Friday, August 29, 2008

Sambut Puasa dan Sambut Merdeka...

MINGGU ni adalah minggu makan makanan jepun bagi aku, at least during lunch la….since Monday sampai arini tolak dengan lunch appointment, aku dah 3 kali pegi tempat makan tu berturut turut, selama ni pun at least seminggu sekali aku mesti menapak ke situ. Apsal eh? Sedap sangat ke?...ofis mate aku sorang ni, yang kiranya setiap kali pergi mesti temankan aku hehehe…pun sama naik giler dia, padahal sebelum ni tak pernah hayat dia pun makan makanan jepun ni hahaha….

Aku memang suka makanan jepun. Selalu aku akan makan kat sakae sushi kat curve sebab tempat tu dekat ngan umah n best la selection dia, kadang-kadang aku pegi branch yang dekat bangsar village, aku try Yo sushi..tak berapa memberangsangkan bagi aku…zaman study, masa aku memuda sikit (sekarang pun muda gak tau hahaha) aku selalu lepak kat sushi king..tapi sekarang ni since macam ada duit terlebih sket hahaha….situ la port aku kalau nak makan Japanese food…selain dari situ, untuk buffet aku selalu pegi Saisaki Sushi kat UOA Bulding, fuhhh selection dia bukan main lagi banyak, tapi aku rasa bukan paling best la, sebab aku penah pegi restoran ni yang aku lupa nama dia, errr apatah lagi rege dia pun sama naik gak so sebab tu tak ingat nama kut hahaha..tapi terletak di Renaissance hotel…fuhhh selection dia lagi la sangat dasyat…aku suka walaupun aku tak berapa nak suka part rege dia muahaha…satu lagi pilihan untuk buffet, aku pegi Shogun kat One Utama…kalau salah pilih time, kena beratur panjang cam kat Saisaki jugak la…tak larat nak makan banyak sebab tu aku jarang pegi buffet. Kalau aku hanya nak makan teppanyaki, tempat yang so far bagi aku adalah best dekat Japanese restoran kat Hilton pj…situ best sangat bila duk kat teppanyaki kaunter sambil perati chef tu cam terror main baling-baling pisau huhu…

Tapi sekarang ni yang buat aku giler makan Japanese food time lunch bila bukak satu outlet kat gardens ni, nama kedai ni zanmai sushi…level 4 kat sebelah boarders..fuhhh kengkawan…especially sesapa yang suka Japanese food (jeling makincik, poii, waiem, vad hehe) selection sushi dia sangat la best…lain sket dari yang lain dan aku suka kelainan tu, miso sup dia pun sedap as compared to sakae, yo ngan sushi king…aku memang rekomen korang pegi situ sure balik dengan kepuasan dan kekenyangan…errr macam aku sekarang ni, tu yang terus jek terasa nak buat post ni sebab pewot tengah kenyang hahaha..

Opppsss sebelum terlupa aku nak ucap alhamdullilah pada anak bat88 sebab dah keluar spital semalam, sorry beb sebab tak sempat nak melawat, si nhk tu yoyo o jek ajak aku pegi tapi takde pun call aku sampai la dapat sms ko huhu…untuk ko pulak selamat bercuti panjang yach, kiranya boleh ler masak juadah berbuka kan hehehe

Dan sempena mengambil keberkatan untuk memulakan bulan ramadhan ni, aku mengambil kesempatan untuk memohon maaf sekiranya aku ada berkasar bahasa, tutur bicara dan tingkah laku..sesungguhnya yang lemah dan tidak sempurna itu adalah dari diriku yang serba kekurangan dan sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Nya…Selamat menyambut Ramadhan penuh keberkatan ku doakan semoga kalian diberkati Nya…

Tak lupa jua, kepada Malaysia....tarikh Merdeka datang lagi...tapi aku masih bertanya...adakah kita sudah sepenuhnya memenuhi standard kemerdekaan itu?

Tuesday, August 26, 2008

I HAVE BEEN POKED...

