Thursday, November 27, 2008

APA APA SAJA LA...

Aku teringat masa aku mula nak start blog ni, aku bagitau kat diri sendiri..mungkin blog ni buleh jadi tempat aku bercerita....apa saja yang aku terasa nak citer, suka hati aku la macamana aku nak cerita, yup itu adalah permulaannya...setiap orang yang ada blog punya gaya penceritaan sendiri, juga punya tafsiran sendiri tentang apa yang perlu dilakukan pada blog memasing. ada orang guna blog untuk cerita perkara yang sangat intelek, ada orang sangat santai..masing-masing punya kehendak sendiri..peduli apa kalau apa yang di ceritakan atau di tulis tidak mencerminkan diri? perlu kah memberitahu bahawa ko seorang yang bijak pandai maka hasil tulisan mesti mencermin kepada itu? atau hanya kerana tulisan-tulisan sinis ko dianggap tidak mencerminkan diri?...ceteknya pemikiran mahupun tanggapan mereka..

Bagi aku, lantak la apa yang nak dikata, kritik, komen atau apa saja, asalkan aku tak sakit dengan kata, kritikan, komen..yang membina aku akan ingat dan yang selainnya, biar dibawa angin berlalu...tidak meinggalkan kesan langsung

Kawan, rakan, teman, sahabat..mereka yang bersama aku, terima kasih..untuk yang selain dari yang disebut....sendiri mau ingat dan sendiri fikir...tiada siapa yang menjemput, tiada siapa yang mengundang...touch n go saja lah

Monday, November 10, 2008

MENUJU PUNCAK - LIMITED EDITION 4

BANYAK betul dugaan dan cobaan untuk aku menyelesaikan last edition nih…dengan beban keje yang tetiba jek jadi banyak (read:dah la ko cuti tak hengat, lepas tuh ko main-main jek kat ofis..mana tak bertimbun keje tuh huhuhu), jadi bertangguh ler sket semangat nak update citer yang last dan paling lucu dan penuh tragis hahaha…kalau nak yang lebih lawak giler tak hengat punya boleh la pegi sini atau pun yang ala-ala vogue ke sini
Sampai KK, terus cari tempat yang dibooking, Marina Court..cantik apartment ni, kitorang booked 3 rooms apartment so muatla untuk 6 orang, as usual…rakan-rakan sebilik aku adalah pompuan-pompuan yang gorjes lara n bat…satu bilik lagi di takluk oleh nhk yang dorang panggil madamme CDM sepanjang trip nih hahaha (CDM – Chief de mission) dan rose selaku assistant dan satu bilik yang ada extra katil untuk jejaka terakhir Malaya si vaart…huh habis dua katil tu dikerjakan hahaha (dipanggil jejaka malaya terakhir sebab nasib baik ada vaart yang nak jadik bodyguard kitorang dara pingitan nih muahaha). Bila masuk tengok tempat yang cantik baru la rasa hilang sket keletihan..kalau tak kat dalam van sepanjang jalan dari kundasang ke KK tu memang kitorang tidur jek, dah sampai tu la bermalas-malasan sambil capai mana-mana baju kotor dan berkira-kira dengan malasnya nak mandi huhu…kata sepakat di ambil, kita hantar jek dobi baju yang basah lagi lencun lagi busuk cam bau ba** mamps** hahaha(imejin la kalau tak mandi lepas tu pakai balik baju tu…nak kata bau apa lagi kan huhu). Dah semua orang mandi manda, aku rasa baru la nampak seri sket muka-muka pendaki yang kena sunburn nih hahaha…pastuh lapar la plak kan, so sambil hantar dobi kitorang singgah makan kat satu kedai dekat ngan apt tu…

Lepas dah makan, tak sangka aku dorang nih sangat semangat nak buat bekfes lak tuk pagi esok, so bershopping groceries lah pulak kita huhu..dah la makanan yang bawak pun ada satu plastic, tambah plak ngan buahan yang dibeli madamme cdm kat kundasang satu plastic lagi (apsal buah tu semua cam tak manis-manis ek? Nhk ngan rose dah serap manis tu ke hapa?)..saja je la lagi menambah makanan..ada sardine, tuna, telur, roti..apa lagi ek yang u ols beli? Nampak sangat aku tak ambik bahagian dalam hal nih haha…aku ngan vaart duk kat luar kedai sampai la orang dah nak abis beli baru aku join dorang hahaha..

Sampai apt, sambil tengok-tengok citer tamil, sibuk la duk berkemas apa yang patut dibawa untuk esok punya trip…kena la pack extra baju sebab nanti masa rafting satu hari esoknya dah sah-sah baju akan lencun lagi…tapi yang bestnya…baju busuk dah takyah nak pikir sebab dah antar dobi yayyy. Esoknya lepas bekfes dengan sedap hasil tangan chef bat, rose ngan nhk (aku rasa aku vaart ngan lara nih memang tak reti tul nak campur bab-bab masuk dapur nih hahaha)…siap ada extra sandwich tak abis pun di tapau oleh para chef untuk dimakan dalam perjalanan…sangat caring ini chefs tau haha

riverbug bus bersama jack yang hensem lagi slang gitu hehe

Jam 8 lebih bas dari Riverbug dan sedia menunggu kitorang untuk memulakan perjalan ke tenom…bas berhenti di beberapa lagi hotel di sekitar kk untuk ambik peserta..ada la penuh satu bas then dalam kul 9 cam tu terus bertolak ke tenom yang akan sampai 3 jam lagi, perjalanan melalui banjaran crocker yang sangat cantik dan sejuk…dan melewati beberapa pekan seperti keningau dan banyak lagi la…siap satu toilet stop kat DPR nih..

Sampai tenom dalam kul 12..perjalanan akan diteruskan pula ke pangi dengan menaiki keretapi…

masih nak diteruskan ke cabaran nih? Sebab kalau takmo kena ikut bus balik sebab nak gi padas jalan yang ada hanyalah dengan berkeretapi jek ok…fuhhh thrill betul naik keretapi nih…since dalam bus telah diberi taklimat (masa memula kenal ngan jack si tour guide nih ingatkan pemalu dan pendiam sebab tak banyak cakap pun, sengih pun kadang-kadang jek..tapi bila dia dah start bukak mulut tuk briefing…wahhh kelakar giler mamat kekar lagi sweet nih hahaha….slang lagi tau bila speaking gitu….ha ah ye…speaking tau…bukan cakap sabah bah….) bahawa barang berharga dan bukan waterproof di nasihat tinggal dalam bus so tak dapat la nak ambik gambar lagi…nasib baik lara dah siap beli kamera instant waterproof, so boleh la ambik gambar masa rafting nanti. Keretapi nih sangat la antic, gerabak kayu ada satu koc jek…dua lagi gerabak adalah gerabak barang, so tak muat nak duduk dalam koc duk la bersimpang siur kat gerabak barang tu kan…merasa la korang duk sama-sama ngan lamb, ayam yang tak lama lagi akan jadik makan tengahari nanti..ini la cara pengangkutan yang ada..nasib baik aku tengok stesen keretapinya telah diubah suai, tapi yang kat pangi tuh memang cam pekan koboi punya stesen…merasa tetiba cam duk kat dunia lain yang serba mundur huhu…tapi journey yang sangat menarik….satu jam menikmati pemandangan cantik dan sungai padas akhirnya kami sampai ke tenom…dari stesen, jalan sket ke check point riverbug untuk taklimat ringkas, pakai safety gear dan off we go untuk rafting…

