Thursday, June 12, 2008

TITIK...

TETIBA aku lihat hitam, gelap, pekat di hadapan ku….apa yang berlaku?…apa kah aku akan berani meletakkan noktah? Aku tiada jawaban…segala ditentu oleh Nya

Thursday, June 05, 2008

NAIK LAGI...

SEMALAM dapat tahu agak awal, orang kat ofis dapat dari sumber yang boleh dipercayai la…mulanya rasa cam tak nak percaya sebab last week pun ada dapat sms yang serupa, tapi takde apa yang berlaku..

Bila nak sampai rumah aku je, tetiba kat traffic light tu boleh jam pulak, apsal? Rupanya kereta yang beratur nak isi minyak punya la panjang sampai dah block jalan…oppsss baru la aku rasa kebenaran news yang aku dapat tadi tu…hmmm…ambik langkah yang serupa, aku pusing satu round kat taman tu cari stesen minyak yang lain…nasib baik ada satu yang tak berapa banyak, akhirnya dapat jugak aku isi full tank…at least dapat la jimat sampai minggu ni kut..

Sebenarnya, ada sebab yang buat aku kurang percaya akan kenaikan harga petrol ni, ye la kerajaan dah umumkan sedang merancang mekanisme untuk atasi masalah ini, keutamaan akan dilihat kepada mereka yang berpendapatan rendah..katanya mekanisme yang baru ni akan berkuatkuasa pada bulan ogos, lagipun baru saja kerajaan umumkan yang kenderaan dari Negara luar, Thailand dan Singapore dah tak boleh isi minyak kat Malaysia lagi…tup tup semalam sejak diumumkan kenaikan minyak, terus dibatalkan polisi yang baru berkuatkuasa tu….senang nya tukar fikiran kan…

Implikasi dari kenaikan ni tahu saja la kan…harga barang-barang asas yang lain dah sah-sah la akan ikut naik….padahal baru je kita rasa perit kenaikan beras, so sekarang ni merasa la kita berdepan dengan kenaikan tepung, gula susu, ayam, ikan, bawang sayur-sayur..semalam ada menteri tu telah di interview kat tv3, katanya sebenarnya bukan lah harga minyak yang naik, tapi kerajaan dah tarik balik subsidi dan hanya mengekalkan sebanyak 30 sen so dia cakap lagi, mungkin subsidi tu akan disalurkan kepada subsidi dalam bentuk makanan…so aku nak tengok la, betul ke tak apa yang dirancangkan…kalau betul aku pun tak kesah tapi kalau tak betul, aku rasa sesuatu perlu diambil, samada tindakan untuk memberitahu pihak yang berwajib supaya kotakan apa yang dikata…kita tunggu dan lihat apa lagi yang akan berlaku selepas ni, yang pasti tetiba aku rasa cam malasnya nak pegi meeting yang jauh-jauh hehe…alasan (kat ofis ni sekarang dorang nak pressure HR supaya dapatkan approval naikkan mileage claim ;D )