Tuesday, November 28, 2006

SUNGGUH HAIRAN...

BARU kejap tadi aku dapat call dari seseorang….aku langsung tak ingat sapa sampai la bila dia citer sket baru aku ingat…imejin la…aku jumpa dia sekali, tu pun sebab nak ambik barang yang aku oder…dah la aku oder online jadi memang langsung tak penah cakap ngan dia ni, kecuali few times…aku dah tak ingat aku ada bagi kad aku ke atau aku isi borang pelanggan ke…langsung aku blur..dan tetiba dia call ofis aku…

Lagi aku heran sebab….dia bercerita cam lama kenal ngan aku, citer yang dia tak lagi kat tempat aku jumpa dia dulu, dah keje kat tempat lain….citer dia baru je nikah…nak jemput aku nanti kenduri kat rumah dia….then in between conversation, siap cakap rindu kat aku, dah lama tak jumpa dan banyak la lagi citer….errrrr….aku cam besa la kan, tak penah la kalau orang tepon aku tu marah sebab aku buat tak tau je kan….dia tanya aku jawab la, dia citer aku layan la…tapi aku sangat-sangat heran….apsal dia ni cam tetiba call aku, borak camni sekali tapi baru sekali jumpa aku ….even aku dah tak ingat dah rupa dia cemana…bley gitu?...aku dah konfius nih sebenarnya…korang penah tak terjadi camni, atau aku ni..baik hati sangat ke, dia siap cakap dah lama carik kad aku sebab dah lama nak tepon and borak-borak ngan aku….

Adoiiiii herannya…korang rasa aku nih jenis yang baik hati sangat ke sampai ada orang yang cenggini?....ada tak yang akan take advantage sebab aku baik? Sebab aku tak berkira langsung…kadang-kadang aku lebihkan kawan dari keluarga sendiri? Aku terlampau jaga hati kawan ke? Kadang-kadang aku penah terpikir, akibat-akibat dari tindakan aku..tapi sebenarnya bukan aku sengaja…..aku rasa dorang yang tengok aku camtu..nak buat cemana?....kata orang…buat baik berpada-pada….buat jahat jangan sekali…so salah ke? Atau akan ada lagi orang yang cam ni…..

Sunday, November 26, 2006

GUBRA...

MINGGU yang sibuk….dan yang paling aku tak jangka akan berlaku…telah berlaku…hampeh betul…dah la masa tu aku takde kat sini nak perbetulkan apa-apa yang patut….back up lak tertinggal kat umah..hmmm…apsal ler kelam kabut tak sudah-sudah….dah balik pun…still aku tak de masa plak nak pegi betulkan keadaan…..

Minggu ni jugak bermulanya marathon pegi kenduri umah orang kawin…ramainya kengkawan dan kenalan yang ambik peluang cuti sekolah untuk dirikan tangga dan masjid kan….tahniah la diucapkan pada mereka yang berani menempuh cabaran baru..semoga anda kalian berbahagia selamanya…

Kawan aku sorang ni….dia ni umur dah awal 30an…masa muda-muda dulu dah banyak pengalaman, kira kalau citer dah boleh buat buku untuk ambil iktibar hehehe….baru putus cinta jarak jauh….susahnya bercinta dengan gadis dari seberang, yang kebetulannya aku jugak kenal…setelah 4 tahun, ambik keputusan berpisah….kalau nak citer alasan dan sebab musabab…blog aku nih takde citer lain la jawabnya nanti hehehe…

So kawan aku ni…diperkenalkan oleh kawan-kawan yang lain pada sorang gadis….tengok gambar je terus cam terdetik kat hati dia…”yang ni la yang aku cari-cari”….itu citer dia kat aku la kan….yang aku kelakar…..punya la dia suka sangat kat budak tu, sampai gelabah tahap maut punya muahahaha….dan aku ni ler jadik penasihat tak bertauliah…cam la banyak sangat pengalaman aku hahahaha….boleh kira ngan jari sebenarnya pengalaman aku nak mengorat orang….tak sampai sebelah tangan pun kalau nak dikira huhuhu….nasib la kan..sapa suh mintak nasihat dari aku muahahahahaha….belum penah jumpa lagi ngan budak tu…katanya…aku taknak ler nampak rakus sangat muahahaha….taknak ler tunjuk desperate muahahahhaa…..aritu, pegi Jakarta ngan aku, siap mintak tolong aku pilihkan kain kebaya…..taste aku kan….mesti la yang paling cantik dari segi halus dan kualiti buatannya…memang puas hati la, sampai kawan aku nih pun memang tak pilih yang lain, terus jek setuju ngan apa yang aku pilih tu…..yang aku kelakar lagi ni, termenung lak dia, nak jumpa sendiri ke nak bagi hadiah tu atau nak pass kat orang jek muahahahhaa….dilema betul orang yang nak bercinta ni kan…..sambil-sambil tu laju je tangan duk berbalas-balas sms ngan budak tu hehehe…..siap ada satu sms tu, budak tuh dah bagi hint dah macam nak jumpa…dan kawan aku yang angau nih….dengan betul bendulnya pegi jawab macam mamat skema muahahaha….lepas tuh baru perasan…tak sudah-sudah tepuk dahi sebab dia bleh tak perasan ada udang disebalik mee punya sms muahahaha….hmmm….tak larat aku nak layan kawan aku nih….aku doakan je la dia jumpa cecepat ngan budak tuh, tunggu je la perkembangan seterusnya hehehe

Thursday, November 16, 2006

SO FAST?????



MEMANG pernah dengar nama grup ni sebelum ni, even pernah baca dalam paper…tapi sampai aku sendiri beli dan dengar lagu-lagu dari album ke dua dorang nih baru aku tahu dan tetiba rasa lega sangat hehehehehe….ada gak grup malaysia yang lagu-lagu dorang nih sedap…serius….

