Monday, July 31, 2006

PENGHARGAAN ATAS KERJAKU YANG SEDIKIT...

PERNAH tak korang rasa dihargai?...eh mesti pernah kan…tak kira la dari sapa-sapa…tapi yang aku tanya ni, perihal keje….pernah tak, bila sesatu keje tu memang dibuat sebab itu adalah sebahagian dari tugas, tapi kesan dari outcome tugas yang dilakukan itu sebabkan korang rasa cam terharu kerana penghargaan ikhlas yang diberikan…..ia baru berlaku pada aku minggu lepas…..

Lepas aku balik dari outstation, seperti biasa aku mesti kena buat repot la kan…so hari jumaat memang hari yang sangat sibuk apatah lagi aku terpaksa keje pulak hari sabtu sebab ada meeting….sampai aku lupa, hari jumaat tu ada meeting yang penting yang kesannya boleh mengubah kehidupan seseorang di masa depan….memang aku tak perlu attend meeting tu pun, tapi aku dan beberapa orang yang mulakan keje tu from scratch sampai la kepada penyediaan repot untuk meeting jumaat tu….dan aku pulak lupa nak tanya, apa keputusan meeting hari jumaat tu….

Ahad, waktu aku sibuk-sibuk bersiap nak pegi kenduri aku punya staf nikah…tetiba aku dapat sms dari seseorang….dia ni coordinator yang banyak tolong aku masa proses untuk menyiapkan keje tu…. dalam sms tu dia citer yang dia dah tanya keputusan meeting jumaat tu…jawapan yang positif, dan dia sangat berterima kasih pada aku kerana hasil usaha keje keras aku tu, dorang dapat feedback yang positif…aku reply sms dia…ucapkan tahniah dan terima kasih atas usaha dia sehingga berjaya….lepas tu aku terus dapat call dari dia…tak putus-putus ucap terima kasih pada aku, walaupun aku terangkan pada dia yang dah memang itu keje aku, bagi aku tak ada apa yang extra yang aku buat pun…tapi aku sangat terharu…daripada keikhlasan tutur bicaranya menyatakan rasa terima kasih, tak terbalas jasa dan macam-macam lagi yang aku rasa cam…adoi….apa je la contribution aku..baru aku realize, betapa keje yang dianggap biasa oleh kita sebenarnya memberikan kesan yang mendalam lagi bermakna kepada mereka yang lain terutamanya kepada mereka yang menerima kesan langsung daripada keje kita itu…tak penah aku rasa cam tetiba macam wahhhhh….aku dah buat something yang bagus…..langsung aku tak terfikir hingga begitu sekali penghargaan yang diucapkan….sampai aku rasa cam….takpe lah kalau aku tak dapat reward apa-apa pun, janji keje yang aku buat tu dihargai…..sepanjang semalam…aku rasa semua benda yang berlaku cam best je….begitu besar impak….tidak tercapai walaupun penghargaan material diberikan…benar lah seperti di kata….berikan sedikit pujian dan sanjungan agar orang lain mendapat keceriaan…besar pahalanya…..betul kan

Friday, July 28, 2006

OUTSTATION YANG 'SAKITKAN' AKU...

BARU dapat updet hari ni, seperti biasa tugas untuk outstation memanggil…kali ni aku ke Aloq Setaq…destinasi keje pulak sebenarnya lagi ke utara iaitu ke Sintok. So ahad tu dah terpaksa ke sana sebab hari isnin dah mula keje….sampai je airport, wahhh dah siap pun airport baru, canggih la…memang cantik airport kepala batas kalau nak banding ngan dulu la kan…tapi, keluar je dari airport tu, adusss panas nya cuaca….rupanya dah seminggu tak hujan, so cuaca memang ekstrem panas….kat belah utara, kalau panas memang terik sekali compare ngan kat kl…

