Monday, May 08, 2006

MERENUNG...

LAST weekend memang busy….sejak jumaat hingga sabtu, aku ngan satu grup kat ofis ni, terpaksa….ye terpaksa sebab bukan kehendak sendiri melainkan dipilih sahaja…attended satu seminar yang mana fasilitator adalah presiden tempat kitorang keje….alamak…masa memula dapat tahu, 3 minggu lepas..macam-macam spekulasi yang kitaorang buat, maklum la presiden ni terkenal ngan perangai yang seperti cakap lepas, berkebolehan buat orang rasa cam kecik je..terutama masa meeting…sapa yang kena sabo tu…..memangggggg rasa cam nak nangis ler..suka sangat bagi statement yang boleh buat kita malu…..so 3 minggu sebelum weekend…kitorang dapat e-mel dari dia, alamak…..ada homework pulak….kena buat tetiap weekend sampai ler hari seminar…hampessss

So jumaat tu, semua orang cam berdebar-debar…apa la yang dia nak buat nih, sebelum ni kitaorang tak tahu apa-apa pun sebab takde maklumat langsung, selalunya sebelum pegi seminar akan ada program ke hapa kan..tapi yang nih, kalau ikut e-mel dia, bawak diri memasing, pakai seselesa yang boleh, dan bawak homework…tu je…

Selepas sabtu, baru la aku paham….kenapa dia beria-ia nak buat seminar ni, tempoh 2 hari dari pukul 8.53 pagi hari jumaat sampai la 6.30 petang hari sabtu betul-betul memberi kesedaran dan membuka minda 18 orang yang terlibat ni….banyak pengajaran..cukup untuk aku cakap, aku takde rasa marah kat orang IT tu lagi, tapi mungkin lepas ni, aku nak tanya dia…boleh tak dia kasik kelonggaran ber ym kat opis hehehe…cuba la kan..mana tau dia ok…

Sebenarnya, 2 hari tu bukan saja untuk dimanfaatkan ditempat keje…itu memang tujuan seminar tu la, tapi bagi aku, melihat kepada sesuatu yang lain dengan perspektif yang baru…jangan hanya memandang kepada luaran tanpa ada rasa ingin tahu sebaliknya…apa yang menyebabkan luarannya begitu…..sedih, ceria, positif atau negative..semua ada sebab yang tersirat dan tersurat….bergantung kepada kita untuk tafsir, dan jangan terlalu cepat membuat judgement atas setiap yang berlaku tanpa kita berfikir sejenak…kenapa ianya terjadi in a first place….mungkin ada yang berkata…semua orang dah besar panjang…dah boleh berfikir dengan waras….ya..itu yang sepatutnya..tapi kalau semua orang boleh, kenapa masih ada banyak peristiwa yang bila difikir…bagaimana seseorang yang mempunyai akal fikiran yang waras boleh melakukan banyak perbuatan yang sebaliknya…..renungkan ya…

Hati aku tersentuh dengan berita kematian seorang ibu muda yang ditikam ketika memberi minum anak kecil yang hanya tahu memanggil mama…..berat mata memandang…berat lagi bahu memikul….

Wednesday, May 03, 2006

SETAHUN YANG LALU...

ADA sorang kawan aku nih….dia citer kat dalam blog dia..kenapa dia buat blog pada asalnya…..tapi bila orang dah tahu pasal blog dia…dia citer, tujuan asal tu dah jadi lain sikit..sebab masa orang tak tahu dia ada blog, dia boleh tulis apa yang dia suka..personal atau tak, sekarang bila orang dah tahu dan yang tahu pun kawan-kawan, maka apa yang nak ditulis dah tak sebebas dulu….aku faham situasi tu, dan aku rasa semua orang yang ada blog pun cam tu, bagi yang aku kenal la…kebebasan untuk menulis atau meluahkan apa yang ada di dalam hati, perasaan yang terpendam sekarang, sikit sebanyak dah tak boleh…sebab…mudah sahaja, kawan-kawan yang kenal akan tahu, dari situ…dorang mungkin akan judge kita apa yang kita buat, nak pulak kalau benda yang berlaku agak sensitive atau senang kata..memalukan diri sendiri….jadi aku rasa semua akan menulis dengan berhati-hati, di dalam fikiran akan terbayang siapa yang akan membaca….kadang-kadang kalau difikir, cam tak adil la kan….kalau dah nama blog aku, suka hati aku la nak tulis apa kan…tapi tu lah kalau hidup bermasyarakat..rambut sama hitam (takleh pakai dah umpama nih sebab rambut pun dah tak sama hehehe), tapi hati lain-lain….lebih baik jadi blogger yang tidak dikenali….senang citerkan hehehe

