Friday, June 30, 2006

KARENA WANITA (INGIN DIMENGERTI)

Lekuk indah hadirkan pesona
Kemuliaan bagi yang memandang
Setiamu symbol keanggunan khas perawan
Yang…kau miliki

Akulah pengagum ragamu
Tak ingin kumenyakitimu
Lindungi dari sengat dunia yang
Mengancam…nodai…sucinya lahirmu

Karena wanita ingin dimengerti
Lewat tutur lembut dan laku agung
Karena wanita ingin dimengerti
Manjakan dia….dengan kasih sayang

Ingin kuajak engkau menari
Bermandi hangat cahaya bulan
Sebagai tanda kebahagiaan
Bagi semesta cinta kita

Bintang terang itulah dirimu
Janganlah redup dan mati
Aku dibelakangmu memeluk dan menjagamu…

ADA BAND

Aku tau hari ni bukan hari wanita, tak sure pun bila agaknya..sapa-sapa yang tahu boleh beritahu ya…tapi bila aku dengar dan hayati lirik ni, macam best sangat…kalau lirik dia best, lagu dia lagi best…terasa sebagai wanita sangat dihargai…dan aku rasa itu lah yang sepatutnya kita lakukan…wanita seperti ibu, isteri, kekasih dan kawan…mereka perlu dihormati kan….bagitahu kat aku sapa yang tiada rasa hormat dan kasih pada ibu?....memang neraka je la balasan pada anak-anak yang derhaka ini…..sapa yang tak cinta pada isteri?....walau cinta berubah sekalipun jangan dianiaya para isteri yang setia, siapa yang tak rindu pada kekasih dan hormat pada kawan?....wanita sangat setia kalau berkasih…janganlah diracun kepercayaan yang diberikan…..wanita seorang kawan pendengar yang setia….janganlah dipermainkan persahabatan atas kepentingan sendiri….

Bila dengar lagu ni, aku teringat balik berita-berita yang aku baca….kekasih dibunuh dengan kejam…seorang wanita yang sarat mengandung dilanggar dan ditinggalkan begitu sahaja…wanita didera dan dianiayai…apsal boleh jadi sampai macam tu?..apa saja kesalahan yang dilakukan oleh mereka itu sehingga berakhir dengan peristiwa yang tragis?...kalau lihat pada lirik…wanita hanya ingin mereka faham perasaan, diberi perhatian dan yang penting kasih sayang…itu saja…susah sangat ke nak penuhi semua tu?..tapi bila difikir..susah la kot..sebab tu in real life tak semua jadi macam tu…..siapa lah aku nak menghukum pada setiap kejadian…Cuma yang boleh aku lakukan…ambil iktibar dari setiap kejadian…aku pun bukan nak bahaskan kenapa terjadi perkara seperti yang telah terjadi….cuma aku nak beritahu…..seperti yang dilagukan….hargailah semua WANITA….

Thursday, June 22, 2006

CITER YANG TAK MENARIK...

YE…..tau…dah lama tak berupdet…bukan disengajakan tau, tapi tahu saja la kalau dah banyak keje sampai tak terkejar..mana ada masa lagi nak pikir nak updet blog….aku rasa kalau aku tak busy, memang tetiap hari aku akan cuba tulis…tak kira la menda apa, janji ada something yang aku boleh tulis, tapi kalau dah tetiap hari citer pasal keje je, boring lak kan….nak tulis benda-benda yang ilmiah….aku ngaku selain dari yang related ngan keje aku, takde satu benda ilmiah pun yang aku baca jauh sekali mengkaji hehehe…terasa cam berkarat lak otak aku muahahaha….

