Monday, January 22, 2007

CERITA BANJIR...

FIRST time selepas banjir melanda selatan…aku balik… bukan sebab sengaja takmo balik sebelum ni, tapi rasa cam weekend aku asyik ada menda je nak buat kat sini atau kat mana-mana hehehehe…

Sepanjang perjalanan ke selatan, hujan renyai di beberapa kawasan..bila dah masuk sempadan johor..kawasan yang paling teruk terjejas….aku lihat kiri kanan highway macam laut atau tasik…semua pokok berendam dalam air, ada rumah-rumah pun cam jadik rumah terapung la pulak….memang teruk rupanya keadaan…

Terpaksa lalu jalan alternatif sebab jalan yang biasa aku lalui tidak boleh sama sekali dilalui…jalan dah tenggelam dalam 1.4m camtu…jalan alternatif pun ada kat satu kawasan tu, kenderaan bergerak perlahan sebab air deras merentangi jalan…masa ni aku teringat masa aku kecik dulu, nak balik raya ke pantai timur…tapi tersekat sebab jalan tutup kerana banjir…kitorang pun stranded berjam-jam…so aku tau la cemana perasaan dorang yang stranded ni apatah lagi dorang ni macam baru pertama kali mengalami…

Kelihatan di kiri kanan sepanjang perjalanan menuju destinasi..lautan air dimana-mana….aku lihat ramai budak-budak yang sibuk ngan pelampung dok main air hehehe….dulu-dulu aku pun camtu gak..tak peduli la air tu bersih ke kotor ke…tibai jek..janji dapat main air…seronok aku tengok dorang…dah macam sunway lagoon pulak jadiknya kat tempat tu…..sampai tempat dituju….rumah masih lagi macam pulau ditengah lautan…tak dapat nak buat apa-apa….orang kampong semua masih lagi kat tempat pemindahan kat sekolah-sekolah sekitar….jumpa jiran-jiran biasa….aku tanya keadaan kat penempatan sementara….macam-macam cerita aku dengar….kalau dah lebih dari 1000 kepala…memang la kecoh kan….nasib baik la bekalan makanan yang dihantar tak pernah putus..tapi biasa la…ada gak la yang berebut-rebut barang asasi lain..(ada satu citer tu…pad pun dorang berebut hehehehe…kesian kan)..timbul la citer orang ni malas buat kerja…orang ni buat hal sendiri…tapi bila time makan atau bila bantuan sampai…dia la yang memula sekali menyibuk…..

Tu hal-hal yang biasa kalau dah ramai dan tak semua satu kepala kan…imejin kalau aku juga terpaksa berada di sana…tak sanggup rasanya…dorang apatah lagi….fikiran runsing mengenangkan keadaah rumah…harta benda yang ditinggalkan….kalau seseorang tu fikiran tak betul, memang akan mudah terjadi perkara-perkara yang selalu tak diingini seperti nak cari gaduh dan sebagainya kan…..masa aku sampai petang tu…dorang cakap bekalan api dah lama ditutup sementara….dorang dah berapa lama bergelap kat sekolah tu..baru la hari tu generator dibawa….nyamuk tak yah citer la….seronok betul nyamuk pesta minum darah hehehe…kesian betul....tapi apa aku boleh buat…sedangkan kerajaan pun payah nak tangani…ini kan lagi aku..

Sekolah pun dah lebih seminggu ditutup…budak-budak memang la seronok, tapi cemana nak cover masa yang hilang…sempat ke dorang ni habiskan silibus sebelum upsr, pmr dan spm?...sebak dan sesak kalau aku pikir….sebab tu aku tengok kat pusat pemindahan tu…wajah-wajah berkerut dan sayu…tak berani aku nak tanya lebih-lebih….aku pun ada gak tanya dorang….cemana ngan bantuan yang kerajaan nak kasi seperti bantuan untuk anak sekolah….aku dengar setiap keluarga mangsa banjir juga akan mendapat bantuan kewangan lain….so far dorang kata tak dapat apa-apa pun…belum dapat lagi…ada sorang tu siap cakap ngan aku….bodoh je la kalau nak mengharap bantuan tu akan dapat…sebab dia kata ntah bila baru dapat, tu pun kalau dapat….aku tanya dorang dah daftar nama?...semua dah buat seperti yang dikehendaki….terfikir gak….susahnya nak dapatkan apa-apa yang diuar-uarkan oleh kerajaan…kalau aku tak alami peristiwa bersama dorang ni, tentu aku ingat semua dah setel….semua dah dapat apa yang dijanjikan oleh kerajaan….apa yang patut dilakukan?...PBT memang patut ambik berat dan mainkan peranan yang telus dalam hal ni….jangan pulak ada orang tengah yang dapat habuan besar daripada permasalahan ini sedangkan rakyat menderita tambah tertekan….

