalan yang dah memang jem kat depan ofis aku ni...tetiba hari tu lah dia nak gi JPJ....semata-mata nak gi register motobike dia...isshhhhhh..geramnya rasa..aku tau la dia dah tak sabar-sabar lagi nak layan korner dengan moto dia tu..maklum la selepas lebih kurang tiga bulan dok memendam perasaan..moto pun baru sampai..apa lagi la kan...

so hari tu for the first time untuk ramadhan tahun 1426, aku berbuka dalam kereta, geram memang geram, tapi sabar je la kan..sebab bulan puasa, tak leh nak geram lelebih hehehe...

Sabtu pagi, bila aku nak bangun sahur, tengok ada 1 sms kat phone, aku tengok bila sms ni dihantar...jam 3 pagi rupanya..sapa lak yang hantar pepagi tu?..laaaa waiem ke..dia bagitau aku, sampul raya mawi dah siap, suh aku datang ambik kat klcc petang tu..wah....aku respek betul ngan waiem ni, aku rasa mawifc mesti bangga punyai ajk yang macam waiem ni..betul betul komited dan dedicated sekali buat kerja..apa-apa saja pasal mawi, waiem lah orang yang pertama akan war-warkan pada aku dan geng yang lainnya..cayalah waiem....

so petang tu..aku angkut semua orang pergi klcc, cadangannya nak beli baju kurung untuk ammanda dan baju melayu untuk izzad ngan emmir, dan biasala, nak jumpa waiem sekali...tapi hampeh betul, kat sana..takde pun baju tradisional yang selalu budak-budak ni pakai dipagi raya yang menarik perhatian aku untuk membeli..hmmmm terpaksa la cari kat tempat lain, aku terus jumpa waiem bila dia dah sampai, tak sempat nak borak panjang sebab budak-budak dah restless..masa tu pun punya la ramai orang kat klcc ni, izzad pun dah letih..so dalam jam 5 lebih, aku terus ke pasar ramadhan untuk membeli juadah berbuka..mission aku tak tercapai lagi nih...jenuh gak nak cari baju untuk dorang..tu la..masa awal-awal tak nak beli, pas tu kan dah penat nak mencari ni hehehe

Lepas berbuka, seperti biasa ayip akan lepak kat luar, sambil layan rokok dia akan relax ngan arowana favourite..tapi petang tu tetiba aku dengar dia bising-bising sambil berlari ambik handphone dia, nak telefon jiran ahli mesyuarat tingkap (jiran aku ni..semua minat dan bela ikan tu...tu la geng lepak ayip hehehe)..rupa-rupanya dia cakap, ikan dia dah nak mati...aku tenguk ikan tu dah melengkung kat dalam akuarium tu..jap tu dorang sampai...abang mat cakap ikan tu mungkin dah terkejut kat something, so instantly dia melompat dan terkena palang yang kat dalam akuarium tu...aku tenguk leher ikan tu dah lembik meaning that cam dah patah la...tak pasal-pasal lak ada upacara pengebumian kat rumah aku malam tu...biasa la jenuh gak nak melayan ayip yang memang tengah sedih...mana tak sedih dia dah bela ikan tu since 2003 dan sekarang dah panjang 2 kaki..warna chili red tu pun dah bersinar dan cantik...aku senang je...aku bagi perumpamaan yang lebih kurang cenggini la..."you dah happy dapat motor baru, so tuhan nak bagi balance dan adil...dia bagi la you sedih sikit"...hehehehe okke tak aku cakap camtu :-)

Ahad pagi...orang dari agency datang, bawakkan maid baru..leganya rasa sebab at least aku dah ada maid untuk raya ni, maid lama aku dah tamat tempoh dan akan balik jumaat ni, ingatkan aku mesti akan kelam kabut masa raya ni sebab takde maid..tup tup...hari ni maid baru sampai..malah yang bestnya sebelum maid lama aku balik lagi..so aku pun cakap la kat maid lama aku tu, suh trained maid baru ni, buat kerja-kerja rumah..hehehe...aku tenguk bukan main lagi maid lama aku bagi instruction..mengalahkan supervisor kat kilang pulak hehehe..gelak je aku lihat telatah 2 orang maid tu..aku lak sekali sekala aku datang tengok dorang buat kerja..pas tu bagi komen la..pas ke tak pas..hehehe

Wednesday, October 19, 2005

FAVOURITE

SEPANJANG Ramadhan ni memang banyak pasar ramadhan yang menjual beraneka juadah untuk berbuka puasa, since dah ada kemudahan tu..ayip bagi kelonggaran untuk aku tidak memasak sepanjang bulan puasa (agaknya sebab aku masak tak sedap kut compare dengan apa yang dia tengok kat pasar tu huhuhu).

