Wednesday, February 17, 2010

AKU memang selalu camni...kalau orang lain sakit sket jek, aku sibuk suruh dorang pegi jumpa doktor, asal sakit, tak kira sakit berat atau sakit tak berapa nak berat, aku la yang beria-ia suh jumpa doktor....tapi bila dah jadi kat aku sendiri, aku kalau boleh memang nak elak dari pegi klinik dan jumpa doktor....ntah apsal, aku tak tahu....dan disebabkan kebodohan atau jugak kedegilan dan sifat yang ambik mudah pada semua menda telah menyebabkan satu musibah yang menimpa....yang memang tak pernah aku fikir akan berlaku....apa la sangat menda yang sekecil ini...tapi tu la dia, hanya kerana sikapku sendiri

dua...atau tiga minggu lepas? masa tu aku tengah sibuk, jari tangan kanan aku terkena bullet yang dah berkarat..tercucuk sket jek kat tepi kuku tu, ada darah setitis....itu je, aku buat tak kisah, sapu darah dan teruskan kerja...dua tiga hari, aku tunjuk kat hanim...nampak cam ada warna keputihan kat tepi kuku tu...aku cakap kat hanim...senang je tu, nanti aku cucuk ngan jarum, keluarkan semua cecair tu, abis citer...

bila dah jari akun bengkak, aku pun dengan malas, ambik jarum...cucuk kat luka, buat eksperimen sket...koyakkan sket kulit kuku tu, kasi keluarkan semua cecair yang sebabkan jari aku bengkak....sakit? memang sakit siut...tapi aku kan malas nak pegi doktor, so abis di situ saja...

seminggu...masa lunch, aku rasa sangat tak tahan dengan bengkak jari aku tu, lepas makan, terus aku pegi panel yang dekat ngan ofis, doktor terkejut tapi dia bagi aku antibiotik dan bagi mc....suh aku rehat katanya...fine

hujung minggu datang....lerrrr antibiotik tertinggal kat ofis, so cemana nak abiskan....lepas tu antibiotik takleh sambung makan balikm kan....ok la, lagipun rasa cam dah ok jek jari...itu kata hatiku

dan seminggu aku dalam suhu musim panas yang sejuk dan dingin, aku tak sangka, jari aku boleh membengkak dan buat aku tak boleh duduk sebab sakit berdenyut...tapi sebab nak 'act macho' aku buat tak tahu jek....aku sapu krim yang aku bawak dan tahan je sakit dengan telan panadol yang aku bawak...sakitnya....amat la menyakitkan

dalam cuti tahun baru cina...aku jelajah klinik yang buka, nasib baik ada...doktor tu dah marah sangat kat aku sebab apa biarkan je, kenapa tak ambik tetanus jab masa kena...bla bla....awak nak kena potong ke jari awak...bla bla...saya akan cabut kuku jari awak ni bla bla...kalau orang lain within 4 days dah demam dan kejang....tapi aku boleh siap pegi oversea....memang nak kena lecture ngan doktor ni....kesannya, dia bagi antibiotik jab paling power sekali, sampai 2 hari aku tak boleh berjalan dengan betul sebab montot aku sakit....series, sakit ya amat....antibiotik tu yang sakit bukan jarum....aku tak kesah dia masukkan jarum besar manapun, tapi bila dia masukkan antibiotik tu aku rasa cam nak tendang jek doktor tu hahahaha

sekarang, rasa cam ok sket, walaupun tangan aku masih berbalut dan akan jadi tak berapa nak cantik (jangan harap la nak buat manicure pasnih huhuhu) tapi aku bersyukur sebab tak ada kejadian yang lebih buruk seperti kena potong jari atau sebagainya...which doktor kata it can happen if it is too late to save it....so kepada diriku sendiri....hargai la diri sendiri sebelum aku cuba nak hargai diri orang lain...cintai diri sendiri sebelum aku sibuk-sibuk nak cintai orang lain....errrr tak de ketan dengan ini citer ya....cuma metafora jek hehehehe

2 comments:

mama bat said...

mende neh?? mana segals komen we als.. huhu

orgkampung said...

muahahaha...begitu lerrrr kehidupan ini...tiada yang kekal yach....so me back to square one, segala komen telah dibukukan ekekeke untuk bacaan kemudian ari...errr mungkin aku akan buat post baru letak komen jek ke....amcam :D