Thursday, April 29, 2010

JANGAN KERJA RAJIN...

AKU tak suka jalanraya di Mesia...

Bukan nak meroyan tak tentu pasal, tapi itu la hakikat yang terpaksa aku telan...walau cemana aku benci keadaan jalanraya di mesia nih, aku takleh nak buat apa-apa, jadi aku lepaskan perasaan kat sini la kan. cemana aku tak benci kalau tetiba bila sedap jek nak rasa selesa bawak kereta tetiba ada lubang, tetiba ada manhole, tetiba lopak, tetiba ada batu, tetiba banjir, tetiba ada sekatan, tetiba ada tol..dan banyak la tetibanya

Cuba fikir sejenak, jalanraya mana yang kat mesia nih berkeadaan baik? macamana tak bengang kalau tetiba bila dah masuk lubang atau terlanggar manhole yang kadang-kadang lebih tinggi dari permukaan jalan...fikir la sendiri akibatnya, tambahan kalau tengah memecut...so aku rasa cam tak relevan kalau nak pakai kereta mewah kat atas jalan kat sini sebab lebih menyakitkan hati...dah la banyak sekatan, banyak kesesakan...then what for kalau beli ferrari, penat-penat jek stuck dalam jam jugak...betul kan? lagi sakit hati tetiba rim 20 inci boleh bengkok dibuatnya kalau terlanggar manhole yang terlebih tinggi tadi atau termasuk dalam lubang yang dalam ya rabbi

Ada satu jalan kat bangsar tu...jalan maarof kut, kat satu tempat nih...sejak bertahun-tahun aku lalu dan guna jalan tu, duk la macam tu gak...dah berapa kali aku tengok jalan kat tempat tu diturap....dah jadi berlapis-lapis dah, tapi asal turap jek esok lusa lubang balik, asal turap..dah hujan lubang balik..area yang satu nih memang lain keadaan nya...dah la tar tuh berlapis-lapis tapi lubang tetap takleh tutup dan selalu jugak, masa aku berada di situ, aku lihat banyak kereta yang hampir berlanggar sebab kereta kat depan dah break emergency nak elak lubang yang dalam..dan aku rasa gak mungkin dah banyak kali pun ada eksiden kat situ...

Kalau nak dibandingkan dengan jalanraya negara lain, memang jauh beza dah la some places langsung takde tol, hiway dipanggil freeway lagi menunjukkan betapa luas dan selesanya dengan lane untuk satu arah sahaja lebih dari 6 lanes...imejin la sendiri...even negara jiran thailand pun punya struktur jalan yang boleh dibanggkan kalau tak, takkan la kita sibuk pegi belaja ngan dorang cemana nak buat jalan...ish ish ish...tu la..Jangan Kerja Rajin lagi, sebab tu la jalanraya kat tempat sendiri takleh nak jaga tapi duk sibuk pegi oversea kunun nak belaja cemana nak buat jalan canggih tapi takde pun perubahan..ish ish ish

Bila aku dengar tetiba macam ada bunyi yang tak menyenangkan dari kereta aku...memang aku akan rasa sangat cuak nak drive kat sini...hampesss

Tuesday, April 20, 2010

BIASA JE...

TETIBA cam every weekend pun kena keje lately...apsal ntah suka sangat dorang nak buat keje waktu weekend, tak campur ngan tugas hakiki katanya....iye ler bagi dorang, tapi bagi aku? nasib baik dapat kredit leave, at least buleh ler aku bercuti ngan kredit leave yang dikumpul yang boleh digunapakai dalam masa 2 bulan kalau ikut handbook terbaru yang dikeluarkan HR kira-kira 2 bulan lepas....ok gak la, at least bulan depan dan bulan 6 takyah aku guna baki cuti tahunan yang tinggal tak sampai sebelah tangan jek kalau nak kira....so buleh la carry forward untuk financial year depan yang akan start lagi 2 bulan....satu pencapaian tuh sebab untuk 3 tahun berturut-turut aku tak penah dapat carry forwad cuti tahunan aku malahan aku telah meng advance kan cuti dan bercuti tanpa gaji hahaha....memang satu pencapaian kan...so masalah cuti setel...iya geng bercuti, aku dah siap sediakan cuti untuk bercuti heh...

Masa aku dalam satu seminar tadi, tetiba ada satu soklan cepumas aku dapat..errr bukan daripada penceramah tapi dari orang sebelah aku yang juga ofis mate sebenarnya....agaknya sepanjang duk sebelah aku dia asyik fikirkan sesuatu yang mana selagi tak tanya aku dia akan rasa tak senang dan sangat susah tuk cari jawaban, akhirnya soklan cepumas ditanya...dan aku, seperti biasa...mana buleh jawab secara direct kan..tapi soklan pun rasa cam malas aku nak jawab..dia tanya...apa yang aku dapat baru-baru nih, adakah aku directly mintak atau it was offered to me? halloooo...pernah ke aku meminta selama nih? rasanya takde plak...so aku bagitau jek la perkara yang sebenarnya...biasa la, kalau bos dah hint dan hint lagi....sudah tentu kena proved it, so baru la buleh bagi dan kita dapat...senang jek kan...bagi aku menda tu simple kalau kita permudahkan, this has nothing to do with berlagak atau yang sewaktu dengannya...tapi more to exclusively understand what is expected from us and how to be heard or seen by others. buat kerja sendiri dan buat betul-betul...tu jek...dari soklan tu baru aku tahu betapa dia cuba memahami dan sekaligus cuba mahu lakukan sepertimana formula aku...good luck dan aku berharap semoga dia berjaya...