Makanan apa yang aku paling suka?..setakat ni murtabak daging adalah juara carta makanan berbuka dan bersahur hehehehe boleh gitu?..memang aku sejak dulu gemar makan murtabak, pas tu taknak yang ayam nak yang daging je hehehe..memilih la pulak kan. aku rasa murtabak yang paling best yang aku pernah rasa ialah mertabak Pak Din yang dijual di bandar KB, lokasi dia senang je, tepi satu restoran cina dekat dengan stesen bas tu, tak tau apa yang buat dia sedap, tapi kalau tanya orang yang beli, memang sedap la..murtabak dia lembut tapi yang paling best ialah kuah pencecah tu..aku tak suka makan murtabak dengan kuah kari atau dal yang biasa (tapi kalau no choice kena la jugak cicah kuah tu kan), kuah pencecah yang aku maksudkan tu ialah air bawang yang kaler pink tu..setakat ni, aku dah pergi merata tempat tak dapat nak challenge lagi kuah bawang dia tu, rasa sungguh ngam, maksud aku tak kurang apa pun..sebabnya kalau yang kat KL ni, bila aku try je kuah bawang tu..aku dah tau apa yang kurang cam kurang cuka la, kurang itu la, ini la..gerenti punya tak sama dengan air bawang murtabak pak din...hmmm kalau bulan puasa, gerai murtabak pak din akan start meniaga dari jam 2.30pm..masa tu dah start dah orang beratur, walhal pak din ada bukak 2 gerai yang tak jauh from each other..sorang akan beli sampai 10 keping, so kalau lambat alamat dapat kuah bawang je la..itu pun kalau ada yang bersisa hehehe.

satu lagi murtabak pilihan aku ialah murtabak giant yang tebal yang dorang panggil murtabak king, rasanya dorang panggil tu sebab murtabak tu memang extra besar dan tebal dan semestinya la best, aku tahu 2 tempat yang kita boleh beli itu murtabak, ni pun kalau tak silap la, satu aku cari dekat ngan sekolah cina chung hwa tu, dekat ngan shell station, satu lagi dekat kampung tingkat (tak sure ejaan sebab orang kelate sebut lain hehehe), yang ni kakak aku yang tahu exact location sebab aku tak pernah pergi lagi kat sini, tapi dua-dua memang sedap dan dorang pun dah komersilkan murtabak dorang sebab boleh didapati di KL ni, tapi as I said earlier....air bawang tu cam kena la buat sendiri sebab memang tak tertanding ngan air bawang murtabak pak din.

ni yang last pilihan aku, aku cakap last sebab jauh sangat nak gi makan hehehe..tu pun first time aku cuba and memang sedap, kat mana?..kat singapore hehehe, nama restoran kalau tak silap restoran zam-zam, kat depan masjid sultan kat area arab street. ha kalau korang nak beli kain kat arab street tu jangan lupa singgah makan murtabak kat ini restoran, memang sedap, boleh order nak size besar atau kecil, akan dihidangkan dengan kuah dal dan timun yang diletak sos cili..hehehe..aku tak prefer langsung timun ngan cili tu tapi ada orang boleh makan dengan selambanya muahahahaha....aku bagitau kak Tie, dia cakap restoran tu memang dah lama terkenal ngan murtabaknya, siap mention masa dia kerja ngan MAS dulu dia selalu singgah makan sana kalau kena overnight singapore (Kak Tie dah berzaman tak kerja, so resotran ni memang kira dah lama beroperasi la)

so murtabak menjadi pilihan aku, apa pula pilihan yang lain? :-)


p.s - semalam aku tenguk muzik @ ria, artis undangan mawi, kemain lagi aku tenguk waiem kat seat depan tu..ala-ala kontrol ayu gitu ekekekeke..pas tu ayip baru beli majalah hai yang gambar depan mawi jugak, belek kat dalam, terpampang gambar bad ngan akma masa akma's gathering..amboi..macho sekali...tak lama tu kebetulan dapat sms dari bad..hehehe..cam tahu je aku tengah tengok gambar tu :-)

Monday, October 17, 2005

MACAM-MACAM....

