Wednesday, June 22, 2005

HAPPY BIRTHDAY NUR AMMANDA


ammanda, ayip, izzad

HARI ni ammanda dah 7 tahun...cepatnya rasa masa berlalu..anak dara aku nih dah darjah satu..rasa cam baru semalam aku dapat my first baby nih...kalau nak ingatkan, ammanda lah yang paling lambat sekali nak melihat dunia (agaknya dia tak nak keluar kot sebab kat dunia nih teruk sangat hehehe..)

Ammanda lahir bila aku ngan ayip baru je celebrate our second anniversary..kira tu hadiah aku untuk ayip la (selamat...takyah beli hadiah masa tuh hehehe)..maklum la kan..masa tu memang takde experienced pun so bila falsed alarm je terus ayip hantar aku gi ampang puteri...dah tak pasal aku kena dok kat labour room tuh dari kul 5 pagi sampai la waktu ammanda dilahirkan tepat jam 3.17 petang..huh..penat aku tau..nurse ngan midwife dah berapa shift tukar aku masih lagi kat situ..pas tuh aku memula action la tak nak pakai epidural..konon boleh lah tahan sakit..hampeh tul...baru je contraction every 5 minutes aku dah tak tahan..apa lagi aku jerit la kat ayip suruh panggil pakar bius..doktor aku doktor jemilah (sekarang dah dapat datuk) sengih je kat aku "ha...baru nampak awak senyum..tadi nak bercakap pun masammmmmm je hehehe"

Masa baby, ammanda nih memang la kuat nangis..dah la doktor terpaksa vacuum sikit kepala dia, malam-malam lak taknak tidur..ish ish ish..geram tau aku..nasib baik la ada ma..bila ammanda nangis je..ma pun bangun sama temankan aku..ma i love you.you're the greatest..

Ammanda nih perangai dia (ayip cakap la) macam aku...garang..pas tuh kalau nak sesuatu tu mesti dan dan tu biar dapat..dia memang suka buli ayip sebab anak kesayangan papa kan..tapi sekarang nih dah pandai jaga adik-adik..very protective..kalau orang kacau adik dia..ha siap la...tapi kat rumah..dia la pulak buli adik dia especially izzad la..hehehe..

Aku harap Ammanda akan membesar menjadi seorang yang cerdik, pandai belajar tentang hidup, tahu membezakan mana yang baik dan mana yang perlu dijauhi..semoga tuhan lindungi anak aku dari segala perkara yang tak elok..aku cukup risau sekarang ni tentang moral anak-anak..aku harap aku dapat didik ammanda supaya dia jadi seorang individu yang tak mudah mengikut arus peredaran zaman yang kadang-kadang boleh melekakan..jadilah anak yang sederhana dan jaga tingkah laku..mama sentiasa sayang dan menerima ammanda seadanya....cahaya mataku..cahaya keamanan ini...

HAPPY FATHER'S DAY


ayah

BUKAN sengaja aku terlewat nak buat posting nih, tapi hari ahad tu banyak sangat kejadian yang menimpa, takpe lah kan better late than never...

Aku ingat masa aku kecik dulu, ayah selalu takde kat rumah, ma cakap ayah masuk hutan pergi tembak komunis..oooo ye ke..baru aku tau ayah aku seorang pejuang tanah air, menjaga sempadan negara daripada anasir serta ancaman luar dan komunis...aku bangga dengan ayah aku..berkhidmat selama 30 tahun mempertahankan negara dari musuh..

Ayah aku lahir pada zaman inggeris..bila perang dunia meletus dan jepun mengambil alih tanah melayu..ayah aku cerita kehidupan sangat susah..hari-hari makan ubi kayu dan nasik bubur (tu pun kalau ada nasi)..masa tu pulak tuk ayah ngan tok wan pulak bercerai..tuk ayah bawak lari kembar ayah aku dan menetap di selatan thai...sampai ayah aku sakit-sakit mengingatkan adik kembar dia. walau tok wan merayu pun tok ayah tetap tak balik..kesian ayah..

