Sunday, September 18, 2011

CERITA YANG PAYAU...

CUACA sangat tidak menentu kebelakangan ni, hujan selalu dari awal tengahari membawa kadang-kadang sehingga malam. Aku fikir hujung minggu yang panjang nih dapat la berehat dengan sepuasnya, maklum la sebelum jumaat tu, aku sentiasa libang libu, tapi takpe aku rasa puas sebab aku rasa aku dah bagi yang terbaik dan redha saja dengan apa keputusan yang diterima. Jumaat agak busy dengan aku siapkan masakan kegemaran untuk aku bawa ke kuala lipis...terkilan gak sebab cuti panjang tapi tak dibenarkan pelajar pulang, akibatnya kena la pegi melawat, dan seawal jam 5.30 petang, aku dah kerumah K.T kerana open house. Jumpa sedara dan jiran yang dah lama tak jumpa memang seronok, masing-masing busy so bila ada majlis-majlis cam ni la baru boleh borak panjang. hampir jam tengah malam baru balik, itu pun dah beberapa kali kena hujan yang sekejap renyai sekejap teduh...masa ni aku rasa ok lagi. Seawal jam 9.30 pagi sabtu tu, dah bertolak ke lipis..kali ni dah takmo pergi kat pak boh lagi...boring katanya asyik-asyik kesana huhuhu so trip kali nih memang pening..mana taknya, dah sampai lipis, patah balik ke raub hanya untuk ke restoran sentosa, restoran yang paling best so far kat raub untuk hidangan ikan sungai...apa lagi patin stim soya, sangat ringkas tapi patin sungai tu yang buat sedap giler...restoran terletak kat belakang masjid raub, asal restoran tu adalah rumah masa penjajahan british beratap biru so rasanya kalau lalu belakang masjid tu takkan terlepas. Dah lepas lunch, patah balik ke lipis, cuaca macam biasa sekejap hujan sekejap panas, dalam duk ulang alik tu, dapat mesej futsal pulak kat padang 1U kul 10pm...hmmm masa tu rasa cam tak penat pun so ok je la..sampai rumah jam 8pm, jam 9.30pm keluar ke OU plak tuk futsal..wahhh badan dah mula rasa semacam dah, tapi biasa la aku buat tak tahu je...mana bleh manja-manja sangat. balik rumah juga hampir tengah malam..dua hari berturut-turut. Betul jangkaan, bangun pagi peritnya tekak toksah citer la, suara pun dah tak keluar..alamak cemana ni, hari ni ada appointment kat cheras. kul 10am baru keluar dengan badan yang lemah, tekak perit dan rasa payau...habis appointment dah dekat jam 2pm baru sampai rumah aku dah rasa lembik dah....kala diajak ke al-rawsha, aku dah serender tak tahan..pegi la sorang, aku rela tido je...so sekarang ni, tekak masih sakit, makan apa pun tak rasa apa, abis tu cemana nak start sambung posa esok? tahun ni la posa aku dibulan syawal paling tak betul sekali, selalunya dalam masa kurang 2 minggu lepas cuti raya, aku dah berjaya setelkan segala, tapi nih dah nak masuk penghujung, masih bersisa yang belum setel..pepehal pun aku mesti try posa gak esok, lagipun selasa n rabu plak kena outstation, jadi mana mungkin aku posa dalam schedule yang ketat camtu....berdoa je la semoga aku sempat setel semua sebelum syawal berakhir....so berakhirnya cuti hujung minggu yang panjang tidak memberikan aku rehat yang secukupnya, tapi menambahkan lagi kesakitan yang sedia ada...apa-apa pun redha je la...

No comments: