Wednesday, September 28, 2005

SELAMAT HARI LAHIR IZZAD DANIELL

ENAM tahun yang lalu...pada waktu ini, aku kat dalam ward kat Ampang Puteri Medical Centre..hmmm as usual, Dr. Jemilah (sekarang Datuk)..mesti tengok muka masam aku sebelum aku ambik epidural...hehehe sorry la ye doc..dah memang sakitkan, nak buat cemana..memang ayip dah janji, kalau aku pregnant lagi, dia takkan bagi aku rasa labour pain pun (macam la masa ammanda dulu, aku rasa pun..apa taknya..epidural kan ada ahakkksss)..so epidural je la penawarnya...

Dah dapat tu, relax je la..siap kul 12.00, ayip belikan aku macam-macam makanan.... ye lah dia cakap..nanti aku dah tak leh makan macam-macam untuk masa yang lama, tak larat dia nak dengar aku bebel..so belikan je la..nasib baik ma ada masa tu..so ma la yang temankan aku makan..

Dah dekat dalam pukul 2.00pm tu, midwife datang kat aku..bawak gi labour room..ohhh..it's time already, masuk je labour room..Dr. jemilah datang dan pecahkan waterbed..dia cakap, ok la dalam 1 jam lagi selamatla...hmmm pandai betul dr. tepat pukul 2.56pm, Izzad Daniell pun selamat dilahirkan dengan berat 2.85kg..kurang sikit dari Ammanda (mana taknya..aku takut perut aku besar sangat..so makan pun beringat je hehehe)..masa baby keluar, ayip tetiba cam terasa pening..tapi sebab dr. jemilah dah bagi tugas potong tali pusat..dia cerita, dia gagahkan jugak buat tugasan dengan cemerlang..nasib baik dia tak sambut baby as suggested by dr...kalau tak..hmmm tak taulah apa dah jadi lepas tu...

Izzad baby yang paling senang sekali aku nak jaga...tak nangis malam, siang tidur je..memang tak banyak kerenah compare dengan girl..tapi sejak 6 tahun ni, aku rasa dia paling manja...kakak brutal je, dia ni siap ada bantal busuk yang dia panggil pupu...tidor mesti nak cium pupu, aku ingat ada sekali tu pupu dia tertinggal dalam bilik aku, jenuh dia telefon aku kat ofis, suh balik bukak pintu bilik aku sebab dia nak ambil pupu dia..hehehe..last-last ayip yang balik..see..sapa yang manjakan terlebih..bukan aku kan..tapi ayip selalu claim, izzad baby manja mama..ye la..apa saja la...dia memang attached ngan aku sikit compare dengan ammanda yang mesti nak menepek je kat ayip, sampai la sekarang ni...

sempena hari lahir izzad yang ke enam ini, aku berharap agar anakku akan membesar menjadi seorang yang bertanggung jawab, mendengar kata kedua ibu-bapa, sentiasa berfikiran positif dan ada semangat juang yang tinggi..wahhhh tingginya harapan aku..tapi rasanya semua parents akan rasa macam tu pada anak-anak..aku tak terkecuali..pagi tadi, Izzad nangis tak nak gi sekolah..sebab dia nak ajak aku gi beli kek..alahai manja mama...nanti petang, mama belikan kek yang paling best, boy boleh pilih nak yang macamana ok..tapi hari ni mesti sekolah dulu, then baru boleh dapat kek best....

selamanya aku akan rasa izzad masih lagi seperti baby yang mula-mula keluar dan diletakkan diatas perut aku..terasa kehangatan dan serta-merta aku rasa ada aliran kasih yang mendalam....

Tuesday, September 27, 2005

MASIH BELAJAR.....