Satu bot boleh muat 9orang so kita pun diberi 3 orang lagi extras…semua nih pemuda sabah yang bercuti sempena deepavali…dorang nih sangat la pemalu tapi ada iras-iras macam rose haha…lepas tu 2 orang instructor dari riverbug iaitu james n apa ek nama sorang lagi tuh? Bob ka? Aku boleh lupak la plak hahaha…fuhhh…masa briefing tuh memang dorang ni cakap sungai padas nih rapid dia rating dalam 3 atau 4 tau tahap kederasan dan keganasan …maximum tahap 6 (yg ni takde kat sungai kat mesia nih rasanya) dan min tahap 1 ler…dah la sehari dua ni memang sentiasa hujan saja kan..so memasing dah tengok air sungai tu cam teh tarik pekat kaw kaw…so boleh rasa la rapid dia kali nih cemana…dengan air yang terlebih laju sebab baru lepas hujan dan air pun dalam semacam jek..aku pulak saja jek tanya berapa dalam…bila dengar jek dorang cakap..terus aku pegang safety vest..kut-kut la aku lupa pakai huhu…sapa-sapa yang pandai berenang duk kat belakang dan kat tepi dan selaku pendayung…sapa-sapa tak pandai berenang duk kat tengah…so baris belakang sekali of course si instructor 2 orang, then baris depan tu si bat, lara ngan nhk, baris depan tu lagi si budak sabah, rose ngan budak sabah sorang lagi (kan ada iras-iras rose so dorang nih cam tau-tau jek nak jadik bodyguard rose hahaha)…kat depan sekali vaart, aku ngan budak sabah lagi sorang….hmmm..sebenarnya duk depan la paling thrill sekali dan paling banyak sekali minum air sungai muaahhahaha….

Perjalanan di mulakan..untuk sejauh 9 km dan akan menempuhi sebanyak 7 most exciting rapids..yang besar lagi bahaya tapi giler seronok …belum apa-apa lagi…si bob dah bagitau kat depan ada satu rapid yang besar…nama headhunter..fuhhh…dalam hati sib baik aku duk kat tengah takde la teruk kena kut….hahaha…takde teruk hapanya…nak sampai jek..nampak dah air berpusar-pusar ngan gelombang yang lebih besar dari biasa..sebelum tuh dah pektis la sama-sama sebut satu dua sambil yang lain pedal..sampai jek kat head hunter…satu dua ntah kemana, aku rasa si vaart tah letak mana pedal dia tak cecah air pun hahaha…yang aku ingat aku nampak satu ombak besar menjunam kat aku sebelum tetiba aku duk kat bawah tu sambil terminum air sungai dan memang aku rasa masa tu cam dah terpisah ngan orang lain dah….dalam duk kecoh-kecoh tu (aku rasa instructor kitorang memang banyak membantu la) akhirnya boat kitorang selamat jugak melepasi…tapi masing-masing dah tertelan air sungai, aku ngan vaart dah terpelanting kat belakang hahaha….dan memang si bob cakap kita nyaris dah capsized hohoho…takmo aku boat terbalik…sebelum tu memang bob dah bagi arahan…kalau jadi apa-apa macam capsized ke, sapa yang pandai berenang pegi tebing, sapa yang tak pandai berenang..cuba float dan pegang boat….kedengaran sangat bahaya sekali kan….aku tengok orang kat dalam boat cam kecut gak ….sapa la suh ko pegi river rafting