Aku nak komplen sket ngan hotel kat alor setar, dorang cakap hotel yang paling baik sekali ialah holiday villa….yang betul-betul kat tengah town..so kitorang pun buat booking kat hotel tu la, tapi yang tak bestnya…hotel tu sentiasa penuh sebab ade je orang kerajaan yang buat function kat situ….dan aku rasa sebab tu la menyebabkan service yang diberikan pun kureng sket….bab makanan pun bagi aku tak best sangat..so kepada sesiapa yang nak ke kedah, try la cari hotel lain walaupun depa kata hotel lain lagi teruk..ataupun..cari ler rumah member hehehe…

Urusan keje memang kena buat la kan, so takyah citer bab keje sebab boring…..aku nak citer kisah aku yang tak berapa sihat kat sana, bermula first night sampai ler ke hari aku nak balik..tak tahu apsal, aku boleh kena sakit perut dan sakit kepala yang boleh tahan la teruknya….aku rasa mungkin sebab perut aku terkejut ngan makanan yang banyak yang dorang suh kitorang makan…memang dorang layan cukup-cukup la kitorang yang jadi tetamu ni, pas tu….aku rasa makanan yang aku makan cam pelik dan memang perut aku takleh terima agaknya…..selalunya kalau aku pegi mana-mana..syiok je aku citer bab makan ni hehehe…tapi this time memang aku suffer abis…asal aku makan lebih sikit je, mula la dah tak sedap badan….memang meletihkan aku rasa…tapi disebabkan aku terpaksa abiskan jugak keje aku, so aku paksa jugak buat keje sampai abis, kalau tak lagi aku takut kalau takleh balik on time huhuhu….

Dalam pada aku tak berapa sihat dan menahan sakit tu, sempat lagi la dorang bawak pi makan laksa kedah yang best dorang cakap kat kuala kedah, then dorang bawak makan sampai ke perlis, ke sebuah kedai makanan kampong kat pokok sawa (sawa ni orang utara je yang paham, sebenarnya sawa ni ciku hehehe)….masakan kat kedai tu memang best tapi biasalakan since aku dah serik dan still sakit, makan pun berhati-hati jek….tak penah-penah ler makan sket aje muahahaha…..since kedai makan tu kat perlis, so dorang yang tahu dulu aku sekolah kat perlis (kat sana aku jumpa sorang senior n sorang junior aku masa kat sekolah…best sangat dapat citer balik kenangan kat sekolah….macam orang tu yang teringat zaman sekolah bila tengok citer top gun muahahaha) apa lagi terus bawak aku ke sekolah lama….berhenti kat depan sekolah yang dah hampir 2 dekad aku tinggalkan memang terasa nostalgia….bila dah ada kat situ, dan dan terus aku flashback satu satu peristiwa dan pengalaman yang penah aku alami kat situ…dorang ajak masuk, tapi aku tak nak sebab kalau aku masuk nanti silap-silap takmo balik pulak hehehe…mungkin satu hari nanti aku akan datang lagi…..so aku rasa dah lengkap kembaraan aku tahun ini, cukup 14 buah negeri aku jejak…rasa sangat puas hati…sewaktu aku tinggalkan alor setar….hujan turun dengan lebat…..

Malam tadi sekali lagi aku tonton explorace…kali ni explorace ke selatan, 2 grup ni memang kelakar abis terutamanya yang couple china, si james ngan andy kut..tak ingat nama dah…tapi dorang ni memang cam clown la…gelak je tengok dorang cuba nak menari zapin…tarik orang dewasa dalam upih dan banyak lagi aktiviti lasak yang dorang kena buat…memang kali ni semua tugasan mencabar, tapi peserta pun best je, takde la yang give up ke, mengeluh ke….next week pulak ada satu lagi last grup untuk first round sebelum dorang ke second round pula….ada peluang tonton la ye sebab bagi aku terhibur disamping boleh tahu tempat-tempat yang menarik di Malaysia ni…lagipun next year kan tahun melawat Malaysia…..boleh prepare dari sekarang destinasi percutian :-) …..Selamat berhujung minggu…

Aku juga nak ucapkan tahniah pada ijip kerana baru melahirkan baby boy dan baru tadi aku dapat berita gembira dari bat88 lak...dia pun baru saja melahirkan baby girl....hmmmm bestkan...berpasangan lak hehehe....semoga dorang sihat disamping cahaya mata masing-masing..

