Wednesday, February 22, 2006

DEKAT DI HATI...



“Setapak melangkah meninggalkanmu……dua langkah kasihku akan setia padamu….”

CERITA ini punya banyak kenangan pada aku…pertama kali aku bersua rupa, bertegur sapa dengan teman-teman alam maya bila aku bersama-sama mereka buat pertama kalinya menonton filem ini..pertama kali berkenal tuan puteri dari brunei, bertemu sultan, berjumpa lawyer dan semua peminat fanatik siri reality tv…citer apa tu?..takyah citer la kan sebab ini bukan untuk entri citer tu hehehehe….dari situ persahabatan terus kekal sampai ke hari ini malah menjadi akrab….jadinya sudah tentu cerita ini terasa begitu dekat dengan aku…so bila ada berita yang ianya akan dipentaskan di istana budaya dalam bentuk teater muzikal…aku menyimpan hasrat..mesti tengok jugak teater nih huhuhu…sentimental la pulak

So, semalam, kebetulan aku dapat tiket free…walaupun aku dah janji nak pegi ngan teman-teman yang lain esok, tapi takkan nak lepaskan peluang kan…makanya…jam 8.15 semalam, terpacak la aku kat depan istana budaya..menjadi pemerhati kepada mereka yang bersama menonton malam tu, ada menteri, ada vip, eh eh ada mawi gak ke..hehehehe..apsal selalu sangat aku bertembung ngan budak botak ni ehhh..

Overall..pgl tidak mengecewakan…komen daripada aku yang tak berapa arif sangat dalam industri ini memang datang dari apa yang aku lihat dan dengar je la kan…bagi aku baik pembawa watak utama mahupun pembantu, mereka beri komitmen yang seratus peratus jitu untuk jayakan teater ni, mungkin kalau diawal pembukaan teater ni, mereka masih dikawal perasaan gementar ke apa ke, tapi aku rasa bila dah tiap-tiap malam untuk keberapa malamnya..aku rasa mereka semua dah ‘masuk’ dengan watak masing-masing…Stephen tidak mengecewakan sebagai tuah, bila dia nyanyi best sangat, mungkin kalau kurang pun bagi aku dari segi penghayatan watak especially sewaktu terpaksa berpisah dengan tuan puteri..emosi kat situ kurang menyerlah berbanding dengan tuan puteri gunung ledang yang komitmennya memang over 100 peratus…aku respek tiara, walaupun dia tahu nyanyiannya tak sehebat siti nurhaliza, tapi she can sing..dan semalam she proved that she can sing well..takde la pitching ke laut bagai..dan penghayatan..memang superb..so kalau dia rasa dia nak bersara ke apa ke lepas nih aku rasa dia tak nyesal dah sebab dia dah buat yang terbaekkkkk (eh cam penah ku dengar, tapi dimana ya…hahahaha)

A. c. mizal ngan sultan melaka memang takyah dipertikai lagi la kan..walaupun aku kureng sket ngan a.c tu tapi aku rasa budak ni cam ada talent dia sendiri, tengok je la lakonan dia dalam citer-citer afdlin yang baru ditayangkan..kiranya a.c memang tengah laku sekarang nih hehehe..afdlin aman ramli lak..lepas nih kalau dia jadik pengkritik af, apa yang dia cakap tu, kalau tak elok ..tak elok la…tok sah la nak cari alasan lagi sebab dia memang tahu apa yang dia cakap..kalau tak takkan la dia boleh buat ngan perfect sekali…menari dan menyanyi..dan menjiwai watak….

So sesapa yang nak pegi tengok teater ni…enjoy the show sebab korang takkan nyesal, sesapa yang awal-awal lagi cakap tak minat nak tengok tu, aku rasa sedikit kerugian la sebab bagi aku at least kita support la apa yang cuba di buat yang aku rasa boleh diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa..mana la tahu kan kalau-kalau tetiba pgl dipentaskan di pentas yang lebih berprestige diluar Negara?..tidakkah itu satu kebanggaan?..itu pendapat aku sahaja…


Aku juga tak lupa beli soundtrack dari pementasan pgl ni, lagu-lagu memang aku boleh layan la…kalau korang nak beli, dorang ada jual sewaktu pementasan berlangsung, rege rm18.00 sahaja…errrr…lepas nih ada orang tu cakap nak tengok lantai t. pinkie lak bulan 5 kot hehehehe..so geng…..free kan satu hari korang, jom kita gi reramai....ok :-)

Tuesday, February 21, 2006

KE ADA AN...

