Sunday, July 22, 2012

SALAM RAMADHAN...

BARU je citer bola bulan lepas dah masuk Julai..sekarang ni dah nak ujung bulan baru aku sibuk   nak update..hampeh sangatkan, nak buat cemana la kalau aku ni tak pandai jaga masa..akan  macam ni la blog ni...kejap rajin kejap malas

ADA banyak perkara yang berlaku dalam bulan ni...suka dan juga duka, seperti dalam sebuah cerita plak bagi aku...satu episod...

AWAL bulan aku sekali lagi berkunjung ke pulau impian aku hehe...aku cakap impian sebab kebanyakan yang aku impikan bisa terlaksana hehehe...tujuan aku ke sana hanya satu..untuk  ilangkan perasaan panik dan takut underwater...bukan la takut apa pun sebab aku reti berenang dan snorkeling memang aku dah selalu...in fact dah dua kali aku ke pulau itu  semata-mata nak   snorkeling...so aku amik keputusan kali ini aku akan terus cuba amik lesen memyelam atau pun  level beginner 'open water certification'.

SUSAH gak nak buat skill underwater seperti clear mask, exchange regulator dan remove bcd...perasaan bercampur baur tapi aku kuatkan semangat dan hanya fikir yang aku boleh je..dan akhirnya dengan 4 kali diving selama 2 hari aku berjaya habiskan owc termasuk menjawab soklan exam yang tak berapa senang tu hahaha...fuhhh lega sangat pulak tu aku tambah lagi 2 fun dives yang memang sangat fun...melihat suasana didalam lautan dan didasar dan aku kagum d
engan pencipta semua itu...


SEJURUS pulang dari pulau aku terpaksa pula menghadapi kerenah mini yang meragam...dah kena tinggal dia cari pasal la plak ngan aku...nasib baik mini pandai cari tempat gaduh..kat area  strategik tu la dia cari pasal yang menyebabkan aku takde pilihan lain dan terpaksa menyusahkan orang tu hehehe...so sorry ye :D

DALAM 2,3 hari aku kalut dengan mini tetiba dapat plak berita yang memang sangat mengejut...berita seorang member meninggal...dia meninggal pun secara mengejut  gak sebabkan heart attack...iktibar yang aku perolehi dari situ...dengarlah kata hati dikala kita tidak boleh menerima beban...tak kira kerja atau apa saja...hanya kita yanf dapat rasa samada kita mampu buat atau tak...jangan ambik risiko...

SEMPENA bulan mulia ini aku amik kesempatan untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna...

Monday, June 11, 2012

JUNE 2012...

SEMUA dah start tido lambat eh sekarang ni? or dah start punch in merah ke hari ni? hehehe sure semua penangan EURO 2012 kan..aku belum sure lagi nak sokong team mana, tapi aritu ada terbeli jersi Spain sebab kaler sangat menarik, tapi first match dah seri ngan Italy..apparra...tak pe lah, aku just nak enjoy je game bola ni sementara dapat tonton :D

CUTI sekolah pun dah habis semalam, so kena la back to routine...yang mana nak periksa tahun ni sure dah kena start balik tuition tak pun masa cuti tu hari pun tak stop pun tuition...kijam kan, nak buat cemana kalau nak dapat result bagus kan...

ESOK adalah hari yang bermakna pada aku, sebab date tu aku join company sekarang ni...rasa cam baru semalam jek datang melapor diri ekeke...masa first day, blur kejap bila sesi kenal ngan staf...mana la aku nak hafal semua nama sekelip mata kan, walaupun sekarang ni aku tak mungkin ingat semua nama..tapi banyak kenangan gak aku ngan tempat ni..yang paling bermakna dah tentu la apa yang telah aku sumbangkan yang sehingga sekarang masih kekal dan berjalan...rasa sangat bangga pun ada...betul la orang kata, bila mereka appreciate dengan apa yang kita lakukan, hilang segala penat timbul rasa kepuasan...aku belum puas kerana ada few new things yang aku masih nak laksanakan di sini...tengok la kalau ada rezeki dan masih panjang jodoh aku di sini :D

HARAPAN...aku masih mahu bangun pagi dan pergi ke destinasi mencari rezeki dengan tiada langsung sikap malas atau benci pada apa yang aku lakukan....semoga rezeki ku bertambah lagi seiring dengan apa yang aku laksanakan....amin :D

Tuesday, May 29, 2012

NO MORE SADNESS...

LATELY banyak (banyak ke? :p) post aku citer sedey-sedey jek...trase cam kelam jek blog, padan la ngan kaler suram cam rumah tinggal jek blog nih...memang pun selalu meninggalkan blog nih bila time sibuk dan tak sempat nak updet kan...cam sekarang nih, walaupun bz tapi aku cuba gak la..tulis apa yang aku selalu rasa nak tulis dan memang sebab aku suka tulis hehe

TAKMO dah buat blog nih tempat curah perasaan yang sedey atau hiba...kesian plak orang yang baca (ada ke yang baca eh?) walaupun hati pedih, walaupun hati terluka tapi buat apa nak melangut dan ikut berduka..sedangkan takde orang pedulikan, sendiri la atasi kesedihan itu ye....sigh (takleh atasi sedey lagi nih :( ..)