KITA lupakan saja la apa yang terjadi hujung minggu lepas..aku hanya harap ianya menjadi pengajaran kepada pihak yang berkenaan..next time kalau nak tiru sangat rancangan dari negara barat...kena la tengok atau buat la survey dulu kan..masyarakat kita camna, kena la ambik kira rakyat yang berbilang kaum ni..bukannya main tiru je..orang ada rancangan bagus..nak buat jugak..last-last bagus ke...

ermmm..banyak jugak perkara yang terjadi pada minggu lepas..sepertinya hari ahad aku temankan dorang gi Sepang..panasnya..tak yah cerita la, tapi kalau dah gi dengan fanatik..cakap pun tak guna la kan..dorang nampak relax je discuss pasal moto..yang aku lak..hmmm, nasib baik la dah beli food..kira ok la, so aku makan dan minum..

tapi aku geram jugak dengan orang Malaysia ni..nak kata tak educated, malas dan apa benda lagi yang negatif..cepat je melenting..tapi sebenarnya tu lah hakikat..aku geram bila dorang yang menonton ni..bawak bekas minuman atau bekas makanan sama-sama, tapi bila nak balik kenapa tinggalkan je kat situ..takde kesedaran sivik ke nak bawak keluar sampah tu dan letakkan ke tempat yang sepatutnya...hmmm..aku lupa lak yang matapelajaran sivik atau tatarakyat dah lama tak diajar kat sekolah..patut la...susah betul nak ajar orang yang 'pandai' kan..semua sama je..baik yang remaja mahupun yang ada bawak anak-anak..aku pun cam wonder jugak..yang ada anak-anak ni..tak kisah pulak buat selamba depan anak buang sampah merata-rata ye..sebab aku bagitau ni..kalau aku la, mesti dah kena ngan ammanda atau izzad..dorang akan selambanya tanya aku cam ni.."mama..boleh ye buang sampah kat mana-mana?"..tak pun dorang akan cakap macam ni "mama..kat sini takde dustbin ye nak buang sampah"..haaa camana nak jawab tu..sampai bila kita nak educate orang ramai tentang kesedaran sivik aku pun tak tahu...nampak macam tak jalan je..kalau yang ikut pun berapa kerat la sangat..bagi aku senang je..kita sepatutnya beringat..tunjuk contoh kepada orang yang terdekat dengan kitakan..entah la..aku pun dalam proses belajar..dan aku mengaku tak semua pun aku ikut..tapi..entahla..

so last week, walaupun Rossi dapat tempat kedua..tapi dia dah disahkan menjuarai motogp buat kali ketujuh kalau tak silap..F1 pulak, walaupun Montoya juara tapi rasanya Alonso akan menjadi pemandu termuda memenangi kejuaaran tahun ini...Peminat bolasepak tempatan terutama penyokong Selangor bergembira sebab Selangor menang...

Saturday, September 24, 2005

EXPECT THE UNEXPECTED?

SEMALAM...memang boring abis, tak tahu nak buat apa..selalunya kalau malam je, pukul 8.30 malam aku dah ngadap tv8 tengok cerita favourite korea aku..tapi semalam dah abis la pulak..rupa-rupanya..Malaysian Idol Final...hmmm...memang aku langsung tak ikut MI ni, kalau kebetulan tertekan channel masa jumaat malam tu, ada la aku tengok..kalau tak, aku pun tak tahu dah sampai final hehehe...

since aku pun boring takde cerita best nak tengok, aku ambik keputusan nak tengok la final ni...so 8.30 tu start dengan red carpet session la kononnya...hmmm..apa yang dapat aku simpulkan..even artis pun macam kurang bagi sambutan sebab yang ada tak ramai pun datang..mungkin dorang yang lebih glamer ada banyak dinner show atau jemputan lain yang lebih penting dan semestinya bukan free sajakan...

wah..kat dalam stadium memang ramai..ok jugak la nita ngan daniel punya penyokong..macam sama rata..tu yang pengkritik cakap..saingan memang macam sama, so tak boleh nak pastikan siapa yang akan menjuarai MI kali ni..persembahan dimulakan dengan 'king of falsetto' hehehe..jangan gelak tau..ni bukan aku yang bagi gelaran ni..tapi aku pun tak tahu sapa....lagu baru untuk MI 'mimpi' ditulis oleh Pot dari kumpulan Innuendo...aku suka lagu ni..tapi kalau dah daniel yang nyanyi..tak reti nak bagi komen..yang aku tahu dia memang tak jaga pitching...tapi lantak la kan..janji fan dia terhibur..waktu final bukan masa untuk kritik pitching ke apa kan. tu jugak yang aku dapat rasakan pengkritik fikir malam tu..semua bagi komen postitf..ok la tu..