SEMALAM...pc kat opis nih cam nak gaduh je ngan aku..ape aku buat pun semua cam tak betul je..nak masuk sini takleh, nak buat itu takleh...nak komen kat blog orang takleh eh eh..nak bukak komen box kat blog sendiri pun takleh gak...ishhhhh takleh jadi nih..apsal ye..adakah sebab pc aku nih banyak sangat disogokkan ubat penahan makanya dia pun dah tak betul dah...(bukan aku yang tak betul ye hehehe)

so makanya aku pun cari solution sendiri (cari sendiri tapi mintak orang lain buatkan..bleh camtu? hahahahaha) dengan menukarkan komen box aku kepada yang lain....jadinya kengkawan mengikut nasihat pakar :-), komen yang dulu-dulu tu takleh nak simpan la....so tu yang korang tengok sumer cam ala-ala zero ya...tapikan aku pelik gak apsal tanya komen yang sebelum-sebelum ni?..korang baca ke komen yang dulu-dulu tu?..mengikut kata seorang blogger (nama takleh disiarkan atas sebab-sebab nanti kena gelak hahahaha) dia cakap...dia selalu baca komen-komen dedulu.. ooooo..camtu ekkk (aku taknak ngaku aku pun baca gak..so korang jangan la nak dok menyengih ye hahahahaha)...



semalam aku nonton ini pilem: Pride and Prejudice…setelah aku sibuk ikut ayip pi kedai pas tu sibuk suh dia beli….cessss siap nak claim lagi ngan aku..ala..takat-takat 8 hinggit je pun nak claim hahahahaha…aku buat derk je…aku suka story ni, tambah-tambah lak aku memang dah baca buku citer ni masa aku budak-budak kecik yang giler dapat buku cerita zaman aku sekolah rendah dulu la…pas tu seingat aku, majalah wanita dulu-dulu pun pernah alih bahasakan citer ni untuk dorang nya citer bersiri dalam majalah tu..tak silap aku la..tajuk citer tu dia tulis….”yang buruk dan berprasangka”..cam tu la seingat aku, dan pulak, aku memang suka citer-citer romantik..nak pulak kalau citer ala-ala period movie gitu kan..suka tengok baju dorang yang cantik-cantik berkembang-kembang dan memacam lagi la yang aku tengok…..



so aku rasa semua orang tahu pasal citer ni kan, keira knightly sebagai elizabeth dalam citer ni memang cantik sungguh…mr.darcy pun boleh tahan….bila aku dah tonton citer ni, aku rasakan mujo la aku ni takde kat zaman tu..ye lah..korang suka ke kalau nak kawin pun parents yang tentukan la, anak dara takleh tunggu lelama..nanti jadi andartu la..so sapa yang proposed bagi je..tak kira la orang tu baik ke tak janji anak dapat kawin..ohhh tidak lerrrrr kalau aku…kita mesti la nak bercinta dulu ke apa ke kan hahahaha…tapi citer nih memang le romantik, bagi orang yang suka sangat baca novel-novel romantic tu memang kena la menonton…dvd 9 tak mahal..aku beli kat kedai kat umah aku tu (ayip beli ye hahahaha) rm8 je tu pun boleh tukar-tukar (tu sebab baik sangat ngan tokei kedai tu la hahahahaha…errrrr tu ayip ye bukan aku..regular customer..)



kredit foto to official website of ‘pride and prejudice film’

Monday, February 20, 2006

TIADA KESAMPAIAN...

