Sunday, March 21, 2010

BAGAIMANA...

FUHHHH...aku kalah lagi ngan masa. aku fikir boleh lawan atau at least seiring ngan masa, tapi nampaknya masa lebih mendahului aku takat ini..errr cam citer bola plak sapa lead sapa lawan kan...sebut pasal bola, tingat masa kat sana tu ari, dalam fikiran aku hanya ada 2 team, galatasaray ngan bashiktash....2 club yang paling top dan salah sorang pemain club Bashiktash tuh paling aku minat..ilhan mansis hehehe...hensem sungguh ;D

Setiap orang pasti akan melalui beberapa fasa dalam kehidupan memasing..sebab tu kalau fasa yang dilalui tuh cam ada berombak sket, maka kita akan komen la orang tuh tengah melalui mid-life crisis, kalau budak-budak plak...nak masuk alam dewasa la tuh hehehe....sure kita pernah alami kan, tapi aku bukan nak citer pasal tu atau nak mengadu yang aku tengah alami crisis ke hapa, sebenarnya takde apa-apa ketan pun citer aku nih...yang berkaitan ialah, setiap kita pasti akan melalui sesatu masa di mana, keputusan harus di ambil, tanggungjawab harus dilaksanakan...macam tu la ibaratnya....sama la seperti yang aku sedang alami ini, bukan mid-life crisis kerana aku belum cukup umur lagi hehehe tapi lebih kepada sesuatu yang bakal berlaku yang memerlukan aku untuk buat keputusan yang sewajarnya demi masa depan...

Keputusan aku seharusnya yang paling logika dan paling terel sekali la kalau tak selalu sepanjang hidup aku sekali pun jadik la heheh, ia bakal menjadikan aku seorang yang matang? seorang yang perlu menjaga dan tahu dimana kedudukan? ntah la..bagi aku peluang hanya sekali, seharus aku rebut atau biarkan ia berlalu? membiarkan ia berlalu seakan melepaskan satu peluang yang selama ini aku harap dan idamkan..sesuatu yang menjadi sasaran pada setiap orang, ingin melihat dan mencabar diri untuk berdiri atau maju ke hadapan sehingga tingkat yang tinggi manakah mampu di capai oleh kita....sudah bersediakah aku? mampukah aku? soalan-soalan biasa...standard sungguh...errr sebenarnya terus terang aku takde soalan yang begitu...mungkin aku sudah membiasakan diri atau sebenarnya apa lah sangat keputusan itu sebab ianya sesuatu yang rutin dan aku telah mula sebelum isu persoalan ini datang lagi....

Konklusi aku....sahut cabaran yang membuka peluang, bukan aku tidak pernah mengalami fasa ini dalam hidup....sebelum ini pun aku selalu berani terjah saja tanpa aku fikir apa yang akan jadi selepasnya....pernah aku ditanya satu soalan...mungkin mencari kepastian dari aku? soalannya....sampai bila? dan aku pada ketika itu, tidak pernah fikir penghujungnya...sehingga kini masih belum fikir akan ada hujungnya walaupun aku kini lebih diam...jadi, aku mahu terjah sahaja pada fasa baru ini...merasai krisis yang tersedia untuk aku harungi.....kalau dulu paling sukar aku masih mampu, yang boleh dijangkakan seperti ini, mungkin akan lebih memberi aku laluan mudah...akhirnya, sudah matangkah aku? tidak naif lagikah aku? waraskah aku?atau bukan semua jawapan di atas...

Saturday, February 27, 2010

UPDATE YANG SKEMA...

SEPERTI mana tajuk....sendiri agak la apa menda yang nak dicerita ni ehehe..since tahun lepas dan bersambung hinga ke tahun ini, aku pun tak tahu kenapa aku banyak sangat kerja...memang fokus la aku buat kerja dan pada masa sekarang ni, aku sebenarnya mengalami kebuntuan tak tahu mana satu nak buat dulu kerja sebab terlampau banyak yang perlu aku buat. Meeting hari selasa ni, ada paper tak buat lagi, masa tu jugak ada la pulak last minit suruh jawab soklan-soklan cepumas...dah terpaksa aku yang jawab dulu sebelum discussion, yang itu pun aku belum setel lagi...2 minggu lagi ada meeting, paper dah kena antar hujung minggu n, ada 2 paper aku nak kena present yang mana satu paper pun tak abis lagi tapi baru 1 page aku buat...huwaaaa....tak terbuat aku lah...itu belum masuk kerja lagi, bila dah banyak paper kena buat, makanya banyak la kerja kena follow up kan....salah satu paper yang aku nak kena present ni adalah paper yang kalau approve aka merubah sedikit keadaan aku ni, dapat la carik orang yang boleh tolong aku buatkan kerja....yang ada sekarang ni dah tak cukup tangan nak tolong....strateginya, kalau ada kerja baru...jadi berkembang la bahagian aku ni....dan harap-harap ada la rezeki aku untuk panjat tangga sket huhuhu...errrr apa translation nya pun aku tak sure...lantak la, so sebab tu la aku tulis kelam kabut dan in between nak tulis repot sebenarnya...tapi aku rasa yang nih lagi laju dan report aku masih di mukasurat 1 tak ganjak pun....ish...cemana nak buat nih ;D

