Thursday, April 27, 2006

BUAT BAIK DIBALAS BAIK...TAK GITU?

OFIS aku sekarang ni dalam proses nak diubahsuai…so far level 1 dan level 2 dah settle..tinggal lagi balance dari level 3 ke level 5…kerja-kerja akan start minggu depan, so admin manager ni pun sibuk ler ke hulu ke hilir..nak tengok mana-mana yang patut untuk diubahsuai atau dikekalkan..nak jadi citer, semalam tetiba dia datang kat aku…dia sudah cakap sama aku, dia akan pecahkan satu dinding kat department aku sebab nak besarkan satu department lagi….hellllloooooo….excuse me…apehal tetiba takde angin ribut..pokok ala-ala nak tumbang lak..so aku pun bagitau sama dia la…bila lak dia plan nih?..apsal tak consult aku..so aku cakap…no way….aku tak setuju….hehehehe..dia pun dengan bengangnyer..cakap kat aku..kalau tak setuju cakap je la kat COO tuh…hahaha..apa..ingat aku takleh cakap sama itu COO ka…ingat bila dia cakap cam tu aku ada takut ler….silap orang la kan….

Dengan tidak berlengah….terus aku pegi jumpa COO tu….sori…takde intro…aku stret to the point…apsal nak pecah..bla bla bla……..tak bagitau aku? (buat muka ala-ala series muahahaha)…COO (cum tea lady..itu kitorang bagi gelaran kat dia..sebab lorat semacam…semua hal dia nak ambik tahu…padahal aku bukan report kat dia pun…tu yang ala-ala berani tu hahahaha) pun bersori mori la ngan aku….dia kata bukan tak consult aku, tapi arrrr…that day arrrr…you were not around..so we asked m…..(staf aku)..she said, ok lorrrr…not need door so can take down la…(aiyah ini ah so kan…nama je ada professional qualification…toastmaster member lagi tu..tapi kan cakap..sebijik like tea lady one hehehe)…aku cakap balik…takde orang pun cakap ngan aku apa-apa..so aku tak tahu apa-apa pun sampai ler admin manager tu kasik tahu…then aku terus belah je la…malas nak layan…

Tengah aku dok sibuk melayan seorang caller (cam deejay radio lak, tima kasih ler poii call aku pasal skype tuh…memang hampeh, aku malas dah nak try..ko pegi je la berjogging menguruskan badan..bior ler aku kat opis sengsorang nih huhuhu)tetiba tuh datang ler pulak si admin manager ngan COO nih lagi…ish apa ler lagi, takleh tengok aku senang nak bergayut kat phone lelama..padahal bukan waktu ofis pun…siap buat signal-signal nak cakap ngan aku…terpaksa ler aku cut short akunya chat ngan poi hehehe….dorang pun dengan muka-muka ala-ala concern (pandainyer korang berlakon ekkk) mintak ler pendapat aku cemana nak buat layout department aku…

Dah orang bagi peluang kan…apa lagi hehehehe…aku tanya apa dorangnyer plan….so pot pet pot pet la dorang citer…..orang nih nak kena alih ke sana..department nih nak ada orang baru, kena buat partition lagi bla bla bla….ooooo…okke….aku pun bagi cadangan ler…part ni ler yang best…..sebab masa tengah discus tu, aku sudah dapat tahu..rupanya budak IT sudah request satu tempat cantekkkkk untuk dorang…ooooo banyak cantik muka….aku pun dengan selamba…terus dapat idea (terus terasa cam dah keluar tanduk muahahahaha)….korang blok akunya pc ye..haaaa….sekarang ini jugak aku balas apa yang korang dah buat untuk aku…..(sambil-sambil nyanyi….lu cilok gua..gua cilok lu muahahahaha) aku pun bagi cadangan baik kat S (admin manager tu ler)….cadangan aku of course la tak kasik can langsung kat IT nak dapatkan tempat yang di cop tu kan..instead aku suggest kat S letakkan dorang kat tempat yang tak best and si kepala IT tu letak kat depan bilik boss muahahahaha….si S nih pun sungguh aku tak sangka sangat suka dengan cadangan aku sebab dapat jimatkan lagi cost untuk renovation ini…dan yang paling penting sekali department aku tak terjejas langsung..malah mendapat make over (refurbishment ler) yang bagi faedah kat semua staf aku yayayayayay….mek suker…puas rasa hati dapat kenakan balik orang IT yang suka nak kacau orang cam takde keje lain…len kali….jangan cuba nak kacau-kacau….ko tak kacau aku, aku takkan kacau ko, tapi kalau dah ko usik aku, merasa la kekdahnya kan muahahahaha

Wednesday, April 26, 2006

TAKDIR...


SETIAP yang bermula pasti akan berakhir…(tapi aku tak nak berakhir lagi huhuhu), setiap yang datang pasti akan tinggalkan kita..chewahhhhh..jiwangan lak..hehehe..hari ni aku buat entry khas untuk aku yang kuciwa kerana dah takleh berchat ngan kengkawan siber aku huhuhu….dulu aku ada citer kan….memang aku nih tak geng ngan orang IT…nyampah aku tahap dewa kat dorang (kumpulan dewa tuh je yang aku sukak hehehehe) so jumaat tu, seperti biasa datang opis je..bukak pc dan teruskan on meebo…kalau korang nak tahu..sebelum nih lagi IT dah block ym tau..tapi kitorang (yang sejiwa ngan aku kat opis nih hehehe) pepandai ler kan carik jalan lain..dapat ler masuk ym thru meebo..apa lagi berchat tak hengat dunia la kan…then pepagi jumaat tu..tetiba bila aku bukak meebo je..keluar…access block…huarrrrgggghhhhh….terus meroyan aku pepagi tu..dah ler tak sempat buat bekpes lagi…memang nak kena betul…okke..jangan panic…terus contact member lain…dah sah…konpem…memang meebo sudah di block oleh orang IT itu..

Weekend, masa gi ngaji…aku ngadu ler kat dorang..so waiem sudah bagi cadangan…eh poi leh download skype..kira cam ym gak ler walaupun masih ditahap mentah hehehe..so aku dengan senang hati pun berkira-kira isnin mesti contact sempoii untuk tolong laksanakan misi aku ini..hahaha..sanggup tu kan..tak kira ler..

