Thursday, December 28, 2006

PENGHUJUNG...

BUDAK kat opis semalam kena masuk hospital sebab demam denggi…memang kebetulan kawasan umah dia kat shah alam tu ada few kes denggi pun….so lunch ni ingat nak pegi melawat la…teruk la aku kalau staf sendiri pun tak reti-reti nak pegi tengok kan..lain la kalau staf depatmen lain ke…atau budak IT ke…tak kuasa la hehehehe….pulak tu assistant aku pun cuti sampai tahun depan..balik kampong wife dia sempena raya….mesti meriah sebab kat belah pantai timur memang macam tu kalau hari raya korban….aku pulak cemana?

Memula memang dah ambik cuti pun start dari krismas….dah plan nak pegi satu tempat ni…tapi apa yang dirancang terjadi sebaliknya pulak…nak buat cemana, benda-benda yang tak leh control memang selalu akan tetiba muncul tanpa dapat dijangka….so end up aku kansel cuti…dan rasanya raya ni pun aku cam takde mood nak beraya….so mungkin aku kat kl je la…tak mungkin untuk aku balik selatan sebab keadaan kat sana yang teruk dengan banjir…..kepada yang balik ke taman dahlia tu, hati-hati ye…kalau main air bah tu, jangan ralit sangat hehehe….aku tau ler ko jakun nak main kan muahahahaha…

Plan aku untuk hari raya…..duk umah sambil tengok tv…dan aku ingat nak masak nasi kerabu hehehe errrrr kalau aku masak…..ada tak sesapa nak rasa makan nasi kerabu? Jangan malu-malu sila angkat tangan ye muahahaha….

Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua dan selamat menyambut tahun baru masehi juga….semoga segala azam yang telah ditanam untuk tahun 2006 telah pun dicapai dan semoga tahun 2007 memberi harapan dan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua nikmati….kepada mereka yang bercuti panjang…selamat enjoy…kepada mereka yang balik kampong…berhati-hati sentiasa…..take care

Friday, December 22, 2006

Monday, December 18, 2006

KESUKAAN AKU...(for the time being...)

SEJAK aku kenal lagu yang aku letak untuk blog ni, terus aku minat kumpulan padi ni…nama pun unik jek…apsal tak letak nama beras ke huma ke hehehehe….(aku baca kat website…dorang suka nama padi ni sebab nak ambik dari resmi padi…semakin berisi semakin tunduk…dan mereka suka nama padi sebab ada kaitan ngan kat mana padi tu ditanam….cam sentiasa pijak kat tanah ler cenggitu hehehe) lagu menanti sebuah jawaban memang lagu yang special…punya banyak kenangan…di ambil daripada album yang paling latest kumpulan padi ni…keluar tahun 2005 tak silap aku…then masa grup ni datang sini, aku pun join sama, tengok dorang punya konsert….adik aku bagitau..album dorang yang terdahulu pun best best…so sementara aku ada peluang ke seberang, terus aku cuba carik lagi album dorang yang lama-lama…dan akhirnya aku dapat…

Grup yang tertubuh sejak dari 1999 ini telah mengeluarkan 4 album…aku perati satu album akan keluar setiap 2 tahun so..agaknya next year akan keluar lagi 1 album baru rasanya….sebelum album pertama keluar, lagu dorang terlebih dulu dimuatkan dalam album kompilasi…aku tak beli sebab tak minat yang kompilasi hehehe

Album dorang…meh aku citer satu-satu…first album tahun 1999, judul- lain dunia

…ada 10 lagu, tapi yang paling best yang aku suka la kan…orang lain tak tau la pulak…ada 2 lagu yang aku suka iaitu begitu indah ngan mahadewi…..yang mahadewi lagi kerap aku ulang hehehehe…best sangat…kena dengar nak rasa best dia tu huhuhu…..

then second album pulak tahun 2001 – sesuatu yang tertunda…

pun ada 10 lagu dan cam besa yang paling berkesan kat hati aku ialah 2 lagu jugak iaitu semua tak sama ngan kasih tak sampai..dan aku paling suka ulang lagu semua tak sama hehehe…

third album tahun 2003 – save my soul,

pun ada 2 lagu yang aku suka tak hengat punya hehehe iaitu hitam ngan patah…best sangat tau…kena rasa dulu lagu ni baru leh cakap best hehehe..dan yang last sekali album tahun 2005 iaitu tajuk grup ni sendiri padi, dan sah-sah lagu dalam tu yang jadik juara di hati aku adalah menanti sebuah jawaban hehehe…tapi nak bagitau gak, boleh kata kesemua lagu-lagu dalam 4 album ni sedap-sedap belaka..so tak rugi kalau ada semua hehehe..