DATANG Jumaat, aku bersiap untuk berbuka puasa dengan kawan-kawan yang kukenali bermula dialam cyber..nama-nama pun digunapakai kat alam maya ni seperti wink, cikanos, nhk, badrul, nart, sm, el-kapitan, bat, rose, izreen, leen, meesua, waiem, ijip, kak aidid dan sumbing (harap tak tertinggal nama)..majlis ini juga bersempena dengan sambutan hari lahir cikanos dan wink...semoga dorang panjang umur, tambahan lagi berita gembira yang dikhabarkan oleh cikanos juga bakal menjadi pelengkap hidupnya..tahniah :-)

majlis macam biasa, meriah dengan makanan dan jenaka, memang agak lama tak berjumpa dan bercerita sesama apatah lagi dibulan puasa, aktiviti perjumpaan agak kurang..mungkin pertemuan akan bersambung selepas raya? (ckin dan raudha :-) )

yang bestnya, kak aidid ngan waiem pun ada bukak bazaar ramadhan lagi dengan menjual barangan dari kefli dan mawi seperti praap cookies, t-shirt dan cap dan mawi lak dengan kad rayanya...aku memang berharap nak beli sampul raya mawi..tapi waiem kata tak sure akan ada atau mungkin lambat lagi..hmm frust, so nak sedapkan hati, beli la kad raya mawi yang memang cantik sekali..ni untuk disimpan la agaknya..aku juga beli t-shirt kefli..boleh dipakai untuk tidur hehehehe..mana la tau kefli menjelma dalam mimpi ke ekekekekeke...dalam jam 10.00 lebih kitorang pun beransur pulang selepas kekenyangan...borak disambung dalam kereta pulak bersama driver hehehehe...

Pagi sabtu tu, aku dah plan nak survey satu barang yang memang aku dah minat, so pagi tu (pagi ke kalau jam 11.00 hehehehe) aku menuju ke pertama kompleks, ada orang bagitau ada satu kedai yang aku boleh tengok barang yang aku nak survey tu...so bila sampai ke arah jalan tunku abdul rahman, jalanraya agak sesak, aku ambil keputusan parking saja di maju junction, then boleh jalan je ke sana...dah siap parked kereta, aku terus nak ke pertama, tapi kat ground floor maju junction tu aku nampak satu kedai yang juga jual barangan yang aku cari...lepas tu mata ternampak la model baru yang ada orang nak beli, tapi masa tu belum ada di malaysia lagi hehehehe..apa lagi, kaki aku laju je masuk kedai tu dan terus ke kaunter pameran yang mempamerkan segala jenis model terbaru...terus aku grab model tu..nak sentuh dan rasa (mana boleh rasa..aku puasa hahahahaha)....pas tu aku mula compare ngan model yang terdahulu dan juga jenama yang lain...

dalam aku ralit mencuba semua fungsi yang ada pada barangan tu...aku tengok suasana dalam kedai tu macam ada nak buat shooting, pas tu aku rasa cam orang makin ramai kat luar kedai, aku tanya salesman tu..apa hal..rupanya dia cakap, mawi akan mengadakan shooting iklan kat situ, dan dengan tak semena, mata aku terpandang mawi yang baru melangkah masuk ke dalam kedai bersama beberapa orang kuatnya la...wahhhh biar betul, tak sangka la pulak, then bila shooting nak start, orang ramai tak dibenarkan masuk ke dalam kedai, so semua orang bukan main ramai lagi kat luar dan yang bestnya aku dan beberapa orang je selain dari kru dan staff kedai tu yang kat dalam, aku rasa orang kat luar tu sure jeles semacam kat aku sebab cam aku bebas kesana kemari sambil dok tengok mawi shooting, sedangkan dorang nak ambil gambar pun kena snap dari jauh hehehehe...tapi aku ni bukan le peminat nombor satu mawi cam orang ni , so aku buat cam biasa je la...takde pun nak bersalam ke..apatah lagi nak ambik gambar, siap salesman tu tanya aku, taknak bergambar dengan mawi ke?..heran agaknya dia..aku cakap takpe la..dia siap offer aku nak tolong snap lagi sebab aku memang tak bawak kamera pun masa tu, aku cakap tak yah la...then dia promise nak bagi aku gambar mawi, siap mintak contact number aku bagai hehehehe

