Tuesday, May 27, 2008

KEPANTASANKU...

SEPERTI yang dijanjikan….aku mesti cerita jugak album baru dari band sofaz ni…kepantasanku tajuknya..aku suka gambar kulit album…night photo..sesuatu yang aku belum mahir lagi hehe..entah bila la agaknya aku boleh dapat skill yang bagus dalam bidang ni, aku pun tak tahu..selagi aku takde masa selagi tu la terpaksa aku tunda hajat untuk mendalami skill ni..

Berbalik pada album ketiga sofaz ni, terlihat sedikit kelainan daripada album kedua mereka yang telah meletupkan nama mereka…sekali dengar suara are-meer (canggih betul ejaan nama dia nih hahaha) ni macam je suara armand band gigi terutama pada track 4 –bukan disini…dan keseluruhannya macam suara ariel peterpan pun ya jugak sebab suara cam malas nak bukak mulut hehe…kalau cenggitu sure kena marah ngan cikgu syafi dan cikgu siti hajar kan muahahaha…

Kalau dengar keseluruhan track dalam album ni yang ada 12, secara amnya menghiburkan, sekali sekala kita rasa macam muzik yang sama dari album kedua….sebab tu aku rasa cam ada sedikit kelainan je dari album kedua….lagu-lagu memang lain la walaupun pattern ada sedikit sama dengan album kedua…aku rasa dorang cari jalan yang selamat untuk mendengar apa yang peminat nak disamping kepuasan untuk diri sendiri….so overall ok la album ni

Aku rasa track yang selalu dengar kat radio adalah lagu dari track 4 yang dapat kat nubhan tu kan..So selain dari lagu tu, yang aku rasa best adalah lagu dari track kedua – apa yang tak bisa, track ke enam – diwaktu hidupku, track ke tujuh – kau hatiku, track sepuluh - pencari…..semua la best hahaha so bantulah industri hiburan kita dengan membeli cd original yang cuma berharga antara 27.90 – 29.90 kan…selamat berhibur dengan sofaz (cari la cd sendirikan hahaha)..so aku tinggalkan kat sini lirik dari track 6…selamat menghayati..


DIWAKTU HIDUPKU

Lelah hatiku melangkah meninggalkan dirimu
Jauh dari semua yang terindah
Ku pejamkan mataku tuk menerima semuanya
Walau hati tak pernah tuk mengerti
Berat lagi ku cuba tuk melupakan dirimu
Hatimu…bayangmu

Waktu dah pun menungguku
Tuk meninggalkanmu
Tuk kau lupakanku
Reda genggaman tanganku
Lepaskan dirimu tuk hidup yang baru

Oh..jauh ku kan mencintaimu
Di setiap waktu, tak ku lupakanmu
Oh..jauh ku kan menyanjungmu
Kukan meninggi mu
Di waktu hidupku

Aaa…selalu merindumu
Ohh..biar pun kau jauh
Hati takkan pernah reda
Untuk mencintai dirimu

lagu dari sofaz

Saturday, May 24, 2008

SAMBIL aku bermalasan ngadap tv menonton konsert terakhir AF ni, saja je aku rasa cam nak updet blog hehe...apsal lately cam rajin ek....sebab yang pertama....otak aku kurang stress..so boleh la aku relaks dan updet, so selalu yang aku berminggu kadang berbulan tak updet sebab aku punya otak beku, kalut, sibuk ngan hal lain maka hal-hal blog terpaksa diketepikan dulu hehe...boleh gitu?

Masa dengar lagu yang nubhan nyanyi dari kumpulan sofaz, baru teringat nak citer pasal cd ni, tapi bila cari-cari....tinggal lak kat ofis, so aku rasa cam tak fair nak citer pasal cd tu kalau aku sendiri tak ingat tajuk-tajuk lagu yang ada dan tak sah kalau tak sertakan lirik yang aku suka....so since jap lagi katanya riz akan nyanyi satu lagu best yang juga fav aku iaitu 11 januari....maka aku pun terasa la nak citer pasal cd ni..