Aku tinggalkan mereka petang tu dengan hati yang sarat dengan simpati…berharap semoga mereka akan sabar dan tabah menghadapi hari mendatang…..semoga nasib mereka akan lebih baik….

Aku balik ke kl dalam hujan lebat semalam bersama perasaan simpati yang tidak bertepi sepertimana banjir yang masih belum surut…

Thursday, January 18, 2007

1428H...

Always On Your Side

My yesterdays are all boxed up and neatly put away
But every now and then you come to mind
Cause you were always waiting to be picked to play the game
But when your name was called, you found a place to hide
When you knew that I was always on your side

Well everything was easy then, so sweet and innocent
But your demons and your angels reappeared
Leavin' only traces of the man you thought you'd be
Leavin me with no place left to go from here
Leavin' me so many questions all these years

Is there someplace far away, someplace where all is clear
Easy to start over with the ones you hold so dear
Or are you left to wonder, all alone, eternally
This isn't how it's really meant to be
No, it isn't how it's really meant to be

Well they say that love is in the air, but never is it clear,
How to pull it close and make it stay
Butterflies are free to fly, and so they fly away
And I'm left to carry on and wonder why
Even through it all, I'm always on your side

Is there someplace far away, someplace where all is clear
Easy to start over with the ones you hold so dear
Or are we left to wander, all alone, eternally
but is this how its really meant to be?
no, this isn't how its really meant to be

Well if they say that love is in the air, never is it clear
How to pull it close and make it stay
If butterflies are free to fly, why do they fly away
Leavin' me to carry on and wonder why
Was it you that kept me wondering through this life
When you know that I was always on your side

-------------------------------------------------------------------------------------

Penat cuti tak hilang lagi….dah la hari selasa pagi tu bila aku guna remote nak bukak kereta...senyap...takde bunyi apa-apa pun...uiks...herannya..apsal nih...check sana sini, aku suspek bateri dah out...memang sangat ternyata setelah 4 hari kereta aku kat umah (kalau tau camni...baik aku bagi pinjam kat orang tu yang takde kereta hehehe) memang bateri buat hal...so terpaksa ambik halfday nak setelkan bateri...terbang melayang la RM250 hehehehe....balik keje je melambak tugasan menunggu….boleh jadik giler cenggini rasa huhuhu…tapi sendiri mau ingat la..sapa suh cuti…2 hari cuti cam kena cover balik 2 bulan keje…buat apa masa bercuti?.....penat nak citer..pe kata pegi je kat sini dan sini….secara detail dapat tau apa aktiviti masa cuti hehehehe

Mungkin aku akan letak sikit gambar la…jadi dari situ dapat seribu satu cerita kan..errrr cuma citer sensasi takde la muahahaha…aku pun nak ucap selamat menyambut tahun baru 1428 hijrah…best kan tahun ni, 2 tahun baru sekali dalam sebulan…so semoga tahun baru hijrah akan lebih memberi peluang dan harapan kepada kita untuk melaksanakan apa yang diimpikan…

p.s - masa dalam bercuti...ada orang hantar sms ajak lunch huhuhu...next time ya..orang dayabumi mesti tunggu tau ;-)

p.p.s – favorite lagu aku sekarang ni…..ada 2 version lagu ni, aku ada yang original..tapi lagu yang dia nyanyi ngan sting lagi best rasa aku…so sesapa yang ada mp3 dia..leh kasi aku tak?...terima kasih ya ;-)

Tuesday, January 09, 2007

KENANGAN TERINDAH...