kan, memang trip cari bala sungguh hahaha…..muka masing-masing lepas dah terminum air sungai tu sangat la poyo nya…nak gelak pun cam gelak takut gitu muahahaha…series, mana tak terkejut, baru jek nak start journey dah dikejutkan ngan rapid yang besar cenggitu…len kali buat la testing yang kecik-kecik dulu bob…si bob pun tanya gak ngan kitorang, agaknya lepas tengok muka poyo memasing samada kita nak guna taxi route atau normal route hehe…taxi route tu jalan yang senang ler…tepi-tepi sungai yang takde rapid…chessss…pantang dicabar betul budak-budak nih…mana main kan taxi route tu so kita tempoh jua apa cabaran lagi didepan…ingat yach ada lagi 6 big rapids after this hohoho…lepas dah recover dari permulaan yang mengejutkan tuh…kitorang pun rasanya lebih bersiap sedia dan dapat menjangka la sket apa yang patut dibuat bila berada dalam pusaran gelombang ganas tu…yang best tentang sungai padas nih, lepas setiap rapid…air akan tenang sket so kita pun sempat la recover dan buat persediaan apa-apa yang patut…baru jek rasa nak lega dah bob bagitau ada lagi satu kat depan suh kitorang bersiap sedia..alamak..kat depan tu rapid yang diberi nama Scooby doo plak…dia kat tepi jek tapi dia punya pusar tu cam nak makan orang huhu….nampak sket macam air sungai tu cam menjunam….bersiap sedia semua….lagi sekali rapid yang mencabar…kali ni pun sama gak..memang rasa tunggang terbalik semua..aku yang kat depan cam biasa la…telan air sungai, mata dah naik merah asyik masuk air….jatuh kebelakang takyah citer la dah tak terkira berapa kali tapi mulut semangat nih duk kira lagi satu..dua..satu …dua…maklum la kan dorang yang pedal bukan aku hahaha…kitorang kena tempuhi lagi 2 rapid sebelum berhenti untuk lunch..then ada lagi 3 big rapids selepas lunch huhu…lepas Scooby doo ada lagi cobra ngan lambada rapids….yang nih pun mencabar giler..lepas rapid ke tiga tuh aku pun tukar tempat la ngan vaart…ye la penat tau dok pedal…so aku pun nak rasa la control boat masa rapid kan hehe…bila dah dekat nak sampai kat lambada tu, bob pun start suruh kitorang mula pedal, satu..dua..satu…dua..aku konfiden jek la pedal, bila dah nak sampai tu, air dah mula deras, mula rasa cam kelam kabut jek..si vaart pun cakap kat aku..”jangan takut gy…aku pegang ko kat belakang ni….elok jek vaart abis cakap…terus kitorang masuk lam rapid tuh…si vaart dulu yang tertonggeng ke belakang hahaha…dah dia pegang life vest aku…ngan aku-aku sekali nak jatuh ke belakang….pedal tah kemana-mana ntah hahaha…sib baik cepat recover…geng-geng dalam boat semua sproting n beri kerjasama…tu yang buat best tuh..orang kata apa? Teamwork katanya….si nhk tak abis-abis suh kitorang cepat pedal sebab nak suh cepat sampai kat tempat makan hahaha….betul la bila kat dalam boat dan kerah tenaga lawan arus deras cenggitu cepat jek laparnya..dah la makan sandwich jek kan hahaha…