Friday, July 21, 2006

LUMBA DAN TEROKA...

KERANA aku terpengaruh ngan orang ni….so malam tadi aku pun bukak la channel 3 semata-mata nak tengok itu cerita explorace…sebelum ni, aku sentiasa la tak berkesempatan nak tengok…samada aku lupa waktu siaran ataupun aku memang ada hal lain…maklum ler kan malam jumaat…banyak aktiviti woooo muahahaha….

Kali ni explorace di taiping, perak, bersama 2 grup lagi, untuk detail beserta gambar, korang boleh tengok kat sini…aku seronok tengok grup yang budak2 melayu tu…kelakar abis…dorang memang nampak cam giler-giler…kiut jek tengok dorang pakai topi kepala anjing tuh hehehe….

Nampak tugasan yang diberikan memang berat dan mencabar la…budak2 melayu 2 orang tu pulak semua cam kurus-kurus…kecik je…aku tengok dorang pun cam hmmm..larat ke dorang ni nak buat semua tasks tu, bandingkan dengan satu grup lagi…memang cam senang-senang jek boleh kalah……tapi aku tengok semangat dorang memang bagus…walaupun nampak letih giler ngan tugasan yang mencabar, tapi dorang tak penah pun nak menyumpah ke..nak tunjuk muka masam ke…ceriaaaaaa jek….ke sebab masuk tv so dorang tu cam ala-ala berlakon control marah segala hehehehe….

Bila aku tengok setiap tasks yang dorang lakukan sentiasa abis lambat dari lawan dorang….aku rasa cam..alamak….kesian la dorang ni..nampak cam nak kalah je….tapi yang paling best…bila dorang kena mendayung sampan…kat situ la baru dorang dapat beat grup lawan dan untuk pertama kali mendahului….wahhhhh..masa tu aku dah seronok dah sebab cuma tinggal satu je lagi cabaran sebelum dorang ke garis penamat…..so tak sangka la…pada permulaan race, dorang cam ketinggalan..tapi semangat dorang yang aku rasa menyebabkan dorang berjaya mengatasi lawan dan seterusnya memenangi explorace taiping untuk ke cabaran kedua…tahniah….

Masa aku tengok citer ni, aku cam tengok taiping dari sudut yang tak penah aku tengok sebelum ni…baru aku tahu yang taiping punya banyak tempat menarik…yang aku tahu taman tasik taiping tu la, tapi selain tu aku tak penah tahu pun adanya tempat penyelidikan hutan paya bakau yang pengurusannya mendapat pengiktirafan peringkat dunia, cemana dorang buat kayu arang, zoo taiping yang cantik dan banyak lagi keistimewaan taiping….so aku salute la kat tv3 kerana sejak dulu sehingga musim ketiga explorace ni, telah banyak perkenalkan tempat-tempat menarik yang seharusnya perlu lebih banyak di explore dan dikunjungi…tiba-tiba cam teruja nak gi tepen…jommmmm

Wednesday, July 19, 2006

HARGA KEMODENAN...

CUKUP – cukup la citer pasal siti kan, ada perkara lain lagi yang lebih penting….hari ni pun mode serius gak…aku nak citer pasal isu yang tengah hangat sekarang ni…mungkin hangat bagi mereka yang ambik tahu la kan…dan mungkin satu berita yang asing pada mereka yang tiada sifat peduli….citer yang terlahir dari rentetan kisah kes azlina jailani…ehhh sapa tu?..tak kenal pun..glemer cam siti nurhaliza ke?..hehehe…azlina ni atau nama lain lina joy..haaaa…glemer ngalahkan siti jugakla….tapi glemer kat mahkamah la…..

Tentu semua dah sedia maklum dengan kisah lina joy kan, so takyah citer bab tu, yang aku nak citer adalah susulan dari kes itu….apsal..apa yang berlaku?....haaa banyak perkara dan isu yang timbul dari situ, aku tak tahu la kalau ada orang yang tido tu, kalau tak bangun-bangun lagi tak tahu la…baik la mati daripada nyusahkan orang nak kena kejut….muahahaha…apa aku citer nih..korang kan pandai….baca apa yang tersirat ye….

