Monday, August 22, 2011

WOW...

TAJUK memang kena dengan video yang aku nak share nih...first time dengar lagu nih masa aku kat depan tv dan ada satu drama kat tv mana aku tak ingat, citer asmara 2...bukan aku selalu tengok pun citer ni, tapi selalu bila aku browsing, aku akan duduk depan tv walaupun tak tengok hehehe...pelik tapi benar, aku tak suka bilik yang sunyi, aku suka bilik yang ada suara selain dari aku..tapi kalau dah tetiap malam aku duk kat bilik sorang-sorang, kena la pasang tv supaya ada suara-suara lain bersama aku...bukan suara "lain" yang itu ya...takut la plak hahaha

First time dengar lagu nih, uish bestnya...tapi tak best sebab lagu tak penuh, ye la masa tu drama tu yang nak ditunjuk bukan lagu kan...lepas abis drama asmara 2 (citer lari dari tajuk sket...asmara tu nama pelakon watak utama citer tu..sebenarnya sebelum 2 dah ada yang pertama la...bila tu aku tak tahu..yang aku tahu tetiba dah ada 2 hahaha...tapi aku nak bagitahu kat sini...bila aku first time dengar lagu ni, tengok citer ni nampak pelakon utama ni...aku cam uiks...familiar betul rupa pelakon ni...ada iras-iras la plak, fuhh terasa kurang sket bebanan..hmmm tu yang buatkan aku ter tengok citer ni walaupun aku tak tahu sebenarnya hari apa cerita ni ditayangkan...) ada plak citer nora elena...dan tetiba lagu nih pun ada gak...ishhh kacau betul la..so aku pun google la maka dapat la aku video kat youtube ni...since aku suka sangat lagu ni, maka aku nak share lagu ni kat sini...aku tak kenal dan tak pernah dengar nama penyanyi ni...walau cemana pun, mungkin aku akan sokong la kalau dia keluarkan album...provided lagu best dan berkualiti

jadi enjoy la video -Terhenti Di Sini- di bawah ini...dan aku seperti biasa..layan lagu ni, sambil bayangan yang aku inginkan menjelma ;D


Sunday, August 21, 2011

JATUH CINTA...



PERTAMA kali aku mendengar lagu dari band ini pada tahun 2005....sangat terkesan di hati, penuh cerita...cerita yang setiap detik aku ingat (at least yang penting arrrr ekekeke)

Tiada rancangan, tapi tindakan spontan telah menemukan aku dengan band ini dan lagunya...walaupun lagu ini bukan lagu pertama yang aku dengar dari band ni, tapi sebelum ini aku tak berapa hiraukan kewujudan band ini...aku pernah dengar lagu band ini sebelumnya, tapi bila lagu Menanti Sebuah Jawaban ini dijadikan lagu untuk satu filem ini, kesan pada aku sangat besar...sangat-sangat besar sehingga kini...

Hmmm....apa yang aku nak citer sebenarnya? cerita aku atau cerita band ini? :D..decision..decision..ok lah, aku citer tentang band ini saja la hahaha...citer aku tak berapa menarik dan citer aku biarlah rahsia hahaha....tapi aku rasa nanti aku perlu tulis kat mana-mana gak, sebab CPU aku makin lama, makin kurang berkesan dari segi ingatan..mana tahu satu hari aku lupa, so mungkin satu hari nanti sebelum aku terlupa atau melupakan, aku akan citer gak nanti

Aku sangat gilakan musik dari band ni, so aku pun cari setiap album band ini bermula dari album pertama...peluang ke seberang memang menjadi agenda untuk mencari setiap album dan yes...aku ada koleksi lengkap album, tapi kalau lagu-lagu yang termuat dalam album OST atau yang sepertinya tu, takde la aku nak kumpul..aku hanya minat full album je...

Lagu-lagu kumpulan ni, memang lain dari band yang berlambak ada dari seberang, kalau dihayati dari setiap album, memang akan terasa trademark dorang, terutama bait lirik yang sangat puitis...memang kreatif la dorang ni, penyumbang berat adalah dua orang paling kreatif dalam band ni iaitu Fadly, penyanyi dan gitaris, Piyu..pulak tu bila Fadly nyanyi..kadang-kadang nampak cam tak bukak mulut pun bila dia nyanyi hehe..tapi suara mamat nih memang sangat mengancam la...cair jek dengar terutama lagu yang slow ditambah pulak lirik yang fuhhhh....aku akan ulang dan ulang je la jawabnya ;p

Dah lama sebenarnya band ini tak keluarkan album baru...selalunya album dorang akan keluar setiap 2 tahun....dan selalunya pada tahun ganjil...aku tak tahu samada dorang sengaja atau pun dorang perasan tak, tapi bila aku amati...memang camtu la trend..setiap tahun ganjil, 2 tahun sekali akan keluar album baru..tapi dah lama aku tunggu, dan bila hujung tahun lepas dorang keluarkan beberapa singles, aku jangkakan tahun ini band nih akhirnya akan bertamu dengan album terbaru..tapi jangkaan aku meleset buat setakat ini kerana masih belum ada tanda-tanda yang album baru akan muncul walaupun singles yang diperdengarkan sangat menarik dan membuat aku tak sanggup nak tunggu...aku tahu, band ini sedang mengalami saat-saat getir...seorang ahli band telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang melibatkan jenayah dadah..mungkin sebab itu segala perancangan jadi tergendala...tapi aku minta hanya satu...jangan la band ini menjadi seperti antara band-band yang pernah gah dan popular sedikit masa lalu tapi akhirnya tewas juga dan berpecah..band seperti peterpan, dewa 19..semua hanya tinggal kenangan selepas segala masalah melanda tidak dapat menyatukan mereka...jangan la Padi menerima nasib yang sama seperti band itu..aku masih mahu mendengar alunan suara Fadly yang lunak dan menyentuh jiwa..mainan gitar piyu yang mantap yang buat aku tahu bezakan lagu-lagu Padi dengan lagu dari band lainnya...entahla..segalanya ada lah harapan aku...sedangkan kenyataan belum tentu..

Terbaru, Piyu akan mengeluarkan album solo petikan gitar nya dan mengundang beberapa penyanyi untuk bekerjasama menyumbangkan suara..jangkaan hujung tahun ni, so kalau aku berkesempatan aku akan cuba untuk mendengar.....tapi dalam hatiku hanya satu..lagu-lagu Piyu hanya untuk Fadly dan Padi...

Thursday, August 18, 2011

To Start Again?

To write? to tell stories? again? why must start now?.....do not have the answers rite now....time will tell

As for now...just sit back, relax and enjoy :D