Thursday, January 31, 2008

Finally....Selamat Tinggal

BUKAN aku tidak mahu ucapkan selamat tinggal…..sedangkan kita dah pun berada di tahun yang baru…walau kenangan manis terlalu banyak, yang kurang manis pun taknak kalah juga banyaknya hehehe…..malasnya nak cerita kenapa aku mendiamkan diri semenjak dua menjak ni…tapi sebenarnya banyak gak cerita yang berlaku pada aku…

Sesapa yang belajar atau pernah menjadi pelajar ITM atau UiTM sekarang ni ataupun MARA Junior Science College atau bahasa mudahnya MRSM…dah tentu tau menda ni, kesatria nama dia atau nama course tu la….so sesapa yang pernah dan sedang berada di tempat-tempat yang aku mentioned tadi sure dah tahu yang setiap orang perlu ambik subject/course tu kan….tapinya pernah tak ada orang fail course tu?..setau aku, course tu yang perlukan kita berkawad pada setiap hujung minggu manade penah orang fail melainkan yang dapat 4 flat berlambak la kan….tapi ni special case….FAILED!!! ….aku tanya apsal fail, jawaban mudah sebab hari sabtu pagi selalu terbangun lambat so sudahnya tak penah attend class tu, yang akibatkan fail dan kena carry subject tu dan kesannya takleh grad muahahahaha….padan muka!!!!! Ye lah boleh la gelak sekarang ni sebab walaupun kena balik Shah Alam untuk class tu tapi member dah dapat kerja…berlagak betul huhu…congratulations, keje baik-baik jangan sibuk nak jamming ngan band member jek, melalak ntah lagu-lagu apa pun aku tak tau…muzik underground konon…ye la..ye la..whateva..janji jaga diri

Ada satu citer ni, aku dapat tahu dari seorang sedara…punya la best jugak, tapi yang lagi best tu siap sedara ni buat remarks “tak penah jumpa orang yang macam tu berlagak habis macam kedai tu dia yang punya, makcik aku yang punya kedai tu pun tak penah tanya yang bukan-bukan siap selidik tanya pekerja bagai…” muahahahaha…..ye la, makcik dia tu tak penah nak tanya sebab buat apa nak sibuk-sibuk, dah diamanahkan untuk jaga, pandai-pandai la jaga, kalau ada masalah cerita la, kalau berjalan lancar then bagus la…dan yang suka nak ambik tahu tu, bukan memang gitu kan sifat dia? Takyah la terperanjat atau bengang sebab memang dah nature suka kepoh so biarkan je la…bukan selalu-selalu pun dia balik dan buat soal selidik…anggap macam orang balik buat survey la hahahahaha…lucunya, ni lagi satu ni…nanti kalau aku balik lagi ni ada la lagi citer best nak dengar ni, lagipun sekarang ni tengah rancak nak disiapkan, nanti ada je la citer baru yang aku akan dengar lagi..politik betul…tapi best gak kan, kalau tak selalunya boring je…

Ada gak politik lain, tapi ofis politik ni….rasanya kalau terkena kat aku, tak tahu nak buat apa dan cemana nak selesaikan…penah tak kena yang bos tak suka kat kita so bos pun ‘cold storage’ kan kita muahahaha…ape la term yang aku pakai ni, camni la…mamat ni, big bos dia dah tak suka dia lagi so big bos dah kasi tahu sama second bos, pepehal pun by January ni dia dah tak jadik HOD kat dept tu dah, pandai-pandai second bos la nak cakap apa…yang si second bos ni pun tak tahu nak klentong apa so dengan rasa bangga nya si second bos dia ni pi kelentong dia kata sebab bos-bos semua suka ngan keje si mamat ni, so instead of jadik HOD dept ni dia kena buat menda lain…menda apa tu, masuk dalam satu projek yang akan dijalankan pada 2010. fine la…tapi deknon, bila projek tu abis 2010 ni yang lagi tinggal macam 2 tahun tu kan, dia nak buat apa?..dalam erti kata lain, ko keje sini lagi 2 tahun sebab aku kesian kat kau then lepas tu pepandai la cari keje lain..ada faham? Politik kan?...cemana korang rasa kalau kena kat diri sendiri….aku rasa sangat la panas montot huhuhu, so sendiri mau ingat ya, politik-politik ni sangat la kejamnya, so sesapa yang sedang hangat nak berjinak-jinak dengan politik tu, berhati-hati di jalanraya ok….weh apa hal yang aku merapu nih hehehe (aku boleh declare, aku kenal ramai orang politik muahahahaha)