Korang tau kan cemana fanatiknya aku ngan lagu-lagu dari grup seberang kan (in fact sekarang nih tengah duk berkira-kira ni cd mana aku nak beli nanti hehehe)..tapi yang buat aku lega lepas aku dengar lagu-lagu grup ni…..takde la lagu-lagu Malaysia ni mendayu-dayu yang tak tentu pasal meleret-leret…meliuk liuk irama…tak kuasa nya nak dengar….pulak tu, takde la lirik pun ntah hapa-hapa….

Sebetulnya grup yang menamakan diri mereka ini SOFAZ…telah membuktikan bahawa kita juga boleh melahirkan lagu-lagu yang best, berirama segar dan tidak jemu untuk didengar….bila aku first time dengar lagu-lagu dorang….terus dapat aku rasa….seperti aku mendengar atau mendapat sentuhan peterpan, radja, ungu dan kumpulan indo yang lain…sungguh..lagu-lagu dalam album kedua dorang nih memang langsung tak mengecewakan…sepertinya mendengar lagu dari seberang sampai masa aku mula-mula dengar tu ingatkan aku tersalah beli album grup dari sana lagi hehehe

Daripada 12 lagu yang ada, boleh aku katakan kesemua lagu-lagu best…tak tahu aku nak bagitau preference aku sebab rasanya cam semua best….antara yang jadi pilihan aku…janjiku, raja kasih yang hilang (selalu keluar dalam radio), salahku, cinta, rasaku, salah siapa, dan pasti, …lagu janjiku (track 1) yang jugak merupakan judul kepada album ini siap ada episode 2 (track 12) yang bezanya ada pada baris terakhir…..best lah hehehe….ada satu lagu track ke tiga, kenanganku adalah lagu arrangement semula dari lagu penyanyi asal jefrydin….agaknya dorang ni minat ngan penyanyi 60’ an ni so sebab tu la ada tribute untuk beliau…..

Overall, kalau korang minat peterpan, ungu, samsons, radja, dewa….tak salah kalau beli cd sofaz ni sebab memang berbaloi…aku tinggalkan korang dengan 2 lirik lagu dari sofaz ini…

CINTA

Noktah menjadi garis
Garis menjadi rajah
Rajah menjadi gambar….cintaku

Benih menjadi putik
Puitk menjadi pohon
Pohon menjadi dahan….rinduku

Huruf menjadi peri
Peri menjadi ayat
Ayat menjadi makna…dambaku

Sinar menjadi hayat
Hayat menjadi jiwa
Jiwa menjadi diri…mimpiku

Cintaku….rinduku
Dambaku…mimpiku


DAN PASTI

Kan ku katakan segala terjadi
Dan membuat kau terus mengerti
Kan ku tinggalkan segalanya kini
Tuk membuat kau terus fahami

Dan pasti kau mengerti tawa ini
Dan pasti kau fahami rasa ini

Kan ku katakan segala terindah
Tuk membuat kau terus berubah
Kan ku lukiskan segala kau kata
Dan ku tuliskan segala kau rasa

Dan pasti kau mengeti tawa ini
Dan pasti kau fahami rasa ini
Dan pasti kau mengerti jiwa ini
Dan pasti kau fahami hati ini


~ Berdiam tidak bererti melupakan ~

Tuesday, November 07, 2006

BIAR KAN...

BANYAK sangat keje nak buat
banyak menda yang nak dibereskan
banyak hal yang nak dipikirkan
banyak kejadian yang nak dicerita
banyak hati dan perasaan yang nak kena jaga

last-last baik aku diam diri je…..
berdiam itu lebih baik…

Friday, November 03, 2006

KEMBALI...

BALIK dari cuti raya, hari isnin tu terus sibuk dengan program ofis sampai la semalam…dah la penat raya tak hilang lagi, terpaksa pulak berkejar ke sana sini dalam 3 hari….kalau badan dah letih, bagi aku fikiran pun cam tak betul..maksudnya berfikir pun dah tak betul dah, aku rasakan kalau masa tu orang mintak ngan aku apa-apa pun, jawaban aku ia kan je..bagi je apa yang dorang nak hehehe…lagi satu, kalau aku terlampau letih..aku ada bad habit iaitu aku suka kalau ada orang manjakan aku muahahahaha..

Hari raya yang lalu, macam biasa….terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dan menempuh jam yang lama….tapi letih menghadapi semua tu hilang bila aku nampak wajah-wajah yang aku rindu untuk jumpa dan cium tangan mereka..itulah nikmat hari raya bagi aku…..dan seperti biasa jalan-jalan ke rumah saudara mara, banyak pulak jemputan kenduri..pegi je la sebab dah lama tak berjumpa…tapi sebenarnya aku paling seronok kalau balik kampong dapat berkumpul bersama adik beradik…kalau selalunya tak pernah cukup, tapi di hari raya semua wajib balik….so masa ni lah kitorang akan berborak dan bercerita perihal masing-masing…

Dah habis cuti raya..sibuk la pulak nak pegi open house kan….weekend nih dah berderet-deret list open house…aku tak tahu nak pegi yang mana sebab all over kl….selalunya kalau camtu..end up aku tak pegi semua muahahaha…

Selamat kembali kepada semua, selamat menyambung tugasan yang bertangguh sebab masa bulan puasa malas nak keje (tu aku la tuh hehehe)…selamat berpuasa sunat syawal….yang dah abis, selamat beraya lagi..yang baru nak start…teruskan usaha..bagi aku…aku akan buat seperti apa yang aku baca dalam paper minggu lepas…teringat kata-kata seseorang tentang ini….persamaan dan kebenarannya…