Balik umah pun buat routine yang sama je….masak, tengok tv, tido…in between masa tu lah nak borak ngan budak-budak atau nak bermanja ngan emmir hehehe..ohhh sebelum tu aku nak mintak maaf kat kak aidid ngan sempoii hehehe…anak aku yang umur baru 2 setengah tahun brutal sangat sampai dia buleh buli anak-anak dorang ni yang jauh lebih besar dari dia sampai nangis budak-budak tu hehehe..sowi arrrr u ols, sebenarnya…anak aku tu excited terlebih nak berkawan tapi dia nih memang tak reti nak bersosial tak macam mama dia hahaha….tu yang brutal semacam (tu pun ikut mama dia jugak kut hahaha)..so jangan serik tau u ols hehehe…

Pun nak ucap terima kasih kat kamu, kamu dan kamu muahahaha….kerana menceriakan weekly konsert aku..memang cam terasa kat konsert je, tapi aku terasa cam aku makcik yang jual burger, bukan penonton sebab sibuk mundar-mundir muahahaha…kepada bat88 (takleh komen kat blog ko beb hehehe)..take care ye, ko tuh dah jauh kedepan tinggal aku, tu yang tak larat kejar tu muahahaha….kepada semua..selamat berhujung minggu..

Thursday, June 15, 2006

BIASA SAJE...

TAK sempat nak updet sebab busy tahap terlampau muahahaha….dah la takde ka opis kan pas tuh laptop lak buat hal, masuk bengkel gak (ingat aku je pegi bengkel, laptop aku pun ikut sekali hehehe)…so bertambah malas la nak bukak internet kat umah….

Minggu lepas, aku ngan 2 orang member bawak anak-anak memasing pegi tengok movie citer Cars….wahhhh hari tu cam ada rombongan sekolah tadika lak jadiknya…terus cam terasa nasib baik ler tak keje jadi cikgu tadika, kalau tak mau aku jadik giler muahahaha..tak terlarat nak layan budak-budak kalau dorang dah geng hehehe…citer cars ni best sangat, amat disarankan kepada mak-mak dan bapak-bapak bawak anak-anak korang pegi tengok citer ni, kira cam banyak moral of the story….sampai ada kat few scenes tu, mata aku cam bergenang jugak ler sebab sebak dan terharu, ehhhh apa ler citer katun pun aku leh hiba camtu..tapi betul…best sangat..

Sepanjang minggu asyik tengok bola je keje aku, ada orang tuh lepas je pasukan itali abis main lam jam 4 lebih pagi tu, terus sms aku muahaha…esoknya..giliran aku lak sms dia lepas brazil abis main..nasib baik menang, tapi brazil main tak sepenuhnya, lagipun croatia punya pertahanan main bagus gak dan dorang berjaya kawal pemain brazil..kira cam ronaldo aku leh kira berapa kali dia dapat bola, last-last baik ler dikeluarkan..buang tenaga je hehehe….semalam aku tengok spain ngan Ukraine, rasa cam tak puas hati kat pengadil tu pegi layangkan kad merah dan bagi penalty sebab bila replay aku tengok cam takde pun berlaku kekasaran yang sampai boleh dapat kad merah…ntah hapa-hapa ntah pengadil tu…apa-apa pun..let’s enjoy world cup sementara masih ada….ole ole ole ole…..errrr AF, takleh nak recap sebab aku tak tengok diari minggu ni, lagu dorang pun aku tak tahu hehehehe…

Friday, June 09, 2006

OLE OLE OLE OLE...

YESSSSS…..world cup sudah mari setelah 4 tahun, kali terakhir diadakan oleh host bersama, korea dan jepun…dan tentunya pasukan favourite aku, brazil untuk kesekian kalinya akan beraksi di medan pertemuan bolasepak paling berprestij…dengan adanya pemain terbaik ronaldinho bersama ronaldo dan lelainnya….aku berharap agar brazil sekali lagi akan bersamba dan bawa pulang world cup..

Selamat ber world cup ye kawan-kawan…ada orang tu terus tak nak keluar gi memana…nak duduk umah je depan tv, ada orang tu pulak double demam tahun ini, mana demam world cup lagi, mana nak demam af lagi muahahaha…...sendiri demam sendiri makan ubat tau hehehehe…yang sorang lagi pun sibuk gak ngan world cup walaupun perut tu dah sangat maju kedepan muahahaha…aku rasa la kan, ada harapan nanti anak dia masuk myteam pulak muahahaha…..