Ayah dapat bapa baru..tok che' seorang tentera..tapi tau-tau je lah kehidupan dengan ayah tiri, walaupun tok che' baik, tapi ayah tau untung nasib..pergi sekolah bawak duit 5 sen..ayah tak belanjakan pun sebab nak beli kasut dah koyak..masa rehat ayah tak makan apa..cuma teguk air paip buat hilangkan dahaga..

Ayah...aku tahu ayah banyak kisah suka duka, tapi ayah seorang yang tabah..aku tahu anak-anak ayah banyak menyusahkan ayah..tapi aku tahu ayah tak pernah mengeluh nasib ayah..ayah tak pernah pukul, rotan, cubit anak-anak..tak pernah walau sekali..cukup kalau ayah diam saja..kami tau ayah marah..

Ayah...sempena hari bapa..aku berdoa semoga tuhan lindungi ayah dari sakit dan susah..aku harap ayah sentiasa gembira dan menikmati kehidupan yang senang hasil dari susah senang, titik peluh ayah dulu..

Ayah...aku sayang ayah...selamat hari bapa..

Tuesday, June 21, 2005


ayip..kat sepang track

ALHAMDULLILAH.......tu saja yang aku boleh cakap..memang tuhan masih panjangkan umur ayip lagi...kalau tak, tak tahu la nak cakap apa lagi.

Hari ahad pagi tuh..aku dok sibuk melayan izzad, dia ada sport day kat bukit rahman putra club house, aku dah bagitau ayip, ajak dia ikut sekali..tapi ayip kata dia nak ride ke genting via ulu yam ngan kengkawan dia (lebih kurang dalam 30 motor semuanya)..pas tu aku cakap la..kesian kat izzad, dia mesti nak papa dia ada sama, maklum la..kitorang tak pernah lagi miss any events yang libatkan aktiviti anak-anak..so bila ayip degil jugak kata nak pergi..aku diam je lah..tapi aku dah tarik muka 14 la kan...merajuk la konon..si izzad ok je sebenarnya hehehe

so...pagi ahad tu aku pun pergi kat club house and ayip gi ngan member-member dia..dalam pukul 9.30am cam tu aku dapat call dari dia..bila angkat..senyap je...'aphal lak dia nih..dah call tak nak cakap lak tuh' ish ish ish...sat lagi dalam kul 10.30am tuh ayip call aku lagi bagitau dia accident kat ulu yam, suruh aku ambik kat sana..apa lagi...terkejut gak aku..bagitau kat kawan aku suruh dia tengokkan izzad ngan ammanda..tolong bawak dorang balik sumer..pas tuh aku cakap kat budak-budak..mama nak pergi ambik papa eksiden...nasib baik dorang cool je..lepas cakap ngan member aku.. terus la aku pergi kesana

dalam perjalanan, ayip call kata ambulan dah angkat dorang sumer ke hospital selayang..ok, so aku pun pergi tunggu la kat spital..sampai je ambulan belum tiba lagi..suspen gak aku..teruk ke..tapi dari aku dengar suara dia ..macam ok. ambulan sampai, aku tengok kat dalam tu ada 3 orang termasuk ayip (ambulan ada 2 buah)..yang teruk kat dalam stretcher..dia ngan sorang kawan tu cedera ringan saja..syukur pada tuhan (aku cakap dalam hati..takde tunjuk muka kesian kat dia hehehe)

doktor cek dan buat x-ray...semua ok cuma kaki terseliuh sikit, jalan pun berdengkot-dengkot la..kawan-kawan dia..yang terlibat ada 5 orang, yang teruk 2 orang..sorang still coma, pendarahan dalam otak..dah ditukarkan ke GH, sorang lagi tulang belakang dislocated dan colar bone patah, couple lagi sorang (both husband and wife doktor) cedera ringan..luka sikit je kat kaki..

