Friday, September 18, 2009

1430...

RAMADHAN...kali ini paling banyak menguji tahap kesabaran, setiap perkara yang dirancang atau dilakukan..tidak memberi hasil yang dijangka. Sentiasa harapan akan berakhir dengan kecewa, dugaan demi dugaan terasa sangat berat untuk aku hadapi. Sekiranya inilah ujian Mu, aku akur dan terima dengan redha...namun untuk aku menitiskan air mata, tak akan aku biar sama sekali ia mengalir....walau sangat sedih, walau hati hiba, tiada guna di sia-siakan. Sesungguhnya aku tahu apa erti hampa, aku rasa erti kecewa dan biarkan segalanya membungkam dihatiku...

Selamat menyambut lebaran yang akan tiba dua hari lagi, maafkan segala salah dan silap dalam tutur kata dan perbuatan, berhati-hati dalam perjalanan semoga bergembira di hari raya...