Friday, March 26, 2010

TER UNGGUL...

BUAT mereka yang ternanti-nanti aksi rock dari Amy di Istana Budaya....lupakan sahaja, mereka akan hampa dan terkilan. di Istana Budaya, anda saksikan Amy dari sisi lain, sudut dirinya yang selama ini mungkin tidak pernah anda duga datangnya dari raja rock...seorang yang amat sinonim dengan aksi dan imej rock kapak, bersama band nya Search

Tiada aksi seperti konsertnya bersama Search di stadium merdeka atau di stadium larkin, konsert suatu masa Amy adalah penceritaan perjalanan hidupnya sebagai seorang penghibur, daripada seorang yang membawa irama rock dan berimej seorang rocker seterusnya transformasi Amy kepada seorang yang lebih menekankan kepada keislaman....Amyu pada hari ini jauh berbeza dengan Amy 30 tahun yang lalu....garapan konsertnya menceritakan segala yang berlaku selama 30 tahun

Konsert selama sejam setengah, aku tonton pada hari pertama yang lebih kepada malam rehearsal...tiket dapat dari usaha gigih lara yang tetiba jek ajak...pikir sebab kesian, aku ikut jek la hahaha....citer nak dapatkan tiket pun buleh buat satu post baru kat blog nih tapi takpe la, aku citer kat sini jek hehehe...mana tak jadi cerita, memula nak pegi hari khamis yang rehearsal, aku sajes dah alang-alang rege tiket tak banyak beza, cuba je la tengok yang hari jumaat, bila check memang ada pun lagi tinggal sket jek tiket rege yang berkemampuan hiksss....tapi banyak la pulak halnya...page 'hang' la...nak bayar tak buleh bayar plak, password card pun bleh tak ingat....bila dah ingat, page pulak dah terlebih masa..kena la pulak refresh, pastuh kena plak tunggu lagi setengah jam nak bagi reset balik seat yang dah dibooking...dalam pada duk sibuk-sibuk cenggitu, dah abis la plak seat yang nak dibooking...tak pasal-pasal la kena revert khamis gak huhuhu....kalau nak cari yang hari sabtu ngan ahad, memang malam sket la sebab semua tiket sold out siut...

Konsert ada tiga segmen yang berlainan...bermula dengan segmen waktu mula-mula Amy jadi penyanyi...lagu-lagu pun lebih kepada rock sket tapi banyak lagu dari album solo Amy, segmen kedua lebih kepada zaman percintaan dengan lagu banyak ditumpukan kepada lagu cinta dan ditujukan khas buat wanita seperti rozana, isabella, laila namamu teratas, gadisku...manakala segemen terakhir adalah segmen dimana perubahan Amy yang lebih terarah kepada mencari kehidupan yang hakiki..lagu mentari merah diufuk timur dibawakan dengan cara yang berlainan sekali apabila adik-adik dari sekolah tahfiz juga turut serta....Amy tidak hanya menyanyi lagunya, malah banyak juga lagu-lagu ciptaan dan nyanyian M. Nasir dibawakan seperti suatu masa dan kepadamu kekasih...

Overall, sangat lain sekali menuntun Amy yang diantara segmen...juga berteater dan berinterasi....seronok gak bila kita saksikan kelainan...aku kira pandai gak Amy mainkan peranannya..props pun cantik sekali hasil tajaan....puas hati gak la, cuma kadangkala aku rasa sound tak berapa nak best, especially bila bunyi drum sangat kuat sehingga menenggelamkan suara....ahli keluarga search tidak kelihatan, yang aku nampak, si shah yang main gitar dan sorang lagi mamat rambut panjang tu macam budak band kristal..ntah apa nama budak cute tu hehehe

Habis konsert, aku hanim ngan lara memasing beli buku cenderamata dan cd amy nyanyi lagu-lagu...bukan hanya lagu solonya tapi lagu dari penyanyi lain seperti hattan, rahim maarof dll...ada 2 volume, so buat la pilihan nak volume mana pada harga rm35 untuk satu volume dan satu buku..ok la tu sebagai kenangan

Habis konsert, perut pun laparkan....jam 11.30 sampai 12.30 melepak di kampung baru....aku melepaskan rasa makan menda yang aku tak makan agak-agak lam beberapa tahun ni hehehe...nasib ler semua kena ikut aku kan...dah agak-agak teringat rupanya keesokkan hari kena pegi keje kan, baru ler terhegeh-hegeh nak belah dan balik....membawa bersama seribu wajah sejuta kenangan ;D