BETUL la kata orang…tidak semua perkara atau benda yang kita rancang itu akan menjadi, kadang-kadang kita nih bila dah tak jadi tu, mula la cari penyebab dan alasan…dan selalunya..bagi aku la kan..mesti nak pikir yang negatif je…takleh terima la apsal tak menjadi atau tak berjaya…ini ler ceritaku…

Pagi ahad tu kan, seperti biasa la..gi bekfes than hantar budak-budak taekwando, dorang tak leh ponteng sebab periksa dah nak dekat..especially izzad tu, suka main-main waktu pektis..seb bek sir dorang okke, kalau kena abg dins kang mau kena belasah hehehe (jeling sempoiiii..jangan mare arrrrrrr….aku gurau je hahahaha). Masa tengah relax, dapat berita kawan ayip..dorangnya geng bikers eksiden kat jalan duta..motor dia MV Augusta patah dua gitu…dan dia mati on the spot…eiiiii ngerinya dengar, citer lanjut kawan dia tu memang on the way nak ke port biasa waktu hari minggu mana lagi kalau tak ke awana dan genting highland….nasib bek ayip tak jadi nak ride hari tu, dah la 2 minggu lepas masa kat trek sepang dia dah jatuh, motor baru je ambik dari workshop hari sabtu…so memang dia dah gian la nak ride tapi sebab ada hal sket, dia tak jadi..dan aku rasa mujo jugak la….so mak dia dah bising bila dengar berita tu sebab dia ingat anak dia involve sama eksiden tuh..nak jadi citer….petang tuh tiba-tiba muncul je rombongan dari bp ke rumah aku…uikkkkssss cepatnya….pagi nih siap berleter, petang dah sampai sini tak abis lagi ke berleter tuh…mak dia memang tak berkenan sejak dia suka ride and sejak dia eksiden dulu tu..semalam siap suh ayip pi jual je moto dia…dan seperti biasa anak dia tu kan buat muka bodo je la…mana makan saman kan, kalau dia dengar, masa aku bebel lagi dia dah buatkan maklum la…tahap laser aku tak sama ngan mak dia hehehehe..makanya mak dia pun tak tahu la nak buat apa lagi kat anak kesayangan dia tu kan…doa je la mak…huhuhu

Ok, kes ayip dah setel, tapinya disebabkan kes dia tu lah akunya aktiviti terbantut…memang aku dah janji ngan waiem ngan kak aidid nak gi tengok sifu m. nasir kat planet malam tu, tapikan dah rombongan bp datang, cemana nak buat kan takkan lak aku tetiba nak kuar lak..ishhhh mana boleh aku nih menantu yang baik walaupun sekali sekala cam hantu gak :-) hehehehe…so dengan rasa yang kuciwa, aku layan je la orang yang datang bertamu kat umah kan..aktiviti aku tuh boleh dibuat len kali..kang murka lak mak mertua aku..hampeh la kan hahahahaha… siap kena gi rawang lagi sebab mak dia nak gi umah kakak dia yang kat sana..ye lahhhhh..ikut aje la..janji tak derhaka hahahaha…..

Semalam gak, dalam jam 11.30 gitu dapat sms “m.nasir best giler” uwaaaaaaaa terasa hangin je satu badan…takpe waiem takpe…aku pung balas la “arrghhhh..jangan arrrr…aku layan mak mertua aku dapat pahala *alasan sebab sedey hehehe* “ peh tu kan dapat lagi sms nih hehehe..” mak mertua boleh layan bila-bila *ikon kuor tanduk* “ hahahaha…takpe waiem takpe…siap kak aidid lak nak call sifu sebab aku suh dia sambung lagi kat planet minggu depan..peh tu buleh lagi buat lawak sifu tido la sebab penat nyanyikan untuk dia semalam cesssss…takpe..ahkak takpe….

So conclusionnya….walaupun aku semalam tak dapat nak berpeleseran hahahahaha…berat pekataan nih hahahaha..tapi aku dah buat pahala sebab layan mak mertua aku kan..betul tak korang :-)

Friday, February 17, 2006

LUAHAN...