Beli dah lama, rasanya hujung tahun lepas masa ke seberang, tajuk cd ni, peace, love n respect...simple tapi sangat best 10 buah lagu yang ada. Lagu nakal rasanya telah memberikan anugerah kepada kumpulan ni pada anugerah planet muzik di klcc april lepas...so sendiri tahu la kan kualiti lagu-lagu dalam ni

Suara Armand Maulana tak payah nak komen la...seksi lagi lemak merdu macam makan lemak ketam hahaha...aku suka tau, tengok video klip dia suka betul nak tengok mata dia yang redup lagi plak kalau buat jeling tajam gitu hahaha...tapi dari dulu suara dia yang buatkan aku tak lupa nak beli cd dan dengar setiap lagu dari album band gigi ni...so tak nak buang masa sebab kau nak dengar sapa juara af musim ke enam ni, kalau suka...sila la cari kat kedai, nak kirim ngan aku rasanya lambat lagi aku nak pegi seberang....aku tinggalkan dengan lirik 11 january disini...sapa-sapa yang berkenalan dan bercintaan bersamaan dengan tarikh ni sure suka giler kat lagu ni...

11 Januari

11 januari bertemu
menjalani kisah cinta ini
naluri berkata engkaulah milikku

bahagia selalu dimiliki
bertahun menjalani bersamamu
kunyatakan bahawa engkaulah jiwaku

akulah penjagamu
akulah pelindungmu
akulah pendampingmu
disetiap langkah-langkahmu

pernahku menyakiti hatimu
pernah kau melupakan janji ini
semua karena kita ini manusia

kau bawa diriku
kedalam hidupmu
kau basuh diriku
dengan rasa sayang
senyummu juga sedihmu
adalah hidupku
kau sentuh cintaku dengan lembut
dengan sejuta warna

lagu dari gigi

Friday, May 23, 2008

CORETAN DAN KENANGAN...

SEMALAM aku punya waktu untuk browsing dan baru aku tahu ada satu blog teman aku ni, rupanya telah menulis untuk terakhir kali bersamaan dengan tarikh kelahirannya…aku respek beb, ko punya keputusan….mungkin buat waktu ini memang ko rasa itu keputusan terbaik…yang bagusnya entry terakhir sangat best…macam la yang lain-lain tak best kan….beb, aku enjoy baca ko punya blog tau…abis la satu blog yang aku selalu singgah….tapi aku harap beb, ko akan mula kembali menulis segala apa yang ko rasa nak tulis….

Lepas aku lawat blog teman aku ni, aku fikir sendiri, apa sebenarnya tujuan aku masa mula-mula aku tulis blog dulu, bagi aku…hanya satu yang buat aku teruskan menulis…aku ingin coret segala peristiwa, cerita dan apa saja yang berlaku…atau rasa tidak puas hati aku..atau rasa gembira aku..atau rasa duka aku, atau rasa menyampah, marah aku…dan tulisan aku…bukan aku expect sesiapa nak baca….aku bukan menulis dengan harapan untuk dibaca….sebab tu aku tak kisah pun kalau takde sapa datang jengok blog aku, sebab aku hanya tulis untuk ingatan aku…bahawasanya pernah berlaku sesatu kejadian kat aku pada masa/waktu tu…. maklum saja, aku ni sangat pelupa dan tak mungkin akan ingat setiap butiran cerita dan kisah, sebab tu sebagai ingatan.. walaupun kadang-kadang aku jarang updet, tapi selagi aku punya cerita, kenangan, peringatan, impian…. so selagi tu aku akan ada something untuk aku tulis dan kenang atau baca kemudian hari…itu tujuan aku dan matlamat asal aku mengapa aku tulis blog…