Minggu lepas, kawan aku, lawyer….ada pegi perjumpaan peguam pembela islam…banyak isu yang dibangkitkan dalam perjumpaan itu…baru nampak ada bersatu sikit lawyer2 kat Malaysia ni, kalau tak tu asyik sibuk pikir hujah sendiri tanpa pikir implikasi…lega aku dengar sebab ada tindakan yang sedang diusahakan..harap akan direalisasi dengan jayanya….

Semalam, member kat opis ada bagi satu risalah bertajuk ‘usaha menjatuhkan martabat islam dan menggugat identiti bangsa’…dalam risalah tu ada pertanyaan..apa yang boleh anda lakukan?....apa yang anda boleh sumbangkan sebagai individu dan kelompok?...untuk informasi lebih lanjut sila ke sini atau sini. Tak cukup dengan itu, member aku ni juga sedang dalam proses mengumpulkan seberapa banyak tandatangan untuk menentang apa yang cuba dilakukan oleh golongan pro penubuhan IFC (dulu dikenali dengan nama IRC) dan kumpulan article 11.1….dia bercerita apa yang didengar dalam satu ceramah apa yang cuba dilakukan oleh 2 kumpulan ini….semoga usaha member aku dan yang berkaitan mendapat restu dan berjalan tanpa ada rintangan…

Aku terpikir, untuk maju mesti ada sesuatu yang perlu dikorbankan….semakin maju Negara…semakin ada sesuatu yang lain pula akan menghadapi kepincangan….cuba lihat semua Negara maju yang serba canggih…..dan cuba lihat pula generasi yang telah lahir bersama dengan arus kemajuan…..tentu kita dapat lihat dan rasakan….kurangnya sifat kemanusiaan dan nilai murni….itulah harga yang perlu dibayar untuk dapatkan kemajuan dan kemodenan…cuba lihat saja Negara jiran….di Indonesia, sapa-sapa tak kira agama pun boleh kahwin…di singapura (ini dari pemerhatian aku sendiri semasa di sana) melayu singapura pulak yang terlebih barat dari kaum lain….cuba nilai sendiri….adakah sanggup semua perkara yang berlaku di depan mata baik jauh mahupun dekat bakal berlaku di sini, tanah air tempat tumpahnya darah nenek moyang yang berkorban jiwa raga semata-mata untuk membebaskan Negara dari dijajah oleh bangsa asing….and yet…what have we done?...membuka seluas-luasnya peluang kepada gejala asing untuk berbuat sesuka hati atas dasar kemajuan, kemodenan dan pembangunan…..mungkin kalau nenek moyang masih hidup…menangis dan merintih mereka akan segala yang terjadi ini….penyesalan tak terhingga kerana cucu cicit bangsa sanggup sia-siakan segala usaha, keringat dan darah yang tumpah…..hanya kerana apa?.......tepuk dada tanya selera…

Tuesday, July 18, 2006

RAHSIA?.....NO MORE..

MAKA….hebohla satu Malaya semalam…terjawab la segala persoalan yang dulunya biarlah rahsia hehehe….

Masa orang-orang kecoh semalam pasal siti nurhaliza nak buat press conference…aku lak ada discussion ngan mereka yang datang dari jauh, jadi mana boleh nak hampakan tetamu yang telah besusah payah ambik flight pagi semata-mata nak jumpa kita kan…tapi since discussion ni adalah something yang informal, jadi aku relax sket la dan membiarkan aja sms masuk bertalu-talu hehehe…

Ada orang ofis sanggup pegi makan kat tempat yang ada tv semata-mata nak tengok live press conference yang diadakan….tak kuasanya huhuhu…dan aku pulak..sambil berdiskusi tu lebih banyak berborak cerita-cerita sensasi…apa lagi kan tajuk utama sudah tentu ler siti nurhaliza dan datuk k hmmm…dalam hati…tak sangka lak dorang-dorang golongan professional nih kalau citer bab artis bukan main lagi hehehehe….