ARRRRRRRGGGGGGHHHHHHHHH........

Korang pernah tak rasa.....bilamana orang lain syok syok..seronok seronok..dapat habiskan masa ngan boipren dorang...hubby dorang...kengkawan ke...famili ke...marka dorang..tunang dorang...chombi dorang...pegi dinner ke..tengok wayang ke...minum petang ke..apa-apa je lah aktiviti tapi bersama...ber romantik gitu....haaaaaa tu orang lain la kan..tapi aku?....aku?....aku terpaksa mengadap orang-orang yang aku jumpa sekali sekala..yang serius ngan keje..pagi petang siang dan malam...aku repeat..malam...aduhhhh tension aku..tu la yang terjadi kat aku...dari hari isnin sampai le ke semalam, aku meeting pagi petang malam...pas tu kan...nih ada lagi satu nih....

Penah tak korang....keje kat KL tapi takleh balik umah....tension....4 hari aku cam ala-ala 'outstation' tapi 'outstation' kat KL....aduh...terasa cam rumah tu dekat tapi jauh....adoi...rasa tak larat nak hadapi lagi...tapi rasa-rasa cam akan kena lagi.....ahhhhhhhhh...bila la aku nak bebas dari beban nih sumer....


Ku harus lepaskan mu...
Melupakan senyum mu...
Semua tentang mu tentang ku
Hanya harap
Jauh ku jauh mimpi ku
Dengan ingin ku...

Tuesday, February 07, 2006

MEMOIRS OF A GEISHA DAN SEARCH



AKU dah baca…dan aku dah tengok pun filem ni (sampai aje dari kuantan hari rabu tu, terus aku ke summit nak tengok citer ni dengan kak aidid ngan waiem, penat memang penat tapi berbaloi hehehe) beza?..memang tak sama, penghayatan dan detail dari pembacaan memang tak boleh nak digarapkan semua untuk sebuah filem yang berdurasi kurang dari 2 jam setengah, since aku memang prepare nak tengok citer ni, aku baca dulu bukunya dan bila menonton, terasa dapat hayati setiap scene yang ditunjukkan. aku rasa yang aku dapat selami perasaan chiyo yang kala di usia 9 tahun telah dijual oleh bapanya melalui orang perantara, mr. tanaka kepada sebuah rumah geisha di Kyoto, bagaimana di usia sebegitu muda sudah telah banyak kepayahan yang dilalui sehingga dia terjumpa dengan seseorang yang dipanggil ‘chairman’ dan disaat itu apa yang dilakukan hanyalah kerana ingin mendekati chairman….

Mungkin boleh disimpulkan cinta pandang pertama kepada seseorang yang tidak dikenali, berjumpa secara tidak sengaja, tapi kerana kebaikan yang ditunjukkan memungkinkan perasaan cinta itu. Walaupun kehidupan selalunya tidak seperti yang diharapkan, seperti juga chiyo yang bertukar nama kepada sayuri apabila dijadikan ‘adik’ kepada mameha…walaupun selalu dapat berjumpa chairman di majlis-majlis yang memerlukan khdimat geisha tapi perasaan harus dipendamkan demi kepentingan kehidupan yang dicatur dan diatur…

Sehinggalah selepas 10 tahun penantian…10 tahun yang menyaksikan berbagai peristiwa berlaku, peperangan yang merubah kehidupan..tetapi perasaan tidak akan mungkin dapat diubah walau apa cara sekalipun untuk menafikan…begitu juga sayuri dan chairman yang akhirnya bersatu dalam penantian yang tidak berpenghujung….



Memoirs of a geisha adalah cerita kehidupan seorang geisha dan perasaan seorang sepertinya untuk bercinta dan mencintai..bila membaca cerita ini, baru aku tahu peranan seorang geisha sebenarnya dan yang penting merubah pendapat aku tentang itu…..naskah yang menarik dengan garapan filem yang juga menarik, tiada apa yang istimewa atau menonjol tentang filem ini, tetapi bagi aku ia mengasyikkan…saranan pada yang ingin menonton…perlu lebih bersikap romantik hehehe..dan sesiapa yang sudah menonton mungkin bersetuju dengan aku….

