Monday, November 28, 2005

BERBALOI KE.....

DAH nak hujung tahun pun kan...kejap je masa berlalu...those yang kerja, sekarang adalah masa yang ditunggu-tunggu atau ada ke yang cuba mengelak? hehehehe..apa lagi masa untuk 'performance appraisal' la...

Patut la aku tengok kat tempat keje aku orang busy memanjang..ntah busy buat keje ke buat-buat busy tapi sebenarnya tengah blog hop hehehehe (aku tak terasa pun ekekekeke). korang rasa, appraisal ni berbaloi ke kalau setiap tahun, bila time nak isi appraisal tu bukan main lagi agreed rating yang best-best...tup tup part kenaikan...ciput je dapat..berbaloi ke? kalau kita yang keje setahun cam kuli, balik umah dah tak nampak matahari...tup tup dapat increment sama je ngan orang lain yang kul 5.28pm dah terpacak nak punch out, yang keje pun ala-ala cukup makan, ada keje buat, takde keje dah...takde initiative nak carik keje ke, tak creative cam kita (korang la..aku biasa je hehehehe)..berbaloi ke?

Part ni lagi best, berbaloi ke korang fill-up appraisal tu, pas tuh bos takde pun nak panggil nak buat evaluation, tup tup hujung tahun korang tengok ada kenaikan sket kat gaji..eh cemana bos boleh buat evaluation kalau tak discuss ngan kita ekkkk..peliknya...cemana dia evaluate kita, betul ke apa yang kita dapat tu setimpal ngan apa yang kita contribute untuk setahun nih...ha..cuba la korang fikir sendiri...apa lagi ofis-ofis yang siap ada balance scorecard ngan kpi..hehehehehe...betul ke dorang buat keje sebijik cam yang dalam scorecard tu..ehh korang tau ke cemana nak kira scorecard tu?....kpi tahun ni semua achieved ke?..cemana lak tahun depan, mesti ada lagi yang nak kena tambah kpi tu kan...maklum la this year performed giler..kena la set standard tinggi sket, kalau tak cemana nak tunjuk peningkatan...wahhhh bagusnya korang....

Good luck la ye ngan korangnya appraisal..... :-)

Friday, November 25, 2005

MUNGKIN SUDAH BEGITU NASIBNYA......

AKU ada citer sedih...3 hari yang lepas, tempat keja aku buat conference selama 2 hari di pwtc, so as usual..tetiap tahun memang semua staff kena on-duty la...so far aku takde masalah langsung..malah event ni aku tunggu setiap tahun sebab aku dapat jumpa ramai kawan-kawan yang dah lama tak contact..daripada kawan yang masa sekolah sampai la kawan yang dari tempat keje lama..memang best, at least dapat jumpa setahun sekali pun jadiklah..janji sentiasa ingat betulkan...kat sana gak aku jumpa nhk hehehe....next year jangan lupa tanya aku tau..baru lah boleh lucky :-)

so, on the first night tu, disertakan dinner sekali, dibuat kat dewan merdeka...duty aku kat registration counter kat depan main entrance la...suasana malam tu dalam jam 8 memang crowded, penuh sesak dengan delegates dan invited guests..bila dewan dibuka, aku dan geng-geng yang lain pun sibuk la memulakan tugas kitorang...sambil on-duty tu, handbag aku sentiasa aku pegang..tapi sebab dah ramai sangat orang and handbag aku nih bukan cam dinner handbag yang kecik mecik tu..tapi lebih kepada 'carry-all-bag'..yang memang aku letak segala benda kat dalam tu, since bag tu memang cam besar sket...so cam nyusahkan aku je la (regreted for saying this hehehehe), so aku pun letak la bag aku kat salah satu kerusi yang ada kat kaunter tu sambil tu aku mintak tolong kawan aku yang duk kat sebelah tu tengokkan jap sebab aku ada tugas nak buat la kan...tup tup tak sampai dalam 10 minit, bila aku balik ke kaunter, aku tengok bag aku dah takde, tapi ada member lain lak yang duk kat atas kerusi tu..so aku tanya la kawan aku tu, ada nampak tak bag aku..dia kata masa dia duk kat situ takde apa kat atas kerusi...kawan yang aku mintak tolong tengokkan tu pun dah takde....bila dia datang balik, aku tanya kat dia, laaaa dia pun dengan muka tercengang tanya balik aku, dia tak perasan pulak bag aku takde..aiseyyyyy..bag aku sudah hilang la jawabnya...kitorang dah cari kat sekitar tu, memang hampeh la..tak jumpa...