Wednesday, February 17, 2010

AKU memang selalu camni...kalau orang lain sakit sket jek, aku sibuk suruh dorang pegi jumpa doktor, asal sakit, tak kira sakit berat atau sakit tak berapa nak berat, aku la yang beria-ia suh jumpa doktor....tapi bila dah jadi kat aku sendiri, aku kalau boleh memang nak elak dari pegi klinik dan jumpa doktor....ntah apsal, aku tak tahu....dan disebabkan kebodohan atau jugak kedegilan dan sifat yang ambik mudah pada semua menda telah menyebabkan satu musibah yang menimpa....yang memang tak pernah aku fikir akan berlaku....apa la sangat menda yang sekecil ini...tapi tu la dia, hanya kerana sikapku sendiri

dua...atau tiga minggu lepas? masa tu aku tengah sibuk, jari tangan kanan aku terkena bullet yang dah berkarat..tercucuk sket jek kat tepi kuku tu, ada darah setitis....itu je, aku buat tak kisah, sapu darah dan teruskan kerja...dua tiga hari, aku tunjuk kat hanim...nampak cam ada warna keputihan kat tepi kuku tu...aku cakap kat hanim...senang je tu, nanti aku cucuk ngan jarum, keluarkan semua cecair tu, abis citer...

bila dah jari akun bengkak, aku pun dengan malas, ambik jarum...cucuk kat luka, buat eksperimen sket...koyakkan sket kulit kuku tu, kasi keluarkan semua cecair yang sebabkan jari aku bengkak....sakit? memang sakit siut...tapi aku kan malas nak pegi doktor, so abis di situ saja...

seminggu...masa lunch, aku rasa sangat tak tahan dengan bengkak jari aku tu, lepas makan, terus aku pegi panel yang dekat ngan ofis, doktor terkejut tapi dia bagi aku antibiotik dan bagi mc....suh aku rehat katanya...fine

hujung minggu datang....lerrrr antibiotik tertinggal kat ofis, so cemana nak abiskan....lepas tu antibiotik takleh sambung makan balikm kan....ok la, lagipun rasa cam dah ok jek jari...itu kata hatiku

dan seminggu aku dalam suhu musim panas yang sejuk dan dingin, aku tak sangka, jari aku boleh membengkak dan buat aku tak boleh duduk sebab sakit berdenyut...tapi sebab nak 'act macho' aku buat tak tahu jek....aku sapu krim yang aku bawak dan tahan je sakit dengan telan panadol yang aku bawak...sakitnya....amat la menyakitkan

dalam cuti tahun baru cina...aku jelajah klinik yang buka, nasib baik ada...doktor tu dah marah sangat kat aku sebab apa biarkan je, kenapa tak ambik tetanus jab masa kena...bla bla....awak nak kena potong ke jari awak...bla bla...saya akan cabut kuku jari awak ni bla bla...kalau orang lain within 4 days dah demam dan kejang....tapi aku boleh siap pegi oversea....memang nak kena lecture ngan doktor ni....kesannya, dia bagi antibiotik jab paling power sekali, sampai 2 hari aku tak boleh berjalan dengan betul sebab montot aku sakit....series, sakit ya amat....antibiotik tu yang sakit bukan jarum....aku tak kesah dia masukkan jarum besar manapun, tapi bila dia masukkan antibiotik tu aku rasa cam nak tendang jek doktor tu hahahaha

sekarang, rasa cam ok sket, walaupun tangan aku masih berbalut dan akan jadi tak berapa nak cantik (jangan harap la nak buat manicure pasnih huhuhu) tapi aku bersyukur sebab tak ada kejadian yang lebih buruk seperti kena potong jari atau sebagainya...which doktor kata it can happen if it is too late to save it....so kepada diriku sendiri....hargai la diri sendiri sebelum aku cuba nak hargai diri orang lain...cintai diri sendiri sebelum aku sibuk-sibuk nak cintai orang lain....errrr tak de ketan dengan ini citer ya....cuma metafora jek hehehehe