THANKS to nhk…(congrats nhk....dah ada blog sendirik nampak hehehehe).berbaloi pegi konsert free hehehehe sebabnya kalau tak free takde la aku nak pegi kan….ok so Saturday night aku, sham n sempoii telah bersama-sama….errrr berapa orang ekkk..tak check la pulak…tapinya memang ramai la kawasan lapangan, muahahaha..itu yang tertulis kat dalam tiket..memang penuh sekali….

Sampai kat sentral, makan dulu….aku memang tak makan dari pagi terus rasa cam laparnyaaaaaa…masa tu dah tengok orang ramai dah yang nak ke Loft tu….jam 8 malam je kitorang terus gerak…pintu masuk dah dibuka sejak jam 7….masuk je, ok la tak penuh lagi…laju je terus jek ke depan….masa tu faizal ismail ngan ikhwan, dj hot fm tengah menghangatkan suasana hehehe…kejap tu terus je persembahan pembukaan dari band yang aku tak sangka nak ada malam tu…yesssss….sofaz telah membuka tirai konsert malam tu…bestnya dorang nyanyi….janji, aku bersalah, cinta dan pastinya raja kasih yang hilang hehehe…ada orang tu kemain lagi feeling tengok si penyanyi sofaz tu…antara kata-kata yang diulang “lepas Johnny depp…dia ni la aku minat” muahahahaa…ntah berapa kali ulang ntah…naik letih aku dengar muahahaha

Lepas sofaz…uiks ada lagi ke band lain…oooooo ok, ada 2 band lagi iaitu gerhana ska cinta ngan oag….ada geng kat seblah kitorang tu, kemain lagi berraggae ngan ska…oag pun ok gak…cumanya lepas sofaz, aku tunggu samsons je la kan….

Lebih kurang nak dekat 9.30 tu, samsons pun start..fuhhh masa tu loft memang penuh giler..geng-geng kat seblah pun best jek sebab dorang memang hafal semua lagu samsons hehehe…suara bams, penyanyi samsons memang best and sebijik cam kat dalam cd, tapi aku minat lagi guitarist dia hehehe…comei jek rambut kerinting muahahahaha…lagu-lagu takyah cakap la kan…memang puas hati bila aku ngan poi penuh perasan nyanyi lagu favorite kitorang…muahahahaha…..lepas tu bila samsons nyanyi 2 lagu terakhir, naluri lelaki ngan kenangan terindah….hujan renyai….dorang nih langsung tak peduli…aku ngan geng pun…dah alang-alang kan berujan gak la hahahaha….errrrr ingatkan nak la letak gambar-gambar yang seksi dan basah berhujan…tapi gambar tak jadik plak muahahaha….samsons pulak bila tengok penonton tak berganjak pun….semua geng dorang terus pegi depan stage…kira berhujan sama la…sporting betul…crowd apa lagi…bersorak giler la….tapi dorang memang best…sayang dorang hanya ada 10 lagu jek….tapi dorang akan release new album this year…nantikan….harap dah ada la masa aku kat sana nanti hehehehe…

So konsert malam tu berakhir ngan kenangan terindah hehehe…tambah-tambah plak…aku tak sesat pun hantar orang tu ke hujung dunia…nasib baik la..sebabnya aku dah nekad…lepas nih sorry arrrrr aku nak hantar lagi muahahahaha…

Friday, January 05, 2007

HARAPAN...

2007 baru je masuk 5 hari..tapi aku rasa macam-macam hal dah berlaku….bermulanya something yang dah lama aku nak buat tapi asyik tertangguh…harap aku dapat hadapi sampai akhir….bukan lama sangat pun, 3 bulan je…dan harap lepas je abis…aku memang akan dapat benefit seperti apa yang aku harapkan…lagi satu….menda nih dah lama aku start, tapi aku je yang tak aktif….so harapnya aku dapat start balik apa yang dah aku tinggalkan…dan aku juga berharap akan beroleh sesuatu daripada itu. wahhhh banyaknya harapan aku untuk tahun 2007 ni….sangat banyak berharap….takut pulak nanti jadi macam lagu shiela on 7….berhenti berharap….semoga aku tidak akan berhenti berharap…..dan semoga keceriaan dan kebahagian menanti aku dihujung harapan…

Dan....semoga teman-teman aku juga mendapat segala apa yang diimpikan di tahun 2007 ini...