Tuesday, January 27, 2009

BUDAK MEREMPAT JADIK KAYA...

THIS story really deserved Golden Globe Award....at least to me, pendapat aku la kan...

masa memula dapat tau citer nih menang, aku tak faham ngan title nya slumdog milionnaire, pastu nhk ada citer sket2..then bila dah dapat dvdnya, pe lagi peluang bercuti digunakan tuk menonton..

cerita bollywood tau, tapi english speaking, jalan cerita sangat simple langsung tak mencerminkan cerita hindustan yang 3 jam masih belum tentu nak abis tu, mungkin sebab pengarah bukan orang bollywood, bila menyaksikan cerita ni, baru aku faham kenapa filem ini dapat cerita terbaik...kehidupan seharian memang tidak boleh tipu...kehidupan hari-hari yang dilalui oleh masyarakat slum di pinggir mumbai...simple tapi punya pengertian mendalam, intepretasi bergantung kepada individu...siapa anda untuk tentukan penghayatan cerita ini...terserah

aku enjoy sangat tengok filem ni,sangat bermutu dengan bajet murah...sunggoh tak sangka...harus kah aku menjadi spoiler? meh la aku bagi sinopsis sketkan...appetiser tuk korang yang semestinya aku recommend untuk menonton, seisi keluarga dari yang kecik sampai tua kerana setiapnya punya pengajaran yang boleh di ambik iktibar...

kisah bermula bila seorang pemuda, jamal malik masuk game show who wants to be a millionaire...version india la kan...anil kapoor sebijik cam jalaluddin hassan tapi kurang sket dialog panjang lebar so tak bosan...mungkin nak pendekkan dialog untuk durasi filem ni kut

cerita jadi best dan suspen bila jamal dibawa ke balai polis untuk disoal siasat sebab dituduh menipu dalam game tu..sangat skeptical, si jamal..seorang yatim piatu, bekerja jadi tukang bawak teh je atau chaiwala (aku rasa itu la maksudnya) dari slum area near mumbai tetiba terpilih masuk game nih dan dapat jawab setiap soklan sehingga memenangi 10M rupee...hairan bin ajaib..so disitu la cerita bermula...

jamal pemuda muslim yang tiada pendidikan tinggi, kehilangan ibu semasa kecil, hidup merempat bersama abangnya salim sehingga terpaksa jadi pengemis...cerita hidupnya penuh berwarna warni....kisah hidupnya itu lah yang membantu jamal menjawab setiap soklan dengan betul...korang patut tengok waktu ni, masa dia disoal oleh inkspektor macamana dia jawab soklan so setiap soklan tu ada flash back kisah hidup dia...sangat sedih, menyayat hati, lucu dan cerita ni memang pandai mainkan perasaan kita sebagai penonton...

yang bestnya...bila jamal dah dapat jawab soklan tuk 10m tu, tetiba time pulak dah abis, so dia kena datang balik esok untuk soklan final yang bernilai 20m...masa tu la polis tangkap dia..masa tu la cerita lagi suspen...owhhhh sangat best ini cerita..

banyak moral of the story dari filem ini...tapi aku rasa sebab dari segi penceritaan, karakter yang biasa-biasa, kehidupan yang berlaku setiap hari di mumbai menjadikan cerita ini sangat senang melekat di hati....kesan sangat terasa...banyak pengajarannya....antara yang boleh aku tangkap ialah betapa kita sangat skeptikal dalam menilai seseorang..so what kalau dia miskin, so what kalau dia tak kaya, so what kalau dia tak de pendidikan...tapi kita nih mudah sangat labelkan dia, mesti dah menipu, mesti dah buat sesuatu yang tidak elok sehingga menang 10m....so itu antara yang cuba diutara....sedangkan sebenarnya, jamal nih tak kesah pun dia dah menang duit banyak, sebab sebenarnya dia masuk who wants to be a millionaire tu bukan sebab nak bolot duit banyak....sebab apa? kena la tengok dan hayati sendiri ye hehehe...

Wednesday, January 21, 2009

HARI MINGGU LEPAS...