Aku apa lagi, lepas abis diskusi, malas pulak nak buat keje opis sebab pikiran dah tepu, so aku dengan busy body dan tak penah dibuat….cuba jadik wartawan sambilan tak bergaji…berikut interview aku secara rambang dengan mereka yang samada peminat fanatik siti, peminat suam kuku siti dan mereka yang tak tahu apa-apa citer hehehe….

“…apaaaaaaaa la siti nih..cam takde orang lain ke dia nak pilih…aku menyampah betul ngan datuk k tu…masa pc tadi tersengih-sengih kat sebelah siti….dalam hati agaknya…mesti gatai abis duk hitung hari bila ler boleh ngap siti…menyampah la…benci aku…”

lerrrrr datuk k senyum salah, tak senyum nanti dikatakan sombong pulak….abih cemana? hehehe

“…..hmmmm dah agak dah…mesti ngan datuk k, alahhh erra ngan yusri dulu pun kemain lagik buat majlis besar-besaran…ha tengok sekarang nih apa jadik?...aku nak tengok berapa lama lak yang nih boleh bertahan…aku boleh betting la…eh ko nak bet ngan aku….”

Uiks…boleh lak cenggitu….ada ke kehidupan orang pun nak diperjudikan…hmmm

“….dulu I minat betul ngan siti nih….semua cd dia I beli, konsert dia I pegi tau…tapikan sejak gossip dia ngan datuk k nih…I nyampah abis….apsal siti sanggup nak rampas suami orang?....ish tak suka la….”

Errrr….bukan ke perceraian datuk k tu dah sah?..tapi aku dengar gak..memang datuk k dah rancang perceraian tu sebab dia memang dah aim siti dari awal….hmmmm entahler..

“….wei…ko takde keje lain ke nak buat muahahaha….tapikan..aku rasakan lantak ler siti nak buat apa pun, itu hak dia….nasib baik gak dia cakap nak kahwin, kalau dia kahwin senyap-senyap…korang gak yang tak suka…haaa masa tu ngutuk aje lerr…”

hehehe…..aku banyak keje tapi saja buat-buat takde keje….haaaaa tulah sebahagian dari jawapan yang aku terima masa aku buat interview secara rambang semalam….kalau korang rasa kekalutan semalam aku rasa cam dorang semua memang takde hal lain yang nak ingat kecuali hal siti nak nikah…agaknya dorang tu tahu tak ada beberapa kejadian gempa bumi yang berlaku didasar lautan hindi sekitar jam 3 petang waktu tempatan Indonesia yang menyebabkan berlakunya kejadian tsunami yang melanda kepulauan jawa….ramai yang terkorban (aku tak sure berapa) dan masih hilang……dorang nih ada tak masa nak pikir apsal Israel dengan sewenang-wenang menyerang Lebanon selepas palestin dah tinggal sisa?...aku hiba bila tatap mayat kanak-kanak yang tiada dosa yang jadi mangsa kekejaman..dan yang bodohnya…..negara-negara kuasa barat sekarang tengah bermesyuarat nak ambil tindakan kepada kerajaan Lebanon sebab melancarkan serangan balas ke atas Israel…..hellooooooooo…….apsal kuman seberang lautan korang nampak, gajah kat depan muka korang buat derkkkk je haaaa….apsal Israel yang buat salah tapi tak pernah kena?....apsal?....aku letih nak pikir….agaknya memang trend camtu sekarang nih, mangsa yang akan disabit kesalahan sedangkan orang yang buat salah bebas untuk lakukan lagi kesalahan…..dunia…dunia….so pikirkan la…kalau setakat berita siti nak kahwin dengan hal ehwal dunia sekarang ni, aku rasa berita siti tu cam setitik susu dalam secawan teh tarik…tiada berbekas mahupun meninggalkan rasa……

Monday, July 17, 2006

MALAM YANG KELAKAR...

ADOI…..tak larat aku nak gelak dah….apsal lak tetiba je nak bergelak sakan…muahahaha….mana taknya, malam minggu ari tu, ada sorang kawan aku buat lawak hahahaha….citer dia cenggini……

Memula, kawan aku tu dah buat silap….terlampau excited nak gi tengok konsert af…sampai dia lupa nak e-mail kat orang berkenaan untuk dapatkan tiket konsert…muahahaha..merasala kan tetiba dia takde tiket nak pegi konsert….seb baik ler…aku ada, kebetulan memang aku dapat 2 tiket, jadi untuk tidak menghampakan member aku yang teruja ni, aku bagi satu tiket kat dia hehehe….

