Thursday, October 05, 2006

KESUKAAN MINGGU INI...

NAMPAK sangat aku malas buat keje kan bulan puasa ni hehehe sebabnya aku asyik buat entry untuk blog je…jangan tak tahu, di bulan puasa ni segala meeting aku dah schedule lepas raya…segala outstation juga lepas raya sampai ke tahun depan, segala cuti atau percutian juga lepas raya hingga ke tahun depan…so apa keje aku dibulan puasa ni? hehehe…dok diam-diam kat bilik sambil layan semua cd (tau la kan cd dari mana muahaha) lepas tu on ym…..

Tahun ni jugak, sampai ke ari ni aku belum kira lagi dah berapa hari kita puasa hehehe…baru aku tahu dah lebih seminggu..cepat je kan…since last week aku tetiap hari half day dan ada masa untuk masak, jadi makanan ada berjenis-jenis la….tapi this week, bila aku dah takde cuti nak kena abiskan sampai hujung bulan lepas, so semua makanan adalah dari param (muahahaha…aku kena gelak kalau nampak perkataan ni)…kalau tahun lepas juara carta makanan berbuka favorite aku adalah murtabak tapi aku rasa tahun ni dah berubah…sebabnya since hari ahad tetiap hari aku akan berbuka dengan nasi kerabu yang warna purple tu hehehe….tetiap hari aku beli dari gerai berlainan semata-mata nak cari yang mana sedap…dan lauk aku mesti ada daging atau ayam bakar dan bawang putih jeruk….sedappppppp sungguh…semalam, aku balik awal sikit sebab kononnya nak pegi ambik kereta aku yang sejak dari isnin aku hantar ke bengkel…..kereta aku masuk bengkel sebab aku baru nak betulkan sisi belakang kereta aku yang kena langgar dengan treler dulu hehehe…..sebenarnya dah lama ayip nak hantar bengkel, cuma aku je yang tak kasi sebab nanti aku susah takde kereta, ni pun aku terpaksa guna kereta dia dan aku tak suka…sebab kalau guna kereta dia aku jadi nerves nak drive muahahaha…

So semalam dah sampai kat tempat bengkel tu punya la bengang sebab tak siap lagi..arrrrgggghhhhh ni ler puncanya aku malas nak hantar tau..janji tak serupa bikin, kata 2 hari leh siap ni dah masuk hari yang ke 4 dah…hampeh betul….dah la makanan untuk berbuka pun tak beli lagi, masa tu dah jam 5, nasib baik kat situ ada param hehehe…cepat-cepat aku pegi tengok apa yang ada dan seperti biasa…konon dalam hati cakap taknak beli nasi kerabu…tapi beli jugak…hari ni aku tak tahu dan tak pikir lagi nak buka apa, rasanya cam dah tak nak beli nasi kerabu tapi entah la kan…..mulut cakap lain tapi hati pulak pikir lain…tapi nanti aku tak tahu nak makan apa dah…kalau aku tak makan nasi kerabu maka aku takkan makan nasi la jawabnya, dah la sahur pun aku tak makan…so rasa-rasa…..kena beli nasik kerabu jugak ke? (alamak...akhir ngan soalan pulak sedangkan aku dah janji nak belajar ayat penyata muahahahaha)

Wednesday, October 04, 2006

NEW EDITION...

PERTAMA-TAMA….aku nak ucapkan tahniah untuk member sorang ni, terkejut aku dapat sms dia pepagi buta tadi…sebenarnya msg dia tu bila aku check time, malam tadi..tapi apsal ntah baru pagi ni aku dapat, rasanya telefon aku buat hal, ‘hang’ lagi….selalu sangat sekarang ni…errrrr cam nak kena tukar yang latest jek hehehe….tak kesah la kan, telefon tu pun aku dapat free je, ye la kalau ada orang tukar telefon latest, yang dia dah tak nak tu sibuk je nak bagi aku…balik citer kawan aku tadi, aku ucapkan tahniah sebab dia baru saja mendapat cahayamata….seorang lagi baby girl, tahniah MEESUA…ko ni kan teruk tau, tak cakap pun kat aku, tau tau dah abis berpantang dah…oooo kalau nak pegi beli cd korea sibuk lak tanya aku katne tapi berita gembira cam ni simpan sorang-sorang hehehe….jangan marah ya…

Hehe…ada orang dah tanya aku pasal resepi kastard labu tu muahahaha…jangan lupa ya, kalau dah buat dan jadi cantik bagitau ler aku, nanti sure aku seronok sebab resepi kelam kabut aku tu menjadik jugak kalau orang lain buat huhuhu…

Hari ni, tak nak citer pasal makanan….nak citer pasal satu lagi cd baru yang aku dapat, daripada band seberang yang mungkin korang tak penah dengar pun nama band ni, tapi mengikut kata teman aku, kat sana tengah ngetop ok hehe..nama band nya Naff, baru keluarkan cd baru bertajuk isyarat hati yang juga judul salah satu lagu di dalam cd tu…kalau tanya aku pulak lagu mana yang aku suka hehehe….kesemua sekali, tapi yang betul-betul buat aku feeling muahahaha….lagu boleh buat kita feeling ke?..sendiri jawab la ya, takyah aku nak citer plak..masing-masing punya rasa….ada beberapa lagu daripada 13 lagu kat dalam cd tu yang aku cukup suka, paling suka ialah Kau masih kekasihku, ke dua suka…Akhirnya ku menemukan mu dan ketiga suka ialah Kesempurnaan cinta…lirik sangat la puitis apa lagi kalau dengar melodi muahahaha..bagi aku berbaloi la aku suh je dia beli tanpa aku penah dengar pun lagu-lagu band ni…..MP3?…korang google ler sendiri carik ye muahaha….aku letak kat sini lagu ngetop aku nombor satu hehehe…