lepas daniel, nita keluar dengan lagu berhenti berharap..ni lagu pilihan pengkritik..kata nita dia tak tahu kenapa dorang pilih lagu ni tapi mungkin pengkritik suka dengan persembahan masa peringkat spectacular tu kut, nita nyanyi memang lebih baik dari daniel, walaupun aku kurang suka lagu tu dikerat-kerat...masa tu jugak teringat si anak ikan kak aidid, kefli...hmmm aku rasa malam di putrajaya tu lagi best hehehe..

lepas tu daniel muncul lagi dengan lagu heaven knows..hmmm i rest my case la..memang aku tak reti dah nak komen apa budak daniel ni...agaknya sebab aku terlampau khusyuk sangat mendengar..sampai bila aku sedar tu...dorang dah habis nyanyi 3 lagu masing-masing...laaaaa tertidur la pulak..hehehehe..see betapa tak terhiburnya aku dan betapa hambarnya final Malaysian Idol kali ni...so please la 8tv, for the next MI, if any...buat la pemilihan peserta yang sesuai dan betul-betul boleh membawa cabaran negara sekiranya ada World Idol...

Aku switched off tv, pas tu sambung tidur..lagi baik..harap-harap dapat mimpi gapai bintang lagi baik hehehe :-)

Thursday, September 22, 2005

NOSTALGIA

MOTOR GP 2005 kembali lagi ke Sepang pada 23-25 September ini..as usual, peminat motor mesti takkan lepaskan peluang nak melihat aksi favourite masing-masing live kat track kan..hmmm sama la yang kat rumah tu..baik ayip mau pun sparing partner dia..sapa lagi kalau bukan izzad..favourite mestilah Yamaha R1 yang nombor 46 tu (yang ni tak leh cakap depan ayip..nangis dia nanti teringat motor dia hahahaha)si Valentino Rossi la kan..so dorang ni dah pakat dah nak gi trek mula dari jumaat sampai sabtu...ye la tu aku cakap..tenguk nanti hari ahad je lah yang dorang pergi..

Bila dorang sibuk borak pasal motor ni, aku pulak terus teringat kenangan masa aku mula-mula pandai bawak motor dulu hehehe..masa tu kalau tak silap, aku umur 14 tahun kut..masa tu cousin aku, sarah tinggal sama kitorang, bila dia nak balik umah dia kat Sungai Padi, Narathiwat..kitorang (aku ngan kak Tie) sibuk gak la ikut dia balik..ayah ok je maklum la anak dia nak gi jumpa atuk kat sana...

Kalau ke rumah atuk aku, memang best sebab kitorang memang manja habis..apa je nak cakap je kat atuk, gerenti dapat..masa tu aku ngan kak tie ngan sarah ni kengkononnya jeles la tenguk budak-budak kat sana pandai bawak motor..apa lagi mintak la ngan atuk nak pinjam motor..nak belajar la..atuk ok je..nasib pulak baik sebab abang sarah ada, so dia la yang tolong ajar kitorang lebih kurang..lepas tu..apa lagi sorang-sorang la kak tie, sarah ngan aku cuba bawak..yang bestnya...kejap je kitorang dah pandai bawak..cuma aku ni kecut sikit part nak berenti kat tengah jalan bila nak masuk simpang ke apa..hehehe tapi sebab tak nak kalah kan so buat-buat je la berani..mana taknya budak-budak kat sana yang umur macam ammanda tu dah cam mat rempit kalau bawak motor, pas tu tak pakai helmet lak tu hehehe