Banyak lagi blog lain yang selain dari teman aku ni, yang sepi….mereka punya alasan sendiri mengapa dibiarkan sepi…aku respek itu….mungkin akan ada cerita baru nanti…ada tulisan baru di lain hari…

Thursday, May 22, 2008

3 HARI 2 MALAM YANG MENCABAR...

SEDIKIT update pasal adik aku, sekarang dah berada di sini….cubaan mendapatkan flight terawal berjaya so katanya sampai keadaan betul-betul pulih baru adik aku akan kembali ke yangon…

Mid may hari tu, selepas perancangan awal dibuat seawal bulan 2, akhirnya mereka yang bercita-cita nak shopping sakan selamat berada di bandung hehe….cemana tetiba destinasi tu pulak yang jadi pilihan? Ceritanya camni…

Tengah aku buat keje kat opis, kak nor telefon, tengah browsing airasia katanya, tetiba bagi cadangan nak pegi bandung, fare dalam 200 lebih je pergi balik, ok la tuh…tak sah la kan kalau tak ajak yang lain-lain….call kak tie…beriya-iya nak ikut…tetiba masa tu lak dapat sms dari yan….pun sibuk nak ikut gak…eh eh …dapat pulak sms dari hafiz…amboi…cepatnya berita tersebar kan…sampai kan adik aku yang kat yangon pun tahu hahaha….pun bagitau mana boleh tinggalkan dia, tapi dapat tahu lepas tu kawan dia akan kawin kat bandung bulan july, so tak dapat la dia nak follow trip kitorang nih…kurang sorang tambah plak lagi sorang, k.ann kawan kak tie pun nak ikut sekali….so lepas aku buat booking, kira confirm la kitorang punya trip bulan may….

Masa sampai airport tu, lagi satu surprise berlaku hahaha….ingatkan memang 6 orang la, rupanya tanpa diketahui, kawan kak nor, kak niza ni diam-diam dah buat booking flight sendiri so bila sampai airport tu tersengih je dia nampak kitorang tercengang kat dia hahaha

Sebelum sampai bandung, kitorang dah discuss dulu itenari apa…dah sah sah la tajuk dia shopping, shopping dan shopping sampai letih…sementelah dorang ni memang first time dapat shopping sendiri, kira terlepas la ni hahaha…so aku pun volunteer la jadi tour guide, tambah aku dah pernah ke situ…so jejak aje kat bandung pagi tu, terus cari hotel yang aku telah booking, nasib baik ada kawan kat sana yang baik hati tolong booking, senang sikit takyah susah-susah buat dari Malaysia…letak je beg (dorang ni siap beg dalam beg boleh gitu?) terus cari factory outlet, hotel yang aku booking memang sangat strategik, terletak di jalan Dago atau Juanda, yang memang sepanjang jalan tu terletak FO….sampai tak ingat ada berapa FO dan nama FO pun dah bercampur aduk dalam kepala…apa lagi dari satu FO ke satu FO la merayap….letih je cari tempat makan dulu, nasib baik café memang banyak kat setiap FO kat situ so tak susah cari makan….tempat kitorang lunch cum minum petang (dorang ni giler bershopping sampai makan pun boleh postpone gitu….tu yang terlajak sampai kul 3pm waktu bandung which dah kul 4pm…..lunch ke tu?) café biasa je, tapi ada banyak side order yang pelik tapi cam sedap hahaha..kat sana roti canai di eja cane (baca canei….kitorang lak baca style omputeh…so bila dapat tahu yang betul gelak sakan hahaha)…tapi yang bestnya cane ni dimakan ngan keju dan susu pekat….sedap pulak tu…dah habis makan semua decide nak balik hotel sebab tangan masing-masing dah bergayut ngan beg shopping hahaha….semua janji balik hotel mandi je lepas t uterus keluar sambung jejak FO lagi hahaha….giler kan? Kalau korang pergi ngan kitorang mau kejang kaki. Surrender tak larat punya….tapi yang herannya….semua tak rasa penat pun…dahsyat sungguh hahaha…end up malam tu balik ke hotel jam 10 malam bandung lepas makan mee kocok (memang betul nama tu tau bukan sengaja ada unsur2 sx hehe)

