Friday, September 14, 2007

AKHIRNYA...

SETIAP kejadian, ketentuan dan segala apa yang telah di tetapkan Nya….dah diketahui akan ada hikmah, hidayah disebaliknya….

Aku reda dengan apa yang terjadi pada aku dalam 2 minggu kebelakangan ni…mungkin ada sesuatu yang aku telah buat, tanpa niat atau mungkin aku langsung tak hiraukan akibat…tapi aku akur…mungkin aku alpa, atau mungkin juga buat-buat tak tahu walaupun dah tahu atau sikit-sikit tu faham..tapi kalau dah nama aku…degil ya amat, tak dengar cakap orang apatah lagi nak ikut…

Kadang-kadang kita perlu rasa kesakitan untuk selami hati ….perlu rasa kesedihan untuk sentuh perasaan…..perlu tunjuk kegembiraan untuk ubati luka…hadapi segala kemungkinan…walau payah sendirian…

Kadang-kadang kita perlu lalui kesukaran, kepayahan…..kesakitan hanya untuk sedar…

Hari ke dua puasa, aku rasa cuaca memang berubah, aku ingat masa sehari sebelum puasa, panas yang tak terhingga sampai aku fail untuk stay kat opis….pukul 3pm aku mengalah dalam panas, penat dan pening…tapi bila puasa, aku perasan…cuaca jadi tiba-tiba mendung dan redup…2 hari ni aku rasa nyaman dan aman, sakit kepala takde, demam hilang….yang ada tinggal lagi batuk sikit-sikit…ada orang tu setiap kali dengar aku batuk, rasa tak tahan hehehe…tau tak, aku lagi rasa cam helpless….hmmm aku dah citer dah kan cemana aku jadi 2 minggu ni…..hmmm….sakitku hilang tepat pada masa datangnya ramadhan…..bersyukur aku…hanya Dia jua yang mengetahui segalanya…

Wednesday, September 12, 2007

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...

TERIMA KASIH kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut ramadhan buat kali ini...selamat menjalani ibadah puasa untuk semua...maaf di pohon atas segala kesalahan dan kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan....semoga mendapat keberkatan Nya....

Monday, September 03, 2007

TAK PENAH SERIK...

JUMAAT….terkejut aku tengok jam…cemana nak breakfast kalau waktu tu cam dah boleh makan tengahari muahahaha…..ini semua gara-gara malam tu aku berada di Dataran Merdeka….setelah berkurun aku tak jejak Dataran atau Datam kata Kak Aidid hehe…last aku sambut merdeka, dengan Kak Tie, kat Dataran tu la…aku dari uni dan Kak Tie, lepas kerja terus janji tunggu kat depan Kotaraya hehe….betapa masa cepat berlalu, sambutan kat Datam lebih kurang sama je dari dulu sampai sekarang….tunggu jam detik 12 malam, jerit merdeka, lepas tu ada bunga api…sebelum tu ada nyanyian dan tarian…

Cuma kali ni, aku rasa cuak sebab ucapan terlalu berjela…..aku yang berada agak terkebelakang dari dataran (kat jalanraya depan mahkamah sebenarnya) lihat orang ramai dah restless dan gelombang orang yang berpusu-pusu keluar dari Dataran, menyesakkan aku dan geng yang tak berganjak….memang lawan arus habis..nasib abik takde kejadian yang tak diingini dan kejap tu, lautan orang dah mula berkurang….orang semua tak larat tunggu ucapan dan ternanti-nanti bila bunga api akan di pasang….aku dan geng memang tunggu bunga api, jadi nak taknak….tunggu walau jam berapa sekalipun…..dah dekat jam 1 pagi, barulah ucapan PM habis dan serentak dengan itu, bunga api pun di pasang….kitorang apa lagi, yang dah standby dengan kamera masing-masing, terus je snap…aku rasa aku paling kelam kabut masa tu hahaha….mana taknya…rasa tak terkejar…dengan kelengkapan yang tak berapa lengkap…jangan berangan la nak dapat gambar cantik-cantik kan hehe…sendiri mau ingat…

Dah 3 lebih, baru sampai rumah..tido sampai tak ingat dunia dan akibatnya…kesiangan hehe….call Has, bawak budak-budak pegi breakfast…memula kat McD sebab dekat kan…dah nak abis masa untuk breakfast pun sempat lagi tukar venue pegi burger king kat tesco pulak hahaha….gila sungguh….sambil breakfast tu…mula la buat keje bodoh ngan has….plan lepas zohor, nak cuba cari tempat makan seafood kat kuala selangor dan lepas tu konon nak tengok kelip-kelip kat kampong kuantan hehe…adventurous nya….