balik rumah je kitorang pun eksyen la cakap dah pandai bawak motor..masa tu..mintak la ngan ayah nak pinjam motor dia nak pusing-pusing kat kawasan umah..ayah tak kasi pun ambik je kunci..tu aku ngan kak tie punya idea la ni..so aku pun bawak motor tu dan kak tie duk belakang..nak jadi cerita..masa kat simpang empat..aku ni kan tak reti sangat nak berenti..so aku terus je la korner..tapi entah cemana tah..aku takleh nak control motor tu..terus laju je masuk longkang kat tepi...nasib baik longkang tu bukan longkang konkrit..kalau tak aku rasa dah pecah kepala aku kut hehehe..dah la kat simpang tu pulak ada macam kedai minum..habis orang kat situ berlari-lari nak tenguk apa dah jadi kat kitorang..siap ada satu pakcik tu cakap..patut la..tadi dia cam nampak satu motor melintas..pas tu ghaib cam gitu je hahahaha...tak abis-abis dorang ni gelakkan kitorang..bukannya nak tanya sakit ke tak...tapi aku rasa dorang pun tak leh nak tenguk kalau ada luka sebab kitorang dua orang penuh selut satu badan hahahaha...

sampai sekarang ni, kalau aku jumpa kak tie bercerita pasal kisah ni..mesti gelak tak hengat...lucu nostalgia ni..sekarang ni, aku still ada skill lagi nak bawak motor ye..hehehe..kepada sesapa yang ke trek sepang weekend ni enjoy the race.. :-)

Monday, September 19, 2005

ANUGERAH ERA 2005

HMMMM....bukan nak komen atau ulas pasal anugerah ye...kalau nak baca komen atau ulasan, sila lah ke blog lain yang dah ulas dengan lengkapnya beserta dengan gambar-gambar menarik sekali...hehehe..kat blog ni, tak secanggih dorang..so sorry pada mereka yang mengharapkan ulasan seperti itu..

sebenarnya aku nak citer, cemana aku boleh terpergi lak ke anugerah era yang sebelum ni, aku menonton melalui tv atau mendengar melalui era saja..aku rasa ni semua gara-gara fanatik ckin la ni..samapai aku pun terjebak sama hehehe..ckin jangan marah arrr.

masa aku kat jakarta tu..aku terima call dari Bad, dia jemput aku ke anugerah era, so aku cakap ok la...thanks bad kerana sudi menjemput aku..walaupun tak jumpa malam tu, tapi kitorang kat atas nampak je bad tengah busy kat bawah tu..cam jadi penyambut tetamu lak hehehe

so malam tu aku dapat jumpa ngan member-member lain yang agak lama tak jumpa seperti cikanos, linb, izreen, waiem, kak aidid, nhk, ckin, nart, leen, niwanda, sempoii, adik reen yang baru kenal dan jumpa, rose..aku dengar yang lain pun ada cam darlinglara..tapi takde rezeki pulak nak jumpa dorang..takpe la..next gathering lak kut hehehe

I did enjoy myself...bersama teman-teman yang sporting, masa memula nak masuk stadium..kena la pulak berbaris..pas tu asyik kena sekat je ngan pak guard jaga pintu tu hehehe..dah masuk-masuk tu wow..gayatnya..aku ni memang takleh duk tempat tinggi..gayat giler pastu cam bersesak la pulak nak duk kat row yang dorang dah sediakan tu..so aku, nart ngan ckin duk seat yang atas sikit..lega sikit tempat tu..walaupun kurang dengar apa yang dorang cakap dan aku ni sedikit rabun..thanks to nart ngan ckin yang bagitau aku artis sapa-sapa hehehe..kalau tak rasa cam dengar era je la ahakssss...

Lepas abis tu, kitorang pun lepak kat awan besar..ada citer kelakar sebab order makanan dua, boleh sampai satu je hahahaha...pas tu syok tengok gambar dorang kat gathering mawi..siap ada gambar hitam putih lagi cam ala-ala filem 50 an gitu...hmmm overall seronok sangat malam tu..terima kasih sekali lagi untuk bad..dan terima kasih juga untuk teman-teman... :-)

Wednesday, September 14, 2005

KESIBUKAN BERPANJANGAN...


Lily, always my favourite...