Errrr….bukan kat dalam facebook tu la..tapi yang ni real punya hehe…masa sebelum nak buat tu, rasa cam takut gak..maklum la kan tak pernah buat, so boleh ke terima tahap kesakitan, tak ke aku rasa fobia kalau tengok alatannya?...macam-macam la yang aku fikir…

So last week masa aku bercuti, terus ajak kak tie, afterall memang dia yang dah racun..katanya ok je, takde apa-apa pun tapi khasiatnya fuhhhh….so kitorang pun pegi la ke usj, apa yang beria-ia aku nak buat ni? Sebenarnya aku try acupuncture treatment hehe..yang bestnya, treatment ni kat rumah je sebab tukang cucuk ni kawan kepada kawan kak tie, so kalau yang dah memang kenal tu sure takde masalah kan…kakak ni dulu senior aku, walaupun lain maktab..tapi sebab budak-budak mrsm ni bonded terlebih hahaha…so bila dia tau aku pun budak maktab…apa lagi kira macam jumpa geng la kan….apatah lagi kitorang pun asal dari negeri yang sama…banyak cerita yang best macamana dia boleh tercebur dalam bidang ni, kiranya walaupun study jauh sampai ke us, tapi pokok pangkal tetap pulang ke asal jua (kalau tak faham apa yang aku tulis ni errrr faham faham kan aje la ye hehe)

Bercerita pada khasiat acupuncture ni sangat la banyak, kakak ni pun belajar dari seorang tabib cina katanya (aku tak tanya lanjut ke atau aku dah tak dengar apa dia cerita hahaha)…sebenarnya banyak teknik dan point yang kita kena tahu khas untuk ubati masalah yang tertentu..tapi yang aku buat ni lebih kepada menjaga khasiat sepertimana nak menjadi wanita melayu terakhir gitu muahaha…paling cepat treatment adalah satu jam dan paling lambat…aku rasa kalau sanggup duk umah dia satu hari pun mungkin boleh la kut buat berjam-jam tu…tapi aku cuba untuk satu jam je dan yang best lagi kakak ni bagi first trial free…salam perkenalan katanya hahaha…paling kelakar…kalau orang-orang perempuan datang nak buat treatment je, siap ada kod kata lagi tu…apa dia? BB katanya..so kalau cakap BB je kat kakak ni…tau la dia point mana dia nak cucuk nanti hahaha….dan kesannya…errr hanya boleh digunakan oleh mereka-mereka yang sudah berada di alam rumahtangga ye….yang lain-lain tu elok la buat rawatan yang lain seperti nak cegah migraine ke, nak pecahkan lemak ke…apa-apa yang patut la hahaha…so sejak aku kenal kakak tu dah beberapa kali jugak la aku singgah ke usj untuk BB muahahaha….sangat berkesan tau, tambah pulak katanya kalau dah lebih 4 jam acupuncture..so kalau ada sapa-sapa nak cuba tu….tanya je kat aku tau…kalau malu nanti tak dapat la nak merasa apa tu BB muahahahaha….

Friday, August 15, 2008

JEMPUTAN...

KALAU ku tahu betapa indah tersergam ‘rumah’mu, takkan aku teruja untuk melihat yang lain ..sekiranya ku tahu betapa lazatnya minuman dari ‘rumah’ mu, tak perlu aku terlalu taksub pada jenama coffee yang selalu aku ingin, kalau ku tahu betapa indahnya ‘syurga’ kekasihmu, tak perlu aku jadi terlalu sibuk untuk mencari syurga di dunia ini…aku lebih rela bersesak dan merempuh lautan manusia hanya kerna ingin sentuhkan dahiku pada syurga itu bukan bersesak di tempat-tempat konsert yang selalu aku kunjungi…bersyukur…itu tanda aku masih lagi diingati….itu tanda aku masih ada lagi peluang untuk menebus segala dosa…itu tanda bahawa sesungguhnya tidak pernah aku dilupakan melainkan aku sahaja yang asyik dan ralit dengan duniaku sehingga aku lupa padamu…maafkan aku….seharusnya belum cukup hanya sekadar ucapan maaf…tapi aku sepatutnya buat lebih dari itu kerana aku tidak layak kalau hanya setakat ucap maaf….terlalu banyak yang aku lakukan yang menyakitkan hatimu, yang menyedihkan dirimu…tapi sebaliknya yang kau beri padaku…kau masih beri aku waktu dan kesempatan untuk aku mencari diriku yang hilang…rupanya kau tidak pernah tinggalkan aku melainkan aku sahaja yang selalu menjauhkan diri…terima kasih….terima kasih kerana tidak tinggalkan aku, kerana beri aku waktu dan kesempatan, kerana temukan aku jalan pulang….terima kasih kerana menjemput aku ke ‘rumah’ Mu…..