Lepas lambada rapid, kitorang terus ke tepi untuk berhenti makan, rasa betul-betul lapar masa tu, hidangan plak belum nak berapa siap…so aku ambik kesempatan jamak kan zohor ngan asar..imejin ngan baju basah lencun camtu..tapi nak wat cemana kan…kira darurat dalam musafir la nih huhu…hidangan tengahari sangat la sedap (ke aku yang lapar giler ek?) seperti biasa ada black paper lamb, ayam, sosej, sayur kobis, labu, pastu ada kentang, ada popia, ada tembikai dan yang sedapnya kopi tenom dia yang pekat dan kaw kaw…sehingga menjilat jari hehe…lepas dah berehat dekat sejam..kitorang pun teruskan lagi perjalanan..

Kalau perut dah kenyang nih sedap sikit la mengayuh….jangan tak tahu, si bat tuh garang tul kalau orang tak pedal tau….kena jek ngan dia…si budak-budak sabah tuh berapa kalik kena sound ngan mamabat hahaha….bob cakap, rapid lepas lunch tak berapa nak mencabar sangat tak serupa yang 4 rapids tadi..tapi dalam tak mencabar tuh….ada gak yang tertelan air kan haha..aku tengok lara ngan bat pun bertukar-tukar gak pedal…madamme cdm jek yang tetap maintain gitu….kebal tul hehhe..Cuma si rose jek yang masih lagi takleh nak control fear factornya….kitorang apa lagi racun la kan..macam-macam nak make sure si rose pegang gak pedal hahaha….lepas lunch tu rasa reax sket la…so aku tengok banyak boat yang lain macam-macam duk buat aksi…ada yang suh instructor buat capsize la…ada yang sorang-sorang dok terjun mandi sungai la….so rasa teruja gak la..dok tak lama tu kitorang tempuh pulak big momma rapid sebelum bertemu pulak the curve dan last sekali body rafting rapid..nasib baik dah lepas makan dan dapat recover tenaga..kalau tak tak tahu la cemana…tapi aku tabik kat riverbug tour nih sebab dorang memang ada ramai instructor yang benar-benar experience dan pentingkan tahap keselamatan…sepanjang 9km tu setiap boat akan ada instructor…dan ada 2 kayak yang mengiringi sepanjang perjalanan….disamping tu…ada gak jurufoto pro yang ambik gambar dan video kitorang sepanjang tu….masa lunch dorang tunjuk la video tu tapi rasanya takde pun muka kitorang huhuhu…..tapi yang best gambar-gambar kitorang memang cantik…apa lagi ngan aksi-aksi dari kamera lara…malang sekali sebab kamera tu kena cuci secara manual dan si lara lupa plak letak katne negatifnya..sampai sekarang la tak dapat lagi copy..nan ado la gambar-gambat menarik buat tatapan kat sini hehehe…nak tengok pegi la sini
Masa lunch tu gak dorang ada jual t-shirt.so aku ngan mamabat n rose pun beli la buat kenangan….best tul tag dorang…riverbug crew – pedal or die….wahhhh cam misi berani mati gitu kan kan kan…lepas dah lepas rapids…kitorang pun bersantai la sket…si vaart pun terjun sungai…aku pun follow la..best sangat tapi rasa kejap jek dah hanyut jauh dari boat..so aku cepat-cepat suh dorang angkat aku naik, tapi mak oiii nak naik tu pun cam susah giler..aku rasa dorang nak angkat aku pun cam susah giler hahaa….lepas aku si mamabat plak…ngan gaya berenang anjingnya hahaha….sambil tu kitorang nih dok racun sapa yang tak turun kena buat bekfes esok paginya hahaha…ape lagi madamme cdm..terus terjun…secepat kilat tu jugak dia suh kitorang tarik ke atas hahaa….tinggal lagi si lara ngan rose jek…bila dah kena racun nih….rose yang tak berapa nak berani ni pun cam ala-ala nak jadik berani apa lagi tak toleh kiri kanan terus jek terjun….terkedu aku jap, sebabnya apsal dia terjun kepala terus terbenam kat lam sungai ek hahaha…tu la terjun tiruk yang paling aneh sekali aku tengok hahaha..pastu kan tak timbul lak tu..kitorang pun cam tetiba jadik cam gerak perlahan plak…bila tetiba rose dapat pusing kan badan dia n float baru la dapat tengok muka rose yang kecut abis…nampak sangat muka panic hehehe….cepat-cepat kitorang tarik dia naik ke atas bot dengan bantuan si james….fuhhhh kecut jap aku bila tengok reaksi rose camtu….memang nampak cam dia nak lemas hahaha….takpe rose pengalaman tu yang mahal kan hahaha…si lara gak la yang ala-ala tak basah abis sebab tak masuk sungai…kena buat bekfes esok hmmmm hampehnya la…nan ado hahaha

Nasib baik lepas tu kitorang pun sampai end point untuk water rafting…terus pindah naik speed boat pulak untuk dibawa ke stesen keretapi beaufort..

perjalanan dalam masa sejam…masa nih dah petang..naik speed boat tu rasa sejuk giler hahaa..ada plak satu mamat nih buat lawak nak kencing la plak hahaha….dah tak tahan sejuk sangat si vaart bagitau la kat tukang bawak speed boat tuh..orang tu cakap..sekejap lagi sampai bah…deknon terpaksa la tahan kencing lagi katanya huhuhu….sengsara tul kan…asyik kena tahan jek..dah sampai beaufort, bus yang kitorang naik tadi dah setia tunggu…lepas tukar baju semua, bas pun terus bawak ke kk..dalam sejam perjalanan…sampai tu kitorang terus mintak turun kat pasar pinoi…bukan nak beli mutiara la…sebab kedai pun dah tutup, tapi nak makan ikan bakar…rumpai laut, umai ikan yang sedap…dan yang paling best sotong baker yang ada telur..hmmmm lapar nya…..makan dengan lahapnya sebelum balik ke marina court….memula tu si lara nak cari kedai gambar nak terus cuci gambar tadi tapi kedai dah tutup la pulak kul 9.30 tuh..jalan-jalan sekitar warisan tuh ternampak la plak kedai kasut…tingat plak aku takde kasut nak balik esok hahaha…terus sambar sandal charles n keith satu hehehe…..