CITER lawak masa tengok AJL aritu, tak sangka la plak kan…..weekend aku aritu pada awalnya aku predict macam ala-ala bosan kan…tapi rupanya nan ado hahaha

Seawal hari dah busy kena bangun pagi (not fair, sepatutnya bagi la aku masa nak kaver tido kan) lepas tu aku singgah curve seawal bukak sebab nak kena beli besday present plak, jam lagi tinggal 10 minit nak 12noon, aku kena cepat-cepat balik, sebabnya setengah jam lepas tu kena plak hantar girl…alamak, rupanya not only hantar…kena attend as well…aiseyyy, ingatkan aku nak pegi umah kawan yang invite aku sebab ada aqiqah anak dia, alamak cemana nih…dilemma la plak tapi sebab aku sayang giler kat girl…so berlepas la ke bukit kiara equestrian….jam hampir setengah tiga, aku balik…bawak kereta bila mata takmo bukak sangat siksa kan….appointment kat bangsar pun terpaksa aku lupakan sebab aku dah tak larat….janet boleh tunggu aku pada hari minggu yang lain hehe….so balik aku tido aje, tak buat apa-apa abis cerita

Ahad datang, seawal jam 7 lagi dah bunyi loceng pagar….alamakkkkkk sapa la plak datang awal-awal nih….ish sham rupanya…hmmm aku ingatkan orang datang hantar ayam yang aku oder hahaha….my plan, since aku ingat aku akan boring la wiken nih, so aku ajak la k.tie, k.nor, sham n hafiz datang lunch kat umah, takde buat apa pun…aku dah lama nak makan nasi ayam homemade (selalu aku frust kalau pegi makan nasi ayam kat luar tu, tak memenuhi standard aku, even aku pegi the famous hainan chicken rice kat bukit bintang tu pun hampehdot com gak, apatah lagi kedai lain cam chicken rice shop ke….yang Linda punya tu errrr aku tak penah try pun ahaks)…so dengan penuh semangat, pepagi tu lagi aku dah prepare all ingredients..aku punya nasi ayam simple but special, terutama aku focus kat soup, yang aku tambah fishball beserta Chinese cabbage dan aku punya salad pun extra gitu, aku berkira-kira nak buat fried beansprouts tapi bila tengok jam dah tinggal lagi setengah jam menghampiri 12, and my first customer dah datang seawal tujuh pagi…pehal aku sibuk nak menambah-nambah lagi kan hahaha…..

Eloknya aku dah mandi dan bersiap (masa masak takleh mandi la kan nanti tetap bau tak best kan...ilang bau parfum aku ahahaha) k.nor sampai, siap bawak kuih kasui kegemaran…aku suka sebab kuih tu cam lembik-lembik tapi sedap hahaha…some people they like things hard…aku suka both…uiks hahaha…selingan pa kah ini?....hafiz datang ngan bi, kebetulan bi nak balik KK sebab MMU cuti 2 minggu, k.tie ngan abg ki datang last sekali, dia hantar rakyat dia dulu bagi kenyang perut then dorang sampai dengan muka demam huhuhu…rasain kan…aku dah merasa for 2 weeks demam, selesema, batuk sore ilang semua lengkap…k.tie demam sampai muntah-muntah…kesian la plak, nasib baik ada soup aku yang complete tuh hahaha….so lepak la kitorang sampai nak maghrib baru dorang balik, tinggal je si sham, yang sejak datang jam 7 tak bangun-bangun tido…tido ke pengsan?...camtu la kalau orang keje tak kira masa sentiasa kena on call jek, tengok dia pun dah cam Dracula hahaha…

