Friday, January 27, 2006

SELAMAT BERHIJRAH...

KITA sambut tahun baru sama ngan orang cina lak this year kan...apa azam tahun baru?..cam baru je buat resolution pas tu nak kena buat lagi ke, suka ati korang la kan sebab macam aku hari tu pun tak buat this time pun simpan dalam hati je la kut..tapi yang pastinya hijrah tak semestinya fizikal namun menyetuh juga aspek dalaman...diri sendiri..pendirian atau apa saja yang berkait..so bulan nih kita boleh la tengok ada orang pindah rumah baru kut ataupun ada orang 'hijrah' yang lain-lain nya..selamat berhijrah kawan-kawan, semoga penghijrahan kita adalah kepada kebaikkan yang berpanjangan...

tak sempat nak update pepanjang...next week cuti panjang gak..aku balik kampung lagi..so see you all next week

Selamat tahun baru dan Gong Xi Fa Cai

Thursday, January 19, 2006

DI ATAS NORMAL...



JIKA aku punya waktu...takkan begini jadinya..tapi aku sekarang berkejar dengan masa, nampak macam aku makin tewas, apa lagi dengan keadaan sekarang..tapi aku mesti terus laksanakan apa yang aku mulakan..kebizian memanjang sehingga aku terlupa perkara yang lain dan terluka perasaan yang lain..maafkan aku...nanti bila aku dah tak bizi...aku akan update lagi..semoga korang bekerja dengan aman dan tenang...sehingga itu..take care :-)

Wednesday, January 11, 2006

ILMU IKHLAS...

SEMALAM...aku sampai masjid bila imam dah nak start sembahyang raya dah...apa lagi marathon naik tangga masjid yang tinggi kat atas bukit tu hehehe..kawan aku siap sempat lagi sms, katanya 'cepat sket la woi, orang tv3 dah mai dah ni'... amboi..sempat lagi kawan aku tu dok tengok orang tv3 buat coverage kat masjid nih, yang aku ni dok ingatkan masjid nak start sembahyang jam 8.30, rupanya imam start jam 8.00...pas tu rasa cam kejap je dia baca khutbah raya tu, sebelum jam 9.00 semua dah settle...rupa-rupanya baru aku tahu, dorang nak cepat sebab nak jalankan korban dan tahun ni ada peningkatan dalam jumlah korban dimasjid tempat aku ni, tak silap kak tie cakap dalam 16 ekor lembu...

Lepas sembahyang raya, aku gi breakfast rumah kak tie, dia buat simple dish je, kuzi ayam cicah dengan roti..best tau..lepak kat sana sampai dah dekat nak jam 11.00, lagipun lepas tu memang aku nak konvoi ngan kak tie pergi rumah kak nor lak, makan tengahari nasi beriani hehehehe...semalam kira rumah aku closed house ye, lagipun ayip, ammanda ngan izzad balik BP, tinggal la aku ngan emmir je ngan bibik, so nak masak pun jadi malas :-)

Lepak kat rumah kak nor, berborak dan bergossip sampai la dah jam 2.30..ayip call, dia cakap dah sampai kl dah..uiks terkejut aku sebabnya dia balik malam sebelumnya jam 9.00 pas tu dari bp sure jam 12.00 tengahari, apsal cepat sangat balik..so aku ngan kaktie pun beransur la nak balik...sampai umah dah dekat 3.30..mata dah ngantuk, maklum la banyak sangat makan ditambah dengan pulut panggang dan ketupat yang kak nor masak, mata dah kuyu dah nak lelap, tapi aku ni jenis malas nak tido siang, so on tv, nak tengok rancangan apa yang ada...ada satu movie kat tv3 ni, macam best je so aku pun tengok je la..lagipun baru start, kira boleh layan la

Kiamat sudah dekat...tajuk filem dari seberang ni memang best..tak sia-sia aku tengok, cerita yang simple...mudah faham tapi pengertian yang cuba ditonjolkan dalam cerita ini begitu mendalam...semuanya berkisar tentang islam dan ajarannya...Fandy, seorang anak muda yang lahir di amerika dan minat dengan muzik rock ini langsung jahil tentang agama islam yang bila ditanya apakah agamanya, sampai perlu melihat IC nya dulu sebelum nak make sure adakah beliau seorang islam, hanya kerana dia terpandang Sarah, anak pak haji..dari seorang yang tidak tahu langsung bersembahyang apatah lagi mengenal al-quran beliau langsung berjaya memenuhi syarat yang dikenakan pak haji sekiranya ingin bernikah dengan sarah..

ketiga-tiga syarat telah dipenuhi, maka pak haji menetapkan syarat terakhir..apakah syaratnya?...perlu mencari ilmu ikhlas...ilmu ikhlas?...apakah iklas itu perlu dipelajari?..puas fandy mencari dan bertanya..tapi tidak ketemu apakah ilmu ikhlas itu..pernah bertanya pada yang alim..jawabnya..untuk mengukur keikhlasan sangat susah, hanya Dia sahaja yang tahu...hampir putus asa, fandy berjumpa pak haji...diberitahu pada pak haji..sekiranya beliau gagal mencari..fandy rela agar sarah diberikan sahaja kepada farid, penuntut di mesir yang juga inginkan sarah...tapi sebelum fandy pergi, beliau mengucapkan syukur kepada pak haji kerana dialah, fandy dan keluarganya yang jahil bisa belajar mengenal dan mendalami islam..pak haji terharu kerana akhirnya keikhlasan yang dicari selama ini oleh fandy telah dengan sendirinya terbit dari hatinya....ikhlas untuk belajar bukan kerana semata-mata ingin memiliki sarah, tapi kerana ingin belajar tentang islam...