Hari ni, kat ofis….ada staf aku belanja makan tengahari untuk department, kitorang pun speculate la apsal hehehe…(orang belanja makan pun dah baik ler…nak speculate lak huhuhu), so sebelum makan tu, aku cakap le kat dia, apa yang buat dia terfikir nak belanja nih, so dia cakap…tak de apa sangat, cuma nak ingat hari ni, genap la setahun dia kerja kat sini..ooooooo…gitu ya…so aku pun sambil makan tu, sambil teringat la..kisah setahun yang lalu hehehe…..masa tu, keje aku tersangat la banyak, sampai tak terkejar..so HR manager suggest la kat aku, ambik la assistant, lagipun staf aku yang lain dah ada keja dan tanggungjawab lain dan dorang pun bukan boleh buat keje aku pun....aku pun fikir, ok gak kan at least kalau aku ambik assistant nih, boleh bagi keje aku sikit kat dia, kurang skit beban aku hehehe……so tak lama tu kitorang pun iklan ler dalam suratkhabar…dah dapat applications, aku shortlisted 3 orang, aku taknak ramai-ramai sangat sebab malas nak interview muahahaha…terukkan aku…

3 orang tu, 2 pompuan dan satu lelaki…so memula aku interview yang budak pompuan nih, keje dia sangat related ngan post nih, communication skill bagus, writing skill boleh tahan, ok la..aku suka la dengan dia ni, okke..then aku interview sorang pompuan tu lagi, dia ni keje kat kolej…walaupun tak pernah buat keje cam aku, tapi dalam bidang berkaitan, kira ok la tu…tapi ntah apsal, first instinct aku cam tak nak ambik dia nih..ishhh payah betul kalau tetiba ada rasa cam tu….so aku interview last candidate…calon lelaki terakhir hahahaha…masuk je…muka serius habis..pas tuh senyapppppp je, sepatah ditanya, sepatah dijawab..hmmm dalam hati aku, aphal lak mamat nih…camne nak buat talk nih..kang asyik aku je kena ke hulu ke hilir dok bagi career talk kang naya lak hehehe, dah le keje tak berapa related..malas lak nak jual diri sendiri hehehe..ye la kan, kalau datAng interview tu, masa tu la korang nak tunjuk segala skill yang ada kan, orang kata dari first impression tu, orang dah boleh nilai…calon nih sesuai tak ngan keje tu..cam aku sekarang nih la..dah tak pasal lak, aku cam rasa ragu-ragu….boleh ke dia nih huhuhu…

Aku buat keputusan, ambik je budak pompuan yang first tu, yang lelaki nih aku letak second choice, bukan sebab staf aku semua pompuan so aku taknak keje ngan lelaki, tapi sebenarnya, kalau boleh tu aku nak seorang lelaki ada kat department aku…kalau discuss pun elok gak ada idea dari gender yang bertentangan ngan aku, jangan asyik aku je yang bagi idea kan..sesekali aku nak gak tahu idea opposite sex nih….cam aku gak ke..atau ada input tersendiri hehehe…eh macam-macam lak aku fikir….so HR manager pun buat yang seterusnya….offer budak tu ikut akunya recommendation..tup-tup seminggu lepas tu, dia cakap budak tu terpaksa tolak sebab company lama dia counter offer…huh…ada gak ke company yang camtuh…bagus sangat ke budak nih…apsal budak nih taknak ambil peluang kembangkan career dia kat tempat aku, ntah-ntah dia takut ngan aku masa kat interview tu kut..ish..apsal lak…aku baik pe…hmmm fikir le apa-apa pun…keputusannya?....memang takdir dan rezeki Nya….kalau dah jodoh tak kemana….rezeki kat this guy la..tapi aku nih….banyak gak songeh…sebelum aku ambik dia..siap aku buat CSI…mesti la…aku nak staf yang dedikasi…jangan jadik cam aku, kalau dua-dua kepala cam aku, abis la department kan…kalau keje aku half day je memanjang (orang tu jangan terasa arrrrr hehehehe), sapa nak siapkan keje kan muahahaha…..so aku tepon bos tempat keje lama dia…kita cross-reference la…nak gak tahu dia nih cemana, sebabnya masa kat interview tu, kalau dia pakai topeng zorro pun takpe…expressionless langsung….jawaban yang aku terima, sangat positive..dia nih memang hardworking, tak pernah ler balik awal, tuang keje jauh sekali, keje sangat detail..wahhhh semua bagus-bagus…dah pakat siap-siap ke hapa? Hmmm..ok la..kalau dah itu kehendaknya..aku terima..