PENAT prepare report tak hilang lagi..aku kena lak prepare materials untuk akunya next outstation...walaupun hanya ke Malaysia Timur..tapi banyak benda kena prepare..pas tu aku geram gak ngan staf yang buat booking flight aku ni..flight details aku dah bagi sebelum aku gi jakarta hari tu lagi..tup tup dia belum lagi buat booking, hari ni sepatutnya dah kena issue, ada yang tak dapat confirm... geramnya aku..tapi sabar je la sebab aku puasa hari ni..kalau tak mau gak aku laserkan budak ni (hehehe macam la selalu buat..paling teruk pun aku buat sour face je)

So besok pepagi lagi aku jejak lagi kaki ke KLIA sampai hari jumaat, so takde la aku nak update sampai weekend ni ya..oh ya, hari sabtu ni Anugerah Era kan, kepada yang terlibat..enjoy your work, kepada yang terlibat sebagai penonton lak...enjoy ya..harapnya sapa yang korang vote tu menang la..kalau tak menang bukan dorangnya rezeki ye..ingat semua fanatik..jangan nak tuduh-tuduh orang lain lak nanti..

Selamat ber weekend dan see you all next week :-)

Tuesday, September 13, 2005

HAMPIR TERTUNAI....

HARI ni aku tunaikan sesuatu yang dah lama aku tangguhkan...disebabkan banyak sangat kerja dan waktu yang selalu tidak mengizinkan..eh aku cam cari alasan je, tapi sebenarnya bukan...tak pernah aku nak elakkan, cuma bila masa dah terdesak, baru aku rasa cam kalau tak buat ni, sure tak sempat...ye lah kalau dah diwajibkan ke atas kita...cepat atau lambat, busy atau malas..mesti kena buat..hmmm..yang aku maksudkan ni menunaikan puasa ganti bulan Ramadhan..hehehe..aku tinggal lagi 2 hari belum abis..tu pun salah aku jugak sebabnya tak terus nak buat last year. sepatutnya masa aku ganti 6 hari tu bersama dengan puasa enam..aku teruskan je la ganti lagi 2 hari kan..ni tak..tetiba leh cakap kat diri sendiri, penat dah..nanti je la yang 2 ni..

pejam celik..tup tup dah tinggal lagi beberapa hari nak start bulan ramadhan..aku lak..ada banyak lagi outstation yang terpaksa aku pegi...tetiba cam gabra, sempat tak aku ganti ni, padan muka aku..tu la pasal hari ni aku start akunya mission..ala 2 hari je kan..apa la sangat..orang yang kat negara yang hidup kebuluran tu kalau seminggu tak makan..tak de pun mati..tapi sebenarnya bukan pasal aku takut kelaparan sebab aku tak ganti lagi puasa ni..lagipun itukan salah satu hikmah puasa...belajar merasai kesusahan dan menghargai nikmat kehidupan yang telah diberikan.

Aku ingat kacang je nak ganti puasa ni rupa-rupanya, banyak pulak dugaan yang menanti..contohnya aku gi kat sini, mana tau nak jumpa ngan beraneka favourite dish aku kat situ..hehehe terus cam nak gi port klang dan dan ni gak..pas tu kan banyak lak yang kacau..hehehe biar aku rahsiakan je lah sapa yang kacau kan..

So sementara Sya'aban masih lagi bersisa...jom kita ganti puasa ramai-ramai..hmmm..apa juadah yang best untuk aku berbuka hari ni ye.. :-)

Sunday, September 11, 2005

KENANGAN....

(perhatian:kerna aku baru saja balik dari seberang..makanya diminta bapak-bapak, ibu-ibu, mbak dan mas sekalian menukar bacaan kepada bahasa indonesia ya hehehehe)

Aku kemari lagi ke kota metropolitan jakarta ini, sesampai kaki ku ke airport Soekarno Hatta atau Cengkareng...diberitahu bahawa jakarta mengalami jerebu... waduh..gi mana ya..sepertinya jerebu dan aku tidak dapat dipisahkan...dimana aku disitu jerebu ada...heran..

telah ada teman-teman yang nungguin aku, wening,ama,faizah,elly, pak arie..kamu sekalian banyak membantu dan nemanin aku sepanjang di sana...sungguh aku terhutang budi...sekiranya kalian kemari..jangan lupa beritau kerna aku bisa aja jadi tour guide kalian..ama..katanya mau ketemu 17hb ini kan...nanti bilang dimana kamu nginap okke...aku kan ada titipin something hehehe...