ayip cerita..sampai kat satu selekoh, after turun bukit (kat Batu Dam), satu biker (yang still coma) tuh nak overtake kereta kat depan tapi tak sempat sebab ada kereta datang, so dah laju langgar je lah keta wira tuh (orang keta wira ok, kereta depan hancus, cermin depan pecah)..apa lagi kat belakang bikers ramai sumer tengah pecut terus la hentam..ayip citer masa dia kat belakang tu dia dah nampak motor terbang berpusing pusing nakhentam dia, so bila motor tu jatuh kat depan tak sempat nak elak dia pun langgar la..dia lak melayang and terjatuh kat tengah jalan (mujo tak de keta kat jalan..kalau tak..) lepas tu motor belakang nak elak dia kat tengah jalan, hentam lak motor dia..kalau tengok motor ayip orang sumer ingat dia dah kena teruk..mana taknya, sit belakang hilang (hancur), handle depan patah, ekzos dia satu dah kedepan..eiiii ngeri bila aku tengok..

aku berdoa kawan-kawan dia yang masih cedera tu agar cepat sembuh, pada ayip aku dah cakap...selalu-selalu lah dengar cakap aku (selalu kalau dia tak dengar cakap aku, mesti ada something bad happened to him, itupun secara kebetulan), kita tak tau qada' dan qadar tuhan..bila-bila kalau kita berhati-hati pun still kadang-kadang berlaku kat kita jugak..and nasib baik setiap kali bila ayip nak ride, memang part safety dia jaga sungguh (full suit mesti kena pakai plus full face helmet yang good quality, riding boot and glove)..pas tuh sepanjang ride (tak kira bebila), dia selalu baca ama ul' husna..

sekarang nih aku jadik nurse...hehehe..orang sakit nih manja dia terlebih skit tau...mengada-ngada :-)

Wednesday, June 15, 2005

HARAPAN SETINGGI GUNUNG

MASA aku nak tulis posting nih aku dah gelak sorang-sorang.. hehehe.. bukannya apa..tak tau nak cakap aku dah buat kerja bodoh a.k.a sia-sia ke ataupun aku memang serius nak buat....

Sebenarnya semalam aku ngan 2 orang member kamceng aku dah pergi satu tempat ni..and finally, kitorang sign-up jadi member kat this gym hahahahaha..ha gelak besar aku..aku gelak sebab..kelakau, bila aku dah lama sangat dok fikir nak bersenam la..nak jaga body la hehehe..tapi dok berangan je lah, bukan betul-betul pun apatah lagi nak gi gym..hmmmmmpppphhhh, tu yang rasa cam tak real je semalam bila kitorang jadik jugak akhirnya nak jadi orang yang cergas aktif chewahhhhh...

So berkobar-kobar la nih semangat aku nih..sampai hari nih kat ofis siap bawak schedule gym lagik..kengkonon nak pilih la mana class nak pergi nanti, maklum la kitorang dah boleh guna membership tu with immediate effect..yang bestnya semalam masa that guy (by the way this guy nih sungguh la machonya..cindia..so hansemlah hehehe..jamu mata jap)bagi penerangan and bawak kitorang tengok tengok tempat tuh, mata siap menjamu selera lah lagi..pas tuh aku tengok ladies yang pergi (although not all) sumer cam kurus kerempeng jek..apa lagi..kitorang pun cam hmmmmm..betul ke aku nih..hehehe

Lama gak kitorang kat situ so bila dah habis je..eh eh lapar la pulak...hahahaha..end up nya kitorang lepak kat burger king sambil makan doule mushroom burger hahahaha...siap dengan senang hati cakap..ini yang last la nak makan mende-mende cam gitu hehehehe (aku nak tengok sampai bila tahan hahahha)

p.s - kepada kengkawan yang berada dikawasan sekitar ngan tempat gym aku (ditujukan kepada bat ngan nhk, orang lain umah jauh sangat la)sowy la ekkkk (ni mintak maaf secara terbuka nih tau) aku dah bagi nama korang hehehe jangan la marah...aku nih nak ajak kengkawan sama-sama ber eksesais ngan aku..mari mari..

Tuesday, June 14, 2005

DEMAM....