Cerita ini memang sangat simple dan santai tapi message yang cuba diterapkan sangat besar..tak perlu heavy drama hanya kerana nak wujudkan kesedaran..so aku memang tabik kepada mereka yang telah membuat filem ini kerana aku rasa berjaya dalam menyampaikan apa yang cuba disampaikan kepada penonton, setidak-tidaknya aku lah kan...

Monday, January 09, 2006

AIDIL ADHA...

DI KAMPUNG, hari raya ni disambut meriah sekali, sebab apa..aku rasa, sebab boleh dikatakan semua rumah ada buat open house atau sebenarnya kenduri la, sebab dorang semua ada join korban, kalau tak sekor lembu at least mesti ambik satu bahagian, tu yang tak termasuk korban kambing, selalunya ini untuk dibuat aqiqah la. jadinya kat kampung kalau raya haji meriah dengan jemputan makan-makan..tak kira la, makan tengahari atau malam, berlarutan sampai hari raya ketiga atau keempat. Sebab tu la agaknya orang mesti selalu cerita kalau raya korban di pantai timur mesti meriah.

Sebenarnya dorang kat sana lain dengan yang di bandar especially kl ni, kalau kat sini, korban biasa dilakukan di masjid dan hasil korban terus diberi kepada yang berhak. orang yang niat korban tu dah bagi pihak masjid settle kan, dorang tak tahu pun pada siapa diberi janji niat dan perlaksanaan korban tu tertunai. Tapi kalau kat belah pantai timur, aku ambik contoh kat kampung aku la kan sebab aku pernah experienced benda ni, jadi boleh la citer, biasanya selepas sembahyang raya, korban akan dijalankan kat kawasan rumah, dan mereka yang ambik bahagian dalam korban tu bersama-sama dengan tukang sembelih akan bergotong royong melaksanakan upacara korban tersebut. semua akan dibahagikan sama rata dan kebanyakkan dorang yang terlibat korban ni akan buat kenduri doa selamat kat rumah selepas upacara korban selesai, tak kira la kenduri doa selamat ke, kenduri arwah ke, kenduri sempena aqiqah ke..janji kenduri. satu kampung atau at least satu qariah akan dijemput untuk memeriahkan majlis, jadinya sebab tu la sambutan hari raya aidil adha begitu meriah sekali, akan terlihat la kunjung mengunjung antara sesama islam yang berpakaian serba baru. Aktiviti korban yang dijalankan bersama pun dapat mengeratkan lagi perpaduan jiran tetangga, sahabat handai dan rakan taulan.

Aku berharap agar suasana ini akan sentiasa dipupuk seiring dengan masa, mana la tau nanti kalau tidak dijaga, generasi seterusnya tidak dapat merasa seperti mana yang aku rasai dulu dan sekarang, sedangkan di kl ni pun dah tak banyak suasana yang macam tu..kalau tak diteruskan, tak mustahil satu hari nanti, ibadat korban dan suasana tu tak dapat dirasai lagi.

Kepada kawan-kawan, Selamat menyambut hari raya Aidil Adha, marilah kita berdoa kepada jemaah haji di sana agar dapat menyempurnakan ibadat mereka tanpa menghadapi rintangan. kepada para jemaah yang terkorban dalam kejadian baru-baru ini, sedekahkan lah al-fatihah buat mereka, semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman...buat keluarga mereka, diharapkan redha dengan pemergian...sesungguhnya itu adalah sebahagian daripada ujian Nya...

Wednesday, January 04, 2006

TAHUN BARU BERMULA...

AKU cuti jumaat lepas..in fact baru ari ni masuk ofis pun hehehe...so since hari tu dah janji ngan ammanda dan izzad for wallace and gromit, maka petang jumaat tu aku angkut sekali cousins dorang, anak kak yatie untuk memeriahkan suasana, hehehe..penat jugak ye nak kontrol 5 orang budak-budak yang tengah nak besar nih, tetiba cam teringat kat kak aidid dan respek la..dia ngan 5 orang anak, relax je..aku baru sekejap je dah tak kuasa hehehe

citer ni memang best..dalam masa sejam lebih tu kitorang memang gelak je..dorang lagi la lebih-lebih..apatah lagi kalau memasing dengan hotdog la, popcorn la, nugget la..cam berkelah dalam panggung lak aku rasa...takpe la kan..janji dorang happy aku pun happy and memang aku enjoy betul

so the next day, aku memang dah plan awal-awal lagi ngan few of friends nih..ada projek la sket..tapi bila dah sehari tu asyik la hujan memanjang...cemana la nak jadi projek aku tu kan...walaupun kawan aku tu teruskan jugak niat dia, tapi aku awal-awal lagi terpaksa bagitau malas nak join sebab keadaan cuaca yang tak menentu..so end up aku celebrate new year depan tv ngan tangan dok sibuk sms dan berbalas-balas sms ngan kengkawan...dok wish happy new year :-)