Kerna kedatangan aku kesini adalah atas urusan kerja..makanya..nggak banyak masa dihabiskan untuk libur...namun..aku sempat jugak mencuri waktu untuk ke beberapa tempat yang kukira tempat yang mesti pergi sekiranya kemari...visitasi ku ke UI jugak merupakan satu urusan kerja yang ku kira sempurna sekali..sekali lagi bertemu dengan pak ronny, Chaerul dan vita menggembirakan sekali sambil meliat kehidupan kampus...aku terkenang saat belajar dulu...teman-teman sekerja yang baru dikenali juga begitu menyenangkan...dwi rini dan fika...nanti kita sama-sama ber ym ya hehehe..banyak sekali ingin bicara..

di akhir hari kunjungan ku...wening udah membuat temu janji ke satu tempat yang dipanggil Griya Ambiri Salon..letaknya di Tebet Barat, Jakarta Selatan..wening bilang..bagus kiranya aku dapat mencuba perawatan di sana..aku bilang aja okke, lalu aku mencuba package perawatan.."timung" ...wah..setelah dicuba ternyata nyaman sekali..timung ini sesuai sekali untuk mereka yang ingin ber nikah..wah seperti pengantin baru....dengan masa perawatan 3 jam beserta manicure dan padicure..memang berbaloi sekali..harganya?....Rp90,000 dan manicure dan pedicure Rp 45,000. hmmm..kiranya kalau mau kesini..bilangin aja ya..teman-temanku sedia aja membantu...

Aku pulang dengan seribu kenangan yang manis...apa lagi sepanjang disana..aku bertemankan sms yang memang ku tunggu... :-)


(nota : RM1=Rp2900)


Hari ini aku bangga dalam kesedihan, aku gembira dalam tangisan....semoga kejadian september eleven tidak akan berulang....

Tuesday, September 06, 2005

CUBAAN MERASA....

SEMALAM...kak nor called, suruh aku gi rumah dia...kak nor baru balik dari kampung dan ma ada kirim buah-buahan kat anak-anak dia yang di kl ni. ada rambutan, duku dan dokong..langsat je takde..tak tau la pulak kenapa ayah tak tanam buah langsat dulu..hehehe agaknya sebab langsat tak semanis duku ngan dokong kut..ntahla..aku tak tau..yang aku tahu, makan je..sampai rumah kak nor..wahhhhh banyaknya..ni cam boleh buat berniaga kat pasar malam ni..dah la kena bawak balik untuk kak tie sekali..hmmm, kaknor update aku pasal umar..ma sekarang ni seronok la ada umar kat rumah...kata kaknor..umar baik sangat..tak nangis pun..ye la tu aku cakap..tunggu la dia besar sikit lagi, baru tau..hehehe..saja je..semalam aku rasa tetiba je nak balik kampung..rindu dengan ma, ayah dan suasana kampung. lama sungguh aku tak balik sana, seingat aku last aku balik masa raya kut..itu tahun lepas kan...hmmm busy sangat ke aku sampai tak ingat nak balik...teruknya rasa..nasib baik ma selalu datang sini..tu yang aku tak terasa sangat kut..tapi kalau diberi pilihan nak aku balik sekarang jugak...

Lepas singgah rumah kaknor, aku decided nak balik ikut Middle Ring Road..senang sikit dan rasanya tak sibuk sangat..betul sangkaan aku jalan lancar je..tetiba tu aku teringat ada satu restoran yang diceritakan oleh orang ni, terus rasa nak cuba masakan kat situ sebab memang aku ada cakap nak singgah kalau secara kebetulan lalu kat situ..so aku pun ingat balik la peta yang dilukis..dan berjaya mencarinya..senang sangat sebab memang kat tepi jalan..lagipun tempat tu memang shoplot baru..so memang senang cari.