TAPI nak buat cemana kalau lately nih aku sentiasa dihimpit perasan hiba? duka? sedih? boleh ke kita buat2 ceria? kalau kat opis tu aku rasa cam boleh la berlakon, tapi kalau dah duk sorang2...cemana? baru2 ni...aku dah bagitau kat A yang waktu cuti sekolah ni ada few plans...tapi ntah cemana plan aku dah jadi kelam kabut.  Sepatutnya aku pulang ke tempat aku dulu baru balik tempat A tapi sebaliknya berlaku....sedangkan aku dah buat banyak plan pada minggu tu...satu untuk jumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa...dorang plak tetiba je ajak jumpa which aku takleh ngelak and then the next day tu aku dah plan untuk keluar ngan sisters...tujuan adalah untuk lengkapkan persediaan....sedia tuk apa tu? ntah la hehehe...so tetiba tu takde angin pokok tak goyang dan2 tu nak pegi gak...hmmm memang menjadi sifat aku la, kalau orang nak buat apa yang dia rasa betul dan nak buat, siapa la aku tuk halang daripada tidak membuatnya...so kena tinggal lah aku pada waktu tu hanya kerana kelam kabut dan sedikit salah faham :(

ADESSS citer sedey gak lagi yang aku tulis...dah nak buat cemana kalau itu je yang berlegar tambah lak cuaca pun mendung jek arini huhuhu...takpe la, esok aku akan bercuti dan cuba nak rileks kan diri, sementara banyak keje2 yang membuat aku stress telah dengan jayanya aku selesaikan hehehe...harap2 penat lelah berbaloi la...lagi satu ada gak berita gumbira selain dari berita2 sedey memanjang...tetiba je ada dapat panggilan dari seseorang yang nak merisik aku....bukan merisik nak nikah lorrr hahaha tapi lebih pada nak pinang aku tuk satu peluang kerjaya....aku pun belum bagi kata putus lagi...dan takde la rasa cam desperate lagi nak melompat ke tempat lain...pada aku...I could still see the grass over here as green as others and it is not fake...whereas I do not know about other places, it may looks green due to good fertiliser or due to fake grass? sila la jawab sendiri huhuhu

SELAMAT bercuti pada sesiapa jua yang meraikan cuti sekolah...mungkin ada yang akan ambil kesempatan membawa anak2 bercuti atau pulang kampung...aku dah mood ceria nih ye n I will try to write positive posts and no more sad stories...I dislike sadness, I dislike sad stories :p

MORE to come from a place where I should be in July...can't wait for it to happen :D 

Sunday, May 13, 2012

ADIL?

MEREKA cakap...jangan terlalu berharap sebab kelak akan kecewa...memang sangat benar rupanya.  Memang aku harap segala akan berjalan lancar, apa tah lagi aku dah bagitau dari awal apa yang aku rancang..makanya aku rasa tak masuk akal la kalau last minit nak cakap tak dapat cuti ke, last minit keje takleh pospon ke..memang takleh nak terima alasan tu dan buat..."my blood go upstairs" hehe


SUDAH lumrah la kan...kalau seseorang tu marah, at least redakan la kemarahan orang tu by saying something which makes orang tu senyum ke, lega ke..tapi apa yang aku alami ni ala-ala dalam X-file plak...aku yang marah dan cuak, tapi sebaliknya lagi disakiti dengan langsung tiada pesanan...seolah-olah aku dah lakukan satu kesalahan maha berat....sapa yang salah sebenarnya ni? aku kah? bukan aku ke yang dihampakan? bukan aku ke yang sepatutnya merajuk? tapi apa yang terjadi? fine kalau takmo join any of my activities...after all no point of me forcing...bagi aku kalau dah cakap camtu ok je la...move on...but i thot so wrong, it goes on with other things as well...my assumptions....n i was told before never to assume, but if I don't assume, do I get any answer? explanation? kenapa senyap plak seolah-olah aku sudah buat kesalahan berat? sepatutnya cuba la amik hati aku yang still sakit hati ni tapi.....arrgghhhh pelik sangat la....me really in the dark side....me really is trap in the twilight zone...so apa nak jadi...jadi lah..should I care? should I really need to be very careful and so that I won't hurt anybody? BUT...what about my self? am I not hurting? am I not sad? gilak inih...memang giler...my conclusion....I don't care anymore...takmo bercakap dengan aku? fine...takmo call aku? fine...takmo text aku? fineeeeeeeeeee.....


I need to move on.... :(

Wednesday, May 09, 2012

KOSONG...

TIADA perkataan lain yang lebih tepat untuk gambarkan betapa keserabutan fikiran aku bila selama lebih 2 bulan berperang dengan keje...dan bila minggu lepas aku dapat peluang bercuti...terus kosong fikiran dan lapang terasa...badan aku rasa ringan dan jiwa dah tak kacau hahaha

DUA destinasi yang berlainan tapi latar belakang sama...ada laut, ada angin ada seafood hehehe....dan ada hiburan LOL.  Tiga hari di destinasi pertama, aku kurang teruja, tak tahu kenapa, mungkin suasana? atau mungkin juga mereka yang bersama aku yang membuat aku kurang teruja? ntah la...tiada jawaban.eh ada tapi aku malas nak cari konklusi huhu...overall destinasi pertama cam ok la...

