Thursday, February 14, 2008

MY LOVE LETTER...

FIRST masa aku nampak surat tu, rasa pelik…..fikir-fikir, rasanya segala pinjaman yang berkaitan dengan pengajian aku dah setel, apsal ada surat yang bersampul urusan rasmi kerajaan Malaysia..dialamatkan kepada aku pulak tu….suspen betul…dengan tak sabar tapi agak perlahan-lahan muahahaha, aku pun bukak surat tu…wow….apa la pulak ni, ada 2 helai kertas dalam sampul, aku baca isi kandungan helai pertama….langsung aku tak faham…apahal pulak dia panggil aku untuk membantu siasatan ni…huwaaaaa…..aku fikir-fikir…ada kesalahan jenayah yang aku dah lakukan ke…tak pun…ada sapa-sapa yang dah babitkan aku ke?...ada ke aku pegi mana-mana lately yang boleh libatkan aku pada kesalahan jenayah nih adoiiii…rasa berdebar-debar giler….ok, don’t panic…baca helaian ke dua pulak…hmmmm…last para tuh….suruh aku hadir pada hujung bulan ni, bawak semua dokumen pengesahan…untuk tujuan…jeng jeng jeng….huwaaaaaa…..ujian ketelusan cahaya cermin kereta aku rupanya…chesssssss….hampehnya

Rupanya selama aku paking kereta aku kat ofis tu, bulan lepas sudah ada orang dari satu agensi kerajaan ni, dah pegi siasat ala-ala csi (bagus betul dorang nih eh, punya la takde keje sanggup masuk kat paking opis aku dan pegi teliti cermin kereta aku hahahaha, macam la kereta lain yang kat atas jalan tu tak pakai cermin gelap)..yang aku tahu dari maklumat surat tu, pada suatu petang bulan lepas, dorang telah dapati kereta aku tidak menepati spesifikasi….kira salah tu hahaha…cam la aku tak tahu yang kereta aku memang cermin gelap giler, sapa-sapa yang naik kereta aku mesti ingat cam dah malam atau tetiba hari nak hujan padahal naik tu waktu tengahari, panas lagi hahaha

So dorang dah check nombor pendaftaran kereta aku, apa lagi kan…dapat ler surat berdaftar…sila hadir pada sekian haribulan dan bawa bersama dokumen-dokumen…..giler banyak dokumen kena bawak aku pun tak tahu menda dah…tapi agaknya dorang nak sahkan tu memang kereta aku kut…dan yang best tu…untuk jalani ujian ketelusan cahaya hahahaha…dah sah-sah cahaya tak telus…dan aku dah boleh buat kesimpulan kat sini, memang aku fail ujian tu nanti…..errrrr bersiap sedia untuk lihat aksi silap mata, sekejap gelap sekejap cerah balik hahaha….errrr….rasanya aku kena siap sedia call member kat workshop…..nak kena tanya stok ada lagi ke tak…maklum la kan, dah sure-sure kena ganti yang baru hahahaha…hmmm tengah fikir nih…nak pasang yang lebih gelap atau tak? muahahahaha