our dinner...nyum nyum
Lara…aku malas nak citer adegan kita kat airport…nanti ko kaver la ek, mek letih u ols citer kisah kita marah kat budak tiket tu ngan kisah kita mogok takmo makan atas flight hahahaha…kalau nak dikira..adventurous trip nih la paling gila-gila sekali dan kiranya dah lama aku tak buat keje gila-gila camni….pengalaman yang takleh dibeli ngan wang ringgit walau berapa sekali pun…terima kasih kawan-kawan…kerana pengalaman ini….vaart ko jangan la pencen dan serik walau pun ko dah tuttttt…tapi jangan serik ikut kitorang lagi ek hahaaha….errrrr pasnih kemana pulak? Dah ready ke? Hahahaha (wehhh ada orang cabar aku pegi base camp tau….pe kata kita bagitau kat madam wong…chaiyoooooooo)

priceless experience...semua cam kanak-kanak riang huhu

Monday, November 03, 2008

MENUJU PUNCAK - LIMITED EDITION 3


pemandangan sekitar ketinggian 3000meter

SEAWAL jam 2 pagi sudah perlu bangun untuk bersiap…janji dengan Andy si guide tuh mau bertolak jam 2.30…so dengan rasa cam tido-tido ayam, letih naik ke laban rata tak hilang lagi…dah kena mendaki lagi…nak salahkan sapa tu? Sapa suh cari nahas sendiri? Takde penyakit cari penyakit…ni la namanya kan so sendiri mau ingat la…nak bebel pun dah salah sendiri kan hahaha…sedap-sedap tido kat aircon pegi cari aircon semula jadi..best panjat gunung ngan kabel car, pegi cari yang naik ngan kudrat sendiri kan..so takyah la nak cerita kesengsaraan huhu..tu diah..

Naik terus ke gunting lagadan….gate dimana perjalan ke puncak bermula…seawal jam 3.00 pagi, sudah ramai yang berkumpul…kitorang tumpang jek berdoa ngan satu grup dari mana ntah…sebab gelap tak nampak sapa dorang nih…waktu nih semua orang kena pakai headlight, kalau tak, tak nampak jalan la nanti…hujan tetap turun renyai…dalam hati berharap supaya hujan akan berhenti…aku pakai sweater dan windbreaker, glove 2 lapis, snow cap dan headlight, seluar pun 2 lapis, stokin 2 lapis dan apa lagi kalau tak kasut adidas kampong rege rm5.50 hehe..si Pierre selamba jek ngan long john n short pants…tak sejuk ke mamat French nih ek…gerutu aku, walaupun tak jelas sebab gelap, tapi aku still nampak bayang-bayang melidi kaki dia tuh…sib baik kurus jek haha…

Perjalanan adalah sukar kat sini, dalam keadaan suhu yang amat sejuk, dah la hujan turun, angin pulak tak mo kalah tetap nak bertiup kencang…bermula dari gunting lagadan lagi tahap ketinggian tu curamnya 90 darjah..bayangkan la..aku lihat pergerakan perlahan sebab kat sini kita seperti beratur dalam satu barisan panjang…masing-masing mengikut gerak di hadapan, bila aku pandang ke bawah aku lihat jalur cahaya dari headlights bersusun menandakan dibawah aku mereka yang mendaki masih ramai dibelakang…dari gunting lagadan yang terletak di km6, hanya ada satu pondok hentian iaitu pondok sayat-sayat sebagai check point sebelum kita mendaki terus low’s peak….di sayat-sayat juga nama dan no pendaki akan didaftarkan sebaik kita naik atau selepas kita turun…sayat-sayat terletak di km7. trail di sini memang 100 peratus berbatuan, kalau curam, memang disediakan tali untuk buat berpaut, kalau tak pegang..chances nak jatuh kebawah adalah dalam kebarangkalian yang sangat tinggi, since aku gayat, rasa bersyukur gak sebab mendaki dalam kesamaran…