HANYA beberapa jam selepas aku balik dari destinasi pertama..terpaksa bersiap-siap ke destinasi kedua (terpaksa ke? hahaha).  walaupun pada mulanya rasa sangat berat dan langsung tak teruja nak pegi sebab ada la beberapa sebab tu...malas nak pikir apa lagi nak tulis kat sini...tapi kalau dah alang-alang tu redah je la...cuti dah lulus, fikiran masih belum tenang, segala dah diselesaikan so buat apa tunggu kan, lebih baik teruskan je...dan serious sekali memang aku tak nyesal pegi walaupun cuak jugak sebab ada rasa sket takut dan tak konfiden...tapi tu la, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...dan hikmah selama 4 hari di destinasi kedua sangat aku senangi sehingga jiwa aku begitu kosong....hanya terisi dengan ketenangan....tenang berada dilautan, tenang bila diwaktu malam berteman bintang dan bulan...tiada tv, tiada aircon, udara segar setiap masa, segala serba sederhana..tapi sangat nyaman.  Setiap yang aku jumpa sangat mesra dan ramah tanpa mengira dari bangsa apa, tetamu malah setiap dari mereka di situ melayan semua orang dengan senyuman...aku dapat rasa keikhlasan dalam berkenalan, kemesraan dalam setiap bualan....overall, memang five star walaupun aku hanya tinggal di homestay yang serba serbi basic..itu la magiknya dan sangat magik bila kekusutan yang aku alami terus hilang..tenggelam dalam lautan celebes....aku amat merindui untuk kesana lagi padahal aku baru je pulang...gamitan terlalu kuat..ye, aku sedang merancang....another ad hoc trip :D

Thursday, April 26, 2012

YAYYYYY...

BERBALOI...segala penat lelah, susah payah, sakit kepala dan berat bahu yang memikul, semua dah tak rasa. bermula dengan meeting pada selasa dan kemudian rabu dan kemudian mou signing pada hari khamis, kesemua tarikh penting tersebut sebenarnya adalah kemuncak atas segala kesibukan aku sejak beberapa bulan kebelakangan.  walau aku tahu apa yang akan menanti aku sementelah segala proposals yang macam nak jadi apa aku siapkan, tapi aku rasa sangat puas hati sebab cabaran pertama telah aku lalui dengan jayanya.

SEKARANG adalah masa untuk melakukan.  tempoh perancangan sudah aku laksanakan dengan beberapa plan yang jitu beserta timeline, sekarang fasa ke dua adalah cabaran dalam perlaksanaan...walau cemana cantik perancangan tapi kalau perlaksanaan hancur...kejayaan masih tidak dapat diukur.  aku harap aku tidak berseorangan, aku harap mereka sentiasa bersama aku, aku harap aku mampu laksanakan semua...aku tahu semua seolah-olah memandang aku dengan pelbagai pandangan...dapat aku rasakan pandangan yang menunggu masa kalau aku dalam alpa melakukan silap..maka ramai la yang bersorak gembira dan dengan senang hati mengata aku seolah-olah langsung tiada apa yang bagus pernah aku buat...biasa la, lumrah dunia ni, walau seribu menda bagus yang dibuat dan tetiba datang satu kecelakaan..maka yang satu tu jugakla yang akan dipanjangkan dan diperkatakan....langsung tak nampak yang seribu bagus tu....hmmm biasa la tu

NANTI saja la aku fikir dengan serius perlaksanaan itu..penat aku belum reda lagi maka masa yang sedikit ni aku nak rileks, lupakan sekejap pasal keje, minda perlu aku rehatkan...terbayang-bayang apa yang bakal aku nikmati...yayyyy bestnya...tak sabar :D

Sunday, April 15, 2012

tiada kata...

SUDAH habis kata-kata....itu je yang aku mampu.  Sesungguhnya March dan April adalah bulan yang sangat mencabar diri dari segi kerja...banyak kejadian yang berlaku yang menghambat masa untuk mengejar aku...kadang-kadang masa begitu hampir untuk memotong aku dan disetiap keadaan sentiasa berada disisi aku untuk sedarkan aku yang aku tidak boleh berhenti dari melakukan segala persiapan....sedetik aku lupa atau alpa atau perlahankan kerja aku....maka masa akan cuba atasi aku dan aku tak rela jadi camtu...aku tak mahu kalah dalam keadaan ini..

NAK citer pasal keje pun aku rasa dah abis kata-kata...at one time rasa cam nak resign je sebab kerenah keje, bebanan keje dan politik keje..bayangkan untuk beberapa ketika ini, aku siap bawak keje balik umah dan aku tido setiap malam jam 1 pagi....giler keje ke hapa? langsung tak...sabtu dan ahad jugak aku terima email pasal keje, keje mesti disiapkan...memang tak tertahan, tapi bila dah bertenang tu...buat je apa yang patut dibuat...so far aku rasa aku masih boleh handle walaupun ada juga something yang aku frust...aku simpan sendiri je la....belum masa untuk aku suarakan, tapi aku juga menunuggu masa untuk itu....tunggu je