since survey aku dah selesai..aku tanya la saleman tu cemana nak keluar dari situ sebab kat pintu depan dah kena block ngan peminat mawi..siap salesman tu temankan aku lagi keluar dari situ hehehe...dia tanya aku, taknak tunggu sampai mawi habis shooting ke...aku cakap aku ada banyak hal lagi nak buat..dan lepas ucap thanks kat dia, aku pun beredar ke pertama...masa tu jam dah 1.30 petang...wah cepatnya masa berlalu dan aku masih lagi baru mulakan pencarian....

baby emmir demam, batuk dan selsema....tidur sentiasa terjaga sebab tak selesa...maka aku pun cam dalam mode zombie...sedar ngan tak sedar sampai la hari ni hehehehe

Thursday, October 13, 2005

SURPRISED....

HARI ni masuk hari ke 9 kita dibulan Ramadhan ini...terasa cam cepat je masa berlalu..dan bagi aku...ni bagi aku ye...setakat ni aku rasa cam puasa this year lebih baik dari tahun-tahun lepas...jangan tanya kenapa..I have my own reason and am not sharing..sorry ye hehehe...

Cerita bab puasa ni apa yang buat aku surprised adalah sebab ammanda ngan izzad... aku expect lain, tapi lain lak yang terjadi...memang aku surprised sangat. ammanda dah 7 tahun..so aku expect dia dah boleh puasa penuh sehari selama sebulan..itu jangkaan aku la (tinggi sangat ke expectation tu hehehe)dan izzad..si adik yang muda setahun dari ammanda, yang badan kurus kering macam papan lapis sekeping tu..aku expect mesti la akan puasa setengah hari je kut, itu pun kalau larat..tapi yang terjadi adalah disebaliknya (eh..cam familiar je ayat ni hehehe)...rupanya tanpa aku sangka..izzad si adik langsung belum tinggal satu hari pun lagi puasa..sedangkan ammanda, si kakak dah 2 hari tinggal puasa..yang first time tinggal tu boleh dimaafkan sebab memang dia tak sihat..tetiba sakit gigi, bangkak sampai sebelah mata jadi sepet hehehe, tapi kemarin....dia call aku kat ofis:-

"hello mama.."
"ye girl.."
"tadi masa rehat..girl ngan kawan gi canteen..beli kueh..girl nak simpan buka puasa petang ni..tapi..kawan ajak makan..."
"so..girl makan ke tak?"
"makan.."(masa ni suara dah jadi perlahan..ala-ala cam nak nangis tu..tektik sebenarnya tu sebab dia tahu nanti aku sure tak jadi marah punya)
"mama tak nak cakap apa-apa lagi...bagitau je kat papa"

then after aku cakap bye..aku terus phone ayip la pulak, rupanya ayip dah tahu dulu (selama ni pun apa-apa hal mesti dia bagitau papa dulu hehehe)..terus la aku tanya, you tak marah ke?...ayip jawab, tak jadi nak marah sebab masa tu kebetulan ayip memang ada kat rumah, then ammanda sudah tunjuk kertas periksa which results cam okke je..terus la papa tak jadi nak marah, hmmmm...

masa berbuka petang tu, aku saja je perli ammanda..."girl tak puasa, tak leh makan sama-sama"..apa lagi terus merajuk naik bilik..nangis...ish, manjanya..aku dulu masa kena cam tu ngan ma, takde la pulak aku nangis..tapi buat muka seposen, ambik kueh ngan air, pi minum jauh-jauh hehehe...terpaksa la kena pujuk pulak...so aku pun terfikir, budak-budak zaman dulu ngan zaman sekarang ni memang jauh beza..tak tau kenapa..adakah sebab peredaran zaman dan masa yang membezakan atau apa...malas nak fikir..terserah pada mereka yang menafsir...