So, akhirnya….ada la kumbang ditaman aku nih hahahaha…at least staf aku yang lain suka sangat nyakat si muz nih…yang dia pulak sengih je la..memang karekter berbeza dari aku, sungguh pendiam, tapi aku puji dia sebab memang dia nih seperti apa yang digambarkan oleh bos lama….dan yang paling penting….boleh buat keje yang aku dah assign..pendek kata dalam setahun nih, walaupun makin banyak beban keje, tapi dengan adanya muz, aku rasa keje jadi mudah…masa dia baru masuk, aku tanya dia, ok ke keje ngan pompuan, takde masalah ke? hehehe..dia jawab tak kesah…dalam hati aku, ye la tuh..ntah-ntah dalam hati dia…apsal ler orang nih camni perangai dia..nyesal keje kat sini hahaha…eh…aku siap tanya lagi tadi…muz, cemana rasa dah setahun keje sini?..dia jawab sambil nyengih je manjang…suka..you all pun friendly…hehehehe….so ok la tu kan…hmmm..seronok rasa dapat assistant yang rajin dan tak banyak cakap nih dan dapat bos yang baik cam aku hehehehe….

Tuesday, May 02, 2006

CUTI...

SEMALAM…semua orang cuti rasanya sebab namanya pun lagi cuti hari pekerja (tak tahu la aku kut-kut ada pekerja rajin yang dok pegi keje gak hehehe)..tapi yang hampehnya, bila hari ni..datang keje je…bertimbun-timbun lak keje nak kena siapkan..cam tu takyah la ada cuti..takde maknenyerrrrrrr….

Jumaat malam tu, aku ke seberang tambak…dipaksa rela sebenarnya sebab?...aku pun tak tahu sebabnya…tahu tahu je aku dah nak sampai umah leen dah…so dah alang-alang sampai, jalan aje la kan hehehe..

Sabtu yang panjang…sebelum tu nak mintak maaf kat orang ni, sebab tak dapat nak contact..bateri phone aku kong, lupa lak bawak charger..nombor tak hafal, tepon langsung takleh on..so tak guna kalau nak call guna tepon orang pun…moral of the story…pakai la lagi tepon yang tak srupa orang..padan muka dah takleh nak pinjam charger hehehe…dan satu lagi..len kali jangan tunggu 2 hari baru nak charge….hahahaha

Pagi sabtu (pagi ke kalau jam 11 tu? hehehe) lepas bekpes…baru decide nak gi mana…kak tie sibuk nak gi arab street..tahu ler kan..kalau orang pompuan..suka sangat nak gi sana..mana taknye..kain kat sana cantik-cantik katanya hehehe..tapi aku lebih minat nak gi simlim..so keputusan dibuat…pegi simlim then arab street..sampai simlim..hmmm..sama je cam masa aku datang hari tu…tapi takde la pegi kedai lama tu, pegi satu kedai baru yang kawan leen rekomen..kat sini harga okke sangat..sd card kingston murah sangat banding ngan beli dulu..apa lagi..beli sampai 3, tapi aku beli yang 1G je…tak tahu la apsal taknak beli yang 2G, padahal tangan dah pegang yang itu pun hehehe, kak tie pun beli memory card phone dia..yang leen lak dok nyesal sebab dia baru je beli sd card dengan harga yang 2 kali ganda mahal dari apa yang aku dapat hehehe…aku cari few things untuk kamera ngan phone then lepas tu gerak ke arab street…..memula nak naik teksi (dorang malas punya pasal hehehe)..tapi aku berkeras nak jalan..sebabnya..dekat sangat, lepas tu cuaca pun okke je..lagipun sebenarnya…aku suka nak jalan sebab……ada la sebabnya hahahaha….hmmm sambil jalan tu….tak larat rasanya aku dok senyum sorang-sorang….kira aku jejak balik apa yang aku buat few months back…nak makan pun pegi tempat yang sama…dok pun seat sama..dan oder pun benda sama…uish..tak laratnya….malas nak citer panjang…