Selamat menonton pembukaan world cup malam ini….(kat umah dah siap stok kacang cap tangan ngan air zappel muahahaha….Go samba…Go brazil….Ole Ole Ole Ole….

Monday, June 05, 2006

KONSERT AF?...BUKAN LER MUAHAHAHA...

MALAM tadi bertempat di Orange club ( tak sure kat mana lokasi tapi rasanya sebelah dengan HLA building dan belakang Prince Hotel tu)…aku menyaksikan Wings live concert…..sebenarnya tak tahu pun ada konsert nih, masa dok tengok tv, ada member sudah siap-siap tukar baju bagai…aku tanya la, nak gi mana?...member jawab nak pusing-pusing…aikkk..jarang sangat member ni nak pusing-pusing kl memalam nih (tak macam aku la yang selalu keluar hehehehe)…terus aku cakap nak ikut hehehe…aikkk aku pun bukan selalu sangat rasa nak ikut, agaknya sebab aku pun dah penat tengok tv je so rasa teruja lak nak ikut…tak tahu pun nak pegi mana tapi saja je nak ikut jugak hehehe

Jam 9 cam tu, kitorang keluar…baru je buat u-turn nak menghala ke tol, tetiba jalan jam..aikkkk..ape hal Sunday night pun boleh jam nih….ini mesti ada eksiden..betul seperti dijangka….memang eksiden ini sangat dahsyat..imejin, eksiden berlaku di highway utara selatan yang merentang di atas jalan ldp, tapi ada satu mangsa tu boleh terjatuh dari jalan atas ke bawah jalan ldp yang menuju tol tu, weiii buleh imejin ke?...dah orang tu mati ditempat kejadian…dan yang paling dahsyat nyer aku lalu kat sebelah mayat tu, kat jalan atas, kereta dah jam dan aku dengar berbagai siren…agaknya polis, bomba ambulan semua ada kut..yang kat jalan bawah pulak….nasib baik ada pengguna jalanraya yang baik hati tolong divert kan pemandu…kalau tak tentunya mayat tu dah hancur kana langgar keta…imejin ekkk masa orang tu jatuh dari highway kat atas tu, pulak kena langgar lak ngan keta yang dari jalan ldp kat bawah nih….eiiii ngeri oiiii…aku masih lagi terbayang ni, nasib baik mayat tu dah ditutup, kalau tidak….tak tahu ler aku sure mimpi hantu lepas tu hehehe….nampak daripada mayat….mungkin berbangsa India….

Ok dah lepas tol, jalan clear…aku tanya ayip..nak gi mana…baru ler dia cakap nak gi tengok wings…nak buat surprise la konon tu muahahaha….sampai kat orange, dalam jam 10 lebih..orang dah ramai…aku dengar wings pun baru start (dalam tiket tulis start jam 9.30)..kitorang yang tak beli tiket lagi kena la tunggu dulu sebelum dapat masuk….kat dalam je, aku yang first time pegi club tu rasa cam tempat tu kecik je. Tetiba rasa cam sesak sebab walaupun ruang kat belakang masih lapang, tapi dorang ni punya asap rokok buat aku tak tahan….semalam rasa jangka hayat aku kurang beberapa jam lebih pantas hehehe…

