Sunday, March 21, 2010

BAGAIMANA...

FUHHHH...aku kalah lagi ngan masa. aku fikir boleh lawan atau at least seiring ngan masa, tapi nampaknya masa lebih mendahului aku takat ini..errr cam citer bola plak sapa lead sapa lawan kan...sebut pasal bola, tingat masa kat sana tu ari, dalam fikiran aku hanya ada 2 team, galatasaray ngan bashiktash....2 club yang paling top dan salah sorang pemain club Bashiktash tuh paling aku minat..ilhan mansis hehehe...hensem sungguh ;D

Setiap orang pasti akan melalui beberapa fasa dalam kehidupan memasing..sebab tu kalau fasa yang dilalui tuh cam ada berombak sket, maka kita akan komen la orang tuh tengah melalui mid-life crisis, kalau budak-budak plak...nak masuk alam dewasa la tuh hehehe....sure kita pernah alami kan, tapi aku bukan nak citer pasal tu atau nak mengadu yang aku tengah alami crisis ke hapa, sebenarnya takde apa-apa ketan pun citer aku nih...yang berkaitan ialah, setiap kita pasti akan melalui sesatu masa di mana, keputusan harus di ambil, tanggungjawab harus dilaksanakan...macam tu la ibaratnya....sama la seperti yang aku sedang alami ini, bukan mid-life crisis kerana aku belum cukup umur lagi hehehe tapi lebih kepada sesuatu yang bakal berlaku yang memerlukan aku untuk buat keputusan yang sewajarnya demi masa depan...

Keputusan aku seharusnya yang paling logika dan paling terel sekali la kalau tak selalu sepanjang hidup aku sekali pun jadik la heheh, ia bakal menjadikan aku seorang yang matang? seorang yang perlu menjaga dan tahu dimana kedudukan? ntah la..bagi aku peluang hanya sekali, seharus aku rebut atau biarkan ia berlalu? membiarkan ia berlalu seakan melepaskan satu peluang yang selama ini aku harap dan idamkan..sesuatu yang menjadi sasaran pada setiap orang, ingin melihat dan mencabar diri untuk berdiri atau maju ke hadapan sehingga tingkat yang tinggi manakah mampu di capai oleh kita....sudah bersediakah aku? mampukah aku? soalan-soalan biasa...standard sungguh...errr sebenarnya terus terang aku takde soalan yang begitu...mungkin aku sudah membiasakan diri atau sebenarnya apa lah sangat keputusan itu sebab ianya sesuatu yang rutin dan aku telah mula sebelum isu persoalan ini datang lagi....

Konklusi aku....sahut cabaran yang membuka peluang, bukan aku tidak pernah mengalami fasa ini dalam hidup....sebelum ini pun aku selalu berani terjah saja tanpa aku fikir apa yang akan jadi selepasnya....pernah aku ditanya satu soalan...mungkin mencari kepastian dari aku? soalannya....sampai bila? dan aku pada ketika itu, tidak pernah fikir penghujungnya...sehingga kini masih belum fikir akan ada hujungnya walaupun aku kini lebih diam...jadi, aku mahu terjah sahaja pada fasa baru ini...merasai krisis yang tersedia untuk aku harungi.....kalau dulu paling sukar aku masih mampu, yang boleh dijangkakan seperti ini, mungkin akan lebih memberi aku laluan mudah...akhirnya, sudah matangkah aku? tidak naif lagikah aku? waraskah aku?atau bukan semua jawapan di atas...

2 comments:

mama bat said...

kita kena berani tuk menyahut cabaran plus peluang yg ada.. memang kita takkan tau apa yg menanti dihadapan kita.. atleast kita telah mencuba..

orgkampung said...

ya betullll aku sangat sokong bat...sebab tu la aku redah jek hehehe