SIBUK bukan hanya di ofis rupanya...kat umah pun masa ni lah memerlukan perhatian aku..yang kena demam campak dan dengan pengetahuan pasal campak yang tiada campak ni berjangkit-jangkit plak...tak pasal-pasal kelam kabut aku nak make sure semua orang dapat rehat yang cukup, pegi jumpa doktor, makan ubat ikut masa, makan makanan yang tak gatal, tido berasingan untuk hindarkan jangkitan...adessss..aku lulus jadi misi tak bertauliah :p

TIMELINE kesibukan aku memang masih panjang, tapi fokus utama untuk hadapi sehingga hujung April...lepas tu aku sangat-sangat meruntunkan cuti...aku nak cuba lupakan walaupun kejap segala yang menyesakkan dada, kepala dan otak jadi sampai penat ni....aku nak rehatkan minda yang penat..sungguh tak sabar nak bercuti tambahan pula kalau ada elemen-elemen kejutan yang menyenangkan..sangat harap akan itu ye :D...tolong bantu aku jadikan cuti untuk aku rehatkan diriku dari segala masalah fizikal dan mental bermula dan berakhir dengan gembira...jangan la sedihkan lagi hatiku dengan tambahkan berita yang tak best atau apa-apa je yang mengarah kepada sedih hatiku...pleaseeeee :D

Saturday, April 07, 2012

TRUST...

I trust you...

Is it wrong to expect the same from you?



Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

Tuesday, April 03, 2012

SUDAH APRIL...

ALAMAK....sudah April? how come? I missed to put in here something important that happened to me in March...adesss...alasan tiada lain melainkan sibuk....ishhhh aku sangat tak suka dengan perkataan sibuk nih...sebab sibuk la aku tak sempat blog, tak sempat nak tulis something kat sini...sebelum aku jadi lagi giler ngan kesibukan aku mesti coret sesuatu yang harapnya buat aku tidak akan lupa....peristiwa yang berlaku minggu lepas...

ANJAKAN angka tidak memberi makna bagi aku....bagi aku la, tapi ada gak orang yang suka ingatkan aku....hampesss...suka cakap aku dah tua :p suka main-main eh..tunggu la, your turn is just around the corner hehehe..mrase :p

MINGGU lepas juga aku nikmati suatu momen yang baru, aku sangat suka...serius nih, memang suka sangat-sangat hahaha...walaupun aku selalu bayangkan tapi aku sangat sedia maklum dan sedar diri yang sesuatu itu mungkin tidak akan berlaku, yang aku hanya boleh imaginasi dalam kotak impian je kut....tapi momen minggu lepas betul-betul membawa sesuatu imaginasi tu ke alam realiti...aku tak percaya tapi serius aku sangat happy...betul-betul aku tak sangka dan aku happy ok :D tak percaya? terima je la dan senyum...

MUNGKIN secara realiti, sebab aku sangat surprise aku mungkin gagal tuk luahkan perasaan aku saat tu, aku sebenarnya sangat happy sampai aku tak sure aku dah ucap thanks ke tak hahaha...ye aku memang akan kelam kabut kalau dah happy sangat cam orang giler..I appreciate the thoughts, moreover I appreciate the plan of meeting and considering it as my birthday present..I truly, absolutely was touched :D so this year...I got myself something very useful, my interest and currently my passion....I like :D...aku ada permintaan, kita mesti kena rancang satu kayuhan so that aku leh tunjuk my gift yang cantik, menarik yang aku suka hehehe....dan juga harapan aku agar apa yang dirancang semoga akan jadi kenyataan tak lama lagi sebab ada few things yang aku nak share...jangan hampakan aku :D (re-schedule any training etc hahaha)

2012...be nice to me :D

Tuesday, February 07, 2012

MASIH SEPERTI DAHULU

KEPUTUSAN yang aku buat pada akhir bulan tahun lepas bukan lah keputusan yang baru...sebelum tu rasanya dalam 6 atau 7 tahun lepas aku buat keputusan yang sama...initial test dan x-ray telah aku lakukan, appointment dengan doktor pun dah siap, but last minit tu tetiba aku tak pegi pun hahaha....kenapa? dan mengapa akhirnya aku lakukan juga setelah 7 tahun aku tangguh 

MUNGKIN aku rasa sebab aku akan ada kawan? mungkin kut, sebab manda kena pakai maka aku pun dengan senang hati blasah gak..kalau aku yang kena tunggu masa appointment manda, biarlah tunggu aku tu berbaloi kan? atau mungkin kerana kecanggihan teknologi sekarang yang beri aku pilihan untuk blasah buat jugak? mungkin la sebab sebelum ni, ngeri gak dengar apa yang aku harus korbankan, tapi sekarang tak perlu aku buat semua tu, so mungkin gak alasan itu

MAJORITI yang jumpa aku akan tanya alasan apa yang buatkan aku ambik keputusan ini? aku jawab dengan mudah (aku kan tak suka susahkan keadaan ekekeke)....so jawaban mudah aku...aku pakai sebab ini adalah antara salah satu dari 1001 perkara yang aku nak buat sebelum aku mati hahaha...best tak alasan? yang tanya dan dapat jawaban ini dari aku sume gelak besar...lucu pun lucu la, tapi memang betul pun hahaha

TAPI sebab apa aku tangguh dan aku hampir tidak melakukan? biarlah apa saja alasan, aku punya alasan sendiri...walau apa yang aku lakukan, aku masih tetap seperti dulu, aku tidak akan berubah walaupun mungkin akan ada sedikit perubahan, aku masih macam dulu, apa yang aku lakukan atau yang pernah aku berikan tidak pernah akan jadi kurang atau jadi tidak menyeronokkan..jadi wahai sayangku, terima lah aku seadanya...aku masih seperti dulu :D

Sunday, January 22, 2012

2012...Be nice to me...please :D

LAST post was in 2011...great and some more with not so nice rambling..tiring experience that I had in a few last days of 2011....just great, why must my last post in 2011 had to be a negative stories? blamed myself....for not having enough time to update before time, for keep on forgetting to update the blog before time bla bla bla..the list went on...

ESOK adalah hari tahun baru bagi mereka yang berbangsa cina dan aku di sini, takde buat apa baru teringat nak updet blog sambil dengar bunyi mercun berdentum dentam kat luar rumah..hmmm. selalunya pada cuti tahun baru cina aku juga akan ikut bersama meredah sesak jalanan, samada balik kampung atau kemana-mana destinasi, tidak pada 2012 ini, walaupun ada cadangan untuk ke PD...aku dengan pantas menolak, ntah apa-apa alasan aku tapi aku tak sanggup ke PD sebab aku takut dengan teori TERjumpa hahahahaha...very lame excuse eh no no...very good excuse :p walaupun dalam hati aku melonjak-lonjak nak pegi sebab aku sudah rindu sama itu budak yang comei yang telah bikin tangan aku lenguh beberapa hari akibat berdukung, tapi sebab aku sangat rasional maka aku tahan tahap kemeluapan rindu aku tu...sakit gak eh tahan LOL

KENAPA aku lambat sangat updet..dengan takde wish tahun baru pun..alaaaaa dah aku tak sempat, nak buat cemana.  Kadang-kadang biar lambat asalkan ada la something, jangan sampai takde langsung padahal aku berazam cam ala-ala takmo biarkan blog ini terbengkalai..aku punya alasan sendiri

AKU harapkan sinar bahagia pada tahun ini, aku harapkan apa yang dirancang dan dibincang akan ada progres biarpun hanya sedikit, tapi biar la ada kesan yang boleh gembirakan aku setidak-tidaknya.  Bagi aku setakat ini, 2012 bermula dengan baik.  Aku ada few things yang aku rasa nak buat pada 2012 agar berikan impak sedikit, maksudnya sesuatu yang boleh dikenang..apa menda tu biarlah rahsia, bukan takmo tulis kat sini tapi aku akan tulis bila dah dapat lihat hasil atau membuahkan hasil...itu janjiku

2012 juga aku akan sibuk dengan urusan adik aku....tak sangka akhirnya my baby bro akan mengakhiri zaman solo tahun ini.  Bulan depan aku dan yang lain-lain akan menjadi wakil peminangan....wahhh bila plak aku jadi dewasa n play important part camni, selalu aku tengok mak-mak orang lain tapi this time aku ikut sama sebagai wakil, ini keje serius ni, mana ada aku buat keje-keje serius selain dari memang keje-keje opis aku ekekeke...tapi demi adik kesayanganku, blasah la...aku berdoa semoga segala yang dirancang untuk adik aku akan berjalan dengan lancar dan jayanya...kalau aku ajak datang umah untuk kenduri nikah adik aku tu agak-agak boleh datang? masa tu takde la TERjumpa ye hahaha

SETAKAT 22 hari bersama 2012, still pleasant...aku rasa pleasant la sebab ada insiden aku eksiden pun aku boleh happy...pelik tapi benar la kes ini, tak kesah la..janji aku happy n aku takmo peduli apa orang kata janji aku happy...this time biarlah aku plak happy kan diri sendiri, dah lama jugak aku happy kan orang lain dan pendamkan perasaan sendiri...so 2012...be good to me, be nice to me...I want to feel happiness even if this will be the last time....

Friday, December 23, 2011

MINGGU PALING PEDIH...

SANGAT PENAT...perkataan yang tak berapa tepat untuk menggambarkan aku pada minggu ini tapi itu la lebih kurang apa yang aku rasa pada hari terakhir kerja minggu ini....bermula pada hari isnin, aku telah ambik cuti separuh hari...dan pada hari isnin lah permulaan aku berhadapan dengan situasi yang membawa kepada sedikit perubahan kepada sikap aku walaupun pada dasarnya perbezaan sangat jelas ketara apabila dilihat....hmmm

MUNGKIN rasa yang tidak selesa tahap melampau telah mengakibatkan aku sedikit sebanyak telah mengecilkan hati mereka yang berurusan dengan aku.  Entah la, kadang-kadang aku tak sengaja tapi aku takleh mengelak...aku jadi kurang sabar, ditambah pula dengan bebanan kerja yang bertimpa-timpa yang memaksa aku bekerja lebih masa dan upaya membuatkan aku sedikit stress...permulaan minggu pun setelah aku baru kebah dari demam...jadi bila ketidak selesaan melampau, jadi la semua benda yang sepatutnya boleh dielakkan...nak buat cemana...bukan salah aku secara total :-(