Isnin datang…sempoii aku sms…tengah dok kalut-kalut tuh ada emergency lak (refer entry sebelumnya), so projek ditangguhkan…dalam hati rasa konfiden jek sebab sempoii kata belum pernah ler dia dengar citer skype pun kena block..siap e-mel aku supaya aku leh run program tu hehehe

Selasa datang…aku masih ler lagi dok terkial-kial ngan menda nih..dah cuba buat semua menda dah..langsung tak dapat…dah sekerat jalan..tetiba takleh sebab access denied…hampeh betul..rasa sangat keciwa…tambah-tambah lagi dah janji ngan poi nak buat sampai berjaya….tapinya…dukacita belaka….kak aidid pun macam-macam suggest kat aku, buat itu ler…bukak ini ler…semuanya tak leh ahkak…mek kuciwa muahahaha.

Moral of the story….dah tiba ler kot masa untuk aku konsentret buat keje yang memang tak abis-abis nih..alamak camni jadi kuli sepenuh masa dah la…dulu tu, boleh gak buat part time jadik chat engineer macam orang tu hehehe…kak aidid suggest buat je la tagboard kat blog nih…..tapikan…aku nih jenis yang ala-ala pemalu nak chat kat blog sendirik…bley pakai tak alasan tu muahahaha….

Tuesday, April 25, 2006

EMERGENCY...

WEEKEND…aku selamat pegi ngaji..berdebar gak ler first day tu..masuk kelas ustaz shah tu baru lega sebab dia baik walaupun pegang rotan hehehe….classmate aku, mokcik-mokcik….adik kakak semuanya baik-baik dan peramah..ada sorang mokcik nih memang peramah abis..selalu kena tegur ngan ustaz sebab ceria sangat dalam kelas, biler suh baca…baru kalut hahaha..cemana pun aku enjoy dengan dorang dan kelas tu dan harap selagi terdaya dapat hadir….

Lepas abis ngaji…sabtu tu ada tugasan lain hehehe…mana kita?...memula minum dulu sebab tak bekpes..lapa tauuuu, pas dah kenyang dan matahari pun cam terangggggg je..tak reti nak beransur ke kan..aku, waiem ngan kak aidid yang setia menunggu kitorang hehehe..i lap u ahkak…plan ler pegi ke arked s n m itu, tujuan hanya satu…nak carik vcd/dvd citer korea, jepun dan sewaktu dengannya hahahaha…apa lagi sampai je, tangan laju je milih…..last-last sorang-sorang penuh ler beg plastic ngan citer peberet memasing (jangan luper arrrrr….ikut turn tau mao pinjam hahahaha)

Semalam, pepagi lagi aku dah kacau orang ni..hehehe…nak buat satu eksperimen (sampai sekarang tak jadik lagi huhuhu)..pas tu tengah dok sibuk-sibuk berbalas-balas sms dan tunggu mel..tetiba, cikgu sekolah izzad call, suh aku dating ambik izzad sebab cikgu cakap dia tak sihat..alamak..apsal ekk, pagi tu dia ok je Cuma batuk, tak berlengah aku terus balik, sampai kat sekolah aku pegi pejabat, tengok kat sana dah ada izzad ngan ammanda…nampak sangat izzad letih..tanya ammanda..apa citer?..girl citer masa assembly pagi, izzad pening sangat so, dia nangis..nasib baik barisan sebelah tu kelas ammanda, so kakak pun cepat-cepat panggil cikgu (sayang jugak kakak kat adik dia kan…sanggup temankan adik). Aku tinggalkan ammanda balik ke kelas, bawak izzad pegi klinik, dapat mc sampai hari rabu dan aku ponteng je la keje hari tu…..

Errrr..pepagi sampai opis, tanpa berlengah…sambung projek semalam..maklum la kan..selagi tak berjaya orang tu tak dapat gelang hahahaha

Thursday, April 20, 2006

BERCUTI - FINAL

HARI terakhir…flight aku jam 12.40 pagi so ada satu hari penuh…keputusan dibuat…tour downtown LA la dulu then pegi Universal studio…tak banyak tempat menarik kat downtown…dorang mesti nak tunjuk tempat berlangsungnya anugerah oscar atau grammy, then aku pegi ke walk of fame berdekatan dengan Chinese mann theater..teater ini dari dulu hingga sekarang terkenal dengan tempat dimana setiap wayang yang baru nak ditayangkan akan dibuat tayangan premier kat sini, masa tu ramai la pelakon-pelakon datang untuk promo filem memasing..kat sini jugak la korang boleh lihat tapak tangan dan tapak kasut/kaki orang-orang femes Hollywood ataupun dorangnya star….hanya yang betul-betul femes saja diberikan tempat kat sini..peh tu kena bayar lak us5000..sorry arrr…ingat free ke nak femes kan hehehehe…

walk of fame
tapak tangan orang femes
chinese mann theater

Tempat terakhir lawatan aku kali ini….universal studios…kalau dulu, aku beria-ia nak gi Disneyland, tapi kali ni..malas la pulak..tak tahu apsal..agaknya aku dah hilang keseronokan macam budak kecik ke?..tapi apsal ayip dok cakap aku cam budak kecik biler aku merajuk….hmmm
Entrance of Universal Studio

Sebelum masuk tu aku merayau dulu kat sebelah..universal city of walk, kat sini banyak terdapat kedai-kedai jualan, cinema dan cafĂ©..tak ketinggalan hard rock Hollywood…lepas beli itu ini sket..terus masuk dalam studio, kalau masuk sini kena la ambik map..senang nak pegi memana dan senang nak tengok time untuk show…wahhh aku tengok ada banyak juga perubahan, dah ada new rides dan show.. contohnya dah ada fear factor, mummy the rides dan tak ketinggalan…..kingkong gergasi yang dipamerkan untuk senang pengujung ambik gambar….
HRC Hollywood

Studio terbahagi kepada 2 bahagian, dihubungkan oleh escalator…memula aku pegi studio tour….cara ni senang, naik ketapi untuk tour jalan belakang studio…so dalam tour ni, dorang akan tunjuk tempat-tempat shooting filem terkenal contohnya bates motel dalam citer the psycho..tunjuk cemana jaws serang dalam air..nampak cam besar kat filem kan sebenarnya kecik je kolam dia hehehe..pas tu tunjuk king kong kat bridge dan macam-macam citer lagi tak ketinggalan mysteria lane desperate housewives….rumah-rumah kat situ memang cantik-cantik siap lengkap ngan kereta mewah kat depan umah mrs. Solis itu hehehe….aku juga lalu kat kawasan shooting dimana ada satu citer, aku dah lupa nama citer ni, kisah citer kapal terbang terhempas..dan dekat situ dorang buat real giler…dorang beli satu kapal terbang betul dan buat bebetul cam kapalterbang terhempas..siap kapal putus dua..kerusi tercabut..dan bersepah-sepah cam kawasan kapalterbang terhempas gitu….