BIASA la kan..sekarang nih semua tengah demam af..tak kira tua muda, laki pompuan, kalau hari sabtu je jangan harap la nak ajak keluar dinner ke..orang nikah kahwin..dinasihatkan jangan cuba buat majlis hari sabtu..nescaya bersanding la sendiri ya, makan la lauk catering tu sendiri hehehe..so sepanjang demam melanda nih akunya posting pun sure lah berkisar kepada af saja hehehehe...

actually takde apa sangat aku nak crite, cuma bila aku tengok diari semalam and tahu apa dorangnya lagu, banyak kenangan dari lagu-lagu tu aku bole cerita kat sini, berikut senarai pelajar ngan tugasan memasing

Felix - Memori Bahagia (lagu sahri af1)...aku suka lagu nih tambah-tambah lak dapat cd free..thanks bad, lagipun ini la permulaan akunya demam walaupun masa af1 dulu aku jarang tengok diari tapi konsert setiap minggu aku tak miss..

Akma - Lagu Rindu (Lagu CT)...aku ada sembang-sembang kat blog orang yang aku rasa akmanya suara macam biasa je, kurang merdu la, so bila dia dapat lagu power cam ni aku harap dia dapat prove to me la kan yang dia punya vokal merdu lagi boleh dilenggokkan..jangan ikut style siti tapi lenggok dan kemerduan itu yang aku nak dengar..silap langkah dia boleh terkeluar dengan lagu nih..

Mawi - Gadis Melayu (lagu Othman Hamzah)..aku suka lagu nih sebab masa lagu nih tengah popular aku dah hidup dan boleh dengar..suara mawi kena dengan lagu nih cumanya seperti cikgu aah cakap..jaga melody..jangan out of tune...

Ekin - Mimpi Sedih (lagu Emilia Contessa)...aku paling suka lagu nih..aku ingat lagi, masa aku kecik-kecik (dalam tahun 75-76 gitu), masa lagu nih tengah popular...aku pernah tengok live show dia ngan parents aku...masa tu penyanyi indo paling top takde orang lain..kalau show lak memang dia lah laku, masa tu lak aku kat sabah..orang sana memang prefer penyanyi indo kan..tu yang siap gi dianya show lagi tuh hehehehehe...suara emilia contessa besar..so aku rasa ekinnya suara memang sesuai cuma dia kena ada lebih feel atau soul dalam lagu nih..lagu sedih so kena lah feel sedih..

Fuad - Gerimis di Lautan (lagu Arwah Sudir) - aku jugak dah hidup masa lagu ni femes berkumandang di radio dulu..siap boleh tengok show sudir kat tv, sekarang dengar suara je la..lagu nih sedap so fuad, tolong jangan fake any of your feelings masa nyanyi lagu nih..lagu berunsur sedih tapi jangan sampai macam nak nangis lak..buruk bebenor..

Idayu - Curiga (lagu Ning) - aku suka lagu nih...aku tahu idayu boleh buat mengenangkan vocal range dia yang besar itu and boleh sampai high pitch..ini lah masa idayu nak tawan balik peminat dia sebab konsert minggu lepas dia tak berapa menonjol..aku nak dia meriahkan stadium dengan sorakan penonton masa dia tarik lagu nih..give big impact to your performance idayu..you can do it (dah aku suka dia..mesti la aku support hehehe)

Kefli - Keindahan di Pantai (lagu M. syariff dan dinyanyi balik oleh kristal)..aku tak tau dia dapat melodi yang mana, yang asal ke atau yang bebudak kristal punya..tengok je la diari nanti..baik usaha lebih..takut nanti terkeluar ngan lagu nih (tapi slim chance la dia nak terkeluar sebab budak-budak pompuan suka kat bibir merah nih hehehe *jeling kat kak aidid*

Marsha - Lelaki Idaman, tak tahu nak komen apa sebab aku langsung tak ingat melodi lagu nih..check diari nanti

Reza - Mungkin Nanti...alamakkkkk apsal la si reza yang dapat lagu nih..aku rela si kefli ke even fuad ke yang nyanyi lagu nih..nih memang one of my current fav lagu nih..memandangkan aku tiap-tiap hari dengar album peterpan..memang aku akan kutuk giler kalau dia hancussss kan lagu nih..taulah si ariel kunyak lirik tapi kalau ko buat cam tuh memang tak jadiknya..hancur adelah...sabar jelah..