Monday, October 10, 2005

HIDANGAN MASAKAN JAWA?

lAST weekend aku balik BP...tu pun dah last minute baru ayip sibuk cakap nak balik..hampeh sebab aku terpaksa dan-dan tu jugak berkemas mana-mana yang patut...yang tak larat nak kemas baju budak-budak la..tak pe la kan, sabar je la di bulan puasa ni hehehe

bertolak dari KL dah dekat jam 3pm..banyak la pulak kenderaan menuju selatan apatah lagi masa tu hujan renyai...sampai BP jam dah 6 lebih..kakak ngan mak ayip dah cakap akan bawak kitorang makan kat satu tempat special..tak tau la apa yang special nya..ni first time aku ke sana..so meh sini aku citer apa yang bezanya...

kitorang sampai ke restoran yang diberi nama Restoran Nyaiee, restoran ini terletak di kawasan deret kedai di tepi jalan yang menuju ke pekan Parit Raja..kat depan dah nampak asap orang tengah bakar ikan dan kerang, masuk je ke dalam restoran, hiasan dalaman agak menarik, kita diberi pilihan samada untuk duduk bersila kerana disediakan ruang seperti serambi untuk makan sambil bersila atau pun cam biasa..duk kat kerusi la bagi yang tak reti nak bersimpuh tu kan hehehe..dorang dah tempah ruang serambi so nak tak nak..kena duk bersimpuh cam anak dara la aku hahaha...tapinya hampeh pasal si emmir susah betul nak kawal...seronok lain macam, mama nak concentrate makan pun fail hehehe

yang membezakan restoran ni dengan yang lain adalah aku rasa sajian yang disediakan..boleh kata 90% semuanya masakan jawa hehehe...hmmm yang aku boleh bagi contoh nama makanan tu ada urap atau keluban (betul ke ni hehehe)..ni macam ulam la tapi rasa dia len macam sikit..boleh tahan la sedapnya bagi sapa yang suka makan ulam, pas tu ada pecel (ejaan tak tau betul ke tak) yang ni pulak, ayam bakar pas tu diletak dalam kuah yang ada daun kencur ke something..cam tu la aku rasa dorang citer kat aku hehehe..pas tu ada few masakan lagi yang aku dah tak ingat nama...yang aku tau ada sup cendawan campur daging, pas tu biasa la ikan dan ayam bakar..dan yang paling best kerang bakar berempah..wah dah lama tak makan kerang bakar..rasa cam nikmat semacam je bila pekena yang tu (masa tulis ni aku dah tak larat nak imejin betapa sedapnya hehehe)

lupa lak nak cakap..nak jadi cerita, owner kedai tu pulak kenal ngan ayip, rupa-rupanya junior ayip masa kat sekolah..hmm okke la tu kan, dah kampung dia, sah-sah budak-budak tu sekolah sama..kenal la kan..tapi overall, memang tasty la masakan yang dihidang, manisan pencuci mulut seperti bubur kacang pun best (selalunya, orang jawa akan letak halia ngan bawang putih dalam bubur kacang, tapi kali ni tak..okke la tu sebab kalau dorang letak, gerenti aku tak leh makan hehehe).

bulan puasa ni memang seronok kan kalau dapat cuba macam-macam masakan, apatah lagi kedai, restoran dan gerai jual bermacam jenis makanan tumbuh macam cendawan selepas hujan, so masa ni la aku ambik peluang nak cuba semua makanan...hmmm masak dibulan puasa?...errr boleh tak postpone lepas raya muahahahahaha...

Friday, October 07, 2005

NOSTALGIA RAMADHAN...

Banyak sangat kenangan sewaktu dibulan Puasa, terlalu indah untuk dikenang..yelah yang pahit tu sorry la aku nak ingat hehehe, bukan tak ingat tapi disimpan dalam warehouse yang aku sendiri tak ingin nak bukak balik..boleh cam tu..

