Monday, April 23, 2007

PRIHATIN...?

HAIRAN nya masyarakat kita ni…adakah tersangat prihatin atau sebaliknya masyarakat kita?...aku pun tak faham..aku tanya ni sebab aku hairan dengan kes kanak-kanak yang hilang kat sogo baru-baru ni…kecoh satu Malaysia gak la kan…

Yang jadi isu kat sini bukan sikap alpa parents budak tu tapi proses pelik yang berlaku…imagine eh kalau korang selamatkan budak tu dan tetiba korang pulak kena tuduh sebagai penculik budak tu…macam-macam andaian yang masyarakat buat terhadap korang….tetiba setiap pandangan begitu serong kepada korang…kalau sebelum ni takde sapa pun nak kenal korang tapi hanya kerana sifat baik hati yang masih bersisa dalam diri korang..nak buat baik konon…lalu tanpa fikir panjang (selalunya first instinct tu tanpa pernah kita fikir panjang pun la kan hehe) segera hubungi orang-orang yang berkenaan dan bagitau yang budak tu ada ngan korang dan korang nak pulangkan pada parents dia…..dah pulangkan tu korang pulak kena cekup ngan gari masuk lokap…apa yang terjadi?....kalau aku..sumpah aku taknak jadi baik camtu….takde keinginan aku nak tolong kalau akhirnya aku pulak yang kena…

Aku tak tahu apsal boleh jadi camtu…adalah itu memang prosedur biasa, orang yang jumpa menjadi suspek utama?...kalau macam ni, takkah korang rasa kita sebenarnya menggalakkan masyarakat makin mengikis sifat baik hati bertimbang rasa yang telah dipupuk sedari kita masih kecil?..pernah ke terfikir…later on, takde sapa yang akan peduli kat kita kalau tetiba ada orang jahat nak culik kita kat tetengah Bandar waktu siang orang ramai tengah lalu lalang..apa akan jadi?..sapa yang akan selamatkan kita?...sekarang ni pun dah ada kes-kes yang macam tu…aku nak citer satu kes ragut yang melibatkan kawan aku sendiri…kejadian berlaku waktu tengahari kat depan sebuah bank….kawan aku ni, memang baru lepas keluar dari bank tu, nak masuk kereta….dia perasan ada sebuat motor kat sebelah kereta dia dan dia siap sempat lagi senyum kat dua orang budak motor tu….last yang dia tau…salah sorang budak tu tarik beg tangan dia….tapi yang lagi haru…ntah cemana tali handbag tu terbellit kat tangan dia menyebabkan kawan aku tu takleh lepaskan handbag tu…so apa jadi?...di tengah-tengah orang ramai waktu tengahari tu, kawan aku terseret dalam 50 meter sehingga la ada satu cina tokeh kedai kat situ, meluru keluar dan cuba selamatkan kawan aku tu…..yang lain hanya memandang…..melihat tanpa ada rasa perasaan ingin menolong?....dorang ni tengok drama ke hapa?...kes tu menyebabkan kawan aku mendapat beberapa jahitan di anggota badan dan yang paling sedih sekali….dia dah phobia…so selalu cam takut-takut…nasib baik ada tokeh cina tu, orang lain?.....nak tengok sampai ada kes mati kut…tu pun belum tentu lagi dorang tolong walaupun ada yang kena tikam depan mata atau kena sembelih…ngerinya zaman sekarang ni kan…bila manusia mulai hilang sifat-sifat kebaikkan dalam diri….yang tinggal hanya apa?....

Friday, April 20, 2007

MY OWN RHAPSODY...

Bila ku bersandar padamu….jangan kau hindari bahumu
Bila ku memelukmu…jangan kau berpaling dariku
Bila ku manja denganmu…jangan kau berasa rimas
Bila ku genggam tanganmu…jangan kau lepaskan aku

Itu lah diri ku…
Tidak ku sengaja melainkan memang itulah aku
Terimalah aku dengan caraku
Walau ku tahu sangat payah untukmu
Jangan hanya kerana tiada kebiasaan
Maka aku yang jadi masalahnya
Aku hanya mahu yang terbaik buatmu

Segala yang telah kita lalui
Apa yang kita alami bersama
Apakah masih kau anggap aku tiada kaitan darimu?
Masih asingkah aku padamu?
Sedangkan dalam diriku mengalir dirimu
Kau sebahagian aku dan aku sebahagianmu…

Walau ada yang membencimu
Walau mereka tidak menghargaimu
Aku ada…..aku disini…..

Cintailah aku….sayangilah aku….kasihilah aku….
Aku buatmu…..selamanya

Sunday, April 08, 2007

ADA CERITA...

MEMANG ada banyak citer nak citer sebenarnya...tapi sebelum tu thanks beb n mamabat sebab still remember it...bagi aku apa ada pada nombor...tapi nak citer gak ni, aku rasa kali ni paling best aku selebret... nak kena citer ke? takyah la ekkk sebab cam..errrr biarlah rahsia muahahaha...tapi memang best la muahahaha...apa aku dok ulang2 nih ekk....yang paling best sebab banyak kali selebret dan kat beberapa tempat plak tu hehehe

aku pun nak ucap tima kasih gak kat scov sebab teringat gak kat aku tapikan sebab dia punya the next day so dia tingat masa ari tu je la..memang tau..tapi takpe scov..janji ingat ekk hehe...bila nak mai kl lagi?..nak kena tunggu ko menang contest mana plak baru sibuk nak bagitau aku nak datang kl? hehe..jangan marah ye..aku tau ler ko busy sekarang...so next time jangan lupa bagitau ye..

di sebabkan aku busy tahap melampau ngan keje and sosial muahaha...so banyak citer yang selalu dah basi kalau aku nak citer kat sini....plak tu nak karang citer lain tak sempat lak muahahahaha...ni pun dah kira best dah ni sebab aku updet blog aku nih...nanti la later aku buat yang betul-betul punya updet ok...yang ni sebab aku kena cabar ngan orang tu sebab aku punya blog dah basi giler dia kata muahaha...wokeh nanti aku citer panjang lebar..tapi satu minggu je aku ade kat ofis lepas tu minggu depannya aku cuti lagi hehehe...best betul bercuti ni..memang aku looking forward...sampai jumpa lagi...take care..