Aku baca kat site jugak….dorang akan keluarkan album baru next year tapi dorang cakap album baru tu akan ambik lagu2 lama tapi bukan lagu dorang, pastu dorang akan buat new arrangement ngan nyanyi style padi…ok tak cenggitu..hehehe..tak sabar rasa nak beli..tunggu je la next year yang tak berapa hari lagi ni kan…

Kat sini aku bagi lirik semua tak sama siap bagi chord untuk gitar lagi tau muahahaha….so kepada mereka yang ada gitar kapak tuh…cecepat ler belaja lagu yang best ini huhuhu…enjoy (aku cuba carik mp3 untuk lagu ni, tapi tak dapat download atas sebab-sebab teknikal dan aku pun tak cukup masa nak buat cara lain hehehehe…lepas tu nak gak letak lagi satu lirik sebab kawan aku cakap lagu nih (sobat) ada orang tuju kat dia hehehe…tapi kan..lirik dia sangat la bermakna sampai tak jadi aku nak letak muahahaha….

SEMUA TAK SAMA
Intro: C

C Am Em
Dalam benakku lama tertanam
G C
Sejuta bayangan dirimu
Am Em
Redup terasa cahaya hati
G C
Mengingat apa yang t'lah kau berikan

Int: C Am Em G

C Am Em
Waktu berjalan lambat mengiring
G C
Dalam titian takdir hidupku
C Am Em
Cukup sudah aku tertahan
G F
Dalam persimpangan masa silamku
F C Em
(*) Coba tuk melawan getir yang terus ku kecap
F G F
Meresap ke dalam relung sukmaku
F C Em
Coba tuk singkirkan aroma nafas tubuhmu
F C
Mengalir mengisi laju darahku

C CM7 Am
Reff: Semua tak sama...tak pernah sama
F G C
Apa yang kusentuh, apa yang kukecup
C Am Gm
Sehangat pelukmu selembut belaimu
Dm F G C
Tak ada satupun yang mampu menjadi sepertimu

C Am Em G C
Apalah arti hidupku ini memapahku dalam ketiadaan
C Am Em
Segalanya luruh lemah tak bertumpu
G C Am Em
Hanya bersandar pada dirimu ku tak bisa, sungguh tak bisa
G F
Mengganti dirimu dengan dirinya

Back to: (*), Reff

Int: F C F C G
G Am F G Am F C

Back to: Reff

C Am
Sampai kapan kau terus bertahan
Em F G
Sampai kapan kau tetap tenggelam
C Am
Sampai kapan kau mesti terlepas
Gm Dm F C
Buka mata dan hatimu relakan semua

Monday, December 11, 2006

SETIA...



DAPAT buku tu hari rabu, tapi weekend baru ada masa nak baca…..dan seperti biasa lepas baca…wahhhh….terus dalam hati aku pikir, ada lagi ke orang yang seperti dalam citer ni…

The Bridges of Madison County tulisan Robert James Waller memang dah lama terbit, in fact..novel ini telah pun difilemkan yang membariskan pelakon handalan Hollywood iaitu Clint Eastwood dan Meryl Streep…..

Ceritanya ada lah sebuah kisah benar yang berlaku dalam tahun 1965 di Madison County, Iowa di mana Robert Kincaid, seorang jurugambar professional yang bekerja dengan National Geographic telah ditugaskan ke Madison County untuk mengambil gambar beberapa buah jambatan yang unik dan bersejarah di sana…..beliau bertemu dengan Francesca, isteri seorang petani di sana dan dari situ la semuanya bermula…..kisah cinta yang menyayat hati yang hanya untuk selama 4 hari mereka bersama…ingatan itu dibawa sehingga mati hampir berbelas tahun selepas itu…..

Begitu sekali cerita cinta mereka….novel ini ditulis berdasarkan kepada catatan Francesca sendiri yang di berikan oleh anak-anaknya dan hasil dari research penulis sendiri….aku terfikir…dalam masa 4 hari, mereka berkenalan…lantas bermesra….dan setelah itu, langsung tidak berhubung sehingga Francesca mendapat sebuah bungkusan yang menandakan kematian Robert…..sungguh lara sekali hati mereka aku selami…perasaan cinta yang terpendam selama bertahun-tahun…tanpa dapat bertemu selepasnya….tertanya-tanya aku…adakah berbaloi perasaan itu?...apa yang menyebabkan terjadinya begitu….apa yang sebabkan mereka….hanya dalam 4 hari, boleh jatuh cinta dan cinta yang mengesankan di hati sehingga langsung dibawa mati…..sungguh sedih kisah cinta ini….sungguh pedih hati mereka ini…sungguh lara dan sarat rindu yang mereka pendam….dan aku yang membacanya…..dapat aku rasa perasaan dan rindu itu….semoga mereka aman bersemadi bersama….di salah satu jambatan yang satu ketika dulu menjadi saksi saat bahagia mereka…..

