Sunday, July 26, 2009

BUKAN MAHUKU...BUKAN INGINKU...

BETUL seperti yang selalu dikatakan orang...tidak semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan, akan terjadi seperti yang kita mahu...siapa aku untuk tentukan ketentuan bahawa pada hari dan waktunya, aku tidak bisa melawan takdir...

Walau selama mana yang dirancang, walau setiap hari membincangkan perancangan, walau setiap masa mengingatkan...namun apa yang dapat aku lakukan kalau setiap kejadian itu bukan dalam kawalan aku..aku akur, tapi adakah yang lain juga akur? adakah fikiran berfikir secara selari dengan aku? entah la...terpulang

Pada saat itu juga, tidak pernah aku terfikir yang teknologi canggih juga bisa tipu aku, tak pernah dipermainkan oleh sebuah handphone yang aku anggap canggih...ye la canggih sebab ada semua function terkini...canggih la tu kan hehe, tapi tetap juga tak berfungsi seperti yang aku harapkan tepat pada masa itu...aku juga salahkan komunikasi, sebelum teknologi canggih mempermainkan aku, mengapa mesti komunikasi juga ada kelemahan? seharusnya dinyatakan dengan tepat, kalau nak datang jam berapa dan tunggu dimana, jangan bagi alasan nak pegi sana sini sebab aku sangat mudah membuat andaian...sekiranya banyak alasan yang diberi maka andaian aku mungkin itu adalah alasan untuk cuba tidak mahu datang, mungkin aku fikir begitu kerana bukan sekali itu sahaja banyak alasan diberikan, bukan sekali itu sahaja dengan sendiri buat keputusan yang menghampakan, sehingga aku tiada alasan untuk diberikan kepada mereka yang hampa dengan tindakan itu, menyebabkan seseorang tidak dapat turut serta...ntah la, aku tidak mahu memberi alasan kerana semua alasan kalau aku berikan hanya menampakkan kelemahan...setiap yang terjadi masih aku fikir...mengapa begitu mengapa tidak begini...rimasnya rasa memikirkan, adakah aku seorang saja yang berfikir...hanya aku seorang sahaja ke yang rasa sangat hampa akibat dari kejadian? aku tiada jawaban...

Akibat dari semua di atas? ntah la, ada hati yang terguris, ada hati yang rasa amat bersalah walaupun kesalahan itu bukan disengajakan olehnya...

Monday, July 13, 2009

ENTRI YANG TIADA ERTI...

UIKS…aku tiada entri bulan lepas? Bulan ini juga sudah memasuki ke pertengahan? Apa sudah jadi pada aku? Tiada masa kah aku? Sudah lupa password kah aku? Begitu kosong sekali hidup aku sehingga tiada apa yang aku boleh kisahkan di sini? Benar kah semua itu? Apa yang terjadi pada siang malam pesta malam Indonesia? Tiada cerita kah? Apa yang aku buat bersama geng di rasta bersama-sama donut yang tak berkehabisan? Apa yang aku buat di William? Bagaimana dengan malam-malam bila aku minum-minum dengan member? Owh…malasnya nak cerita hehehe

Untuk aku bercerita yang ilmiah, buat masa ini aku tiada rancangan disebabkan kebekuan otak pandai yang mendadak…yang berfungsi sekarang hanya otak yang sekadar ingin berhibur, lepak, tenangkan fikiran, makan angin dan sewaktu dengannya….jangan tanya aku pasal menda selain dari yang boleh aku fikirkan kerana aku tiada kemampuan buat masa ini hehe

Seperkara yang pasti…buat masa ini, aku tidak ingin beratkan fikiran memikirkan segala yang tidak akan terjadi walau cemana aku fikir sekalipun…
Mungkin nanti la kut aku akan ada menda untuk aku share di sini, sehingga itu…..lebih baik aku berhibernasi…otak aku semakin membeku…