Konsert search datang lagi, kumpulan yang sudah 25 tahun berada dipersada hiburan Malaysia dan memperjuangkan muzik rock buat kesekian kalinya mengadakan konsert mininya di life centre, sabtu 4 februari lepas. Aku tak melepaskan peluang ini, so pada hari yang dijanjikan, aku, waiem dan sempoii dengan bodyguard kitorang sekali hehehe…kira macam hard core fan rock la nih hehehe dah terpacak kat life centre lebih kurang jam 4 petang.. actuallynya aku lambat sket, mana taknya banyak betul halnya seblum aku dapat ambik dorang kat klcc…masa tu dah jam 3.45..gabra jugak sebab tiket tak beli, mana la tahu kan tetiba sampai kat sana, tiket sold out pulak, harusla pulakkan kitorang buat konsert sendiri hehehe…tapi nasib baik..sampai je terus dapat beli tiket..

Pintu channel dance club dibuka jam 4.30 petang tapi konsert hanya start jam 5.30 petang, amy mohon maaf atas kelewatan..jawapan standard biasala kan masalah teknikal, tapi rasanya mat-mat dan minah-minah rock tak kisah bila konsert yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam tu memang best. Amy memang bertenaga, dengan umurnya yang dah 50 tahun tu tapi masih lagi boleh tarik suara dan performed macam 25 tahun yang dulu…lebih kurang 20 lagu dinyanyikan, walaupun takde lagu popular seperti Isabella, gadisku atau mentari merah diufuk timur, tapi kitorang tetap terhibur dengan lagu-lagu pilihan yang kebanyakan lagu rancak sesuai la untuk konsert kan..aku, waiem ngan sempoii maintain je kat meja kitorang walaupun yang kat depan dah start head bangin’ dah hehehe..tapi bila keluar dari life centre tu suara masing-masing cam serak-serak la pulak..apa taknya kat dalam tu bising sampai tak hengat dok melalak sekali ekekeke…

Overall, aku rasa puas hati la dan aku rasa begitu jugak la dorang yang memenuhi life centre hari tu..so sesapa yang nak ajak karaoke lepas nih..kira boleh je la kan pasalnya suara kitorang dah asah dah hehehehe :-)

Friday, February 03, 2006

MASA DAN MASALAH...

HMMM....lama aku tak berciter panjang sejak aku busy semenjak dua menjak ni kan..so ni aku nak citer sikit..mungkin ini entry terpanjang aku la sapa tau..tak pernah aku nak buat entry panjang-panjang ni kan...

aku start bz bila mana aku kena pegi utara, tak lama..tapi proses nak siapkan dokumen tu yang buat penat, sampai kat sana..konon siap aku bawak kamera la..sebab ingatkan nak ambik gambar menara alor setar ke kan..tengok-tengok menara lak yang tunggu aku tak muncul-muncul sebabnya aku penat sangat petang tu sampai je terus tertidur, pas tu malam plak dah start discussion..hampehnya pulak tu next day dah terus kena gi sintuk yang perjalan memakan masa dalam 1 jam, sampai ke sudah satu gambar pun aku tak ambik hehehe..bukan tu je, pekan rabu yang sepelaung tu pun aku tak jejak pasalnya aku lupa langsung, aku memang dah lama tak datang sini, last masa aku study kat perlis dulu, masa tu mana ada lagi hotel penginapan aku nih so bila kawan aku sms kirim beli dodol kat pekan rabu, dalam hati aku cakap mana ada pekan rabu dihari ahad nih, heran aku..aku tepon dia dan dia cakap “laaaa….awat la bengap sangat hang nih” (dia orang penang) hmmm…so aku missed pekan rabu sebab nak pegi cemana dah malam and the next day sehari suntuk kat sintuk sebelum last flight aku balik kl