Kau masih kekasihku

Tak bisa kutahan laju angin
Untuk semua kenangan yang berlalu
Hembuskan sepi, merobek hati

Meski raga ini tak lagi milikmu
Namun didalam hatiku sungguh engkau hidup
Entah sampai kapan
Kutahankan rasa cinta ini

Jauh di lubuk hatiku
Masih terukir namamu
Jauh didasar jiwaku
Engkau masih kekasihku

Dan kuberharap semua ini
Bukanlah kekeliruan seperti yang kukira
Seumur hidupku akan menjadi doa untukmu

Andai saja waktu bisa terulang kembali
Akan kuserahkan hidupku di sisimu
Namun ku tau itu takkan mungkin terjadi
Rasa ini menyiksa
Sungguh…..sungguh menyiksaku

Monday, October 02, 2006

TESTING...

TAK tau apa yang tetiba buat aku rasa cam nak cuba buat satu kueh ni hari sabtu lepas hehehe….biasa la kan bila time posa ni, semua menda rasa cam sedapppppp je…kueh ni asal dia dari siam hehehe…aku selalu makan atau beli kueh ni dulu-dulu especially bila aku balik melawat atuk aku yang ada kat sana…sebab kat sana aje aku boleh jumpa kueh ni, kat tempat aku atau even kat kl ni, so far tak penah jumpa unless kalau ada promotion makanan thai atau pun kena la terpaksa mencari-cari….dan aku memang tak suka cari atau mencari atau tercari-cari muahahaha…..

So hari sabtu, rasa masa tu jam dah 4 petang, dengan aku yang belum masak untuk berbuka lagi, laju je surf internet nak cuba dapatkan resepi kueh tu..cuba bukak satu site ni, tapi tak dapat..last-last google nama kueh tu dan akhirnya dapat..yessss…senyum kat diri sendiri….tengok masa untuk kukus…25 minit..yayyy..sempat ler kalau nak buat berbuka..ye la tu….little did I know….it took me ages muahahahaha…..

Check semua bahan-bahan…hmmmm semua ada, tapi apsal lam resepi ni tak cakap kena bubuh tepung kastard, nanti cemana kastard aku nak keras kan kalau tak masukkan tepung kastard sikit…aku pulak beria-ia dah suruh ayip beli tepung kastard sebab dia pun memang dah keluar, aku biasa la malas nak pegi kedai, alasan standard……nak masak hehehe…sementara tunggu tepung kastard aku sampai, aku pun masak la dulu makanan untuk berbuka, aku suruh bibik bersihkan 2 biji labu tu jadik cam Halloween pumpkin hehehe tapi takde le sampai suh tebuk lubang untuk mata bagai kang cemana nak letak kastard aku hehehe…ye u ols…aku nak buat kastard labu…

Tepung kastard dah dibeli…., aku pun dah siap masak…masa tu dah dekat jam 6…eh ok lagi tu, suruh bibik prepare tempat untuk mengukus kastard labu aku ni….ayip komen…”I beli labu tu nak suh u masak lemak campur ngan daun pucuk manis tu…u nak buat ape pulak?....errrr….gerenti jadi ke? huhuhu”…sungguh hampeh sekali komen itu kan….so aku dengan berkobar-kobar prepare la akunya kueh tu, resepi yang ada aku tokok tambah sesedap rasa hati aku je muahahahaha….dalam resepi tak tulis vanilla, tapi aku pepandai campur jek sebab rasa cam boleh hilangkan hanyir telur, resepi tulis letak santan, aku pepandai letak susu cair hahahaha dan siap tambah lagi tepung kastard walaupun takde lam resepi…janji kastard aku best lantak la…dah lepas tu, terus kukus….lepas 25 minit seperti dalam resepi, aku tengok la kueh aku tu, ehhhh apsal tak masak lagi..cam cair jek kastard aku tu, nasib baik aku letak tepung sikit kalau tak cemana…errr bila la pulak dia nak masak ni?...ok la tunggu lagi….nak tau tak berapa lama aku tunggu kastard labu tu nak masak? Errrrr….lama nya sampai aku dah ngantuk nak masuk tido dah hahahaha…..nak kena sejukkan lagi, pastu baru boleh simpan dalam fridge…end upnya….masa aku bangun sahur….aku mesti try sikit, kalau tak kempunan nanti dan bila buka puasa hari ahadnya tu baru aku boleh nikmati aku punya dessert, kastard labu favorite muahahaha……serik nak buat lagi?...takde la…sebab walaupun lama giler nak siap, tapi hasilnya sedap sangat….bagi aku laaaa…..siap sempat lagi bagi kat kak tie (sempat gak ler aku puji diri sendiri hahahahaha) dan seperti biasa la…..aku mesti telepon ma bagi tau anak dia ni dah pandai buat kastard labu hahahaha….

Aku pulak sampai lupa nak snap gambar kastard labu tu, kat sini, aku ambik je dari internet…ini ler rupanya kastard labu…..sedap sehingga menjlat sudu hehehe…
nampak best kan?...rasanya lagi sedap hehe