Lepas habis tour..giliran untuk lihat show dan apa lagi enjoy berbagai-bagai rides yang disediakan…aku bersiaran ulangan dengan show terminator, waterworld, back to the future, jurrasic park dan tidak ketinggalan mencuba rides yang terbaru dan rated no.1 kat situ…the mummy rides…ini roller coaster bukan aje jalan depan tapi siap reversemode lagik hahahahaha…terpening ler aku kejap..tapi enjoy sangat..lepas tu taknak dah cuba apa-apa pun…lepak je kat situ sampai tiba masa untuk keluar dan pegi dinner…
Mummy the ride

Habis dinner dalam kul 9 malam tu terus berangkat ke airport…nasib baik gak datang cepat sebab procedure nak check in sangat la lembab dan ketat sekali..ingatkan nak masuk us je susah…nak keluar pun susah gak….memula kita disuruh beratur untuk scan barang-barang….jangan kunci bag sebab kalau dorang tak nampak dengan jelas apa ada dalam beg, dorang akan bukak..kalau berkunci nasib la beg kena kopak..dan juga peringatan, kalau nak simpan barang-barang shopping last minit, buat sebelum di scan beg sebab bila dah scan je jangan harap ler korang nak sentuh beg tu…lepas scan dorang mintak aku pegi ke kaunter..beg akan dibawa oleh dorang sebab kita tidak dibenarkan langsung menyentuh…sampai kat kaunter check in dan dorang akan masukkan kat tempat check in kaunter….tapi walaupun strict dorang ni friendly, takde ler pandang orang cam nak makan hehehe..

Lepas dah abis kat check in counter, nak masuk ke balai berlepas pun akan dicheck, setiap orang kena tanggalkan kasut, belt dan jaket..apa semua yang ada lam poket kena kuarkan….kat sini ada satu citer hampes berlaku…bila dah kat sini, aku baru nampak sign yang kata tidak dibenarkan membawa lighter..so aku Tanya ayip, mana lighter dia?..alamak ada lam poket suar….bila dah sampai turn kitorang, apa lagi petugas tu pun cakap kena surrender ler lighter sebab langsung tidak boleh melepasi check point…yang si ayip pun degil ya amat…mati-mati tak nak surrender…ye la..lighter Dupont tu memang dah lama ngan dia dan ada sentimental value…apa solutionnya? Kitorang Tanya petugas kat situ, so last resort…ayip kena keluar balik, pegi check in lighter dia kat counter check in tadi..adussss…..tadi pun ambik masa berejam nak sampai kat check point nih…nak kena buat semua tu sekali lagi…tapi nasib baik gak, aku suh dia bagi aku semua barang-barang dia….. backpack, pouch, jaket, belt, handphone, camcoder..dan lelainnya yang telah diperiksa tadi..so dia berlenggang je la keluar ngan lighter tu….nasib baik ada kawan tolong aku angkut barang dia..kat setengah jam tunggu..baru nampak muka dia tersengih…nasib baik lighter tu boleh check in…dorang letak dalam sampul..sampai klia bagi slip dan dapat ler bendanya…ish ish ish geram gak rasanya tapi kalau dah degil nak wat cemanakan…

So..berakhir la kisah percutian aku nih..semoga dilain kali di izinkan Nya, dimurahkan rezeki…dapat ler lagi aku merasa next percutian hehehe…

Wednesday, April 19, 2006

BEGITU LER...

AKU dapat berita sedara eksiden moto..paru-paru tembus terkena besi, bahu kiri hancur, koma 4 hari..sedar je dari koma, terus bagi tau kat isteri dia…suh bagitau kat parents aku je…jangan sekali sekali citer kat adik beradik atau sedara mara yang lain…pelikkan..

Semalam petang aku keluar awal dari opis, ingat nak gi melawat le..tanya ma, sedara aku kat hkl, tingkat 5 wad 1, ok..so pegi la ke sana, nasib tak jem dan parking pun senang je lepas aku buat muka kesian kat pak guard tu dia kasi aku park kat stafnya parking hehehe..tekiu pokcik..

Terus naik tingkat 5…mana ada wad kat sini…tanya orang..tingkat 5 hanya untuk medical je, mungkin tingkat 3 kot..eh eh apsal wad 11-14 je mana wad 1..takde pun nama sedara aku kat semua wad-wad kat situ?..tanya orang..ohhh itu mungkin kat tingkat 2 kot..eh eh takde pun wad 1? Terus tepon ma..tanya betul ke? Ntah-ntah bukan kat hkl tapi kat hukm (dalam hati aku cakap ler)…aisey..memang betul sangkaan aku..aparaaaaa..hukm ler…ma dah silap bagi info..so…besok-besok je la aku pegi melawat…buah? Bawak balik makan sendirik je la jawabnya ahakssss..

*************************************************************************************
Hari tu sebelum pegi seminar ayip pesan pegi la kat kedai kereta tu, dia invite untuk lucky draw sempena ulang tahun kedai dia…aku cakap..mesti ke aku pegi…hmmmm tengokkan hadiah okke gak…so tengahari tu dah siap-siap ler konon nak pegi…then tetiba ayip call, takyah la pegi..dia kesian nanti aku sorang-sorang kat situ..hmmm..buat penat je aku bersiap-siap….

Semalam….dapat tahu, nama aku naik untuk hadiah tv 29 inci…huarggggghhhhh…tak merasa ler letak tv 29 inci kat dalam bilik…tu la…aku nih mithali sangat pi dengar cakap ayip hahahahaha….so semua yang tak hadir dibagi hamper..hampessss….hamper pun tak berambik lagi kat kedai…errrr ada sesapa nak hamper?...pi la ambik hehehe….

