Friday, December 26, 2008

SALAM AWAL MUHARRAM...

ORANG lain bila dah sampai ujung tahun, sure dah tak terlalu fikir pasal kerja, sure dah bersantai bercuti sakan bersama keluarga sambil kira bonus yang baru dapat hehe..tapi aku tak tahu apsal tahun ni aku tak macam orang lain, aku tetiba sangat busy bila dah sampai ujung tahun ni....ni semua gara-gara ada menda baru yang aku kena buat dan tetiba jugak ofis aku ada nak buat retreat awal bulan depan..tak pasal-pasal kuli macam aku ni bertambah kerja, kena buat workshop la, kena buat paper untuk bulan depan punya event la...ish dorang nih takde masa lain ke nak buat, apsal bila masuk je tahun baru cam ala-ala nak ada semangat perubahan la....termasuk dalam kategori ini adalah kompeni tempat aku keje ni..cam takde masa lain, orang lain sibuk bercuti aku sibuk bersengkang mata kat ofis, tetiap hari balik bila dah senja, datang ofis pulak tak pernah-pernah aku datang awal, tapi sebab kereta tak banyak and aku memang keluar rumah awal plak...sampai member ofis tegur aku dorang kata takut plak tengok aku cam workaholic muahahaha....aku gelak besar sebab agaknya dorang tak pernah tengok aku sebegini sebab tu la siap buat komen yang tak normal cam tu....dorang nih takleh tengok aku berubah kepada kebaikan sket kan...bukan ke bagus tu kalau aku datang ofis awal pagi n pulang ofis senja...budak baik la tu kan...hahaha..tak penah aku buat tau...cuma kali ini aku memang terpaksa...

Orang lain punya la lepak bila dah masuk bulan last dalam setahun ni siap boleh tulis telenovela gitu hahaha (cuit mamabat)....yang cuti setengah bulan takyah citer la kan, yang asyik-asyik cuti pun ada....hari tu aku jumpa member ni, dia citer dapat bonus sampai 5 angka gitu..wahhhhh sangat best aku dengar...dengar je la kan sebab bukan duit aku hahaha

Tapi dalam aku duk busy tu, aku curi gak masa untuk jumpa kawan lama yang berpuluh tahun tak jumpa...gelak aku, kalau dulu badan kurus kering sekarang pinggang pun takleh nak cekak hahaha....prosperity tuh...macam-macam citer yang dapat dan janji nak jumpa lagi berteh tarik session sentiasa aku tunggu. aku gak berjaya tamatkan kelas renang hehe...wahhh tak sangka dah boleh berenang bukan style kampung lagi hahhaa...nih style ala-ala pool gitu ok, dan aku gak dah janji nak paksa diri at least swimming sekali atau 2 kali setiap minggu....mujur la ada member yang boleh ajak. aku pun ada azam baru iaitu nak sihatkan badan....at least buat something yang keluarkan peluh, hari ni aku baru je pergi buat yearly check-up, periksa la apa-apa yang patut, blood test n test yang lain tak dapat result lagi so harapan agar takde yang berubah daripada sihat, aku rindu nak pegi trekking atau hiking, takpun naik bukit kiara tu pun jadik la..aku juga rindu nak pegi rafting...aku aim nak pegi itu gopeng....harap-harap tahun nih dapat la capai...dan juga untuk pegi itu leisure trip ngan dorang...ini dah ada perjanjian so tunggu je la dorang tu free, sambil-sambil aku pun kira bila aku boleh free kan diri hmmm...

Aku harap tahun baru nanti, aku dapat jaga kesihatan diri aku, dapat jaga kerja aku agar lebih efficient, dapat control sifat yang lemah dalam diri aku, dapat gerakkan diri ke arah rezeki yang lebih...cemana tuh? ntah la...sometime rezeki tu bukan dapat directly kat aku tapi orang sekeliling aku, dah cukup baik la tu....untuk aku jugak kan hahaha...tahun ni ada banyak cerita yang berlaku...setiap kejayaan, kesedihan semua membawa kepada keadaan yang sentiasa buat kita berfikir....semoga tahun depan akan lebh memberi seribu pengertian dan harapan yang baik-baik dan indah-indah belaka....untuk aku, kau,korang dan semua...salam maal hijrah