Baca la citer ni, then baru boleh rasa perasaan mereka ini....

p.s – thanks KA pinjamkan buku ni kat kita....cuba cari pulak dvd citer ni…filem ini diterbitkan pada tahun 1995.

Tuesday, December 05, 2006

OUTING YANG LAMA...

AKU tak akan pegi lagi ke PC fair…full stop..adoiiii….giler betul ari ahad tu, ni gara-gara si has yang ajak aku pegi sana la, aku rasa cam baru lepas buat saie jek muahahahaha….imejin la, bila dah beli barang yang kitorang nak, nak balik je, kena hadapi beberapa event halls yang orang nya bersesak mengalahkan tengok konsert…arrrghhhhhhhh tension jap…

PC fair yang start dari jumaat sampai last day ahad tu, sebenarnya aku malas nak pegi. Walaupun adik aku ajak pegi tapi aku tetap taknak, sampai la ari ahad tu…dah janji ngan has, dah buat appointment dah pun sebulan yang lepas, tapi disebabkan appointment tu ditukar masa, ingat en route je la ke OU…alih-alih appointment tak pegi, tapi kitorang dok bersardin kat convention centre muahahahaha

Sampai kat CC, wahhhhhh parking sumer full beb….tunggu jap kat entance parking tu hehehe…nasib baik adik yang jaga parking tu baik suh kitorang tunggu, kalau tak, mau nak kena menapak (phobia aku kalau nak kena keluar peluh di tengahari tu eeeeeeeiiiiiii)..dapat parking…setttttt…terus masuk hall…first hall tu cam best arrrr….aku yang memang taknak pegi ni tapi bila dah pegi ni…ada je la kan menda yang berkenan nak di beli hehehehehe….lepas agak lam sejam, barang canon dah dapat…has pun dah dapat apa yang dia nak, so terus cakap ngan dia, kita pegi sebelah je la…yang horrornya, bila nak keluar tu la….dah la masing-masing barang besar-besar, nasib baik gak barang has tu dapat free troli (bagus dorang nih dah pikir sesiap betapa susahnya nak bawak barang yang besar nak melalui lautan manusia huhuhu) manusia punya la ramai takyah nak cakap….dewan yang ber aircond tu aku rasa panas je, pulak tu dari first hall tu…bila nak keluar kita kena melalui semua hall..imejin dari hall 1 sampai hall 5, dengan orang punya la ramai yang aku rasa separuh dari orang kat kl nih ada kat situ masa tu…..

Pulak tu, disebabkan kena lalu semua hall, lift untuk ke parking dah silap masuk…sampai parking je…ehhh mana kereta ekkk…jenuh pulak la cari kereta ngan barang-barang muahahaha…..akhirnya lepas dah letih giler, muka dah masam cam cuka dan dengan kelaparan yang tahap boleh makan orang muahahahaha…..mission accomplished

Tapi yang bestnya….tak kira penat nih, nak gak pegi klcc muahahaha….si has konon-konon nak beli jeans la..lepas tu, sebab dah terlalu lapar, cari tempat makan dulu…baru la boleh duduk ngan relax, fuhhh imejin dari sejak masuk pc fair sampai ler beberapa jam kemudian baru la kitorang dapat rehatkan kaki….terasa cam dah turun beberapa kilo lak hahahahaha…tapikan dengan apa yang kitorang makan tu kira cam back to square one je hehehe….tapi kat klcc pun orang bertali arus..punya la ramai…sekarang mission kedua pulak…apa lagi kalau tak shopping muahahahaha…..yang ni aku malas nak citer detail sebab end up aku yang shopping mengalahkan has muahahahhaa…hmmmm what did I get?...aku dah beli skincare range aku yang dah abis….aku tambah sendatkan lagi lemari baju kat umah hehehe and oh ya, aku beli satu cd special…nanti later aku citer pasal cd ni…

Outing aku ngan has dari jam 12 tengahari sampai umah jam 9 malam….best tak hehehehe and pleaseeeeeee….lepas ni, jangan ada sesapa ajak aku shopping lagi melainkan kalau korang nak bagi aku duit hahahahaha (updet: semalam….lepas keja aku gi midvalley….aku terbeli blouse and jeans oppppsssss muahahahaha)