Aidil - Anak Dara Rindu - (lagu P. Ramlee agaknya..not sure sangat) aku boleh ingat melody dia so aidil kena lenggokkan sikit suara dia bila nyanyi..biasa la lagu 50 - 60 an..cuma nya please la aidil kasik ada attitude skit bila nyanyi..jangan setakat nyanyi je...kawan aku pun ramai yang boleh masuk af kalau takat nyanyi cam ko nih hehehe

Amy - Asmaradana (lagu Tiara)..hmmm amy yang kayu itu akan menari ala-ala tiara...i don't think so hehehe..tapi mana la tau kan..lagu nih kalau tak kena gaya akan menjemukan so kalau tak buat betul-betul, silap-silap kena kuar akademi lak kang hehehe

Yazer - Suatu Masa (lagu Cfu)..aku suka giler lagu nih..tolong yazer nyanyi bebetul lagu nih..jangan rosakkan lagu nih..tapikan aku rasa sifu suka kat yazer nih sebab tu dia nak test yazer boleh tak jadik pelapis dia tu....

Amylea - Anggapanmu (Lagu Ziana)..wuhoooo minah urban dapat lagu tarikkkk....teringat aku masa nih ziana really look like kampung girl hehehe..anyhow..ni lah masanya nak uji vokal dia..kalau dia berjaya memang aku dah rasa stadium tu nanti akan bergegar dengan sorakan..

Good luck to all pelajar..aku tak dapat nak teka sapa lak yang terkeluar..pada aku sapa-sapa nih..aidil, fuad, akma, reza, marsha, amy, ekin..bila-bila pun aku tak kisah hehehehe

Sunday, June 12, 2005

DAN TERLALU CEPATNYA BERLALU......

ITU lah baris yang mawi lupa semalam..dan kesannya....korang baca lah kat @15 tuh..macam tu la manusia nih...walau 1000 kali kebaikan yang kita buat, tapi bila hanya sekali kita buat silap ke buat dosa ke..mana ada orang nak ingat 1000 kebaikan kita tu..yang diingat dan diungkitkan dan dicercakan adalah kesalahan yang satu itu....

aku bukan nak review konsert semalam..cuma nak luahkan my 2 cents worth of comment je...bila persembahan reza nak habis..aku cuba jeling gak kat mawi..nampak cam dia nervous, maklum la aku rasa dia ni sebelum nih mana pernah buat persembahan kat atas stage pas tuh dah mula dengar sorak-sorak penyokong...mana rasa tak kecut..aku rasa masa mawi mulakan persembahan, dia agak over confident ataupun cuba dengan keras untuk keluarkan apa yang ada, macam nak kasik impress sikit la kat penyokong dia...effect dia..aku rasa mula-mula lagi dia dah salah masuk key..yang mana aku rasa agak tinggi sikit..so bila masuk part yang sepatutnya tinggi...suara dia keluar cam orang rasa perit..tapi dia memang bijak kawal suara sampai takde sumbang...until.......bila dia lupa lirik tu..aku terus perasan, level of confidence dia menurun, dari suara yang padat dan nyaring.....terus suara dia mendatar..masa kat situ lah dah kacau..walaupun aku puji dia sebab dia pandai cover, nampak cam tak gabra..tapi dia tunjukkan dalam tone suara dan lenggok lagu dimana aku dengar masa tu dah out of tune....so the rest of the song aku rasa dia nyanyi cam hanya nak menghabiskan je which aku still respect, sebab dia still boleh nyanyi sampai habis dan cover lupa lirik dia dengan nyanyi balik seperti phrase pertama dia nyanyi.....
pada aku mawi perlu bertanya pada tenaga pengajar..macamana nak atasi rasa takut kat atas pentas tu, itu kelemahan utama dia..cuba atasi rasa malu, cuba bergaul dengan rakan pelajar dengan sejujurnya..be yourself, kalau malu, mawi...kamu takkan dapat belajar, tenaga pengajar tak tahu apa yang kamu tak tahu..luahkan perasaan sebenar kamu mawi sebab aku tahu kamu boleh belajar all the technical parts of how to become a good singer kerana mawi punya suara yang baik..bila digilap dengan sentuhan dan teknik yang betul..dia akan maju...sekarang ni yang perlu mawi belajar lagi adalah memperbaiki kelemahan diri sendiri..buang rasa malu...kamu sepatutnya dah pertimbangkan semua ni semasa kamu decided nak join uji bakat af hari tu....so to mawi........good luck...jangan sampai nanti jadi macam seperti lyrics yang kamu lupa tu.....dan terlalu cepatnya berlalu.............

