Friday, October 30, 2009

PERMULAAN...

AKU kenal mamat nih bila ek? Oooo masa aku tengok konsert kat Shah Alam, bukan konsert AF ye, tapi konsert lain hehe. Dia datang ngan Lara...bodyguard lara kisahnya errrrr bodyguard ke? Hahahaha....sapa nak naik stage menjawab? ;p

Mamat nih tak hensem langsung, kalau aku tak kenal dia sure aku ingat dia dah ada anak dua hahaha dah la tu, kulit hitam legam, takde la tinggi mana pun, memang langsungla takde lam ciri-ciri kategori jejaka idaman Malaya ;D

Orang kata tak kenal maka tak chenta...bila dah lama kenal then baru la aku tahu, mamat nih sangat la spesel....masa memula jumpa pun mamat nih memang peramah, dia akan buat kita rasa senang nak borak dan tak segan...charming la cenggitu, dia sangat easy going, tak ambik hati (main hati by andra n the back bone tu lagu aku tau, jangan ambik hehehe) so korang buleh jek nak gurau apa saja ngan dia nih, memang jenis tak pandai nak marah punya orang la (tak tahu la plak kalau ngan orang lain dia cam gangster along ke kan huhu). Aku ingat masa aku panjat gunung kinabalu, dialah yang sangat setia temankan kitorang insan yang lemah ini huhuhu (takde maknanya lemah, kalau lemah tak merasa kat puncak kinabalu katanya hahaha), walaupun dia dah conquer puncak kinabalu tahun sebelumnya tapi disebabkan mek-mek nih teringin plak nak menakluk puncak, dia dengan senang hati, takyah pun nak paksa ke tanya sepuluh kali ke....tak payah ye....dengan senang hati jek dia rela untuk temankan kita. Rela melayan kerenah sorang-sorang minah yang demanding dan meragam tak kira tempat hatta kat laban rata sekalipun hahahaha dan aku ingat lagi masa bersama-sama berakit disungai padas yang ganas giler, waktu aku dah tertelan air sungai yang kotor tu, waktu aku hampir lemas....ada tangan yang segera membantu, kalau tak dah mungkin aku tercampak keluar dari rakit...

Cakap je kat mana nak lepak...dari jauh dia akan datang, bagitau jek bila nak ke kotak merah....dengan segera dia akan datang, walaupun kitorang tak penah pikir betapa jauhnya dia nak datang dari beranang tu, tapi kita tak penah tanya dia pun, yang kita tahu..dia mesti ada dan tak menghampakan..tak kira la masa tu harga minyak naik melangit ke harga tol naik ke...dia tetap ada kalau dia kata dia ada, memang tak penah menghampakan dan tak reti nak cakap tidak pada kitorang...

Tapi mulai esok, cemana nak ajak naik gunung lagi eh?, buleh ke ajak berakit lagi? Kotak merah? Lepak-lepak kedai mamak sambil makan roti tisu?

Esok adalah hari bahagia mamat nih, hari dimana dia akan memulakan satu tugas baru dalam kehidupan, hari dimana status dia akan bertukar, hari dimana rupawannya akan dimusnahkan (wehhh betul la kan rupawan? Ke apa ek aku lupa dah aritu hahaha) hari di mana dia pun taknak kalah akan mengganas gak hahaha...ye ler kalau dah nak naik dua gunung dan merentas hutan belukar, tak ganas namanya tuh (aku gelak golek-golek nih hahahaha...errrr pertanyaan...keris dah siap asah ke? Hahahaha...tolong aku dah sakit pewot sebab gelak nih hahaha)

Vaart, walaupun kitorang sangat gembira, at the same time kitorang rasa sangat berat nak lepaskan keeratan ini, lepas nih sure kitorang kena behave kan, takleh ler buli ko sesuka hati lagi hehehe walaupun begitu vaart, aku dan yang lain tetap doakan agar ko bahagia berpanjangan, dimurahkan lagi rezeki dan kekal bersama selamanya....

SELAMAT PENGANTIN BARU VAART...SEMOGA BAHAGIA SELAMANYA

p.s – kitorang akan datang nanti sebagai rombongan paling vogue gitu, baju 6 tingkat katanya bling-bling takmo kalah, habis ler yaty muahahaha

Friday, October 02, 2009

YANG BERBAKAT...

SUNGGUH aku teruja bila teman aku punya adik yang sangat berbakat....besar sungguh bakatnya, sepertimana bila aku melihat hasil nukilannya, belum lagi bila bertentang mata secara realiti, yang akan cuba aku realisasi sebelum berakhirnya pameran...

Iya, adik temanku buat pertama kali akan mengadakan pameran solonya...sesiapa yang minat, sila la berkunjung pada tarikh yang dinyatakan



kredit foto diambil di sini