Keje..keje jugak kan tapi kalau dah jalan-jalan tu tak sah la kan kalau tak try makanan kan hehehe…so on the way masa nak gi sintuk tu kitorang ada ternampak satu gerai jual cendul, nama gerai tu jo cendul pulut, wahhhh..kawan aku yang dulunya study kat situ pun bukak citer la, katanya dulu jo cendul ni meniaga pakai basikal roda tiga je, tapi sekarang nih dah canggih, dah ada kedai besar dan dah jual macam-macam makanan temasuk la sate dan cucur udang, punya la best cucur udang dia sampai aku tak perasan aku dah abiskan 2 pinggan hehehe

Weekend selepas tu kompeni aku suh keje pulak..hampeh betul, bulan januari je boleh kata tiap-tiap weekend aku kena kacau…what a good start this year ehh..so jumaat tu kitorang yang selected tu (konon cam ala-ala yang bagus je la kan huhuhu) checked in la kat Marriott putrajaya, malam tu jugak dah ada presentation. Tapi yang buat haru dan kelam kabut bila plan A aku tak capai misi (hehehe…aku pun ada misi gak) citer dia cam ni, hari ahad pagi ayip kena gi china sampai la hari rabu dan aku pulak ahad petang baru abis kat putrajaya tu so takde sapa kat rumah nak tengokkan budak-budak, ye la bibik ada, tapi takkan lak nak tinggalkan dorang ngan bibik je kan..silap-silap bila aku balik umah, bibik kemana budak-budak semua hilang..ish ngeri bila aku pikirkan, so plan A aku ialah mintak ma datang tengokkan budak-budak, ma pun cakap ok je la..tup-tup hari sabtu yang sepatutnya ma datang..tetiba kak nor sms aku cakap ma masuk hospital pulak..huh!!!!!!!!..terperanjat la aku sebab masa aku borak ngan ma cam ok je, rupanya sebelum ma nak datang kl, dia gi hospital dulu check up (ma ada diabetes), then dr takleh nak baca sugar level dia sebab tinggi sangat..dr pun terpaksa la tahan ma kat hospital sebab nak monitor keadaan ma tu kan…abis la kantoi plan A aku..last last..no choice, terpaksa la ayip ambik mak dia dari bp untuk jaga budak-budak tu, aku pulak terpaksa la ponteng meeting sabtu malam tu semata-mata nak tengok mak dia dan nak nak tengok keadaan kat umah ok ke tidak..so pepagi esoknya tu ayip terus ke klia dan aku sambung la balik kat putrajaya..hati pun senang sikit sebab dah ada orang tengokkan rumah, sebelum nih tak pernah la aku ngan ayip serentak takde kat umah, selalunya kalau dia outstation aku mesti ada dan sebaliknya, tapi nak buat cemana this time dua-dua serentak takde..problem jugak ekk

Tengahari kat putrajaya hari ahad tu aku dapat sms dari kak aidid, ingatkan misi untuk hari tu, huh..misi apa tu?..hehehe misi bowling kodok la..aku memang la tak layak main boling sebab terror sangat kan so jadi penyokong pun jadik la, lagipun tujuan utama aku nak ambik t-shirt kodok yang aku dah oder lama dulu…so dari putrajaya aku bergegas ke ampang point walaupun keadaan aku masa tu tengah tak larat sebab demam..sebenarnya sejak aku balik dari alor setar lagi aku dah demam ditambah dengan keje non-stop so aku tak stay lelama sangat pun, dapat tengok dorang buat balingan 1 2 je pas tu terus aku blah..kak aidid bagitau nart diwar-warkan sebagai pemboling (ada ke perkataan nih) terbaik..wahhhh..terrornya..kalau cam ni next time ada game boling aku nak satu team la ngan nart hehehe

Wei..citer aku tak abis lagi tau, kata nak aku buat entry terpanjang..ha ni nak pecahkan rekod entry terpanjang la ni hehehe…so balik dari putrajaya hari ahad, hari isninnya pulak aku dah kena outstation lagi, kali ni ke kuala terengganu (kt), sebab tu la aku terpaksa cari orang nak tengokkan budak-budak, sebab ayip pun belum balik lagi sampai rabu dan aku pulak ke kt sampai khamis..

Ermmm..aku bab-bab keje malas la nak citer sebab boring la kan so aku nak citer pasal makanan jugak hehehe…aku rasa la kan, berat badan aku dah bertambah 2 kilo, mana taknya asyik makan aje, pernah masa aku kat kt tu, belum pun tengahari aku dah makan nasi 3 kali, breakfast kat hotel aku makan nasi minyak, pas tu sampai kat tempat keje,dorang hidang pulak nasi lemak lauk ikan tongkol atau aye yang sememangnya sedap sehingga menjilat sudu, pas tu makan tengahari nasi beriani, mau tak 3 kali nasi tu pun belum masuk dinner lagi tu hehehe….tu tak temasuk nasi dagang yang aku makan tak kira la dari kampong ladang ke atau yang mana..semua aku rasa cam sedap je..kueh mueh jangan cakap la kan, tepung pelita la, jalamas la, roti cicah kari la, bubur kacang la, satar la, kropok lekor la..pas tu pulak tak cukup dengan tu, dorang bawak la pegi makan seafood yang goreng ngan tepung kat tepi laut belakang airport, tempat femes dorang bagitau…adoiiii bak kata sepanjang 4 hari kat aku sana, keje sama banyak ngan makan takpun aku rasa makan lagi banyak kut..tapi yang tak bestnya semua makanan tu aku suka..abih cemana tak terasa bertambah berat hehehe…

Kalau datang ke kt, tak sah la kan kalau tak gi ke kedai payang atau pasar payang kan..kat sana segala macam batik, songket, kraftangan dan hasil anyaman boleh didapati..tapi yang specialnya bila aku ternampak sorang makcik ni jual telur penyu. Sebelum nih walaupun aku pernah jumpa orang jual telur penyu even kat sabah, tak pernah rasa teringin nak try, tapi ntah cemana hari tu aku teruja nak try hehehe

Mokcik “maghi gak adek wei.ghaso telo penyu nih”
Aku “beghapo gak mokcik ghege telo nih?”
Mokcik “hok maghi dari ghedang tuh ghege setir 3 ghiya, hok sabboh pung ade gok, setir ghege 2 ghiya setengoh..sedak kalu ghebuh ngang gharhang jah”

Hehehe..tu lah lebih kurang perbualan aku dengan mokcik tu, panjang lagi sebenarnya tapi tak reti aku nak tulis dah…errrr aku pun beli la telur dan dah try pun rebus ngan garam..rasa dia? Errrr boleh la tahan, yang egg yolk tu rasa cam telur masin pun ada..kira boleh la..kawan aku yang sama-sama beli ngan aku tu memang suka makan, disebabkan dia la aku rasa tercabar nak cuba gak huhuhu..

Khamis, hari last aku kat sana..tengahari tu dapat call dari kak aidid (sebelum tu waiem dah sms aku dulu) ajak tengok buli balik..alamak wrong timing la, cemana aku nak join dorang sebab masa tu aku baru jejak kl je..tak hilang penat woi….tapi yang bestnya, masa aku kat kt demam aku yang lambat nak baik tu boleh sembuh..mungkin kena angin laut yang nyaman atau mungkin sebab aku makan banyak sangat kut, tu yang buat demam aku kebah dengan sendirinya..ntahla..

Pengembaraan (chewah..cam bagus je, dah suruh aku buat entry panjang kan..ha ni nak pecah rekod la nih hehehe) tak berakhir disitu…lepas satu hari aku kat opis jumaat tu, sabtu tahun baru china tu aku balik pulak ke kampong aku..yayyyyy…bestnya lepas penat bekerja..kira cam reward la dapat balik umah sendiri..biasa la kan kat mesia nih kalau ada cuti panjang sket mula la jalan jam kan..pulak tu..jalan biasa yang dilalui ditutup pulak…panik jap sebab tak tahu nak lalu jalan mana..last-last kitorang dapat satu jalan alternatif yang akhirnya terus tembus ke laluan baru kuala lipis..kira untung gak sebab takyah lalu pekan bentong ngan raub..