*************************************************************************************
Aku khatam quran masa sekolah rendah lagi…2 kali..aku ingat dulu guru ngaji aku (sekarang arwah) sangat garang…siap pegang rotan masa nak ngajar..tapi syukur, tuhan terangkan hati aku..lancar je aku baca dari muqaddam sampai surah-surah al-quran..hari cuti je aku pegi ngaji 2 kali..pagi petang..punyer la semangat nak pegi ngaji, berkobar-kobar bak kata vince hehehe lagipun aku ngan kak tie selalu celen each other hehehe

Baru baru ni..semangat nak ngaji datang lagi bila kak aidid ajak join kelas mengaji kat tempat dia…bila aku pikir kenapa tidak? Sebab aku pun sekarang selalu jarang ngaji..hanya sempat ajar budak-budak kalau dorang tanya..tu je..so daripada tak ngaji langsung baik pegi kelas..lagipun 2 kalli je seminggu..baik ada daripada takde kan..insyaallah..hujung minggu ni aku start kelas bermula dengan iqra’ 3..sebelum ni, aku ngaji tak pakai iqra’ segala sebab masa dulu mana ada iqra’ pun..guna muqaddam je, jadi tentu lain sket kan so apa salahnya kalau merasa pengalaman belajar iqra’ lak hehehe. Jom join kelas mengaji tu, aku baik punya cilok gambar-gambar kat blog kak aidid untuk tatapan korang..lagi ramai lagi meriah hehehe…




Doakan semoga aku cekal dan jadi murid yang pandai mengaji dan mengawal bacaan…amin

Tuesday, April 18, 2006

IMAGINASI...

LUPA lak nak citer….rasanya semua yang baca blog aku ni dah tengok gubra kot..kan..kan..kan….so aku nak citer sket part yang last yang semua orang cakap surprise tu..ala..adegan yang lepas kredit title baru muncul yang tak semua panggung ada tayang sebab orang yang keje kat panggung tu makan gaji buta…asal dah sampai part kredit title je terus bukak lampu…bukak pintu panggung..asssume citer dah habis dan suh semua orang keluar cepat-cepat..ish ish ish

Part yang last tu memang seperti apa yang aku imejin…..dan aku rasa yasmin pun cam aku gak (kalau baca komen dia ler hehehehe…nak tau gi blog dia tau)…sebab bagi aku (ini bagi aku okke), part yang last tu adalah hasil dari imaginasi seseorang yang terlalu rindu akan seseorang yang mengharapkan agar orang itu ada disisi selalu dan buat selamanya, maka datang la angan dan selalu kalau kita berimaginasi, mesti kita imejin apa yang kita nak je kan…macam tu la orked yang berimaginasi dirinya dengan Jason kerana rindu yang mendalam pada Jason walaupun orked tahu, Jason dah mati tinggalkan dia…tapi betapa kuatnya perasaan orked terhadap Jason…sampai tahap itulah imaginasinya…mungkin juga antara sebabnya orked berimaginasi sebegitu kerana orked dah frust dengan kehidupannya…..ye lah…frust dengan asben dia yang curang..so untuk ubatkan frust dan kesedihan…hanya imaginasi itu sahaja yang boleh mengubat rasa dan perasaan….

Korang pernah macam tu tak?..imejin sesuatu yang boleh damai dan tenteramkan jiwa…apa-apa saja atau imejin sesuatu yang tidak pernah akan kita dapat atau nikmati…tapi hati begitu kuat ingin merasakan sesuatu itu…aku rasa aku selalu cam tu hehehe semenjak 2 menjak ni lagi menjadi jadi…macam-macam yang aku imejin dan tentunya perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan in reality..terukkan…berangan mengalahkan mat jenin dan yang teruknya aku tersangat lah suka sebab dalam imaginasi aku tu…semua aku dapat hahahaha…

*************************************************************************************

LARUT

Mungkin aku pernah juga
Merasakan cinta
Tapi tak pernah
Seindah ini

Mungkin aku pernah juga
Merasakan rindu
Tapi tak pernah
Sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah
Percaya
Bahwa sesungguhnya
Aku telah terjatuh

Kuakui
Aku
Telah larut
Larut
Kedalam
Kamu
Yang kucintai

Monday, April 17, 2006

BEST...

DEWA…apsal ko nyanyi 20 lagu je…apsal tak nyanyi lelebih…apsal ko tak nyanyi ‘larut’….‘kosong’ lagu-lagu yang aku minat giler tuh..cakap ler ngan aku..apsal.. hahahaha..jangan mare arrrr….ini fanatik dewa tengah sedey sebab takde can nak gi DSS dewa sebab dengar khabar, dah penuh..huh..dan dan gak aku kena join fc dia nih..

Sebenarnya….hari sabtu tu, aku dah plan ke pesta malam Indonesia, mulanya tiket ada 2 je….so aku ajak leen….pas tu si hafiz pun ada, lagi bagus sebab at least ada gak bodyguard nak jaga kitorang..maklum ler kalau konsert indon je..dah sah-sah ramai yang dari seberang kan hahahaha….

Konsert diwar-warkan start jam 3…tapinya…aku malas arrrr nak gi bersesak-sesak kul 3 tuh, lagipun mesti band yang best-best akan hanya start lewat petang atau malamkan..so dalam jam 5 tu, aku sms leen yang kat klcc ngan hafiz…sebab hafiz nak gi jugak….dorang beli teket kat tower record, klcc…aku gi ambik dorang kat sana…tapinya sampai je kat jalan p. ramlee….alamak..jalan tutup ler….ada konsert katanya…konsert apa?..ntah..tak tahu plak…jem aku kejap kat situ…dah dapat dorang, terus je la menuju ke stadium merdeka..ye stadium merdeka ye bukan stadium Negara…hehehehe….nasib baik malam sebelum tu dah ada orang bagitau..kalau tak, mau aku bertiga lepak kat stadium Negara malam tu hahahahaha…sampai kat stadium dekat kul 6…..aduhhhhh ramainya orang kat luar tu….jualan pun kemain lagi berbagai-bagai..aikkkk t-shirt peterpan pun ada….apehal…band tu takde ler malam ni hehehehe….dah dapat parking baek, kitorang pun menapak ler…masa tu dah dengar satu band tengah performed…..ooooo ungu rupanya….sib bek biler sampai dorang nyanyi lagu demi masa hehehe…bes banget dong….