Breakfast di hotel sangat ok…tak sangka untuk rm100.00 satu malam (kitorang share 2 org sebilik lak tu) banyak pulak variety..simple tapi filling, cukup bagi tenaga pada pen ‘shopping’ tegar macam dorang ni hahahaha….dah janji nak breakfast awal sebab pagi ni nak pegi pasar baru…tempat untuk cari kain ela, kain batik, telekung dan macam-macam hasil tangan orang sana….boleh beli secara grosir atau pukal atau suka hati nak beli berapa….dari hotel dalam 20 min naik cab dengan tambang 30k rupiah satu cab….sampai-sampai je dorang ni terus kerumun kat orang jual kain batik….ada yang beli berdozen aku tak tahu cemana dorang nak bawak balik….nak jual kat kl ke hapa hehe….aku hanya beli telekung dan lace….kedai kain yang kitorang singgah pulak memang tengah buat sale, French lace sampai 50%...apa lagi semua tak kurang 2 pasang lace angkut…errrr standby untuk baju raya ok….kalau sesapa datang rumah raya tahun ni boleh la tengok kitorang melaram lace hahahaha cam ala-ala kalah pengantin baru gitu hahahaha…dah lepas sekerat hari kat pasar baru, ambik cab lagi, kali ni ke cimpelas….satu lagi jalan yang terkenal dengan panggilan jeans street, kat sini sebelum banyak FO kat Dago, memang terkenal la Jeans street ni….kalau nak tengok Rambo dan superhero yang lain boleh la datang sini hehe…berhenti kat cimpelas walk yang ala-ala bintang walk gitu….wahhhh memang tempat lepak moden…kat sini semua ada….kitorang makan nasi padang, dan yang bestnya lepas dah berapa banyak pinggan lauk yang kosong dengan nasi bertambah….harganya untuk 7 orang hanyalah rm70.00…boleh gitu?...kalau makan kat sari ratu kat jalan bukit bintang tu, banyak tu la yang aku bayar untuk makan 2 orang….hebatkan beza harganya….kat sini jugak, aku sempat try tapai ubi yang sangat sedap lagi manis…dorang jual sepanjang jalan cimpelas tu….aku jugak try tempe goreng yang disalut keju hehe…terasa cam kat Switzerland makan cheese fondue plak hahahaha…masih lagi tak habis ngan shopping…..dari cimpelas ambik cab lagi..kali ni, ke jalan riau, dimana lagi kalau tak ke heritage FO dan kawasan-kawasan sekitarnya….aku pernah datang ngan KA, waiem ngan sempoii…so aturcara diteruskan lagi sampai dah malam….masih tak cukup lagi, maklum la sebabnya esok pagi dah kena siap-siap untuk pulang…kak tie ngan kak nor plak sibuk cari beg extra dah takde space nak letak barang yang banyak huhu..so dari jalan Riau balik semula ke jalan Dago….imejin dari awal pagi sampai FO tutup jam 9 malam….last transaction tu dorang dah tutup lampu kedai hahaha….punya la giler shopping kan?....lepas tu baru teringat belum makan malam lagi….nasib baik restoren kat sana banyak, so singgah satu restoren ni, memang cantik tempatnya…siap ada banyak gambar-gambar artis yang dah pernah makan kat situ…yang aku kenal kris dayanti jek…best jugak la makan kat situ, aku try set nasi timbel….ingat lagi tak nasi yang dibungkus dalam daun pisang dan diletak dalam dulang bersama-sama lauk pauk….ada ayam goreng, ulam, tempe, ikan masin, daging dan sambal…masa duk lepak-lepak tu…masing bergelak-gelak ngan kerenah masing-masing….jangan tak tahu…masa kat pasar baru tu ada yang tersesat tak jumpa cari group la, ada yang kaki kejang la…ada yang kena cari atm macbine sebab tak cukup duit la...kak ann komen, trip yang paling enjoy dan sempoi yang pernah dia join…katanya asyik bergelak je sepanjang 2 malam kat bandung ni….masa tu jugak dorang ni dah sibuk-sibuk cari destinasi lain tuk shopping adventure yang seterusnya…

