Tuesday, September 06, 2011

POST RAYA SYNDROME

BARU bukak blog arini lepas lebih seminggu langsung tak sentuh pc/laptop...blogspot nih ada jek perubahan yang dibuatnya..blasah jek la, janji aku paham n buleh follow, kalau takleh gak..ubah balik kepada asal laaaa...harap-harap buleh la selari ngan perubahan, lagikan orang senang jek berubah..inikan pulak setakat nak paham blog kannn Sepatut balik dari cuti raya hari isnin dah kat opis, tapi mini buat hal plak...nape eh? seminggu raya, aku hantar mini melawat kaum kerabat..ye la daripada duk umah jek, pegi la jengok-jengok sedara kan...aku ingat dia happy la...aku balik kl hari sabtu, pagi-pagi dah bertolak dari selatan so sampai umah lam tengahari n as usual, perjalanan memang smooth...alhamdulillah, terlepas lagi dari sesak diatas jalan. so petangnya memang dah jangka mini balik sebab hari ahad takleh ambik mini sebab nak hantar manda. sabtu malam lepak umah leen n sempat call ms.grace suh datang tuk piano class esoknya, nasib baik ms.grace free, dah la call last minit, tapi sebab ms.grace memang insan yang baik hati n senang dibuli, ok je la hehehe. lepas kelas piano, manda balik lipis tapi aku tak ikut sebab penat yang melampau...bila dah sampai malam ayip tak sampai-sampai gak, aku n the gang pun pegi makan kat kedai je la. aku bawak mini, tapi sampai kedai asal aku nak lock jek dia bunyi, aku unlock and then lock balik, bunyi lagi...so aku lock secara manual..aku report kat ayip n kisah tu habis kat situ Sampai rumah, aku lock mini, kes sama berulang, ayip check n try unlock manual....nampak menjadi gak...tapi yang bestnya, kul 5 pagi tetiba kena kejut ngan bumyi alarm paling kuat..lam hati dah panas dah, sapa punya alarm la tu...rupanya kat rumah sendiri hahaha, sure jiran aku kutuk aku kow kow pagi semalam...so kesnya macamana nak pegi keje kalau mini asyik duk menyalak jek...kat hp keluar mesej ultrasound sensor trigger...apa lagi call la mekanik, ambik mini, ingat kejap jek..rupanya satu hari dari pagi sampai ke petang baru siap...so happy la, kiranya takde problem dah..mana tahu, pagi tadi aku dah sampai opis, dah parking baik-baik...alarm mini takmo berenti terjerit-jerit..dah berbelas mahupun berpuluh mesej keluar menda yang sama..ultrasound sensor trigger..ish ish ish nih yang geram nih...solutionnya...aku lekatkan pita pelekat kat sensor dalam mini tu n tadaaaa...untuk sementara alarm tak bunyi dah....alamat nak kena hantar mini jumpa sedara la lagi tu...hmmmm....berapa pulak la lagi yang mengalir huwaaaa

No comments: