Friday, March 16, 2007

AKU BUKAN BERCUTI...

ALASAN sibuk memang takkan diterima walaupun itu sebenarnya kan hehehe….memang tu la reason apsal aku dah lama tak jejak..diulang…jejak muahahaha…blog sendiri….lagi satu reason yang sama….gaduh ngan orang IT hahahaha….tapi aku malas nak citer

Sepanjang ‘percutian’ aku ni, banyak menda yang berlaku dan telah aku lakukan….tak reti dah nak citer yang mana sebab terlampau banyak dan nak buat kronologi pun tak ingat yang mana satu dulu lagipun ini bukan cerita jenayah yang perlu dibuat kronologi kan hehehe

Sepanjang tempoh ni jugak, banyak menda yang baru aku tahu dan pengaruhi aku untuk tahu….ada yang rasa berbaloi kerana dapat tahu dan ada yang aku biarkan saja…cukup sekadar tahu. Banyak perkara yang aku lakukan..untuk diri sendiri dan juga mereka….aku jadi pendengar setia, aku jadi tempat mencurah dan meluah perasaan, aku jadi adviser, aku jadi teman juga hehehe….semua aku lakukan untuk mereka kerana mereka adalah teman….yang penting….aku juga sangat selfish sebabnya….ada perkara yang aku lakukan untuk diri sendiri..tanpa kira perasaan orang lain..janji aku suka dan senang….tak peduli

Teman karib sejak dari sekolah akan berhijrah…jauh hijrahnya….one thing for sure, aku akan rindu….lepak sambil minum teh tarik…pegi gym yang sekali sekala hahaha…rombongan tadika sambil tengok wayang dan makan-makan hehehe…semoga sham gembira berada di perantauan

Best friend aku pun akan ber ‘hijrah’ juga….hujung bulan ni akan lakukan satu perkara yang besar dalam hidup…’hijrah’ apa yang bakal dilakukan…hanya dia dan Maha Besar yang tahu….aku doakan has selamat pergi dan selamat kembali…selamat melakukan ‘hijrah’….selamat menjalani ibadah ‘kelahiran semula’ semoga apa yang dilakukan mendapat keberkatan

Satu risikan semalam buat aku berfikir….perlu atau tidak….aku juga perlu ber ‘hijrah’?...’hijrah’ aku ini memang bakal memberi kesan pada kehidupan sendiri..reaksi positif dari yang ambil berat..tapi aku sendiri belum secara waras fikir pasal itu…tidak mahu fikir kerana mungkin tiada kemungkinan tapi kalau tak fikir dan tetiba kena buat keputusan….apa yang perlu aku ambik kira?....perlu kah peng ‘hijrah’ an ini…..aku masih lagi antara mahu fikir atau biar saja…

ps - limited access to internet n i can't put comments to friend's blog anymore...pity me hehehe