Friday, May 15, 2009

DINIHARI...

JAM empat pagi, aku dah terjaga dan terasa tak sedap badan...tetiba perut rasa sakit sangat lepas tu rasa cam nak muntah, dalam mata masih pejam nih aku bangun slow-slow pegi bilik air, tapi badan aku rasa sangat lemah, aku berpeluh-peluh sambil badan seram sejuk...sampai sinki aku dah rasa nak blackout, terus aku pegang sinki tu kuat-kuat, nak mintak tolong suara keluar cam cakap lam kelambu plak...ntah macamana boleh dengar ntah aku pun tak tahu sebab tetiba ayip dah ada kat aku, apa lagi terkejut la member tengok aku dah setengah mamai (errrr aku siap ingat mengucap ye lam ati sebab rasa cam nak mati hahaha), badan aku dah jadi lembik macam orang takde tulang, sakit perut bukan kepalang dan dalam masa yang sama aku terasa loya amat sangat, aku suh dia ambik minyak untuk hilangkan loya dan sapu kat seluruh badan...dia takmo tinggalkan aku sebab at the same time aku duk berpegang kat dia hahaha...abis cemana kan, nak angkat aku keluar dari bilik air tu aku takmo sebab takut aku termuntah atau apa, lepas dah dapat ambik minyak angin, sambil sapu tuh dia kemain bebel macam mak-mak yang marahkan anak dia la..pot pet pot pet tak abis, ingat aku dengar ke? Kepala aku melayang tah hapa-hapa aku dengar, lantak la hahaha

Tak lama lepas tu (lama gak la dalam nak dekat sejam gak) aku rasa cam dah kebah sikit, still lagi pot pet takyah pegi ofis la, ambik mc la, takyah gi bandung la (uiks...ada kaitan ke sakit aku nih ngan nak pegi bandung yang lagi dua bulan tu? Motif sangat kannnnn), cakap aku tak makan la....so aku pun fikir ala-ala csi, apa yang aku makan sehari ni ek? Paginya, aku hantar si has pegi ofis dia so aku ngan dia breakfast makan tosei telur ngan teh tarik...fine, tengahari aku kat mandarin oreintal sebab dapat invitation untuk satu luncheon daripada satu badan nih..makan masakan cina errrrr aku takde la makan semua pun so aku tak sure kalau itu yang memberi kesan....petang balik umah, aku skip dinner sebab tak terasa nak makan pun, lam kul 8pm aku kat umah jiran sebab nak pinjam cd korea, sambil tu dia suh aku try satu makanan korea (aku lupa nama apa, tapi kalau korang tengok citer korea, dia ada jual selalu kat tepi jalan bawah khemah yang dorang cucuk macam sosej tu huhu) lepas tuh try kimchi plak....hmmmm so conclusionnya perut aku makan macam-macam makanan hari ni..pasal tu kut ye? Lepas tu kan orang korea nih buleh tahan gak makan pedas eh hehehe...

Aku sambung tido balik sebab mata aku memang pejam tak bukak-bukak (ngantuk dan abis tenaga dah lerrrr)..pagi ni, rasa cam lega sikit, terus je siap-siap nak pegi kerja, member bengang jek aku tak dengar cakap kan...errrr bukan aku takmo pegi keje, tapi sebenarnya aku rasa boring duk baring jek kat umah satu hari, lagipun ada few things yang aku nak siapkan...so takpe la, aku boleh handle lagi....pesanan penaja..jangan makan yang bukan-bukan huhu

Wednesday, May 13, 2009

NAK JUGAK...