Aku ingat masa belajar nak puasa tu punya la siksa..mana taknya, masa dulu waktu aku kecik (takde la kecik sangat...respek my kids sebab dah boleh puasa..compared to their mama ni..hehehe..aku surrender), rasanya bulan puasa je tetiba cuaca jadi sangat panas..apsal ntah..sudahnya aku selalu la rasa nak mandi, konon nak sejukkan badan..tapinya sambil menyelam minum air kan..hehehe..sempat la jugak aku teguk air paip tu (yukkkk..kalau suh buat sekarang..dah sah-sah aku cakap gile ke..hehehe), so aku selalu sebenarnya tak puasa..ada pernah sekali tu..masa tu dah penghujung puasa dah sebab aku ingat kejadian ni berlaku kat umah nenek aku..aku dah lapar giler takleh tahan rasanya, masa tu dah kul 6 lebih dah..nenek lak masak sardin..yang aku rasa masa tu paling sedap..apa lagi lepas je dia masak, aku pun gi ambik kat dapur, nak curi makan la ni konon...biasa la kan kalau dah orang buat salah..dah tau makanan tu baru masak, terus je aku masuk mulut..apalagi..meraung la aku sebab panas..haaaa padan muka, hari tu aku kena marah ngan ma, tak dapat join orang buka puasa..ish sedih sungguh..

Aku ingat, arwah nenek masa bulan puasa dia akan jual ayam percik..jual kat rumah je..tapi orang kampung semua tahu sebab nenek aku punya ayam percik memang best..dan hanya didapati pada bulan puasa je, selalunya jualan tu akan habis cepat dan memang ramai yang akan datang rumah nenek aku...tapi sekarang ni, susah betul nak compare rasa ayam percik yang dijual dengan hasil tangan arwah nenek..walaupun ma buat pun sedap, tapi kena tunggu nak dekat raya baru boleh merasa..aku lak, teramat la pandai, sampai tak sempat nak buat..jadinya sekarang ni aku masih teringat rasa ayam percik yang paling best yang hanya dapat aku rasa last masa diawal sekolah menengah.. :-(

Aku teringat masa bulan puasa sewaktu aku bersekolah diutara tanah air...beberapa hari sebelum puasa, aku mesti dapat parcel dari ma...serunding daging dengan sambal bilis goreng adalah kiriman wajib yang ma akan buat untuk aku..rasa cam tak sah kalau takde 2 makanan wajib ni..sampai sekarang, kat rumah aku mesti ada sambal daging dari kelantan, buat aku berbuka. memang makanan favourite aku dibulan puasa..kawan-kawan pun baik je ngan aku sepanjang bulan puasa ni hehehe...selalu kitorang ada choice nak berbuka di dewan makan atau dekat bilik...aku ngan geng selalu pilih tapau makanan dari dewan makan, pas tu makan reramai kat kawasan tengah asrama..kat court badminton..best sangat..takyah la nak kontrol makan depan budak-budak lelaki hehehe

Masa kat universiti, pilihan untuk berbuka dan bersahur banyak sangat...selalu aku akan ke kolej kelima untuk beli makanan berbuka walaupun kat kolej aku dah ada dewan makan..saja nak rasa makanan yang best sikit, pas tu selalu gi SS sebab kat sana ada banyak pasar ramadhan yang jual banyak jenis makanan..kalau terasa nak lagi best, aku ngan kengkawan akan menuju ke KL, kat sana pun banyak pilihan makanan...

Sekarang ni, tempat yang aku selalu singgah untuk beli makanan ialah kat pasar ramadhan TTDI, tak pun ayip akan terlebih dulu tapau dari pasar ramadhan KB..senang dan cepat, maklum la kalau dah balik pun jam 5, mana sempat nak masak (aku la tak sempat, rasanya kalau yang sempat masak tu aku respek..really superwoman).

Apa juadah berbuka kawan-kawan untuk hari ni?.... :-)

Thursday, October 06, 2005

RAMADHAN YANG MULIA...

Ramadhan tiba lagi..buat kesekian kali..tanpa perlu temujanji....

Aku cuti beberapa hari sebelum puasa menjelang, kebetulan memang terpaksa habiskan cuti yang aku bawa dari tahun lepas..cuti aku habiskan untuk relax dan habiskan masa dengan tersayang :-), the best ever holiday I have ever had hehehe...

nanti aku akan ceritakan kisah dibulan ramadhan dalam next post aku..sekarang ni..kepada semua sahabat handai, kawan taulan...selamat menyambut Ramadhan..semoga ibadat diberkati dan amalan diterima Nya..