RABU aku terpaksa ke Bangi kerana meeting, urusan kerja ini sepatutnya tidak harus dibincangkan oleh kerana belum ada hitam putih yang dimeterai...jadi kenapa harus aku berada di situ? ntah la..stress aku, petangnya pula aku bergegas ke SSM.  Ada mereka yang perlu diraikan hasil dari usaha yang tidak kenal jemu, segala yang dirancang berjalan dengan lancar, tapi disebabkan masa yang diatur tidak kena dengan aturcara program menyebabkan program berakhir lebih awal menimbulkan masalah yang lain....caterer masih belum sampai padahal waktu yang dijanjikan telah sejam setengah berlalu....apa lagi, event yang cantik pada mulanya telah menampakkan kelam kabut....sapa yang perlu disalahkan? adakah salah caterer yang telah kerosakkan van maka dorang telah lambat...adakah salah pihak SSM yang telah diberitahu akan kelewatan caterer tapi SSM tidak beritahu kepada pihak pengajur? maka untuk merungkaikan permasalahan...refreshment pada petang itu telah diberi percuma...wahhhh sangat baik berita ini....nasib baik mereka yang hadir sangat sporting dan menunggu...penantian yang berbaloi kerana makanan memang sedap....hmmm ada lamb chop, chicken chop, spagetti olio aglio, jacket potato, chicken boxing, mee kari, popiah basah, rojak pesembur, coklat kek, puding roti dan macam-macam lagi la yang aku pun dah lupa

KHAMIS pagi aku menghadiri meeting....fuhhh meeting ini memang aku ada sedikit melenting, yang sepatutnya dapat disetel dalam masa at least 2 jam telah berlarutan sehingga ke waktu lunch..aku dah bagitahu awal-awal supaya meeting dipospon kerana kurangnya kehadiran ahli, tapi tetap nak diteruskan juga...bila waktu perbincangan membawa kepada keputusan yang sepatutnya dibuat, dah tiba-tiba telah keluar statement yang isu harus dibawa kepada next meeting.....tidak kah terasa hot? orang dah suruh pospon nak gak buat meeting..ishhhh stress betul la...belum lagi kebah meeting pertama, dah meeting kedua dah nak start pulak...belum lagi otak aku rehat dari kekalutan yang pagi, belah petang pun tak kurang stress....i really despised KHAMIS...tak cukup lagi nih, malam jam 8pm...aku ada jemputan dari satu universiti pantai timur yang nak buat makan malam kerana menghargai hasil usaha aku dan beberapa orang yang telah membuah kan hasil kepada uni tersebut..alhamdulillah, terima kasih....tapi sebelum aku sampai, dengan rasa yang lesu dan otak yang letih...bersama pula hujan, sedikit kesilapan telah akibatkan mini mendapat kemek didepan huwaaaaaa.....triple tension....nak nangis pun dah tak keluar airmata akibat letih yang tak terhingga...aku gagahkan jua diri untuk hadiri jamuan, sementelah presiden, naib presiden dan CEO akan berada di jamuan yang sama...aku pendam rasa kecewa kerana kesilapan sendiri dan teruskan KHAMIS....jam 11.30pm baru sampai rumah...balik pulak kena marah lagi.....sungguh tidak adil :-(

JUMAAT pagi pula harus ke PJ kerana meeting yang telah diatur...aku sangat kecewa dengan mereka-mereka yang aku anggap sepatutnya boleh membantu aku, tapi kerja yang dilakukan langsung tidak setimpal dengan expectation...kenapa tidak tonjolkan kemampuan diri jika ada? sepatutnya didepan aku, pandai-pandai la tunjuk...tapi kenapa la disaat itu pun masih harapkan aku jugak? ishhhh sungguh aku letih...balik ofis pun ada cerita yang tidak senang jugak diterima...adussss....kenapa la buat keputusan tanpa berbincang dulu? bagi aku senang je, kalau dah pandai sangat nak buat tanpa beritahu aku terlebih dahulu....maka pandai-pandai la jawab sendiri...aku tidak akan tanggungjawab atas apa yang dilakukan without my knowledge or my concern...hmmm letihnyaaaaaa....rasa cam tak berbaloi sebelum ini aku usaha keras untuk beri kesenangan....sangat stress dan sangat tensi....

TERUS terang, aku sangat despised this week...daripada masalah kesihatan yang aku alami, masalah yang aku cari sendiri, masalah kerja, masalah kereta dan macam-macam masalah lagi....kenapa minggu ini aura negatif sangat susah nak hilang? walaupun ada gak selingan yang bikin aku happy tapi hiburan itu tidak berbekas sepertimana peristiwa-peristiwa yang berlaku yang buatkan aku sedih, marah, hilang sabar, letih, penat dan segala macam lagi perasaan yang bercampur gaul.  harapnya selepas malam ini, aku dapat tukarkan aura negatif kepada sesuatu yang aku tunggu-tunggu....nasib baik aku dah bersedia dengan berbagai plan bermula hari sabtu....semga semuanya berjalan lancar..semoga didengar Nya dan semoga dimakbulkan harapan aku.....

selamat berhujung minggu yang panjang, bercuti dan meraikan hari yang istimewa....

Tuesday, December 06, 2011

YANG BARU LALU...