FUHHHH…banyak betul yang berlaku di sini kan…orang-orang perak dan orang-orang dari satu parti ni la yang paling terasa lah aku rasa, tak cukup dengan berita nik abduh, ditambah lagi pulak dengan gelora politik perak….sapa pulak mb nih? Sapa sebenarnya mb nih? Fuhhh cukup ler aku citer pasal politik sebab bukan aku suka pun citer pasal tuh, nanti tak pasal-pasal pulak blog aku masuk list ‘blog yang harus dibuka selepas malaysiakini atau harakahdaily’ hehehe..dah la aku pun baru jek balik dari satu kawasan di perak nun….nasib baik tempat tuh aman tenang, kalau aku pegi ipoh waktu tu, mau pulak tak pasal-pasal stuck kat sana…agaknya la

Nak citer gak kat sini…’nak jugak’ (kalau penah dengar radio muzik waktu pagi sure selalu dengar penyampai pompuan tu selalu sebut perkataan nih secara mengada-ngada…rasa nyampah gak kengkadang dengar, tu pun aku dengar kengkadang tu, kalau selalu tak tau ler nak citer cemana hehe) sebab apa aku nak citer pasal citer ni, sebab rasa tak adil kalau tak citer, kalau dulu aku peminat yang sama-sama giler ngan rancangan ni, pastu over few seasons..demam aku benar-benar kebah…aku pun jarang lihat dan tak endah lagi..tapi tiba-tiba rasa aku not being fair to the show yang pernah aku tak senang duduk, bersama-sama mereka yang aku tak pernah kenal sebelum ni tapi sekarang nih jadi antara sahabat tempat aku bercerita segala kisah, bersedih dan bergembira bersama….sungguh tak adil kalau aku langsung tak ingat pasal rancangan ni, apa lagi kan kalau bukan af…memang this time aku langsung tak tengok diari (sejak few seasons lagi aku tak tengok), konsert mingguan pun aku banyak missed (last week pun missed and aku dengar dorang cakap hafiz nyanyi best) this time, memang aku takde prefer sapa-sapa…rasa amat jarang sekali borak pasal ni atau citer ngan geng pasal ni, wahhhh tetiba tingat nostalgia lama where aku selalu bertenggek kat satu blog nih, berbalas komen sampai beribu..kenal kawan-kawan yang satu kepala walaupun hanya di alam maya….i missed that moment, so citernya, bila dah konsert akhir ni, baru terasa nak tengok, rasa cam hafiz sepatutnya pemenang dan tempat kedua akim, yang lain-lain tu penyeri la kut hehehe..so kepada teman-teman yang masih setia mengikuti, enjoy konsert akhir ya dan selamat afundi..

Tuesday, May 05, 2009

DEPARTURE:4.30PM ARRIVAL:3.00AM....with love letter

DEEPEST condolensces to nhk, atas kepulangan bondanya ke rahmatullah…al-fatihah, baru terasa yang aku pegi melawat mak nhk aritu, rasa kejap je masa berlalu…dan berita semalam memang buat aku terkejut, aku yang blur for 2 weeks, bila tetiba dapat sms dari nhk jam 10.50am “mak I tak der dah…I sempat mengadap”….aku jadi terpinga, dan dan terus call nhk…”mak ko pegi mana?” itu pertanyaan bodoh aku (ye lerrrr aku memang blur) bila nhk dengan tenang cakap mak dia dah meninggal, aku plak yang otomatik deras jek airmata keluar sampai aku plak takleh bercakap ngan dia….dapat lag isms dari lara ajak pegi pekan, apa lagi…walaupun aku baru first day masuk ofis after 2 weeks break, terus jek cabut kul 3pm (tu pun setelah mendapat sms orang tu duk ngadap big apple kan huhuhu)…perjalanan pun bermula…

Sampai curve baru tahu cuma berempat jek, takpe la nak buat cemana kalau deknon tak dapat membaik punya cilok kan…dah gitu gini, biasa la dengan kelembaban orang-orang pompuan, dekat kul 4 lebih baru gerak dari curve, stuck plak bila nak masuk hiway tu..bila dah bawak kereta secara berhemah kan perjalan pun terus jek la di estimate jadik berapa jam, tu pun dah calculated termasuk yang tersesat barat dan terpesong kan hehehe…tu aku la tu yang jadi hantu kan

