ADA banyak perkara yang berlaku dalam bulan ni...suka dan juga duka, seperti dalam sebuah cerita plak bagi aku...satu episod...
AWAL bulan aku sekali lagi berkunjung ke pulau impian aku hehe...aku cakap impian sebab kebanyakan yang aku impikan bisa terlaksana hehehe...tujuan aku ke sana hanya satu..untuk ilangkan perasaan panik dan takut underwater...bukan la takut apa pun sebab aku reti berenang dan snorkeling memang aku dah selalu...in fact dah dua kali aku ke pulau itu semata-mata nak snorkeling...so aku amik keputusan kali ini aku akan terus cuba amik lesen memyelam atau pun level beginner 'open water certification'.
SUSAH gak nak buat skill underwater seperti clear mask, exchange regulator dan remove bcd...perasaan bercampur baur tapi aku kuatkan semangat dan hanya fikir yang aku boleh je..dan akhirnya dengan 4 kali diving selama 2 hari aku berjaya habiskan owc termasuk menjawab soklan exam yang tak berapa senang tu hahaha...fuhhh lega sangat pulak tu aku tambah lagi 2 fun dives yang memang sangat fun...melihat suasana didalam lautan dan didasar dan aku kagum d
engan pencipta semua itu...
SEJURUS pulang dari pulau aku terpaksa pula menghadapi kerenah mini yang meragam...dah kena tinggal dia cari pasal la plak ngan aku...nasib baik mini pandai cari tempat gaduh..kat area strategik tu la dia cari pasal yang menyebabkan aku takde pilihan lain dan terpaksa menyusahkan orang tu hehehe...so sorry ye :D
DALAM 2,3 hari aku kalut dengan mini tetiba dapat plak berita yang memang sangat mengejut...berita seorang member meninggal...dia meninggal pun secara mengejut gak sebabkan heart attack...iktibar yang aku perolehi dari situ...dengarlah kata hati dikala kita tidak boleh menerima beban...tak kira kerja atau apa saja...hanya kita yanf dapat rasa samada kita mampu buat atau tak...jangan ambik risiko...
SEMPENA bulan mulia ini aku amik kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...