Memang seronok sekali sekala ( ke selalu?) jalan-jalan ngan famili camni…ada je cerita lawak, ada orang dah siap-siap plan next trip ke bandung lagi sebab duk teringat-ingat FO yang ada hahaha….errrr ada orang tu kirim something kat aku kan?....bila ya nak jumpa, katanya nak ber CCM…ko pegi la dulu yek, nanti dah free, kita bergossip ok…..errmmm…next cerita aku akan cerita pulak trip aku ke Switzerland n Italy yang sangat enjoyable rasa cam takmo balik hahahaha….

Thursday, May 08, 2008

BENCANA...

SEDANG aku masih blur dan dalam keletihan setelah tidak menjalani rutin yang normal selama 2 minggu, aku dikejutkan pula dengan berita bencana ini…Taufan Nargis yang melanda Myanmar memang tidak memberi impak secara langsung pada Malaysia pun, so apa hal plak aku nak bercerita pasal ni….ya, memang tidak memberi impak pada Malaysia, tapi pada keluarga aku memang sesuatu yang tidak terduga…sesungguhnya apabila sesuatu itu terjadi pada keluarga kita sendiri then baru la kita rasa sangat sengsara menunggu berita yang tidak kunjung tiba….

Adik aku dan suaminya baru je pindah ke Myanmar bila perpindahan kerana kerja dari Calgary, Canada…bermula dari suami adik aku yang start kerja bulan disember lepas, adik aku menyusul bulan march baru ni je…dan mana tahu selepas baru dalam 2 bulan di sana, kami semua dikejutkan dengan berita taufan nargis yang melanda yangon….ikuti cerita yang telah diceritakan oleh adik aku…errrr lupa nak bagitahu, adik aku selamat…

Pukul 12 malam hari jumaat, 2 may tu lagi adik aku dah rasa angin yang sangat kencang, dari tingkat 6 condo yang didiami, adik aku dah rasa angin yang lain dari selalu, sangat kencang beserta hujan…so dia cakap, cam best je la malam tu nak tidur hahaha….memang pun dorang tidur macam kayu (sebenarnya aku sangat bersyukur, sebab pada dinihari sabtu tu la taufan yang ganas lagi dahsyat telah meranapkan dan mengorbankan setakat ini 40,000 dan beribu-ribu yang lain kehilangan tempat tinggal)..so bila adik aku bangun esok sabtu tu, dia terkejut sebab seluruh condo basah…dengan rasa pelik terus dia melihat ke luar condo, dan terkejut amat sangat sebab keadaan yang sangat teruk….seluruh rumah-rumah pondok yang dulunya ada disekitar dah berselerak tak tahu kat mana, pokok-pokok sebesar pemeluk bergelimpangan di sana sini, menghempap mana-mana yang merintangi jalan taufan…air naik seperti banjir dan hujan masih lagi tak berhenti…rupanya kerana angin yang sangat dahsyat, air telah masuk melalui celah sliding door dan tingkap-tingkap walaupun telah ditutup menyebabkan habis keseluruhan rumahnya basah….dia bersyukur sebab hanya basah kerana dikawasan lain semua rumah atau apartment telah roboh…condominium 20 tingkat tu hanya mengalami ketiadaan bumbung kerana telah diterbangkan taufan…rumah bawah telah banjir sedikit..Cuma yang parah..bekalan letrik, air, telefon langsung terputus…itu la yang buatkan kitorang tak dapat nak hubungi adik aku tu, dan kami kat sini cuba hubungi semua..embassy atau wisma putra, semua tidak memberikan jawaban yang menyenangkan sebab mereka juga tak dapat nak hubungi consulat di yangon…