Sampai kat sana..aku plan nak tapau je la makanan tu..tenguk menu takde la banyak sangat tapi menu dia macam gabungan masakan kelantan dan terengganu sebab bila aku baca menu dia siap ada tulis resepi asli orang yang membuatnya pas tu mention kelantan la terengganu la...so aku assume je la makanan dia gabungan kelantan dan terengganu..hmmm relevannya...aku tapau nasi dagang lauk ikan dan ayam pas tu nasi kerabu biasa dan lauk ayam..dan juga bila aku nampak sata..aku tapau sekali..sebenarnya..sata tak popular di kelantan tapi entah camana aku boleh berminat kat sata ni pun aku tak tahu...tapi ada sikit persamaan dengan inti solok lada yang ada kat kelantan tu..agaknya tu yang buat aku suka kut...sata ni macam sedap la pulak kalau campur ngan nasi kerabu tu nanti kan hehehe...tapi sedap jugak kalau dimakan cam tu je..

So dah tapau semua tu..cecepat la balik sebab tak sabar nak rasa...aku rasa nasi kerabu sikit pas tu nasi dagang sikit, pas tu rasa sata jugak..hmmmm..memang sedap, kuah pekat..tapi bagi aku masakan dia sedikit manis..aku memang tak suka rasa makanan manis..tapi mungkin trademark orang pantai timur kut...boleh la tu..tapi masa makan tu aku teringat la nasi dagang dan nasi kerabu yang ma masak..lagi sedap..terasa lagi nak balik kampung..sabar je la kan..nanti raya ni aku balik la..lama-lama pun tak pe hehehe..

So kepada kengkawan yang nak merasa makan di nasi dagang house tu, makanan dia memang ok dan harga pun berpatutan...mungkin lepas aku balik outstation nanti kita boleh gi makan beramai-ramai...jom :-)

Sunday, September 04, 2005

PERHENTIAN

WEEKEND yang memenatkan aku rasa...mana taknya..aku cam berlakon cerita 7 perhentian je rasanya (aku tak pernah tengok cerita tu ye..so tak tau hujung pangkal kisah dia)..aku balik BP weekend lepas, masa nak balik ke sini..banyak pulak la tempat persinggahan aku..perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama lebih kurang dua jam setengah ke KL dah jadi enam jam lak...rasa cam balik kampung pulak..kalau aku tau nak jadi cam ni baik balik kampung aku je...eh apa yang aku bebelkan ni ye..hmmm takpe lah memang aku nak bagi tau bahawasanya aku penat giler...

Aku tahu ramai kawan-kawan yang pergi menonton konsert reunion jumaat malam tu kan.. sure terhibur..katanya konsert yang paling best..ada jugak yang ke gathering kaer kat ampang..hehehe..scov siap turun dari penang lagi semata-mata nak berjumpa dengan anak ikan dia, pas tu ada pulak yang sambung sampai ke ahad malam tu sebab ada gathering mawi..aku awal-awal lagi dah dapat sms dari peminat mawi yang dari brunei tu hmmm sapa lagi kalau bukan ckin hehehe...seronok ya dapat jumpa mawi..entah bila si ckin ni sampai ke kl pun aku tak tau..tup tup dah ada kat sini dan dah dapat jumpa mawi masa latihan untuk gathering tu..

apa-apa pun aku tau kawan-kawan aku semuanya seronok dihujung minggu lepas..ada yang dapat jumpa idola..jumpa anak ikan..jumpa kawan-kawan lama..dan jugak jumpa orang yang dirindu..ok la tu kan..semuanya berakhir dengan keceriaan dan kegembiraan..semoga berpanjangan hendaknya..

aku pulak...akan hanya ada di ofis sehingga hari selasa...dari hari rabu sampai weekend aku akan berada di seberang..so kalau aku tak update tu jangan komplen ya, aku takde kat rumah..tapi tengok la..mana tahu kalau aku rajin nak cerita..aku update jugak walaupun dari jauh...kepada teman-teman...aku balik nanti boleh la kita lepak-lepak lagi, take care dan jangan nakal-nakal.... :-)