Friday, October 05, 2007

PERMINTAAN...

NAK kata aku berehat boleh jugak la kot..maklum la kan bulan puasa ni, aktiviti dikurangkan sket hehe..kalau tak tu ada je menda yang nak dibuat, sepanjang puasa aku hanya ada 2 tempat yang pegi...ofis ngan pasar ramadhan (dulu aku tak tau menda apa la dorang duk panggil param...rupanya short for pasar ramadhan huhu) so memang takde aktiviti...baik tau aku dibulan ini :D

Tapi disebabkan aku dah terbaca komen Casper, mintak aku terangkan laluan alternatif nak balik kampung...maka aku dengan berbesar hatinya cuba je la terangkan...tapikan casper seperti yang awak pun sedia maklum..entry tu tersangatla lamanya kan (feb 2006 huhu....aku plak terpaksa baca balik entry aku tu sebab nak ingatkan balik yang mana muahaha)

Masa aku lalu kat situ, kebetulan cuti raya cina, jadi jalan yang biasa aku lalu dah ditutup oleh polis and dorang divert kan kereta ke laluan ini...kalau lepas tol karak tu, kita terus je la kan macam nak pegi ke kuantan tu....tapi selalunya kita akan exit kiri arah ke raub kan....tapi bila dah jalan ni ditutup, maka kita kena jalan terus lagi tau..tapi jangan la pulak tak baca signboard sampai tetiba dah sampai kuantan plak hahaha....kang nanti nak balik kampung jadik lambat...tension kan..kalau tak silap aku...agak2 dalam kurang 40km akan ada satu exit sebelah kiri jugak...ada signboard, tapi aku dah lupa, yang pastinya jalan macam nak masuk ke felda...so aku ambik jalan tu....clear je sampai la akhirnya kita sampai kuala lipis terus...memang best..tapi quite boring sebab kiri kanan kelapa sawit, ada gak rumah kedai kat pertengahan jalan so at least takdela remote sangat..errrrr casper..tu je la yang aku boleh elaborate pun huhu....harapnya awak rasa clear la kan walau pun macam tak berapa clear hahaha..tapi memang tak jem pun guna jalan tu sebab orang tak ramai tahu..harapnya sesapa yang ada terbaca kat sini dan tahu jalan yang aku citer ni mungkin boleh kasi detail sket..rose perharps?

So disini....sebelum aku takde updet lagi sampai ari raya...aku nak ambik kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI buat semua, selamat pulang ke kampung dan berhati-hati memandu....biar lambat asalkan selamat...dan jangan lupa balik kl balik tau...ingat keje jugak muahahaha

Beb....mana duit raya gua hahahaha...jangan hullo jek..hulur lerrrrrr ahaks