Janjinya..aku ambik dia kat rumah sebab memang dah dekat sangat dengan tempat konsert kalau lalu jalan kampong (errrr short cut ler tuh hehehe)…hmmmm dah sampai depan umah..member lak takde lagi…uiks…rasanya jam aku tepat je…manalak minah nih…lerrrrr….tak siap buat poster lagik ke….adussss…okke ler..aku tunggu ler sampai ko siap huhuhu…bila member dah sampai…laaaaa…tu jeke posternya…aku ingatkan ko jahit labuci bagai kat poster tu sampai lama betul nak siap muahahaha….tapikan…poster member aku nih..lain dari orang lain….orang lain buat poster untuk pelajar yang boleh diundi…member aku buat poster untuk pelajar yang jadik perhiasan dalam konsert…boleh gitu muahahaha….

Sampai kat sana, kak aidid ngan leo dah setia menanti kat depan kaunter dengan poster lotter dan amirul yang sungguh canggih dan kiut sekali hehehe….dah dapat tiket dari sm, kitorang pun pegi ler mengisi perut yang berkeroncong…aku baru teringat yang aku tak makan apa-apa sejak pagi melainkan 2,3 suap nasik lemak huhuhu…hmmmm…apa nak oder ekkk…nampak perkataan magi kat menu tu, tetiba tingat lagi rasa dah berkurun aku tak makan menda tu, jadi cuba je la maggi goreng (buang tebiat..tak pernah aku terasa nak makan maggi muahahaha)…member aku oder nasik lemak….masa nak tunggu makanan…leen, ijin ngan chail pun join…..si ijin ngan chail oder chicken chop….pastuh kat meja sebelah, aku nampak orang tu oder bukan main sedap lagi…tandoori…uwaaaaaa….apsal orang lain punya oder sedap semacam jek…aku yg kelaparan nih oder maggi goeing???? tensen nyerrrrr muahahaha…end upnya aku makan nasik lemak nhk, chicken chop chail dan sendiri punya maggi goreng hehehe….

Okke…kat dalam dewan memang penuh, mana-mana kerusi kosong cepat je dipenuhi ngan penonton yang tak bertiket tapi sanggup datang semata-mata nak tonton konsert…aku lak..sengaja pilih tempat yang agak ke dalam supaya takde ler tetiba muka kuar tv kan…perasan ler cam la cameraman tuh nak sangat shot pun (cameraman tu hensem woooo hehehe)….hmmm tapikan kalau dah duduk kat orang yang kiri kanan ada poster banner bagai…cam ada harapan je nak terglamer muahahaha….

So konsert start….seperti biasa sori ler kalau aku nak wat review….hehehe…aku cuma nak citer insiden yang kelakar jek muahahaha…..last pelajar adalah leez..pelajar reject dari konsert prelude yang diserap masuk seminggu semata-mata nak naikkan rating penonton diari dengan mengadakan telenovela singkat…nampaknya astro berjaya..mana taknya, masakan member aku nih sampai sanggup nak buat poster untuk leez muahahaha…yang kelakar dan sampai ke arini aku tak abih gelak lagi bila dah turn leez tu, member sudah angkat poster la kan…cameraman pun apa lagi…shot melulu je la…siap aznil pun perasan..apa lagi kena panggil la plak ngan aznil muahahaha…member aku dah gelabah…..aku yang duk sebelah..lagi ler…adoiiii mana aku nak sorok muka wei muahahaha…..tu la pasal…buat lagi poster yang tak serupa ngan orang lain..kan dah terlebih glamer malam tu….so sesapa yang menonton konsert malam tu, kalau perasan ada poster leez tu…ha perati ler muka glamer member aku tu…errrrr yang sebelah dia tu takyah tengok la ya hahahaha…..errrrrr…korang pikir ler sendiri ya sapa member aku yang glamer nih muahahaha….