Friday, June 10, 2005

MOVIE TIME

"AKU ni teruk betul la....budak-budak dah nak habis cuti sekolah, dorang tak de pergi mana-mana pun except during weekend je bila aku ngan ayip bawak dorang jenjalan"...tu yang aku dok mengomel sorang-sorang..memang kesian pun kat anak-anak aku...tapi yang bestnya dorang takde pun bising sangat la...mungkin sebab dah terbiasa kot. So semalam, aku ambik half day sebab niat aku nak bawak dorang tengok movie..apa lagi kalau tak cerita madagascar..so bila aku balik awal semalam..dorang pun pelik and izzad tanya aku..

"mama...mama balik awal nih sebab mama dah takde kerja ke kat ofis?"
"takkkkk..mama saja je balik awal hari nih....kita pergi tengok madagascar nak?"

apa lagi ammanda ngan izzad pun dok hurray hurray je lah..excited la kan..aku check paper tenguk show pukul berapa..ok cantik lah show pukul 2.50 ada, so sempat la dorang pergi kelas mengaji kul 6.00 nih

sampai kat 1U dalam pukul 1.40pm gitu aku terus gi kat TGV..aku tengok mak aiii ramainya orang beratur..pas tu siap ada tampal sign..kata untuk movie star wars and madagascar cuma ada sit kat 3 rows infront je..hmmm takpe lah aku cakap janji boleh tengok..pas tu aku tenguk la kat scrin tv..show 2.50pm tu dah berkelip kelip merah..alamak..takkan dah sold out kot...aku cakap ngan dorang tiket macam dah habis maybe kita boleh beli terus show saturday nih..muka dorang dah semacam je..ye lah..budak-budak..kalau dah janji nak tengok hari nih..mesti hari nih jugak la..mana boleh konar hari lain..kannnn

dah dekat pukul 2.40pm baru sampai turn aku kat kaunter..aku tanya budak tu show kul 2.50pm dah habis ke....budak tu dengan sengihnya terus cakap ada seat lagi..yayayayayyyyy...syukur..terus aku beli..and cakap ngan budak-budak..kita boleh tenguk show hari nih...suka la dorang..dan dan suruh beli popcorn..

ammanda enjoy betul tenguk show tuh..sepanjang-panjang cerita dia asyik gelak je..izzad pulak..biasa la..after 1 hour..dia dah mula buat muka bosan..."mama, izzad sejuk la....bila kita nak balik", sekejap tu pulak... "mama. izzad dah sakit perut nih, bila nak makan"..pada hal sebelum tu dah makan nasi..dah makan popcorn ngan minum..tak kenyang lagi ke? ish ish ish..tu la budak-budak nih bila bosan je memang macam-macam alasa dia..tapi sebenarnya izzad nih dia memang cepat bosan..kalan kitorang keluar pergi jalan-jalan ke, keluar makan ke..sekejap je dia enjoy, pas tu mesti nak balik..homely betul anak aku yang sorang nih..hehehe..