Nasib baik nak carik pintu masuk untuk teket RM80 tu senang, orang pun tak ramai kat situ..so apa tunggu lagi, masuk je..carik seat….okke seat tak banyak yang penuh sebab lebih ramai yang duk kat padang depan stage tu…aku memula dok kat seat ler….hmmm tak puas hati terus ajak dorang pegi kat depan padang..masa tu cokelat tengah performed…sungguh ramai muda-mudi kat depan stage tu tengah dok layan band yang nyanyi…mc untuk malam tu ialah sarah sachan dan juga kc. Ismail….sarah okke..memang dia pandai kontrol crowd ler..aku tanya kat orang kat situ…dah banyak ke band yang dah lepas…katanya ada ler 2,3 band dah sudah…lepas cokelat tiba giliran padi lak…wahhhhh memang best giler…nak nak pulak biler dorang nyanyi lagu menanti sebuah jawaban kan….memang syiokkkk…masa ni aku tengok langit dah gelap…awan hitam betul-betul kat atas kepala….pas tu..hujan turun dengan lebat….

Show dihentikan…so masa tu kitorang ambik peluang pegi makan hehehe…mesti arrr lapar kan..dah ler aku terlupa nak makan tengahari…hehehehe…so bukan ada orang tu sorang je ye yang tak makan tengahari (len kali join je la dorang yang dah siap-siap bawak nasik bungkus tu huhuhuhu)…lepak kat tempat makan sambil tunggu hujan reda…masa tengah makan tu, padi dah sambung balik, lepas tu tiba kumpulan gigi lak…dengar je sambil makan…lagu-lagu memang best dan biasa didengar….aku tau armand mesti performed best punya….

Lepas makan…dengar suara mc cakap lepas nih kumpulan dewa….apa lagi tak lepas peluang terus masuk stadium balik….laju je turun tangga nak pegi kat depan padang..hahahaha…malam tu dewa punya pasal…aku tak kisah berjalan dalam selut kat tengah padang tu hahahaha …orang pun semakin ramai menyerbu ke depan stage….bila dewa start je…huh..lautan manusia takyah cakap….spontan blend in dengan muzik dewa dan suara-suara dhani dan once..yang best…..lagi la bila ari lasso lak join dorang…menyanyi lagu-lagu popular dia ngan dewa…kangen….elang…dan banyak lagi..huh…giler syiokkkk..pas tu lak..ratu muncul..apa lagi cowok-cowok bikin panas itu stadium hahaha

Overall, memang best sangat konsert..walaupun keesokkannya baru aku tahu ada rusuhan di awal konsert (mana nak tahu…bukan aku ada kat situ pun), tapi keadaan terkawal dan aku lihat semua orang balik puas hati walaupun kaki berselut cam baru lepas bersawah hehehe….aku paksa dorang carik air basuh kaki dulu seblum naik keta hahahaha….mana-mana lopak abis kena redah..last-last berhenti kat petronas..kat situ ada lak adegan sutun hahahaha……kiranya puas hati la pegi tengok konsert ni walaupun aku rasa ada orang cam salah masuk konsert je…blur semacam…masa part ratu je baru tetiba join …siap ambik video lagi hahahaha..so next time jangan serik kalau nak ikut aku lagi ye….

Friday, April 14, 2006

BERCUTI - PART 2

PERJALANAN ke grand canyon dari vegas memakan masa selama 5 jam….hmmm jenuh gak la aku kat dalam bas tu, mata lak takmo pejam…kiri kanan hanyalah padang pasir ngan bukit bukau dan pokok kaktus cam dalam citer high chapparal tuh hehehe..
..bukit bukau dan padang pasir

Aku ingat lagi, 5 tahun yang lampau, aku kesini dalam suasana cuaca yang amat cantik sekali..nyaman dan panas..maklum la sekarang nih tengah peralihan dari musim sejuk kepada musim bunga..so pemandangan grand canyon sangat cantik..setiap lekukan dan alirannya dapat dilihat dengan jelas even sungai Colorado yang mengalir jauh kebawah pun aku dapat lihat dengan jelas. Kalau 5 tahun dulu aku takde kamera digital untuk merakamkam keindahan, tapi kali ni, aku dah berangan nak ambik setiap inci grand canyon tu….

Perjalanan selama 5 jam ada 2 stop, kitorang bermula jam 7 pagi so lepas 2 jam, bas berhenti di satu persinggahan…toilet stop katanya….kat sana takde rest and relax atau hentian cam kat sini, so bas berhenti kat satu stesen minyak yang ada kedai macam mesra tu. Lepas tu, bas pun sampai kat satu empangan yang besar dipanggil hoover dam..empangan yang membekalkan air kepada seluruh penduduk California..empangan yang banyak dibuat tempat penggambaran….kat sini sejak sept 11, kawalan sungguh ketat dimana kita mesti melalui check point, ada petugas yang akan naik dan check semua…sebab tu sebelum pegi, tour guide dah pesan takleh bawak beg selain dari carry beg atau handbag..tu je…check point dah lepas so bas berhenti kat satu kawasan hentian untuk beri peluang kita nikmati keindahan pembinaan….hoover dam terletak disempadan Nevada dan Arizona..berdiri di tengah-tengah hoover dam…kita tak tahu nak guna waktu mana sebab Arizona dan Nevada berbeza waktu selama 1 jam….
hoover dam
sempadan diantaranya...

Sepanjang perjalanan, cuaca sekejap panas sekejap mendung dan sekali sekala hujan gerimis…..dalam diam..aku berdoa agar cuaca lebih baik supaya persinggahan ke grand canyon jadi lebih bermakna…tour guide kata..cuaca kat situ tak menentu dan extreme sekali…kalau musim panas, menjadi teramat panas dan kalau musim sejuk…salji turun…kalau dah hujan aje..kawasan disitu akan berkabus dan meghadkan penglihatan…jadi pemandangan susah nak dinikmati…
ini lah saja...