Tak tau nak cakap sapa yang terambil atau sengaja ambil..maklum la malam tu memang ramai sangat orang, lagipun aku rasa aku pun cuai gak...ada member dah buat CSI hehehehe...macam-macam teori yang keluar, tima kasih la pasal concerned...dah la kat dalam bag tu ada macam-macam, selain dari purse, kunci keta ngan kunci umah pun ada, telekung sembahyang aku pun ada gak...tak pasal aku cepat-cepat bagitau security kat situ suh pi check akunya keta..mana la tau malaun tu siap ada masa gi check keta aku kat parking, tak pun silap-silap bawak lari lak hehehehe...terpaksa la malam tu aku call ayip suh dia bawakkan kunci keta spare, kalau tak mau kena jalan kaki balik ekekekeke...maklum la duit semua dah takde..malam tu jugakla aku jejak ke balai polis buat report segala..then sampai umah dalam jam 12 malam..letihnya takyah cerita lah...dah la letih, sedih lagi....

Next day, aku saja je bawak keta aku lagi, mana la tau kan kut-kut orang tu memang ada niat nak curik keta aku gak ke apa..guard semua dah standby dah..kalau betul orang tu datang, tapi sampai ke petang, keta aku selamat je kat parking tu...bila aku borak-borak ngan orang pwtc tu. kitorang dapat buat conclusion..mungkin orang tu cuma nak ambik cash je, then selalunya kalau kes kecurian kat pwtc, bag akan dijumpai kat tempat berhampiran cam kat the mall atau kat hentian putra tu....aku tak harapkan dapat jumpa..tapi kalau jumpa, alangkah baik dapat balik telekung kesayangan aku tu sebab memang aku sayang sangat dan ada nostalgia aku ngan telekung tu....ada kawan aku cakap...selalunya ada rahmat disebalik kejadian... katanya..mungkin tuhan bagi aku kehilangan benda-benda yang kecik daripada aku sedih sebab kehilangan atau hadapi masalah yang lebih besar menimpa..pandai gak kawan cina aku ni ekkk hehehehe..

so semalam, aku cuti sebab menyelesaikan beberapa benda yang penting seperti buat balik mykad (aku kena denda rm60.00 sebab hilang kali kedua...satu kali tu ic aku hilang masa aku student lagih..bag aku kena ragut dulu...then satu kali yang ni..tapi aku heran lak..apsal kerajaan charge aku denda gak untuk ic yang dulu hilang dan dah diganti dan aku sure aku dah bayar denda masa nak buat ic baru dulu..ish ish ish....apa la gomen nih..)

pada kengkawan....berhati-hati ya..walau apa yang dilakukan, sentiasa la alert cam budak 3R tu cakap...respon ngan persekitaran anda...hehehehe bukan cam aku nih...blur dan naif sentiasa hehehehe :p

Monday, November 21, 2005

TAKDE CERITA...

LAST weekend berlalu dengan cepatnya..tak tahu apsal, mungkin sebab aku yang tak menghitung hari ataupun banyak sangat benda atau aktiviti yang aku buat kut..tu yang tak perasan tetiba dah nak masuk isnin hehehehe....

Friday night tu, aku dah janji ngan sahabat aku scov yang turun kl tu nak jumpa dia, kebetulan hari tu last day aku puasa enam so elok sangat la, nhk pun ada sama join kitorang, seronok sembang-sembang banyak benda dan yang terhangat biasala kan..pasal kes mawifc tu la...errrr...aku takkan buat ulasan untuk topik itu ye sebab aku dah muak nak discuss...boleh?..tapi part jumpa scov ngan nhk tu best sebab memang dah lama tak tanya khabar semenjak puasa dan kesibukan masing-masing...sebelum balik, kitorang sempat lagi singgah ke tower record untuk beli album mawi..hehehe..jangan bilang aku fanatik ye..tapi sekadar support, apa salahnya kan :p ...terus dalam kereta aku pasang lagu--lagu dia, hmmmm...album budak botak ni memang best..first time dengar memang rasa cam...ehhh biar betul lagu-lagu m.nasir ni camni je...cam takde kick je, tapi lama-lama dengar (dalam 2, 3 kali jugak la hehehehe) baru aku rasa boleh layan, memang sedap-sedap belaka..tak caya nikmatilah sendiri, aku pun dah mula suka...