So lepas habis tu kitorang keluar and aku pun promise nak belikan dorang ais krim..so aku tanya la ammanda ngan izzad seronok tak cerita tu, izzad suka melman the girrafe tuh..ammanda suka semua and the way they stick together..ammanda suka macamana si marty sebagai kawan alex, akan sentiasa menajadi kawan in any circumstances...

hmmmm...okke, at least matlamat aku dah tercapai..anak-anak aku dah dapat (walaupun tak semua) cerita disebalik madagascar tu..aku pun suka cerita tu..pada pandangan aku, cerita tu pasal friendship..susah nak cari sekarang nih kawan yang sentiasa ada bersama kita ketika senang atau susah, kawan yang sanggup menolong, berkorban dan bersama-sama mengharungi cabaran kehidupan...aku harap aku dapat didik anak-anak aku supaya at least belajar menjadi seperti marty dan kawan-kawan..dan seterusnya menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.....tinggi sangat ke harapan aku ni ekkkk


p.s - aku gelak giler ngan penguins tu..kiut sesangattttttt :-)

Monday, June 06, 2005

AKTIFKAN AFUNDI ANDA......

Sebenarnya..aku saja je tak buat posting minggu lepas..saje nak tunggu ramai-ramai wish akunya anniversary..hehehehee..melampau kan..ala sekali sekala..bukannya selalu pun setahun sekali je tau..okke sebenarnya aku nak cerita pasal konsert af3 hari sabtu tuh..yang penuh dengan kezutan...

Hari sabtu tuh..aku busy ngan aktiviti anak-anak aku..lepas ambik dorang dari tae-kwan-do, ayip ajak gi rumah abang dia kat senawang..alamak..ingatkan nak bersenang lenang depan tv sambil nengok konsert af..takpe lah..lagipun aku dah lama tak pergi sana..agak-agak ada dekat setahun...(korang jangan marah aku...kata tak kenal sedara lak ye...)

Sampai kat sana dalam kul 7 cam gitu...aku pun borak dengan kakdi sambil tolong dia masak apa-apa yang patut..nasib baik la tv dorang letak kat ruang in between dapur ngan living hall...jadiknya bolehlah aku tenguk tv sekali...masa kitorang tengah makan tu konsert pun start..bila dah sampai dekat akma nak nyanyi..dalam kul 9 lebih tu aku ajak ayip balik..tak kisah la missed konsert pun sebab selain dari yazer aku rasa budak-budak af lain nyanyi biasa je...

Sampai rumah aku terus switch tv kot-kot la sempat lagi nak tenguk..memang betul pun..masa tu aznil tengah dok bercakap yang bukan satu beg akan berada kat pentas tapi 2 beg..haaaa apa....biar betul....pas tu dalam hati aku terus ada this funny feeling yang mungkin astro akan bawak masuk mawi ngan marsha..memang betul pun. lepas tu m.nasir naik sambil buat pengumuman...adoiiiii betul-betul kezutannnnnn.

Bila aku tenguk 8 calon yang tak terpilih tu buat persembahan...aku rasa yang bagus malam tu ialah haider, isa, shiha dan mawi..even marsha pun kurang menyengat..lagu awan yang terpilu tak dihabiskan (macam anti-climax lak..). mawi pulak..walaupun lupa lirik pada awalnya..tapi dia pandai cover (macam bob gak selalu lupa lirik hehehe) and nyanyian dia memang merdu la....

Sebenarnya...aku melihat fenomena masa konsert sabtu malam tu hanyalah semata-mata astro punya business strategy..imagine la..lepas konsert prelude....orang heboh dok sokong mawi yang dah terkeluar tuh..kalau astro bawak masuk dia..dah tentu afundi akan mengalir masuk instead dari dok habis kat ch15 tu ataupun...ramai peminat af yang demam dah suam-suam kuku..jadinya bila mawi dan marsha dimasukkan, apalagi peminat yang dah suam kuku terus demam panas beb..buktinya mawi sekarang dok tempat kedua dalam carta dan marsha pulak mengekori ke puncak..hmmmm astro..astro..memang bijak...so pada yang kerja kat astro tu (senyum kat bad)..hujung tahun jangan lupa belanja tau hehehe..dan yang paling penting kepada meesua, scov, izkiut, bat88, rose, sempoi, waiem, tak ketinggalan jugak wink yang sibuk dok sokong marsha tuh...haaaaaaaaaaaaa apa tunggu lagi...aktifkan lah afundi anda sumer.... (macam tolong promote kat astro lak aku nih hehehe)