1hb...izzad ada orientasi kat sekolah untuk murid-murid tahun 1, siap bangun awal lagi..maklum la orang nak try baju baru kan...sure la tak sabar nak masuk sekolah...rasa seronok bila tengok izzad bersemangat..hopefully jangan la sekejap je..dan aku doakan semoga izzad berjaya dalam pelajaran...aku rasa semua parents doakan yang baik-baik aje untuk anak dia...betul tak wink hehehe...ye lah..semua orang akan rasa proud..tapi aku rasa si wink la yang paling excited sekali dan aku betul-betul tumpang gembira..lawak betul sms wink..memang dapat sense perasaan bangga seorang ayah :-)

yang bestnya, masa aku hantar izzad tu..aku boleh jumpa kawan lama yang dah lebih 12 tahun tak jumpa..tup tup kat sekolah boleh jumpa, masa hantar anak pulak tu hehehe, rupanya dia baru berpindah ke kawasan sini..so banyak la yang kitorang borak..nak cover 12 tahun punya cerita memang la tak boleh habis, mana taknya masa tu belum kawin lagi sekarang ni dia dah 4 orang pun..tapi aku seronok sebab dapat jumpa balik kawan yang dah lost contact...see bukan anak je yang dapat manfaat, tapi parents pun...tu bagi aku la kan...what a small world..

semalam, aku still cuti sebab nak hantar izzad untuk first day persekolahan, nampak dia cool je, maklum la kawan-kawan satu pre school pun ada jadi dia dah ramai kawan la..aku tunggu je izzad kat kantin, saja nak make sure dia ok ke tak masa rehat, walaupun ammanda dah awal-awal bagitau dia boleh take care izzad, tapi boleh percaya ke hehehehe...bila time recess je, aku dari jauh dah nampak muka monyok izzad, bila tanya apsal rupanya dia dah hilang duit yang aku bagi..la...kesiannya..masa tu jugak ammanda dengan baik hatinya bagi duit dia..kira share sesama la kan hehehe...dalam hati aku..ok la nih...kiranya aku dah tak payah datang lagi besok sebab dorang dah ok dah..sebelum aku balik, aku bagi duit kat izzad..kesian punya kes..ye lah..nanti waktu balik sekolah tak de duit lak nak beli ice-cream...

aku pulak walaupun cuti tapi sebab ada meeting kat putrajaya, tak dapat la nak tengok kan dorang untuk sekolah agama sesi petang tu, aku terpaksa balik sebab meeting start jam 2.30pm..hampeh betul orang kerajaan nih, dorang tu tak tau ke ramai yang sibuk cuti nak hantar anak sekolah semua...ish, nak buat cemana kan kalau dah namanya kuli tu terpaksa la ikut je...masa nak bersiap-siap kat rumah, aku dapat call dari kak aidid, rupanya yasmin (pengarah sepet dan gubra) ada nak buat charity screening sepet malam tu, kak aidid tanya nak join tak..apa lagi, ok je la..so dengan kepandaian kak aidid semalam, dapat la aku join..tima kasih ye kak aidid..next time buat lagi hehehe...so semalam aku , kak aidid ngan bodyguard dia si lan tu bersama-sama la kat gsc mid valley....kat sana dah ramai yang datang, aku jumpa sm ngan kawan-kawan dia..yasmin pun ada jugak, tapi aku tak sempat nak borak..sebenarnya segan nak tegur hehehe..takpe la some other time..

aku dah menonton sepet dulu bersama-sama rombongan kawan-kawan jugak...so masa tengok tu, aku lebih dok ulang tayang masa kitorang tengok sepet ramai-ramai...sebab nak gelak dengan kenangan tu..alamak...kenangan 2005 lagi tu hehehe..takpelah sebab kenangan yang best...seating kena cabut tiket, ada orang nak dok kat tempat lain tapi dapat tempat lain, ada orang nak dok ngan orang lain tapi dapat dok ngan orang lain hehehe..ada orang yang kelaparan sebab masa sebelum wayang start orang lain berkumpul kat tempat lain tapi dia kumpul sorang-sorang kat tempat lain, sibuk dok ambik gambar ngan celebrities la dan bermacam citer lagi... nak gelak aku ngatkan... dan sekarang aku looking forward untuk satu lagi tayangan yasmin yang bertajuk gubra...akan ditayangkan di singapura dulu, dan aku dan few others dah plan nak gi sana hehehe..sapa mau ikut..cepat-cepat....seats are limited hehehe...betul kan waiem (pepandai lak aku jadik organiser tak bertauliah):-)