Angin yang terlampau kencang aku rasa macam nak melayang, nasib baik cengkaman adidas kampongkan selamat aku, si bat ngan vaart aku dah tak nampak…ooooppppsss ya aku lupa nak citer, si lara dah awal-awal lagi surrender takmo join naik sampai puncak..katanya memang niat dia nak sampai laban rata je..tak tahu nak pujuk cemana dah minah tuh hehehe…pinjam jek la barang-barang dia…kira ada gak la barang lara naik sampai puncak hahaha, so dia la yang buat kan kitorang cereal untuk alas perut sebelum keluar..sekarang aku hanya ditemani si Pierre, nasib baik ada mamat nih, baik lak tu..siap tunggu aku kalau aku dah mengah…dah la air aku pun kat vaart so nak tak nak terpaksa jek mintak air Pierre..sempat lak tu dia bawak pisang lagi 2 3 ketul dia letak lam poket seluar pendek dia tuh hahaha…kaki dan tangan aku dah mula kebas tak rasa apa pun…stokin ngan kasut dah basah lencun sebab banyak termasuk lopak air dan trail pun dah penuh ngan air sebab hujan lebat, dah la aku pakai snowcap jek so muka dah mula rasa kebas sampai nak bercakap pun dah kebas..aku jerit kat Pierre nak air pun dia tak dengar…geram betul huhu…sekali lepas berteduh kat satu batu besar terserempak ngan bat n vaart, lepas tuh hilang balik…sampai kat sayat-sayat….aku tunggu bat ngan vaart, at the same time, dah mula lapar giler..masa tu rasanya dah lebih sejam mendaki…dari sayat-sayat ada lagi 1.5km untuk sampai low’s peak, bila kat situ takleh nak berhenti lama-lama sebab terlampau sejuk…so jalan je la yang boleh memanaskan badan…sebab tu la aku keep on going, bukannya aku nak sampai cepat tapi sebab aku tak tahan sejuk hahaha…dalam hati aku dah sedih sebab kalau cuaca cenggini memang mimpi la nak tengok matahari naik ke hapa….

Aku tak tahu cemana aku leh keep on jalan..kat setengah tempat aku seret jek kaki aku, jalan pun satu dua tapak, tapi aku tak berhenti sebab angin terlalu kencang sampai memang aku nak melayang….tinggal lagi 50m nak naik tu lagi giler sebab kena panjat bongkah batu yang besar-besar…aku check jam..pukul 6 pagi aku sampai tepat kat atas tuh..tapi…alamak…sapa nak ambik gambar aku? Cemana nak ambik kalau kamera aku dah suh vaart yang pegang dan aku tak nampak bayang dorang lagik huhuhu….aku nampak si andy, dia pulak kata vaart ngan bat tak naik…aargghh..nampaknya takde la gambar aku kat puncak kalau cenggini…dalam duk bersedih-sedih tuh…aku dengar ada orang panggil nama aku….aku pandang bawah aku nampak vaart..yayyyyy….cepat-cepat aku suh dia naik sebab nak ambik kamera hahaha….lepas tu dia plak cakap si bat takmo naik…uiks…takkan tinggal lagi 50-100m nak give up? Rugi la kan…kejap tu aku nampak kelibat bat..yayyyyy…si bat dengan lajunya terus sertai kitorang…dia cakap..masa dia tunggu bila buat keputusan takmo naik tu..dia menggigil sejuk so sebab tu yang dia jalan jugak sampai ke atas tuh hahahaha….memang semua tu dah ditentukan agaknya…kalau bukan cuaca yang mendorong, dah tentu kitorang tak sampai atas gamaknya..akhirnya dapat gak la ambik gambar kat puncak walau pun cuaca tak berapa bagus..pemandangan pun agak berkabus..tapi aku puas hati sebab walaupun cuaca buruk tapi kita still dapat teruskan pendakian..at certain time, kalau cuaca teruk cenggitu, dari sayat-sayat lagi dah tak boleh sambung sampai atas..so bersyukur lah…stay tak lama kat atas kitorang terus bergerak turun…perjalanan lebih mudah except kat certain tempat yang bertali tu kena pegang tali dan turun secara membelakang..kalau tak mau aku tak turun sebab gayat kan…si bat ada la sekali 2 tergelincir sebab kasut licin terkena lak batu yang memang dah basah dan berair…nasib baik tak cedera teruk Cuma lebam sikit, tu yang aku bersyukur sebab pakai kasut adidas kampong..