Hmmm…interesting betul dengan tahun ni…macam-macam ada, tapi aku harap semoga apa yang aku alami sekarang takkan ada yang berkurang dan semoga berterusan…mereka yang sedikit kurang bernasib baik pada awal-awal tahun ni, jangan la cepat give up, tak thrill la hidup kan hehe, mungkin tu ujian yang sedikit je, anggap sebagai pengakhiran kepada derita yang panjang….lepas ni mana tahu akan jadi lebih best….after all, sekarang pun dah rasa bahagia kan…selalunya kalau hidup kita personally bahagia, walau cabaran hebat cemana pun takkan terasa….itu aku buat assumption la, mana aku tahu ye ke tak sebab aku tak penah alami…

Hujung feb ni pun ada orang akan mulai suasana kehidupan baru, so far aku tengok takde masalah la, tapi perjalanan masih panjang, dan aku harap semoga takde lagi la kejadian seperti episod yang lalu…sangat pahit untuk dikenang apatah lagi pada mereka yang melaluinya…moga kebahagiaan akan selalu mengiring….aku hanya mampu berdoa, perancangan bulan 3 nanti tu best gak, hopefully akan terlaksana…

Ada satu lagi ni, masa bertunang dulu bukan main meriah mengalahkan orang nikah, masa tu kalau tanya bila nak dilangsungkan (bukan aku tanya sebab aku bukan cam makcik-makcik kepoh yang selalu ada kat majlis-majlis yang sebegitu hahahaha) maka akan dijawab, 11.01.08 . berapa hantaran? (ni makcik-makcik kepoh lagi yang tak sayang mulut yang tanya hahahaha) RM 111,111.11….tengok betul-betul ok hahahaha…ok la, so tunggu la dorang ni….tunggu punya tunggu….eh dengar citer di angin lalu, terpaksa di tunda atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan…wahhhh…apsal ek? Mula la makcik-makcik kepoh ni (sumpah bukan aku ok…jangan buat citer ini aku, aku tukang tulis citer ni je hahahaha) dengan laserina nya berkata…yang pengantin lelaki tak sempat carik duit kot..oppssss…biasa la kan, manusia ni, kalau ada je yang gagal, ramai je la yang mengata….kita mana tahu kut-kut ada alasan lain contoh cam ,mak pengantin lelaki tak sihat ke, atau ada masalah lain ke…ni tak, keje asyik la nak ngutuk jek…tapi kalau jadi majlis tu, kemain lagi heboh kat orang ngaku sedara…ish ish ish….

Aku sangat kagum betul masa menonton filem ni..memula tu, memang rasa dah macam taknak pegi dah, tapi atas desakan akak ni (akak ni memang cukup power kalau mendesak dan mengayat orang hahaha)..mana taknya start citer jam 11.45pm ok, selalunya masa tu aku dah kat atas katil, mata aku pun dah mengantuk dah, tapi sebab paksa rela, so pegi la jugak….tapi memang aku tak nyesal pegi sebab cerita melayu yang paling mengujakan aku adalah cerita ini…kala malam bulan mengambang muahahaha…memang kelakar yang serius….aku tak penah tak dapat nak agak apa akan terjadi setiap selepas satu scene…lepas dah gelak-gelak tu tetiba kena tutup mata lak sebab ada hantu yang menakutkan untuk aku tengok takut aku termimpi dan langsung takleh tidur lak lepas tu…tapi citer dia memang real la, aku tabik pada mamat khalid….lain dari yang lain dan memang citer melayu yang aku boleh samakan cam citer p.ramlee pada zaman wayang hitam putih hehehe..aku suka aku suka, dan aku bagi 5 star (mana penah aku nak puji citer melayu melambung-lambung camni hahaha) yang tak sempat nak tengok, sorry la…beli la vcd kalau ada nanti ok, takpun tunggu la raya hujung tahun ni, sure astro tayang punya….