Terima kasih pada driver yang begitu cekap meng control jalan sambil sekali sekala memberi komen yang bernas atau ulasan pada butir bicara setiap penumpang muahahaha..cam suit jek eh…ye lerrrrr….aku tau ler sepanjang perjalanan tu aku asyik merapu pasal makan tak berhenti sambil aku makan donut big apple tu 4 biji..ambik ko, 4 biji tau, sementara orang lain takde pun sibuk nak menjamah…diet pakah mereka? Aku tak peduli sebab memang aku lapar, time lunch aku dah ceo aku panggil mengadap dia kan abis lak ngam-ngam kul 1.30, aku pun sempat jek la jamah tosei separuh ngan teh o limau suam, pulak tu aku tak bekfes, mau aku tak kelaparan kan…so lam kereta tu aku duk la memikir bestnya kalau dapat makan patin tempoyak kat temerluh, lauk pauk kampong…muahaha kemaruk sebab tak dapat makan gitu…dorang nih asyik la mengingatkan tujuan kita ke pekan….ye ler ustazah sekelian, aku masih tak lupa…tapikan…tak elok tau kalau travel perut kosong, nanti masuk angin hahaha…seperti orang tuh kan dah sampai nak terrrrrr pulak hahahaha

Pompuan kalau dah berkumpul biasa la kan, tak citer lain selain daripada citer-citer pompuan kan…dok borak pasal handbag bagai sampai terlepas exit gambang…cessss hancus plan nak buat record sampai pekan in 3 hours…jum ler kita rayau kuantan dan pe lagi singgah ler makan-makan di tanjung Lumpur..yezza….u ols takyah buat plan dan persiapan bagai kalau nak outing tuh..kita bleh jek pegi makan kat tanjung Lumpur pastuh balik umah huhu….rupanya bukan aku jek yang kelaparan sebab masing-masing oder tak hinggat, tapi as usual aku la kan yang tukang melicinkan pinggan…hiks

Dah lepas perut kenyang pe lagi...masa tuh dah kul 9.00....mata naik ngantuk kan...lam kereta senyap jek hahaha maklum la sebab aku dah kenyang kan kalau tak tu sore aku jek la yang kedengaran…cam mabuk pun ada kan..dengan kecekapan pemandu dan co-pilot nya yang pegi umah nhk ada la lam 5 tahun lepas….ko ingat lagi bat? Hampeh hahaha yang dia ingat tiang umah cam usop aslam tu jek…ok la tuh. Akhirnya lepas banyak kali call nhk, lepas cakap ngan ntah sapa-sapa la selain nhk baru ler nampak tiang usop aslam tu kat jalan melur…yang bestnya, masa kitorang sampai ada satu kereta baru nak gerak..siap nhk sempat lagik tanya lara…hansem tak cousin aku tuh kuang kuang kuang…pe citer u ols hahaha. Nhk pulak lagi sekali jamu kitorang nasi…biasa la tak baik tau tolak rezeki, makan la lagi kitorang sepinggan nasi dan lauk yang sedap…aku suka sambal belacan tu nhk, sedap hehehe..agak-agak dah dekat sejam tu, kitorang pun get ready la nak berangkat balik…opppsss ada kes masuk longkang la plak kat sini hahaha

Driver dah kasik warning…sapa-sapa tak leh tido, kalau tido siap ler..aku dah ngantuk giler dah…baru jek ilang jetlag dah kena torture camni, masa tu jam 11.00 baru nak kuar dari umah nhk, mana nak cari jalan kuantan-gambang lagi, jalan nak ke hiway kl lagi, nak masuk lpt lagi, nak cari karak hiway lagi huh…malam yang panjang tul…nasib baik ada malam konfesi kan u ols hahaha

Dipendek kan citer, kitorang sampai curve kat kul 3 pagi, lepas aku lepaskan si mamabat yang menggagau carik toilet hehe…terus aku balik umah…sekonyong tiba lepas tol penchala tuh aku dah nak ala-ala 2fast2furious bila aku tengok ada roadblock…aiseyyyyyy jpj ke? Terus dengan manisnya abang jpj tuh suh aku ke tepi…alamak kul 3 pagi aku kantoi ngan jpj sebab cermin kereta gelap tak nampak driver cantik katanya cesssss……dapat la aku love letter….nak date ngan aku 2 minggu dari semalam…just get ready la kan huwaaaaa