Sebelum sampai ke destinasi, sekali lagi berhenti..ini pulak sebab nak alas perut..dah tengahari ler kan…perut dah berkeroncong mintak diisi…tapi tanpa disangka-sangka….turun je dari bas….salji turun dengan lebat sekali..adoiiiii ini bukan jenis salji lembut cam kapas tu tapi lebih pada cam hujan ais tu, ketul-ketul ais kecil yang cepat turun cepat pulak hilang dia…sejuk takyah cerita la…aku yang memang tak prepare sebab ingatkan cuaca elok, hanya bawak light jacket…memang takleh menampung kesejukan hawa salji yang turun..dalam hati…mati ler kalau kat grand canyon cam ni huhuhu..
..disini ada dijual cenderamata dan maklumat mengenai grand canyon
Dah habis makan summer…tour guide cakap, kemungkinan kat grand canyon juga akan turun salji melihat kan keadaan yang cam tu dan kitorang pun tak jauh dah dengan destinasi..adoi…takleh nak buat cemana dah…tengok je lah cemana..samada boleh ambik gambar ke tak…dan yang penting lagi boleh ke tak aku bertahan dalam keadaan cuaca kalau nak terus melihat grand canyon….ada 3 cara nak menikmati grand canyon, pertama guna helicopter, kedua menaiki keldai dan ketiga menapak ler….ada 2 jalan…south rim atau north rim…kedua-dua panjangnya beberapa kilometer (tak sure sangat) dan pemandangan cantik dan ada few points tajam yang ada platform yang kita boleh intai sampai ke bawah canyon tu, kalau hari cerah dapat ler tengok sungai Colorado..kalau tak..tengok gambar je la hehehe…dua-dua jalan telah aku rentasi dan pengalamannya…..sukar diceritakan melain kalau dinikmati sendiri….takjub dan kagum dengan kejadian ilahi….namanya one of the seven wonders….
untuk rose..sebab dia cakap gambar aku tak penah ada hahaha

Sungguh tepat bagai di duga….hujan salji menanti aku..sehingga sukar untuk aku menikmati pemandangan yang kelam diliputi kabus tebal…aku sungguh tak tahan sejuk sampai merah-merah muka….tapi dalam tak tahan tu jakun gak la kan dok sibuk main salji hahahaha….ada ler geng 5, 6 orang dari kl ni yang jakun ngan salji hahahaha…tengok balik video cam mengalahkan budak tadika..burok betul rupanya kalau orang-orang besar (bukan tua yach hahaha) dok terkejar-kejar hahahaha….

Bas bertolak balik lagi ke vegas….5 jam lagi terpaksa ditempuhi…..

PUAS HATI???

AKU selalu rasa tak puas hati...pada semua perkara atau keadaan atau apa saja la...masa kecik-kecik, selalu tak puas hati kalau kakak aku yang dapat lebih sket dari aku atau dapat baju yang lebih cantik dari aku atau aku yang paling last bila nak pilih apa-apa..pas tu aku akan merajuk panjang ler....memang cam tak reti nak bersyukur langsung masa tu, asyik pentingkan diri sendiri je...kalau di fikirkan sekarang, rasa cam teruk sangat aku masa dulu hehehe

Tapi sekarang...tak puas hati aku bila aku selalu terpaksa mengalah pada keadaan...keadaan yang telah tersurat sebegitu rupa...masa tengah hot atau sakit hati sebab terpaksa mengalah tu..macam-macam aku fikir..apsal aku?..kenapa asyik aku je?...kenapa tak orang tu apsal bukan dia?...tapi bila di fikir balik...aku hanya mampu mengalah dan membiarkan saja keadaan jadi seperti itu...tak boleh nak marah kerana tiada hak...tak boleh nak pentingkan diri kerana siapalah aku...

Jalan terbaik...diam diri dan menyerah...fikir positif kerana itu aje yang mampu aku lakukan...cuba fikir jika aku bukan ditempat aku tapi orang lain...lagi susah sebab banyak kemungkinan yang terpaksa di fikir dan terjadi nanti....macam tu ke?...pasal semua kemungkinan itu ke?..agaknya la kan...so aku takkan marah atau berkecil hati kerana aku faham situasi dan aku sanggup.....aku sanggup sentiasa mengalah hanya kalau itu saja alternatifnya..kalau itu saja jalannya....

(coretan dari seseorang yang tak puas hati yang paksa aku letak kat sini hahahaha....

Wednesday, April 12, 2006

SABTU YANG PANJANG DAN PENUH CERITA

DARI minggu lepas…aku dok sibuk cover balik aktiviti bersosial..daripada beramas mesra..teman tapi mesra…pegi tengok wayang, piknik dan makan-makan sehinggalah kepada kerja amal….

Hari tu KA ada ym aku..tanya aku tak nak pegi ke tengok gubra?..pas tu aku cakap ler aku tak tahu menahu pun ada rancangan tu….siap kena marah lagi pasal KA cakap ngan aku ted ada emel aku hehehehe…ha ah ler sebenarnya aku dah lama tak bukak yahoo..memang ler ada berderet-deret emel pasal gubra get together ittew..masalah aku biler dah lama tak bukak yahoo je…emel aku jadik beribu..ermmmmm ada ke lagi orang yang baik hati nak tolong aku kasik padam ittew emel? Hehehehe…

So dengan kebijaksanaan KA, maka ada ler teket untuk aku walaupun sebelum tu KA cakap dah abis huhuhu…sebelum tu pepagi sabtu tu, dalam jam 9.30am aku dah terpacak kat tesco mutiara damansara sebab dah janji ngan bad untuk bersama-sama turut serta menjayakan hari bershopping sedunia hehehe…bukan untuk kitorang pun, tapi untuk anak-anak yatim rumah amal baitul fitrah…untuk citer lebih lanjut boleh la lawat blog bad sebab aku nak citer version aku je..apa yang aku buat dan involved je la kan hehehe..nama lagi blog aku..kalu taknak baca takyah ler masuk blog merapu ni kan kan kan hehehe

Lepas semua orang dah berkumpul dan bad dah bagi kepada 2 kumpulan, aku n geng kena beli barang makanan, barang dapur dan barang-barang rencam yang lain…grup satu lagi beli barang-barang letrik dan peralatan yang besar-besar….tengah dok syok-syok ambik barang cam tak hengat tu, bad bagitau separuh dari anak-anak yatim dah datang ngan 2 orang penjaga mereka…so bad pun assigned aku ngan 2 orang geng lagi, lullaby dan sorang lagi alarrrrrr aku lupa lak nama geng nih huhuhu jangan mare ye..untuk carikan mereka baju sekolah dan kasut sekolah hehehe seronoknya dorang aku tengok…kita pun pegi ler carik baju sekolah..cari punya cari…ada ler jumpa sket, tapi yang hampehnya tak complete pun, baju kurung ada kain lak takde, yang boys punya langsung tak de…kitorang buat kesimpulan, agaknya bukan masa nak bukak sekolah so barang pun limited dan ala kadar je la….called bad Tanya cemana, bad kata takpe…nanti kasi duit biar dorang beli sendiri je..okke setel..so kitorang teruskan je la cari kasut sekolah untuk dorang..setiap sorang anak diberikan 2 pasang seorang…aku tengok dorang bukan main seronok lagi memilih dan pandai pulak tolong belikan untuk kawan-kawan yang tak dapat hadir…aku pun seronok gak apa lagi bat88, nhk ngan darlinglara pun join aku sama..kecoh giler tempat tu..sampaikan aku yang berhingus ni pun tak sempat nak beli tisu, nasib baik ler ada ahkak nhk kita yang sudi membantu aku membelika tisu…I lap u dear hehehehe, tapi korang tak aci ler balik cepat sangat…nanti kita gi makan togeder geder ye..