Malam aku dah tercangak kat depan tv….malam tu kan ada AJL, sebab this time aku suka ngan lagu yang masuk final so rasa cam best la nak tengok….rupanya bukan aku jek yang rasa cenggitu…geng pun begitu jua hehehe…pe lagi mula la ulasan selari…ermmmm meh aku bagitau kedudukan pengulas selari ittew yach…sorang kat klang, sorang kat old klang road, sorang kat mutiara damansara and sorang lagi kat subang bestari gitu…betul kan geng? Wahhhh memasing ngan fav…tapi akusungguh musykil tetiba cemana leh masuk kump. Hujan yang langsung tak bertanding eh? Muahaha…lantak la…janji terhibur gitu, aku memang dah lama suka lagu untukmu…so aku memang sangat teruja nan tengok MUH…dulu masa aku lepak kat curve, ada sekali tu dorang buat gig kat situ, giler best….so far showmanship yang aku suka adalah dari faizal tuk sampai syurga, Stacey, estranged n of course MUH…aku jarang dengar sampai syurga, tapi bila dengar n lihat lagu tu malam tu, sangat mengujakan kan mamabat….motiffff gitu kan hahaha. Estranged best jugak, tak over tapi sedap…Stacey aku suka tengok tarian dia…cantik n of course finale dia was MUH la, suara memang first class la si lan….lan tau lara bukan taja tau…tapi taja tu not bad eh hahaha, memang aku tahu si lan punya stage performance giler-giler sket, tu kira dah baik la tu malam tu dia tak buat hal haha..tapi muzik arrangement malam tu memang gempak…result pun ok gak la, walaupun aku rasa persembahan terbaik boleh dapat kat orang lain tapi takpe la…tak kesah la tu…tetiba geng semua rasa cam nyesal plak sebab apa tak terfikir nak menyibuk kat sana hahhaa….ada lak suggestion nak gi next year sebab hujan dijangka masuk kan nhk? Errrr jangan hujan yang hujan tu dah la….tak larat nak redah tahun depan ;p

p/s - waiem n KA....aku segan arrrr nak pegi sbb dah lama tak pegi huhu

Saturday, January 17, 2009

ADA LAGI...

KALAU aku buat statement aku suka tahun ganjil cemana? uiks..pehal tu? ye la beberapa tahun kebelakang ni aku baru perasan, bila tahun ganjil like this year muncul, akan ada peristiwa yang berlaku...pulak tu aku dapat tahu memang macam di rancang bila tahun genap je, memang hampeh la...takyah la aku buat apa-apa pun, memang takkan jadi apa-apa, tapi bila tahun ganjil jek...hmmm

Errrr.....apa yang aku bebelkan nih ek, sebenarnya bagi aku, mana-mana tahun pun sepatutnya kena sama je tau, mana boleh nak ganjil genap macam tu, mana boleh nak beza-bezakan....tension la kalau macam tu...not fair

Awal tahun hari tu, lepas segala keperitan aku bertungkus-lumus kat ofis, baru la sekarang ni aku boleh bernafas lega, sebab segala yang aku kerjakan bulan lepas sedikit sebanyak aku dah nampak hasilnya....bermula dengan keputusan mereka untuk bersetuju dengan cadangan yang dikemuka, maka sekarang adalah masa untuk aku tunjukkan bahawa apa yang dirancang akan membuahkan hasil....kerja keras sahaja yang diperlukan waktu ini supaya tiada halangan yang tidak dijangka dan yang tidak diambil kira sewaktu perancangan berlaku....mintak dijauhkan

Dalam masa kesibukan yang melanda, aku seakan terleka dengan cerita sekeliling....kawan aku yang telah selamat melahirkan cahayamata....tahniah sempoii, kawan aku yang setia menjaga suami yang kurang sihat.....sabar ye mamabat semoga paps cepat sembuh...yang best sekali cerita ni aku dapat tahu, rupanya orang kat bursa tu sedang berbadan dua....tak sangka sungguh aku, memang berita mengejutkan, nasib baik aku ada spy yang cekap hahaha...tahniah kak iffa, bila tarikh yang ditunggu tu? jaga diri baik-baik ye, mereka-mereka yang dah lama aku tak jumpa...apa khabar sekarang ye? oooo ada gak yang wish new year kat aku, then baru aku teringat rupanya dah setahun tak jumpa..so terus je discuss nak lunch sama, nanti ye aku sms bila free, rasanya next week cam ok jek hehe...

Since aku dah kembali normal ni, rasanya boleh la aku update blog ni, takde la aku nak biarkan lama tak menjengok, mana la tahu nanti takut plak blog ni merajuk ngan aku sampai tak bagi ingat password cemana nak update? hehe....salam hari minggu untuk semua...