MEMANG banyak yang aku nak citer...harap sabar dan tunggu saja ye....jangan la bosan untuk menjengah ekekeke (ntah aku pesan kat sapa nih)

Sementara nak tunggu cerita tu, aku upload kat sini u-tube dari junior yang terpaksa semeja dengan senior sampai nak makan pun kena catu...naseb arrr kena buli ngan 9 orang 3rd Batch ekekeke...kejadian ini berlaku masa ANSARA dinner 2011 yang berlaku minggu lepas....lepas dinner melepak lagi sampai kul 3 pagi aku sampai umah...akibatnya setelah 3 malam berturut-turut aku tak dapat lena dan tido lambat, arini aku rasa nak demam dah huhuhu,,,harap enjoy

Tuesday, November 29, 2011

BERAPA KALI NAK SAMBUNG?

NTAH kenapa tetiba rasa banyak keje yang perlu dilakukan....dah lebih sebulan daripada last post, bermakna dah lebih sebulan aku tak menjengah ke mari..banyak sangat yang aku perlu fikir dan buat...aku nak citer kejadian yang berlaku selama aku tak berada di sini..tapi sekarang bukan masanya..so terpaksa la aku sambung dikemudian hari..adusss berapa kali nak sambung ni...tapinya, bukan ada orang tunggu-tunggu pun kan, so suka hati aku la kan ekekeke...yesss...suka hati aku.  Jangan risau, aku pasti akan sambung jua...dengan citer yang lebih detail tentang beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang ketiadaan post terbaru aku disini.....nantikan ya (ada ke orang yang tunggu???)

Tuesday, October 11, 2011

LEGA...

KELEGAAN yang tidak terhingga...8 oktober telah berlalu..tragedi yang mengakibatkan kelegaan yang berpanjangan harapnya....salah satu sebab aku dah lama tak masuk sini, bukan takleh buat post baru tapi aku biarkan je dulu tunggu condition aku ok...

kalau nak cerita panjang sangat takut nanti boring n takde sapa yang nak baca ekekeke...since aku akan pulang ke KL kejap lagi so better cepat-cepat tulis apa yang nak ditulis

Thanks to frens yang tahu dan mendoakan...yang tak tahu tu takpe la sebab aku bukan pukul canang pun apa yang aku nak buat...kadang-kadang kita nak privatekan hidup kita pun susah juga sebab nanti ada je hati yang terasa...so nape mesti buat cenggitu kan...tapi ada gak la yang tak ambil peduli langsung...aku tak kesah pun, alasan aku ye la, sebab tak tahu kan so tak peduli la...yang tahu but still tak peduli tu, bagi aku senang je...mungkin hidup dia pun tak keruan atau sibuk berpanjangan jadi susah nak pikir hal orang...takpe la,,,

Monday, October 03, 2011

YANG TERTUNDA...


ADA satu post aku citer pasal ada sesuatu yang akan berlaku pada 1 Oktober....tapi sebenarnya, perkara itu tidak berlaku pada hari tersebut kerana....aku telah tunda....tunda kepada minggu berikut..minggu depan la maksudnya.

Aku perlu buat persiapan sebenarnya, siap untuk aku gembirakan orang lain dulu, so 1 hb tu aku dah gembirakan seseorang dengan mengadakan makan-makan untuknya...so aku happy

Dan aku perlu bersedia untuk apa yang akan berlaku pada aku pulak...tarikh 8 Oktober aku tunggu dengan penuh suspen jugak..harapnya semua akan berakhir dengan gembira dan berjaya...semoga dipermudah...semoga segala perit dan payah berlalu dengan apa yang aku patut lalui...

Friday, September 23, 2011

POST YANG TAK MENARIK LANGSUNG...

SURPRISE...SURPRISE....

 INDEED...sungguh terkejut, cemana tetiba ada..sungguh tak sangka, tapi takpe la...cuma peringatan untuk diri sendiri supaya from now on menjaga setiap apa yang ingin diluahkan huhuhu

Working out from office is indeed tiring...walaupun untuk jangkamasa yang singkat, tak enjoy langsung...so aku berfikir, sesapa yang ada hati berangan dan berhajat, nak ambik kesempatan melancong walhal datang ke satu tempat tu sebenarnya atas urusan kerja, dapat ke menikmati suasana yang kalau kita pergi memang tujuan untuk melancong

Kat opis memang selalu ada je yang kena kerja luar, tak kira la dalam negara atau luar negara, in fact aku pun pernah diberi peluang tersebut, so that is why aku try nak compare pengalaman ni.  Orang lain yang selalu dapat peluang ni, aku rasa (sebenarnya dorang gak yang bagitau) dorang suka nak ambik kesempatan untuk buat itinerari sendiri...dah alang-alang berada kat tempat orang apa lagi sambil menyelam minum air la. Tapi bagi aku, perasaan tu tak sama, minda aku sentiasa akan berfikir pasal kerja kalau aku pergi ke satu tempat atas urusan kerja, payah nak hapuskan pemikiran camtu dan kadangkala, kalau niat tu melencong sket, sure akan ada something yang menimpa aku yang buatkan aku tak dapat nak enjoy kerja sambil berjalan ni huhuhu...saja je kan

Mungkin sebab aku dah terbiasa berjalan tanpa perlu fikir pasal kerja as compared to kawan rakan yang terpaksa ambik kesempatan atas tugas luar untuk enjoy cam pegi holiday.  Aku tak salahkan dorang, mungkin itu la yang terbaek kan..dapat jalan-jalan tempat orang, free plak tu sebab company yang bayar n selalu kalau attend conference, akan ada slot host bawak half day tour..kira bonus la tu n betul-betul la dapat njoy cam pegi holiday biarpun sebenarnya terpaksa bekerja..dah jadi terbalik dah objektif utama dikemudiankan, objektif sendiri diutamakan...hmmm macamana tu? apa-apa je la kan, untuk dorang, selagi bos tak sound, takpe la kut huhuhu


Sunday, September 18, 2011

CERITA YANG PAYAU...