Friday, July 14, 2006

URAIAN KEKUSUTAN...

NAMPAKNYA this few days ni, memang kena mode serius la, selain dari berita sedih yang aku terima dari teman-teman…hari ni ada lagi satu khabar yang…..buat aku rasa sungguh tak percaya..langsung tak terlintas dihati malah untuk memikirkan pun aku tak pernah yang sesuatu itu boleh jadi seperti yang dikhabarkan…..tak sanggup nak percaya bahawasanya seorang yang kita kenal, berborak setiap hari, buat joke bodoh sama-sama boleh terjebak dalam sesuatu yang sungguh tak disangka…..

Kenapa?...mengapa?...rasanya pertanyaan demi pertanyaan boleh aku ulang bertalu-talu…tapi…semua telah terjadi, benda yang dah berlaku…mana mungkin diulang masa supaya kita boleh tahu niat dan cuba menasihati…aku tanya diri lagi..apa sebabnya?....sampai begitu jauh sekali tindakannya….

Aku kira….setiap apa yang dah disuratkan punya cerita disebaliknya….kemungkinan yang boleh difikir sangat banyak untuk disenaraikan…tapi…hanya hati sendiri yang tahu kenapa sampai demikian tindakan….aku fikir lagi….sudah hilang kewarasan diri ke, sudah buta pintu hati ke..mana pergi rasional?....yang aku nampak hanya la emosi yang menguasai pemikiran diri sehinggakan boleh menyebabkan segala kejadian…sedangkan baru aku bertanya diri semalam….keputusan yang berlandaskan emosi…betulkah yang berakhir dengan penyesalan….bersifatkan rasional…sentiasakah terarah kebaikkan?

Sesungguhnya hari ini, aku mendapat jawapan pada pertanyaan aku semalam…jawapan yang tidak perlu aku fikir sehingga menimbulkan sakit kepala atau migraine..jawapan yang diberikan dalam bentuk perlakuan yang menimbulkan keinsafan….

Tapi aku sedar, setelah empat tahun aku mengenalinya…mana mungkin satu kesilapan ini mencerminkan dirinya…tiada langsung sifat yang menunjukkan…..dan aku baru sedar…betapa kehidupan amat besar membuat perubahan pada seseorang…tidak mungkin selamanya yang dikenali masih seperti yang telah kenal dulu…sesungguhnya…manusia berubah…....

Thursday, July 13, 2006

ERTI HIDUP?...AKU MASIH BELAJAR...

SEHARI dua ni, aku banyak terima berita yang sama….berita sedih….sedih untuk teman-teman..dan sebagai sebahagian dari mereka, sebagai seorang teman, aku hanya dapat hulurkan simpati…sudah lumrah, setiap kejadian pasti berlaku cuma tidak diketahui bila…

Bila kita dalam mode berfikir (mode yang kena serius sket hehehe)….sudah tentu kita dapat rasional dan yakin kat diri yang kita boleh hadapi dengan tenang, dah bagitau kat diri sendiri macamana akan hadapi, kadang-kadang siap buat standard operating procedure (SOP) lagi....sebab…kita dah tahu dan memang telah faham akan fitrah tersebut..tapi apsal bila ianya benar-benar berlaku, apa yang sudah kita fikir untuk buat, segala SOP yang dirancang…selalunya tidak menjadi….apsal ye?..adakah ini yang dikatakan emosional mengatasi rasional?...mungkin ya…perasaan tidak dapat dibendung dan dikawal minda….kalau tak takkan la ada peribahasa….ikut hati, mati…hmmm

Keputusan yang bagaimana harus dipertimbangkan….keputusan yang dikawal rasional atau yang ditentu emosi?....tidakkah itu semua harus dipertimbangkan dalam situasi yang tidak sama..benarkah setiap keputusan yang berlandaskan emosi dan gerak hati selalunya akan berakhir dengan penyesalan…..adakah setiap keputusan yang rasional, berasaskan pemikiran yang logik lengkap dengan segala aturan akan membawa kepada keputusan yang betul, memuaskan hati semua pihak dan yang penting hati, perasaan dan diri kita rasa lega, rasa betul dan rasa yakin dengan keputusan yang dibuat itu?..hmmm

