Friday, September 26, 2008

YANG DI TUNGGU...



SEDANG aku menaip untuk update blog…kat luar cuaca hari ni sangat berlainan, sedari pagi redup dan kejap tadi hujan…berhenti hujan namun masih redup…orang kata salah satu tanda-tanda lailatul qadar bila hari yang special tu cuaca nya redup dan nyaman je…lagi pulak malam ni kan malam 27 ramadhan?...kalau diikut dari sumber yang sahih, lailatul qadar berlaku pada hari atau malam yang ganjil, betul ke ek?..apa lagi tanda-tanda yang korang ada nampak?..kalau betul la malam ni adalah malam yang ditunggu, apa lagi bersiap sedia la dari sekarang dengan perbanyakkan ingatan terhadap Nya..kat masjid pun dah makin kurang jemaah..lepas 8 rakaat terawih je tinggal saf paling depan. Mungkin orang perempuan banyak hal lain, ye la waktu camni la nak kejar buat semua biskut raya yang dah di plan, yang belum shopping masa ni la yang paling bagus nak pegi terutama lepas buka, baru la mata segar sikit nak tengok baju raya, kasut raya, handbag raya, tudung raya, bekas kueh raya dan macam-macam lagi la kan…langsir buleh beli waktu ni ke eh? Ooo dah lewat ke hehe


Menjadi lumrah juga pada setiap tahun, bila menjelma syawal di mana kita meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa..kita akan ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kat semua orang yang kita kenal la, bagi mereka yang kerja dalam bidang perkhidmatan mungkin akan hantar kad raya kat semua pelanggan walaupun tak kenal dan buat perkara yang sama, ucap selamat…ada orang pulak mungkin tak hantar pun kad raya kat teman-teman walaupun kenal…tapi mungkin bersebab la tu kut ye…alamat takde ke, tak sempat ke, kad raya ofis tak cukup ke hahaha

Apa-apa pun…untuk entry aku yang terakhir sebelum aku bercuti ni, seperti mereka yang lazim, aku juga nak ambil kesempatan untuk memohon salah silap perbuatan mahupun tutur kata dan tulisan kepada mereka semua yang kenal aku, tak hantar kad raya tak bermakna aku sudah lupa, tak telefon atau sms tak bermakna aku dah delete contact hehe. Aku ucapkan selamat menyambut lebaran kepada semua semoga lebaran tahun ini lebih meriah dari yang sebelumnya..kalau tahun dulu mungkin kita ada selisih faham dengan seseorang, jadi tahun ni mungkin kita dapat maafkan dia, biasala..semua manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan dan mereka yang memaafkan kesilapan termasuk dalam golongan yang disenangi Nya. Berhati-hati dalam merangka perjalanan untuk pulang ke kampong semoga selamat tiba dan semoga kita redha untuk masuk ofis selepas raya sakan huhu…

Friday, September 19, 2008

Sehingga hari ini...

TAK sangka rupanya puasa sudah berada di penghujung minggu ke 3, rupanya tinggal tak berapa lama lagi sebelum semua menyambut hari raya. Kalau selalunya kita dah sure akan menghitung hari, tapi rasanya puasa tahun ni aku terlalu berada dalam alam duniaku sampai aku baru sedar…

First week puasa tu aku sibuk outstation, second week pulak sibuk dengan keje apatah lagi tempat keje aku menjadi host untuk satu meeting dan seminar antarabangsa, jadi semua terlibat..minggu ni pulak, hari ni aku baru start keje selepas doctor bagi aku 3 hari cuti sakit..ha ambik ko..nak sangat sakit, kan dah kena muahaha…baru aku rasa sengsara cemana sakit dibulan puasa, tapi takpe la tu pun dah selamat aku lalui dengan jayanya (jaya apanya kalau tetiap hari melepek jek kat katil, kepala serasa ada bintang bertabur, sendi tulang rasa ngilu ya amat, perut takyah citer la…sakit mengatasi orang yang gastric, so aku baru faham la kenapa orang yang malas puasa alasan dia sebab gastric….azab tau orang kena gastric nih hehe)..mujur gak bukak puasa dengan geng sebelum aku jatuh sakit, kalau tak, dah sah-sah takleh jumpa dorang…errrr tapi apsal aritu aku rasa aku yang makan paling banyak dan lahapnya hahaha…aku tengok si bat tuh dapat semangkuk sup jek dah kenyang..huh…kecik giler perut ko bat makan tuh jek dah kenyang..si nhk ngan rose pun makan cam ayu gitu…ambik pun aku lebih nampak sudu ngan pinggan dari makanannya..si lara biasa la….manjang cakap diet muahaha…yang aku nih rasanya semua makanan kat situ aku try..oohhh aku lupa nak ambik nasi tomato..tu pun setelah aku try nasi kerabu ngan nasi dagang, satay, segala macam grill, segala macam lauk pauk, pecal, tempura, kueh mueh, sup dan apa lagi ek?..tak berenti makan sambil dengar taklimat hahaha…takpe la kan u ols…sekali sekala hahaha

Di bulan ini jugak aku terima banyak berita sedih, orang-orang tersayang teman-teman aku pergi meninggalkan kenangan…mungkin sudah ajal, ada yang ditinggal ibu…dan juga yang ditinggal bapa, tak ketinggalan juga aku, bilamana dapat berita cousin aku juga meninggal setelah menderita cancer..hanya doa dan bacaan ayat suci saja lah yang masih dapat dibekalkan kepada mereka yang telah pergi…semoga roh mereka dicucuri rahmat, sementelah pemergian mereka pada bulan yang penuh mulia ini…alfatihah