CUACA sangat tidak menentu kebelakangan ni, hujan selalu dari awal tengahari membawa kadang-kadang sehingga malam. Aku fikir hujung minggu yang panjang nih dapat la berehat dengan sepuasnya, maklum la sebelum jumaat tu, aku sentiasa libang libu, tapi takpe aku rasa puas sebab aku rasa aku dah bagi yang terbaik dan redha saja dengan apa keputusan yang diterima. Jumaat agak busy dengan aku siapkan masakan kegemaran untuk aku bawa ke kuala lipis...terkilan gak sebab cuti panjang tapi tak dibenarkan pelajar pulang, akibatnya kena la pegi melawat, dan seawal jam 5.30 petang, aku dah kerumah K.T kerana open house. Jumpa sedara dan jiran yang dah lama tak jumpa memang seronok, masing-masing busy so bila ada majlis-majlis cam ni la baru boleh borak panjang. hampir jam tengah malam baru balik, itu pun dah beberapa kali kena hujan yang sekejap renyai sekejap teduh...masa ni aku rasa ok lagi. Seawal jam 9.30 pagi sabtu tu, dah bertolak ke lipis..kali ni dah takmo pergi kat pak boh lagi...boring katanya asyik-asyik kesana huhuhu so trip kali nih memang pening..mana taknya, dah sampai lipis, patah balik ke raub hanya untuk ke restoran sentosa, restoran yang paling best so far kat raub untuk hidangan ikan sungai...apa lagi patin stim soya, sangat ringkas tapi patin sungai tu yang buat sedap giler...restoran terletak kat belakang masjid raub, asal restoran tu adalah rumah masa penjajahan british beratap biru so rasanya kalau lalu belakang masjid tu takkan terlepas. Dah lepas lunch, patah balik ke lipis, cuaca macam biasa sekejap hujan sekejap panas, dalam duk ulang alik tu, dapat mesej futsal pulak kat padang 1U kul 10pm...hmmm masa tu rasa cam tak penat pun so ok je la..sampai rumah jam 8pm, jam 9.30pm keluar ke OU plak tuk futsal..wahhh badan dah mula rasa semacam dah, tapi biasa la aku buat tak tahu je...mana bleh manja-manja sangat. balik rumah juga hampir tengah malam..dua hari berturut-turut. Betul jangkaan, bangun pagi peritnya tekak toksah citer la, suara pun dah tak keluar..alamak cemana ni, hari ni ada appointment kat cheras. kul 10am baru keluar dengan badan yang lemah, tekak perit dan rasa payau...habis appointment dah dekat jam 2pm baru sampai rumah aku dah rasa lembik dah....kala diajak ke al-rawsha, aku dah serender tak tahan..pegi la sorang, aku rela tido je...so sekarang ni, tekak masih sakit, makan apa pun tak rasa apa, abis tu cemana nak start sambung posa esok? tahun ni la posa aku dibulan syawal paling tak betul sekali, selalunya dalam masa kurang 2 minggu lepas cuti raya, aku dah berjaya setelkan segala, tapi nih dah nak masuk penghujung, masih bersisa yang belum setel..pepehal pun aku mesti try posa gak esok, lagipun selasa n rabu plak kena outstation, jadi mana mungkin aku posa dalam schedule yang ketat camtu....berdoa je la semoga aku sempat setel semua sebelum syawal berakhir....so berakhirnya cuti hujung minggu yang panjang tidak memberikan aku rehat yang secukupnya, tapi menambahkan lagi kesakitan yang sedia ada...apa-apa pun redha je la...

Thursday, September 15, 2011

WHATEVA

LUCU.. dengan perangai manusia...selalunya suka nak komen sesuatu yang diri sendiri tak tahu hujung pangkal, asal usul. Tak kenal tidak bermakna boleh berkata sesuka hati..tapi itulah yang paling disukai. Tidak terlintaskah bahawa apa yang dikomen itu sebenarnya mencermin keperibadian sendiri? komen ikut sedap hati, ikut hati mati bro..ikut badan binasa. Tak perlu la tunjuk kekurangan diri, tak perlu tonjol kejengkelan hati, cetek pemikiran dan rendah tahap mentaliti... cermin diri, hiasi peribadi

Wednesday, September 07, 2011

1 OKTOBER...

SASPEN gak... Tarikh ini aku perlu tunggu dengan debaran...nape? hmmm nak citer ke tak? rasanya lebih elok citer lepas dari tarikh atau citer sekarang? lepas dari tarikh la kan.. mana tahu kalau result yang diterima tak berapa nak best, takyah citer hehehe harap-harapnya bukan la tragedi Oktober...tolong doakan yang terbaik ye :D