Sabtu aku balik BP sebab kakak ayip ada buat open house so paksa gak kitorang balik...kesian tengok budak-budak yang nak sangat balik jumpa sepupu dorang, aku setuju aje la..tapi syaratnya mesti balik kl awal sikit sebab aku nak gi umah member baik yang kalau aku tak pegi umah dia, memang aku takleh duduk..rasa guilty je hehehehe..so ahad tu rushing la balik kl, sampai umah dalam jam 4.30, terus pulak aku drive ke subang bestari..kat sana dah menunggu (lama gak la tunggu kan hehehe) nhk, rose dan meesua bersama hubby terchenta hehehe...syukur sebab dapat jugak aku datang umah bat walaupun banyak lagi rumah kawan-kawan lain yang buat open house semalam...tima kasih la ye bat sebab jemput, errr aku suka ittew cake ye, so next time jumpa tau la kan nak bawak apa untuk aku hehehehe...ammanda pun suka gak hehehehe...

Semalam, masa aku bersantai kat depan tv...sebenarnya takde cerita apa yang aku nak tengok, lagipun masa tu baru jam 10, cam alarrrrrr..takkan nak tido dah kut walaupun aku ngantuk....tukar-tukar channel, last-last melekat kat ch8, masa tu rancangan 'shorcuts' kalau tak silap aku, sebelum ni tak pernah tengok pun show ni, tapi ianya merupakan cam talkshow dimana mereka membincangkan tentang isu-isu semasa dunia filem..cam tu la agaknya..aku pun tak sure sangat, tapi salah satu jemputan tu adalah saudara fadz..dia ni seorang blogger yang menulis ulasan mengenai filem, seronok gak dengar discussion dorang..lepas tu ada lagi sorang jemputan, alamak lupa lak nama dia..ermmm aaron ke apa hehehe...dia ni graduate dari Akademi Filem Malaysia (betul ke nama akademi tu ye), yang aku suka part ni la, dia ada tunjuk salah satu cerita pendek yang telah di buat oleh aaron ni, tajuk dia 'crook'...di sini aku ceritakan filem pendek ni sebab bagi aku sungguh bijak sekali si aaron nih hehehehe (credit must be given to the owner of this short film kan...)

citer dia cam ni, memula tu diwaktu malam, ada satu rumah ni, pagar terbuka luas, ada sorang mamat ni kononnya nak jadi crook la..nak rompak rumah tu sebab dia assume cam takde orang kat rumah tu, so dia pun masuk, pintu depan tak bertutup...dia nampak ada sorang budak pompuan tengah syok tengok tv...dia ketuk pintu, cakap kat budak pompuan tu, dia nih tukang hantar flyers satu makanan ringan yang ada buat promotion..siap tanya lagi kat girl tu:-

guy "parents ada kat umah?'
girl "takde"
guy "adik tinggal sorang"
girl angguk-angguk..

guy buat muka evil hehehehehe, pas tu siap mintak kat girl tu air secawan sebab dia dahaga..katanya la...bila that girl ke dapur, dia pun masuk dalam umah, curi barang-barang berharga cam handphone dan lain-lain la...at the same time, girl yang kat dapur tu tengah tuang air masak, tapi yang peliknya siap tunjuk dia masukkan serbuk putih cam gula pas tu kacau...bila that girl dah siap, yang guy ni pun cepat-cepat ambik position baik kat pintu tu sambil sambut gelas berisi air dan minum tanpa berlengah lagi...dalam kepala cam suka la sebab dah berjaya la konon-kononnya...hehehehe, tapi lepas je minum and masa that guy tu nak keluar, tiba-tiba dia cam pening kepala dan terus cam pengsan..heheheh..apa lagi girl lak buat muka evil dan terus dibelasahnya that guy, lepas habis kena belasah, dia sudah ambik semua barang-barang berharga pulak dari that guy tu....tarik keluar dari rumah, buat muka selamba, terus masuk umah balik cam takde apa-apa yang berlaku je hehehehe....so sekarang ni sapa sebenarnya yang crook? ekekekekeke...aku tengok pun excited sebab aaron ni bijak sungguh...ada banyak mesej yang telah disampaikan dalam cerita pendek yang tak sampai setengah jam tu..aku suka citer-citer yang selamba cam ni...moga ada ramai lagi generasi muda yang creative macam aaron...