Aku rasa la kan, semua orang pernah buat silap dalam mengambilkira keputusan yang dibuat..at least bagi aku pernah….ada impact?...tentu ada..kalau tak takde la aku silap dalam buat keputusan…tapi pernahkah kita fikir sebenarnya kesilapan itu la yang mengajar kita belajar tentang erti hidup (tingat lak kat lagu dayang…erti hidup hehehe)..belajar untuk cuba membuat keputusan yang lebih baik walaupun tak seratus peratus betul dan memuaskan hati…..baru la kita boleh cakap….belajar dari kesilapan…..

Monday, July 10, 2006

BERLALU ATAU BARU LALU?

ALAAAA…..kenapa kejap je musim dia datang…aku tak puas lagi nih nak menatap corak permainan, skil yang ditunjukkan oleh setiap pemain dan yang paling penting pemain-pemainnya yang taste dan star gittew hehehe…

Pagi tadi, berakhir la sudah piala dunia yang berkesudahan dengan penaltI yang menobatkan itali sebagai juara dunia mengalahkan peranchis….memang best dorang main, bola bagai melekat di kaki..baik itali mahupun peranchis, mutu permainan yang ditunjukkan memang bertaraf dunia..apatah lagi minit ke 7, bila zizou menjaringkan penalty…fuhhhh…memula tengok tu aku macam tak caya bola tu masuk sebab sekali imbas memang cam tak masuk…itu lah skill namanyakan..tak pun nasib baik hehehe…tapi apsal la zizou hilang cool dia, yang menyebabkan kad merah dilayangkan pada penghujung minit masa tambahan dikala itu adalah permainan terakhir zizou dipentas dunia..ish…frust aku tengok…takpe la…semua tu dah berlalu…sebulan yang penuh dengan tidur yang kurang, mata yang kuyu dan bawah mata yang aku rasa bertambah ler lebam hehehe..tapi rasanya puas sangat…walaupun pasukan favourite aku keluar dulu, aku tak kisah sangat sebab setiap pasukan yang bertanding sememangnya layak berada di german…hmmmm nak citer semua nih, tak buat keje la jawabnya aku nih hehehe…

Sabtu…aku text orang tu, pegi ke?...bila ok je…aku pun ok gak le..hehehe…sebenarnya itu ler pertama kali untuk tahun ini, aku turut serta memeriahkan konsert af musim ke empat ni, tak seperti tahun sebelumnya yang begitu mengujakan, this time rasanya aku lebih kepada untuk berhibur..terima kasih kepada sm kerana sudi bagi tiket, suasana sebelum konsert aku lihat agak meriah..aku masuk ke dewan agak lambat dan aku perhati ada ramai penonton yang tidak memiliki tiket sedang beratur untuk menunggu giliran masuk sekiranya masih ada lagi tempat yang bersisa….jika sebelum ini, di tv, aku lihat dewan yang tak penuh, tapi malam tu semua seat dipenuhi…aku malas nak cerita perjalanan konsert dan persembahan pelajar kerana sudah ada banyak blog yang bercerita..cuma aku tumpang sedih dengan terkeluarnya diddy dari akademi, aku faham perasaan bad selaku presiden diddy fc, tapi bagi aku, itu adalah petanda baik untuk bad sekiranya beliau benar-benar ingin membantu karier diddy…lebih cepat bad dapat bantu diddy lebih bagus kan…lebih baik fikir kesan positif daripada penyingkiran ini supaya segala kerja tidak terganggu dan perasaan tidak terlalu terbawa-bawa yang mungkin lebih menyebabkan kita lebih ‘down’…..hmmm rasa cam baru je perasaan nih berlaku kat diri sendiri hehehe….apa aku buat?...luahkan kepada mereka yang mengerti dan memahami…dan juga yang kita boleh bermanja la kan muahahaha….

So, hari ini….semua akan kembali seperti biasa..tiada lagi sms ditengah pepagi buta….ye ke? Muahahaha…..semoga segala apa yang kita usahakan walau untuk apa tujuan….mencapai apa yang diimpikan…