Biler semua dah setel, punya ler panjang troli dok bersusun untuk pembayaran…kira ambik masa jugak ler, tu yang buat kitorang lapar plak…lepas je abis bayar dan setel barang-barang untuk masuk lori, kitorang pun pegi la makan pulak kat restoran santai yang memang sedap..aku lupa lak sapa yang sajes restoran tu ish ish ish jangan mare ye..aku nih mengalami gangguan short memori sket huhuhuhu…lepas makan dorang pun nak bertolak ke rawang, tapi aku ngan sedeynya tak dapat nak join dorang sebab dah ada hal lain yang menunggu..takpe la..nanti next time aku pun nak gak pegi sana dan tolong lagi apa-apa yang perlu..jom geng kita gi sana lak next time…

Malamnya pulak…aku dah bertemu janji ngan geng nak tenguk gubra so dalam jam 9 lebih tu aku dah ada kat times square untuk tayangan gubra jam 9.40pm…sebelum tu dapat sms dari rose..hehehe..sori ye rose…bukan taknak ajak ko, tapinya aku pun dapat teket last menet tu pun ihsan dari mereka yang tak larat nak layan aku hahahaha…

Memang aku nak sangat tengok gubra ni selepas aku tengok sepet..siap dah plan ngan waiem nak tengok kat Singapore sebab ura-ura kat sini tayangannya akan ditapis huhuhu..seb baik dorang kata lepas 100 peratus dari lembaga penapisan so dapat ler tengok adegan-adengan yang syiok untuk dilihat hahahaha

Melihat gubra malam tu memang mengujakan aku….koranggggggg sesapa yang tak tengok lagi tu tolong ler pegi tengok…best giler..lebih best dari sepet….aku paling suka dialog yang bersahaja dan lakonan yang ditunjukan memang ler watak kehidupan sehari-hari..contohnya cara orked ngan ariff..memang sebijik cam errrrrr…ada la hahahaha….menonton gubra memang aku tak senang duduk langsung sebab banyak persoalan dan minda aku berkerja keras menginterpretasi setiap cerita dan mengaplikasi semua….ohhhh sungguh berkaitan…sampai sekarang banyak persoalan yang aku kena Tanya…..ish selagi tak dapat Tanya…sampai sekarang aku tak senang duduk….

Gubra hasil 2 cerita yang langsung tak berkait tapi diolah dengan begitu tersusun oleh yasmin….terima kasih yasmin kerana menghasilkan cerita ini….errrrr korang, ni pesanan nih…bila tengok citer ni, sila tunggu sampai abis kredit title sebab yasmin buat kejutan giler…aku tak tahu pun pasal tu, tapi tak tahu sebab apa malas nak bangun cecepat malam tu…best sangat kot hehehe…montot jadik melekat kat kerusi dan lepas tu jeng jeng jeng….sila tengok ye geng hehehehe..untuk ulasan penuh citer gubra ni korang boleh ler pegi kat blog yang banyak sangat dah ulas citer ni, untuk mendapat gambaran..kalau aku nak citer kat sini tak reti..lagipun aku citer apa yang aku rasa je tu pun banyak lagi nak citer…tapi bukan dengan korang tapi dengan orang yang aku nak Tanya nih hahahaha….persoalan-persoalan yang tiada jawaban…..atau pun aku biarkan je la tanpa jawaban..mana tau jawaban kadang-kadang lebih menyakitkan hati….ehhhh apa yang aku melalut nih…tu la bahaya tengok citer yasmin nih hahahaha……

Monday, April 10, 2006

BERCUTI - PART 1

AKU selalu bising kata tak cukup masa nak relax…asyik je kena outstation dan jadik kuli keje sampai setengah mati…jadiknya sebab dah muak sangat ngan keje..aku pun ambik cuti la…lagipun, kebetulan besday aku pun dah dekat..syiok gak kan kalau relax relax..kira cam reward kat dirik sendirik la.. (tekiu pada penaja percutian hehehehe)

Cuti aku bermula pada hari ahad tu…nak pegi bercuti pun kena ambik masa 19 jam…hahhhhhh???? 19 jam..apa kebendanya tuh? Hehehehe…apa idaknya…destinasi cuti aku kali ini ialah ke LA…errrr bukan lebuh ampang ye hehehe, errrr KA..memang balik kampong pun..tapi bukan kampong saya ler hehehehe…tapinya nun kat Los Angeles gitu huhuhu…aku beria gak nak pegi nih sebab last aku pegi sana 5 tahun yang lepas so kiranya best gak nak tengok kalau ada apa-apa perubahan..tapi yang paling ketara ialah security check dia la…nak dapatkan visa takde masalah langsung sebab dah ada entry visa dulu….tapinya dulu nak masuk US senang sangat, tapi lepas kejadian sept 11 tuh, kawalan sangat ketat..aku tenguk tak ramai pun asian apatah lagi arabs yang masuk US agaknya dorang nih pun tak nak carik penyakit kan..elok-elok nak gi holiday tak pasal lak kalau kena tahan dan dituduh bersubahat ngan pengganas…naya je

Tapi, kalau dah niat kita tu nak holiday je…semuanya akan dipermudah..proses untuk aku lepas imigresen smooth dan orait je..lega rasanya…aku sampai sana dalam jam 5 petang waktu US, so dalam flight tuh dah dibagitau..jangan tido sangat sebab nanti bila sampai dah nak gelap, pas tuh nak tido lagi..tapinya 19 jam nak buat apa?...ish ish ish..tahan gak la mata aku…..ada la 3, 4 citer aku tengok….2,3 round game aku main dan 2,3 round gak la aku makan hehehe…2,3 round gak la aku meround dalam kapal tuh dari depan sampai belakang..bukan apa..montot dah kebas..kena ler eksesais kan hehehe..pas tu konon nak gak ler amik gambar kandid dorang-dorang yang tido macam-macam pesen tu kan…bila tengok kamera..lerrrrrrr….rupanya..aku dah buat satu benda bodo yang memang tak patut aku buat….aku tertinggal bateri kemra huwaaaaaaaaa….cemana nak amik gambar, sedangkan itu projek utama aku….okke…jangan panic..masa tu teringat ler..bila transit kat Taipei nanti…harap dapat ler beli bateri…