Kiranya aku balik kampong ni pun sebab pertamanya nak jenguk ma (nasib baik ma dah keluar hospital)..dan atuk aku juga kebetulan sakit, sebelum tu dah masuk icu..sampai pernah masa aku tengah sibuk outstation sana sini aku berdoa supaya tuhan jangan matikan dulu atuk aku selagi aku tak jenguk dia..sampai cam tu sekali….sebenarnya disebabkan kesibukan aku, hanya aku dan leen je yang belum balik ziarah atuk..terukkan aku…so bila aku balik tu terus je aku jenguk atuk, leen pun balik so sempat la kitorang pegi, nasib baik atuk masih lagi kenal aku..pas tu yan pulak ada buat kenduri aqiqah umar, satu hari suntuk kitorang jadik penyambut tetamu melayan saudara mara dan orang kampong (cam nama aku pulak hehehe), sebab tu la aku nak mintak maaf kat OO sebab tak dapat datang rumah OO untuk majlis kahwin adik dia…bukan apa, tapi aku pun takleh tinggalkan rumah hari tu sebab kenduri pun habis bila dah lepas maghrib..sorry ye OO 

Selalunya kalau balik kampong aku ada tempat wajib yang mesti pegi dan makanan yang mesti makan hehehe…kali ni aku tak lepaskan peluang makan nasi kerabu ngan solok lada, juga makan sup gear box kat pcb disamping seafood yang digoreng dengan tepung (lagi sekali makan nih..tak abis-abis hehehe), pas tu rantau panjang ngan pengkalan kubur mesti ada dalam list lawatan…

Kali ni, ayip ajak balik kl melalui terengganu, aku ok je sebab dah lama tak lalu jalan nih seingat aku 10 tahun dulu kut..baru dia tahu yang jarak dari rumah aku ke jeti pulau perhentian tu tak sampai pun sejam..pas tu cakap aku apsal tak bagitau, sebab dia memang dah lama nak pegi situ..kitorang sampai ke kt, kat situ berhenti makan kat batu buruk, sambil aku sibuk bagitau kat budak-budak tempat aku outstation..at least dorang dapat la tengok sendiri aku ke kt tu kemana.errr aku singgah lagi ke pasar payang hehehe tapi takde beli telur penyu tau huhuhu..perjalanan hari tu berhenti dicherating bila kitorang ambik keputusan nak bermalam disitu..aku pun dah tak larat dah nak singgah kuala kemaman makan satar sedap..penat betul rasanya..

Next day, lepas breakfast terus bertolak ke kl..sambil tu dapat sms dari kak aidid…ada projek lagi hehehe..projek apa tu?..apa lagi tenguk wayang memoirs of geisha…sampai je kl, petang tu aku terus ke summit jumpa kak aidid ngan waiem..errrr nanti la aku citer dalam next entry ya best ke tak citer nih…lepas abis wayang tu rasa lapar la pulakkan so kitorang lepak kat laksa shack sampai dekat ngan kul 10 malam sebelum balik umah..aku yang memang kepenatan terus je carik bantal..tido la beb..huh..panjangnya aku rasa entry aku nih..korang jangan boring baca dah la ye..bukan apa..kiranya aku balas dendam sebab dah lama tak dapat nak aktifkan blog aku..lepas ni sepatutnya bulan februari ni aku ada 2 projek yang memang aku tak suka..so aku cari jalan cemana aku tak perlu nak buat keje tu, nasib baik misi aku berjaya..hehehe..korang takyah tau la cemana aku buat, yang pentingnya aku dapat escape diri sendiri dari terbabit dengan projek tu..so jangkaan aku yang awal bulan aku akan bizi, jadi kurang la sket walaupun banyak lagi keje lain yang perlu dilaksanakan…hmmm…dapat la aku luangkan masa tengok teater puteri gunung ledang dan aktiviti lain (macam la dalam sibuk tu aku tak de aktiviti pun kan hehehe)….