Pada hari ahad adik aku sempat call ma, tu pun dapat cakap sekejap mengatakan dia dan imran selamat, lepas tu bila kami cuba call balik talian langsung terputus sampai la selasa malam, baru dapat call balik dan dengar cerita adik aku tu….adik aku cakap lagi, hari ahad selepas kejadian taufan sabtu tu…masih ada lagi angin kencang dan hujan walaupun tak seteruk sebelumnya, dia dan suaminya pun cam orang UN plak pegi ke perkampungan yang berdekatan, sedih katanya melihat orang-orang kampong yang memang telah sedia miskin, kehilangan tempat tinggal dan semua harta benda, imagine kata adik aku, kebanyakkan mereka ini tinggal di rumah yang kalau di Malaysia boleh dipanggil reban ayam…so bila taufan sapu habis rumah mereka…apa yang tinggal? Kata adik aku lagi hari ahad tu dia nampak bantuan dari UN telah mula masuk. Ada lagi beberapa keluarga rakyat Malaysia yang bekerja dengan petronas dan lumberjack telah diarahkan pulang ke Malaysia atau Bangkok, tapi since imran bukan dari 2 company ni, takde apa yang boleh dibuat selain dari terus bekerja….office hour dipendekkan kerana untuk menjimatkan generator yang dipakai…masalah kekurangan gasoline pula bertambah selain dari masalah mendapatkan air bersih dan gejala penyakit yang semakin menular…nasib baik condo adik aku tu ada generator, untuk memasak memang tak dapat sebab setiap peralatan condo menggunakan elektrik, mujur la adik aku ada beli tempat bbq, so boleh la dia grill je apa-apa yang patut…yang bestnya…masa dia borak-borak dengan orang kat condo tu…dorang pelik sebab walaupun semua orang tak boleh nak masak…dorang ada bau macam orang tengah masak steak hahahaha….adik aku gelak sebab dah sah-sah tu dia yang duk masak…ada orang Malaysia yang berkeluarga, sementara nak tunggu keluar dari Myanmar terpaksa kena check-in hotel dulu sebab kat situ ada la sikit bekalan air walaupun di catu.

Cerita di airport lagi best….hari isnin tu adik aku terus ke airport sebab nak cuba cari flight yang paling awal keluar dari Myanmar….untuk pengetahuan, tiada direct flight ke Myanmar melalui kl dan mesti melalui transit di Bangkok…memang sebelum ni adik aku dah plan nak balik kl tapi tiket yang dibeli plak hujung may so dia pun nak cepat-cepat je la balik kl sebab kat sana pun tak ada apa yang boleh dibuat, tapi yang bestnya sampai kat airport ada 2 orang je yang bertugas….dengan airport plak masa tu ditutup…orang yang beratur nak tanya pasal flight ni punya la ramai tak payah cakap sebab semua pun sibuk nak keluar dari Myanmar esp expat…lepas dah berjam jugak beratur sampai giliran adik aku, rupanya sebab talian telefon masih terputus, sumber yang ada untuk telefon ke Bangkok hanya daripada handphone pekerja tu, sampai giliran adik aku, handphone habis bateri muahahaha….so takleh buat apa-apa la…terpaksa la adik aku balik lagi..sehingga waktu aku call adik aku which was hari rabu….aku tak tahu samada adik aku dah dapat tukar flight dia atau belum huhuhu…

So itu la serba sedikit cerita dari yangon, Myanmar….bersyukur la kerana kita masih ditempatkan di tempat yang selamat…jauhkan la dari bencana dan supaya jangan la berulang..seperti kejadian pahit tsunami 2004….