Kalau naik dari gunting lagadan ke summit 3 jam, waktu turun pulak 2 jam je dah tiba ke laban rata…masa tu tak terkira lapar..terus serbu buffet dia, lara pun dah tunggu kat situ, apa lagi hentam saja makanan kat situ…aku rasa cam kurus giler time tu, rasa nak sumbat semua makanan kalau masa tu masuk perlawanan makan hotdog pun gerenti menang hahaha…bila dah relax sket tu, teringat yang baju kering untuk turun ke timpohon dah habis dipakai…memula tu tak bawak banyak baju sebab ingat kalau cuaca kering sempat la keringkan baju yang dipakai semalam…rupanya memang nak jadi cerita hujan tak teduh pun…nasib baik la ada jual t-shirt kat laban rata resthouse tu, walaupun rege rm48 tetap jua dibeli aku , bat ngan lara daripada nak pakai balik baju basah huhu…tak sanggup rasanya…so lepas dah melepak kat sejam…terpaksa la bergegas balik ke waras hut untuk packing dan bersiap untuk perjalanan turuh kekaki gunung…back to timpohon gate…turun jek ke waras hut, aku terus bagi idea masak air n mandi air panas…so dapat la mandi sket sorang walapun tak sempurna huhu..lepas dah 2 hari tak mandi tu kan…rasa segar dapar rasa air suam…start turun dari waras hut jam 10.30 pagi dan tiba ke timpohon gate….ni timing aku la yang paling last dan lembab sekali sampai hahaha….4 jam selepas itu…si vaart orang pertama sampai…rasanya lam kul 1 lebih, lepas tu bat plak…wahhhh dorang nih terer menurun rupanya ek hahaha….diikuti pula ngan ratu laban rata iaitu lara hahaha…lepas 10 minit tuh baru la aku muncul berdengkot-dengkot…sebenarnya…masa turun tu bila dekar 2 hut yang terakhir nak sampai, kaki aku dah sakit giler, kuku kaki yang mencengkam yang buat aku sakit, so aku beratkan imbangan pada lutut kiri, akhirnya lutut kiri pun dah nak jam…nasib baik sempat sampai…dan nasib baik gak andy setia temankan aku, memang pun mana-mana guide akan tunggu peserta terakhir hahaha….

Dah sampai timpohon tu, baru la fikiran boleh digest rupanya aku dah sahut cabaran kinabalu huhu..sapa cakap aku lembik, sapa cakap aku lemah dan sapa cakap aku tak leh panjat kinabalu…aku dah buktikan walaupun sengsara tapi hati tetap puas sebab rupanya aku masih lagi ada keupayaan…rose n nhk pun sambut kitorang cam pahlawan gitu haha…terus sambung makan kat seroja, nabalu park tu sebelum perjalanan diteruskan ke KK, kat sana dah tersedia penginapan yang telah di booking sebelum keesokan harinya kami akan sertai pula 1 day trip ke sg. Padas untuk river rafting muahaha…giler hapa, lepas panjat gunung berafting pulak huhuhu….nantikan cerita seterusnya