Dah kenyang, then baru la sedap nak jalan lagi kan..kak tie yang excited terlebih kat sini sebab memang dia plan nak beli kain pun, kakak aku nih, kalau pasal beli kain, dia memang nombor satu…aku pulak, ni nak ngaku ni, tak ingat dah bila last aku beli kain kat kl sebabnya seingat aku 2, 3 tahun lepas, aku tak pernah pun beli kain kat kl..tak tahu apa kain terbaru kat sini apatah lagi harganya..apa taknya..sebab bila aku selalu ke tempat lain, aku dok beli kain yang aku berkenan..sampaikan kaktie tanya harga kat kl…mana la aku tahu kan..tak pun aku beli je kat kawan aku…habis cerita…then lepas beberapa jam kat sini (aku yang dah kenyang..siap ngantuk giler kat kedai kain tuh…jenuh dok tunggu dorang pun sama gak..tapinya..last-last aku pun terbeli kain gak hehehe)..next plan?..lepak kat orchird road..

Hari Sabtu ni, memang ramai orang sangat…leen cakap sebab baru dapat gaji, so dorang memang suka melepak..bersantai ler kan ngan groups, geng, makwe, pakwe memasing…kitorang pulak…sambil lepak kat starbuck..sambil tengok orang..plan kami, lepas ni nak ke esplanade…kalau datang sini..tak sah la kan kalau tak ke esplanade, dan sekitarnya..apa lagi kalau punya kegemaran cam aku….kalau dulu, aku hanya memerhati orang lain yang merakam keindahan…kali ni, giliran aku pulak..dan aku pilih waktu malam hehehe…night shot…sebab?...malas nak citer la hahahaha..

Lebih kurang jam 6, lepas lepak dan jalan-jalan sekitar takashimaya, the atria, tangs dan few other departments (Sempat lagi lepak kat borders sana..compare dengan kat kl, aku suka lagi kat kl…), kitorang pun menuju ke esplanade…aku lihat orang semakin ramai..dulu masa aku datang…langsung tak macam tu, yang ada dulu hanya la adegan couple yang kelakar….orang ramai..menyukarkan sikit aku untuk merakam panorama…rupanya…leen cakap..setiap hujung minggu, diadakan life konsert di situ, kat situ la anak-anak muda Singapore datang berhibur dan menikmati konsert percuma…kitorang plan (malas jalan pun ada gak hehehe) naik boat untuk melihat keindahan esplanade, clark quay dan sekitar…

Boat yang lebih kepada tongkang (kitorang panaggil hehehe) akan bawa kita pusing clark quay dan kawan sekitar dan akan buat hentian depan merlion untuk sesapa nak ambik gambar…and as usual….sesapa yang tengok citer korea samsoon tuh mesti dah jangka aku akan buat menda-menda yang tak masuk akal cam samsoon tu kan..contohnya..dengan selamba berdiri kat depan tongkang tu..sebab konon nak ambik shot yang best la kan..pas tu besila la…seb baik tak baring je kan….dan seb baik gak tak masuk laut terus hahahaha…lantak la kan..dorang bukan kenal aku pun..janji aku suka dan puas hati…memang enjoy boat ride ni…kalau korang datang sini, jangan lupa boat ride..panorama cantik untuk ambik gamba dan yang penting..angle lain dari yang lain terutama masa kat merlion..best sangat….

Pas dah pusing keliling….dengar konsert….makan kat sebelah makan sutra (kat makan sutra tu tak sure ada tempat halal ke tak, lagipun sesak giler ngan orang)..sampai kaki dah sakit tak larat nak jalan…dari pagi sampai ke malam..hehehe…cam tu la kalau jalan ngan aku hehehe..so ada berani mau join aku jenjalan hehehe

*Aku tak tengok AIM, tapi rasa best sangat sebab kumpulan padi menang album terbaik…sebab album dorang best especially track 3..yang lain-lain aku tak tahu resultnya…baca kat paper pun sambil lalu je hehehe…dan terkilan gak sebab tak dapat jumpa raudha…sms…rupa-rupanya…dia datang kl…hmmm elok ler tu….takpe la..next time boleh jumpa….