3.30pm, bertolak dari rumah, saja bertolak awal walaupun tahu rumah ngan kuala selangor tu dekat je….errrrr yang sebenarnya…takut sesat hahaha..so senang sket kalau waktu siang tersesat jangan dah gelap gelita baru tahu sesatkan hahaha….nasib baik has selaku co-pilot hehe….tau jalan sebab haritu dia kata dia baru je pegi bukit melawati kat kuala selangor tu, ok la…tu pun tersalah masuk jalan gak, instead of nak masuk kapar, kitorang masuk jalan meru…hmmm, takpe la..janji jalan tu nanti bawak ke kuala selangor…

perjalanan memang tak jauh, kejap je dah sampai kuala selangor, so sekarang misi cari pasir penambang…nasib baik sign board bagus, memang kitorang sampai pasir penambang dan membelok masuk, tapikan…errrr apsal aku rasa indah khabar dari rupa tempat ni, betul ke kat sini dorang cakap seafood yang sedap tu. Pastu apsal aku rasa tetiba aku cam berada kat pulau ketam plak dengan majority aku nampak orang cina je, baik yang sibuk dok membeli atau menjual, kiri-kanan jalan yang sempit lagi menyesakkan hanya muat satu kereta, nasib baik driver bagus hehehe..last-last dapat cari jalan keluar balik, aku dengan has ni pun cam buat conclusion…agaknya ada tempat lain lagi kut yang nama pasir penambang haha…belasah je la…so teruskan lagi pemanduan…berhenti kat masjid ni, masa nak masuk…masih ada lagi beberapa jemaah yang baru abis asar, errrr apsal dorang tengok semacam jek?...lantak la…turun dan si has yang peramah tak bertempat ni pun tanya sorang pakcik kat situ…rupanya dia tok siak…bercerita panjang la pulak pak cik ni…memang dia cakap kat situ je la pasir penambang dan tempat makannya…manade lagi tempat lain hahaha…yang peliknya..apsal pakcik ni makin lama berborak makin dekat pulak dia…si has cecepat tanya mana toilet…tinggal ler aku sorang-sorang…alamak cemana ni, aku dah nak menghimpit dinding masjid belah perempuan dah, si tok siak ni tak abis lagi bercerita muahaha….jangan marah tok siak….aku takmo salah sangka, tapi aku Cuma rasa pelik sebab tak penah lagi orang lain kalau nak borak ngan orang luar yang datang pun takde la cam nak makan orang hehe…siap pelawa aku ke rumah dia yang kat belakang masjid tu…dan yang bestnya…dia bukak cerita apasal dorang asyik je pandang semacam masa kitorang baru masuk tadi…rupanya dia ingat anak raja selangor ke datang melawat masjid hahaha…mana taknya dah kereta ayip tu cermin gelap ngalahkan cermin kereta agung hahahaha…bila aku cerita kat has…kitorang gelak sakan sambil tu has cakap next time biar dia je yang drive…baru ler takde menarik perhatian….ye la ye la…

Ok, balik semula kat tempat pasir penambang tadi, tok siak kata kedai yang belah kanan tu yang sedap dan yang paling lama meniaga kat situ…ok..masuk je la restoran tu…ramai giler orang…has cakap, pekata kita survey je restoran yang lain…ok la..tetengah panas tu, pegi jugak la…sambil-sambil tu, sempat gak beli hasil laut kat situ hehe…aku decide nak makan kat tempat yang first tadi, so patah balik, kalau tak silap nama restoran dia kuala pasir ke kuala sungai ke hujung pasir…alamak lupa la plak hahaha…waitress datang, awal-awal bagitau…kalau nak oder akan ambik masa lebih kurang 1 jam…ermmm since jam baru 6.15pm, ok la by the time oder sampai, ok je nak dinner kan…so kitorang pun lepak la sambil tunggu air dulu…hmmmm end up kitorang lepak dari jam 6.15pm tu sampai ler kat kul 8pm baru dapat oder hahahahaha…..giler lama…tak penah lagi aku terpaksa tunggu makanan sampai 2 jam camni…budak-budak takyah citer la..has cakap, dia memang tak caya budak-budak tu boleh duk diam-diam 2 jam kat kedai makan hahaha…kalau anak orang lain dia kata tak tau ler nak cakap…errrr sebenarnya dorang dah habis tak tahu nak buat apa lagi dah agaknya…so bila akhirnya makanan sampai, seronok tengok dorang makan….kalau dah lapar kan, yang susah makan pun laju je ambik makanan…kalau fikir sekali, bagus gak, takde la aku sibuk nak paksa makan…tapi kalau dikir 2 kali….takde le lagi aku nak tunggu cenggini lama…

Bila dah abis makan tu, sepatutnya agenda kedua pegi kampong kuantan…tapikan…aku ngan has buat keputusan baik ler takyah…budak-budak pun asyik sibuk tanya nak balik je….lebih-lebih lagi si emmir, yang sebenarnya bukan budak-budak yang excited nak pegi sangat…tapikan….errrrr sapa ek muahaha….so next time la….walaupun penat tunggu makanan, tapi overall, enjoy gak la outing ni, kalau selalunya asyik aku ngan has je, this time kitorang bawak pulak budak-budak…lepas ni nak ke mana pulak ye? ;-)