Friday, December 23, 2011

MINGGU PALING PEDIH...

SANGAT PENAT...perkataan yang tak berapa tepat untuk menggambarkan aku pada minggu ini tapi itu la lebih kurang apa yang aku rasa pada hari terakhir kerja minggu ini....bermula pada hari isnin, aku telah ambik cuti separuh hari...dan pada hari isnin lah permulaan aku berhadapan dengan situasi yang membawa kepada sedikit perubahan kepada sikap aku walaupun pada dasarnya perbezaan sangat jelas ketara apabila dilihat....hmmm

MUNGKIN rasa yang tidak selesa tahap melampau telah mengakibatkan aku sedikit sebanyak telah mengecilkan hati mereka yang berurusan dengan aku.  Entah la, kadang-kadang aku tak sengaja tapi aku takleh mengelak...aku jadi kurang sabar, ditambah pula dengan bebanan kerja yang bertimpa-timpa yang memaksa aku bekerja lebih masa dan upaya membuatkan aku sedikit stress...permulaan minggu pun setelah aku baru kebah dari demam...jadi bila ketidak selesaan melampau, jadi la semua benda yang sepatutnya boleh dielakkan...nak buat cemana...bukan salah aku secara total :-(

RABU aku terpaksa ke Bangi kerana meeting, urusan kerja ini sepatutnya tidak harus dibincangkan oleh kerana belum ada hitam putih yang dimeterai...jadi kenapa harus aku berada di situ? ntah la..stress aku, petangnya pula aku bergegas ke SSM.  Ada mereka yang perlu diraikan hasil dari usaha yang tidak kenal jemu, segala yang dirancang berjalan dengan lancar, tapi disebabkan masa yang diatur tidak kena dengan aturcara program menyebabkan program berakhir lebih awal menimbulkan masalah yang lain....caterer masih belum sampai padahal waktu yang dijanjikan telah sejam setengah berlalu....apa lagi, event yang cantik pada mulanya telah menampakkan kelam kabut....sapa yang perlu disalahkan? adakah salah caterer yang telah kerosakkan van maka dorang telah lambat...adakah salah pihak SSM yang telah diberitahu akan kelewatan caterer tapi SSM tidak beritahu kepada pihak pengajur? maka untuk merungkaikan permasalahan...refreshment pada petang itu telah diberi percuma...wahhhh sangat baik berita ini....nasib baik mereka yang hadir sangat sporting dan menunggu...penantian yang berbaloi kerana makanan memang sedap....hmmm ada lamb chop, chicken chop, spagetti olio aglio, jacket potato, chicken boxing, mee kari, popiah basah, rojak pesembur, coklat kek, puding roti dan macam-macam lagi la yang aku pun dah lupa

KHAMIS pagi aku menghadiri meeting....fuhhh meeting ini memang aku ada sedikit melenting, yang sepatutnya dapat disetel dalam masa at least 2 jam telah berlarutan sehingga ke waktu lunch..aku dah bagitahu awal-awal supaya meeting dipospon kerana kurangnya kehadiran ahli, tapi tetap nak diteruskan juga...bila waktu perbincangan membawa kepada keputusan yang sepatutnya dibuat, dah tiba-tiba telah keluar statement yang isu harus dibawa kepada next meeting.....tidak kah terasa hot? orang dah suruh pospon nak gak buat meeting..ishhhh stress betul la...belum lagi kebah meeting pertama, dah meeting kedua dah nak start pulak...belum lagi otak aku rehat dari kekalutan yang pagi, belah petang pun tak kurang stress....i really despised KHAMIS...tak cukup lagi nih, malam jam 8pm...aku ada jemputan dari satu universiti pantai timur yang nak buat makan malam kerana menghargai hasil usaha aku dan beberapa orang yang telah membuah kan hasil kepada uni tersebut..alhamdulillah, terima kasih....tapi sebelum aku sampai, dengan rasa yang lesu dan otak yang letih...bersama pula hujan, sedikit kesilapan telah akibatkan mini mendapat kemek didepan huwaaaaaa.....triple tension....nak nangis pun dah tak keluar airmata akibat letih yang tak terhingga...aku gagahkan jua diri untuk hadiri jamuan, sementelah presiden, naib presiden dan CEO akan berada di jamuan yang sama...aku pendam rasa kecewa kerana kesilapan sendiri dan teruskan KHAMIS....jam 11.30pm baru sampai rumah...balik pulak kena marah lagi.....sungguh tidak adil :-(

JUMAAT pagi pula harus ke PJ kerana meeting yang telah diatur...aku sangat kecewa dengan mereka-mereka yang aku anggap sepatutnya boleh membantu aku, tapi kerja yang dilakukan langsung tidak setimpal dengan expectation...kenapa tidak tonjolkan kemampuan diri jika ada? sepatutnya didepan aku, pandai-pandai la tunjuk...tapi kenapa la disaat itu pun masih harapkan aku jugak? ishhhh sungguh aku letih...balik ofis pun ada cerita yang tidak senang jugak diterima...adussss....kenapa la buat keputusan tanpa berbincang dulu? bagi aku senang je, kalau dah pandai sangat nak buat tanpa beritahu aku terlebih dahulu....maka pandai-pandai la jawab sendiri...aku tidak akan tanggungjawab atas apa yang dilakukan without my knowledge or my concern...hmmm letihnyaaaaaa....rasa cam tak berbaloi sebelum ini aku usaha keras untuk beri kesenangan....sangat stress dan sangat tensi....

TERUS terang, aku sangat despised this week...daripada masalah kesihatan yang aku alami, masalah yang aku cari sendiri, masalah kerja, masalah kereta dan macam-macam masalah lagi....kenapa minggu ini aura negatif sangat susah nak hilang? walaupun ada gak selingan yang bikin aku happy tapi hiburan itu tidak berbekas sepertimana peristiwa-peristiwa yang berlaku yang buatkan aku sedih, marah, hilang sabar, letih, penat dan segala macam lagi perasaan yang bercampur gaul.  harapnya selepas malam ini, aku dapat tukarkan aura negatif kepada sesuatu yang aku tunggu-tunggu....nasib baik aku dah bersedia dengan berbagai plan bermula hari sabtu....semga semuanya berjalan lancar..semoga didengar Nya dan semoga dimakbulkan harapan aku.....

selamat berhujung minggu yang panjang, bercuti dan meraikan hari yang istimewa....

Tuesday, December 06, 2011

YANG BARU LALU...

MEMANG banyak yang aku nak citer...harap sabar dan tunggu saja ye....jangan la bosan untuk menjengah ekekeke (ntah aku pesan kat sapa nih)

Sementara nak tunggu cerita tu, aku upload kat sini u-tube dari junior yang terpaksa semeja dengan senior sampai nak makan pun kena catu...naseb arrr kena buli ngan 9 orang 3rd Batch ekekeke...kejadian ini berlaku masa ANSARA dinner 2011 yang berlaku minggu lepas....lepas dinner melepak lagi sampai kul 3 pagi aku sampai umah...akibatnya setelah 3 malam berturut-turut aku tak dapat lena dan tido lambat, arini aku rasa nak demam dah huhuhu,,,harap enjoy