Dah sampai Taipei tu, tanpa berlengah…aku pun redah ler carik kedai elektronik..huh dah ler satu je kedai letronik kat situ..bila aku Tanya ada tak jual bateri kemra sambil aku tunjuk kemra aku tuh…tukang jual tu cakap…..kemra aku tu ada la jual tapi baterinya tak jual..yang ada hanya satu bateri untuk kemra yang display tuh..huhuhu hampehnyaaaaaa terasa nak menangis masa tuh…last –last bila dah hari ketiga baru aku dapat carik bateri kemra aku tuh..nasib baik takde mende sangat aku nak shoot masa sampai dan hari kedua tuh…tapi ada gak ler yang aku miss..Cuma bersyukur sebab dapat carik sebelum bertolak ke grand canyon..kalau tak mau rasa nak bunuh diri je hahahaha…..

Selain LA dan Grand Canyon..aku melepak 4 hari kat Vegas…hehehe…ingat nak carik Grissom ngan CSI Team, tapi tak jumpa lak….yang aku jumpa t-shirt CSI berlambak dorang jual…Vegas…city of entertainment..city of sins…sebenarnya selalu orang kaitkan kalau pegi vegas tu sebabnya takde lain ler..nak pegi berjudi kat casino atau nak tengok show yang hangat lagi mengujakan hehehe…sebenarnya bukan tu je yang kita boleh buat kat vegas nih, banyak lagi aktiviti lain yang menarik..untuk orang pompuan mestilah fakir pasal nak shopping kan..haaaaa kat sana boleh kata di setiap hotel ada shopping arked yang kedai-kedai dan butik-butik berlambak-lambak tak abis aku nak kira, tak cukup dengan tu, kat sekitar tu punya ler banyak factory outlet..korang pilih je nak pegi yang mana dan apa lagi siapkan je la us dollar nya ye…kat vegas aku stay kat Monte Carlo Hotel, terletak di the Strip…ianya adalah main street kat vegas (Las Vegas Boulevard)….kat vegas ni ada 2 tempat yang happening dan penuh ngan tempat entertainment ler..yang paling hangat adalah di The Strip nih dimana kat sini ler terletaknya hotel-hotel yang besarnya ya amat..aku rasa kat setiap hotel tu boleh bawak masuk 1,2 boeng ler..antara hotel-hotel yang femes seperti Caesars Palace(dulu anita Sarawak kat sini, sekarang celine dion ngan si gay Elton john lak ak buat show) , Bellagio yang kat depan hotel ada pertunjukan air yang menari mengikut irama muzik, Treasure Island..setiap 15 minit ada pertunjukan lanun kat depan hotel, Mirage yang ada gunung berapi kat depan hotel….setiap 15 minit meletup..ini semua show free yang boleh dilihat okke..apa lagi ekk….MGM grand, luxor, Excalibur, Aladin, New York New York yang ada roller coaster kat sekeliling hotel tu..wahhhh banyaknya hotel aku tak ingat semuanya dan tak abis cover jalan semua hotel tu dalam masa 4 hari tau….
excalibur 'castle hotel'
volcano meletup yewwww
sempat gak lepak kat sini hehehe

Selain kat situ ada satu lagi tempat yang dipanggil Downtown Las Vegas..dimana kat sini la didirikan hotel pertama kat vegas ni yang menempatkan casino..by the way..hotel tu dah dirobohkan untuk beri laluan kepada hotel lain yang lebih canggih dan moden ya…kat sini ada few hotel, tapi tak sehebat di The Strip, orang pun tak berapa ramai kat sini so untuk tarikan, dorang ada buat show setiap jam di the Freemont Street yang diberi nama Freemont Street Experience..kat jalan ni dorang cover jalan tu lebih kurang 1 km dan for every hour, dorang akan buat show…..cam slide show la, dorang projectkan kat cover tu..korang tengok je gambar tu ekkkk..malas nak citer panjang hehehe…so setiap jam shownya berlainan ya…dorang cakap untuk buat benda ni makan dalam US60mil ye.


downtown las vegas....nampak tak bumbung covered untuk freemont street experience tuh..
ada citer ini
ada citer itu..dan banyak lagi citer daaaa...

Selain show free yang banyak boleh dilihat….of course ler ada banyak gak show yang berbayar kan..namanya lagi city of entertainment, so satu malam ni aku pegi tengok show kat bellagio hotel yang dinamakan ‘O’ show…show 2 jam nih memang best..ada macam-macam segmen, ada akrobatik, ada lawak, ada magik..macam-macam ada ler…satu teket US150 hehehe kopak gak ler…seb bek ada penaja huhuhu…errrrr apa lagi yang aku buat kat vegas ni ekkk…banyak benda nak citer tapi tak larat..biler ayip gi main golf je keje aku merayau hotel hopping ngan gi factory outlet..tu ler keje aku..sampaikan pegi 2 beg balik bawak beg extra hehehe..jangan mare..ntah hape-hape menda aku beli ntah, aku sendiri pun tak tau..tapi aku rasa yang banyak shopping bukan aku tapi ayip..lantak lerduit diakan..aku tumpang sekaki je huhuhu…

Nanti aku sambung cite kesah aku kat grand canyon ngan universal studio, Hollywood lak ye….nih nak upload gambo2 jap..jenuh ler hehehe

Wednesday, April 05, 2006

UPDATE ORANG SAKIT...

HALOOOOOOOOOO....I'm backkkkkkkkkkkk...I'm homeeeeeeeee....

hehehe..teruja nya..tapi disebabkan aku sekarang nih mengalami batuk dan flu yang teramat dahsyat...aku malas nak citer ape-ape lagi..lagipun aku punya keje bertimbun-timbun...tu pun seb bek gak ada assisstant yang sentiasa cekap dok tolong aku..kalau idak..hampeh huhuhu

sebelum tu...nak cakap..TIMA KASEHHHHHHHH kat kengkawan yang wished besday aku tak kira dimana aku berada...terasa cam star yewwwwww hehehehe...nanti kita sembang len kali ye....aku baru makan ubat batuk nih so mata dah kuyu giler.....nasib la semua repot-repot tu kan.....hahahaha