Monday, November 30, 2009

CHECK blog tengok rupanya dah sebulan aku tak tulis apa-apa....dan kiranya dah sebulan gak la deknon kawin eh? ish ish ish bizi betul sampai sebulan tuh tak menonjolkan diri...nak komunikasi pun ala-ala bagi mesej jek....tetiba cam masuk filem bisu plak kan..tu pun mesej kat lara je kut huhuhu...apa-apa la, janji bahagia

Sebenarnya aku buat post baru ni pun sebab last post tarikh 30 october, bagus sangat la kalau aku post arini kan....cam tahu-tahu je tarikh nak tersama hehehe

Dah nak ke penghujung tahun ni, ramai la yang dah start nak bercuti..samada cuti untuk nikah (for sure cuti panjang la kan) atau cuti untuk bawak famili jalan-jalan. ada yang tak bercuti raya korban minggu lepas sebab nak elakkan jalan sesak dan jugak takut banjir (macam bos aku ni ha) so dorang ambik cuti ujung minggu yang lain untuk balik kampung....lebih nyaman katanya (macam bos aku jugak la yang akan bercuti balik kampung 2 minggu lagi)....lagipun bulan disember nih, banyak betul cuti yang jatuh hari jumaat, so apa lagi kan, ramai la yang ambik kesempatan untuk bercuti sakan...aku? macam-macam plan ada tapi so far setakat plan je la kan...kalau yang dirancang terjadi sebaliknya...susah plak, so lebih baik takyah sibuk-sibuk....tiba hari dan waktu...just do it

Tahniah buat anak-anak yang dapat cemerlang dalam UPSR baru ni, memang dah agak yang dapat 5A tu akan dapat 5A so aku takde la heran bila result keluar dapat 5A kan...cuma mana-mana yang tetiba dapat diluar jangkaan tu, bagi aku...bersyukur la sebab at least anak-anak masih menaruh minat untuk belajar...apa la sangat nak diukur kepandaian dengan pencapaian kerana bagi aku dorang belum matured (boys lebih-lebih lagi...lambat betul dorang nih nak matang...kadang-kadang tu, dah besar pun tak matang gak lagi ooppssss...melalut plak huhuhu) so biar la dorang teruskan usaha untuk berusaha lebih baik...aku percaya yang dapat 5A hari ini, tidak semestinya akan terus cemerlang pada akan datang (harapnya jangan la jadi camtu plak...n aku pun tidak mendoakan perkara ini terjadi)...dan yang kecundang hari ini tidak selamanya akan terus kecundang, dengan semangat dan tunjuk ajar dari kita, anak-anak akan berjaya juga...kadang-kadang mereka kurang perhatian dan kasih sayang sebab tu la jadi camtu...ermmm ini semua dari perhatian aku dan respons ibu bapa ye, cam buat research plak hehehe...so tu je la yang aku nak citer pada post kali ni...