Masa aku masuk club tu wings tengah nyanyi lagu jerangkung dalam almari..hmmm mat-mat rock apa lagi kan goyang je la…bingit telinga aku kiri kanan dok jerit bersama awie…joe punya goreng tak yah cakap la..memang power giler…sebenarnya memang aku minat wings dari album pertama dorang lagi…tapi aku start beli kaset (zaman aku sekolah mana ada cd ok….kaset tu pun nak beli simpan duit sekolah tau uhuk uhuk uhuk) hukum karma yang ada lagu-lagu best….lepas jerangkung dalam almari, awie nyanyi lagu faveret aku biarkan berlalu….besttttt sangat….antara lagu-lagu yang dinyanyikan awie malam tu adalah…misteri mimpi syakila (mek suke sangat hehehe), pentas opera, di alam barzah, diambang wati (fuhhhhh bestnyerrrrr), bazooka penaka…dan banyak lagi aku dah lupa nama lagu, lagipun tak catit…rasanya awie nyanyi lebih dari 20 lagu….aku dah tak larat tunggu sampai abis, jam 12.30 aku keluar dari club yang penuh sesak tu…rasanya kalau aku lambat setengah jam, mau pengsan aku tak dapat sedut udara segar hehehe…overall…performance awie ok walaupun towards the end dia pun rasa cam dah nak pancit….joe maintain….memang dia nih power takyah cakap….aku juga nampak rakan artis yang lain seperti man kidal (tok man….mek suke tok man hehehe), mus, yantzen dan lain-lain aku tak tahu nama hehehe….yang bestnyer malam tadi, anggota wings seperti anggota yang lama kekal dalam group ni seperti, awie, joe, eddie dan black…so aku suke sangat sebab takde orang lain yang aku tak leh terima melainkan dorang berempat ni….dengan harga tiket 25….kira puas hati la, walaupun aku berharap next time sediakan la tempat yang lebih lapang…..sesak beb….

Thursday, June 01, 2006

SAMAN...

KERETA aku dah ala-ala dihujung nyawa sebab road tax dah hampir ke tarikh lupus hehehe…so aku (bukan aku sebenarnya…) dah suruh runner renew kan la road tax tu kan..tapi yang bestnya, runner tu cakap takleh sebab aku ada saman yang tak dijelaskan..alamak….ada saman pulak, tak ingat la pulak aku hehehe (buat-buat lupa pulak muahahaha…)..so semalam dalam proses berbaik baik ngan orang IT, aku saja la borak dengan dorang, tanya kat mana nak check saman bagai hehehe…dorang pun bukak satu website yang kita boleh check saman la….hmmmm check punya check, nama aku keluar dua saman hehehe…aku kena kat mana? Lerrrrrr….semua saman tu bukan aku punya melainkan orang yang pakai keta aku yang punya…hampessssss

Nak renew roadtax punya pasal, kena la aku ke trafik jalan Bandar hari ni, nasib baik pegi pagi, orang tak ramai…sampai kat kaunter, ada dua bahagian, satu semakan saman dan satu lagi kaunter bayaran….aku pun pegi la kat kaunter semakan sambil terus je cakap, saya dah semak saman…kena semak lagi sekali ke?...konfiden je hehehe..polis tu pun tanya kat mana semak, nasib baik aku bawak print out semakan, dia tengok, dia cakap..hmmm ini yang terbaru je, meh sini saya check kat system…check punya check….daripada 2 saman yang aku check tu rupanya aku ada 9 saman lagi muahahahaha…..dari tahun 2002…sampai aku tak ingat lagi no. kereta lama…siap suh polis tu check muahahaha…ada satu saman tu aku kena tahan polis sebab bawak laju, tapi aku boleh siap tak ngaku hahahahaha….dah dia cakap kat tempat yang aku tak penah pegi, rupa-rupanya highway yang menghala ke utara tu dikira dalam daerah situ, mana la aku tahu…gelak-gelak aku ngan polis tu, nasib baik polis tu mood baik hehehe…yang bestnyer…dia siap cakap kat aku, takpe bayar satu je yang penting sekali bayar yang aku kena tahan polis tu, yang lain-lain tak kisah nak bayar bebila..aik…boleh ekkk cam gitu, aku senyum je la, sambil tu siap cakap takde diskaun ke encik huhuhu…nak diskaun ke? dia tanya aku..pastu siap bagi lagi muahahaha….aku senyum lagi, kali ni aku cakap…saman yang lain-lain tu encik tak boleh kasi padam dalam system tu ke? Muahahahaha……sengih je la polis tu kat aku….

Moral of the story….sila bayar saman ye adik kakak dan abang sekalian, nanti nak renew road tax ke, lessen ke….baru la reti nak singgah jalan Bandar tu…aku pun pagi tadi sesat ntah kemana-mana sebelum dapat sampai ke situ hehehehe…