Friday, September 23, 2011

POST YANG TAK MENARIK LANGSUNG...

SURPRISE...SURPRISE....

 INDEED...sungguh terkejut, cemana tetiba ada..sungguh tak sangka, tapi takpe la...cuma peringatan untuk diri sendiri supaya from now on menjaga setiap apa yang ingin diluahkan huhuhu

Working out from office is indeed tiring...walaupun untuk jangkamasa yang singkat, tak enjoy langsung...so aku berfikir, sesapa yang ada hati berangan dan berhajat, nak ambik kesempatan melancong walhal datang ke satu tempat tu sebenarnya atas urusan kerja, dapat ke menikmati suasana yang kalau kita pergi memang tujuan untuk melancong

Kat opis memang selalu ada je yang kena kerja luar, tak kira la dalam negara atau luar negara, in fact aku pun pernah diberi peluang tersebut, so that is why aku try nak compare pengalaman ni.  Orang lain yang selalu dapat peluang ni, aku rasa (sebenarnya dorang gak yang bagitau) dorang suka nak ambik kesempatan untuk buat itinerari sendiri...dah alang-alang berada kat tempat orang apa lagi sambil menyelam minum air la. Tapi bagi aku, perasaan tu tak sama, minda aku sentiasa akan berfikir pasal kerja kalau aku pergi ke satu tempat atas urusan kerja, payah nak hapuskan pemikiran camtu dan kadangkala, kalau niat tu melencong sket, sure akan ada something yang menimpa aku yang buatkan aku tak dapat nak enjoy kerja sambil berjalan ni huhuhu...saja je kan

Mungkin sebab aku dah terbiasa berjalan tanpa perlu fikir pasal kerja as compared to kawan rakan yang terpaksa ambik kesempatan atas tugas luar untuk enjoy cam pegi holiday.  Aku tak salahkan dorang, mungkin itu la yang terbaek kan..dapat jalan-jalan tempat orang, free plak tu sebab company yang bayar n selalu kalau attend conference, akan ada slot host bawak half day tour..kira bonus la tu n betul-betul la dapat njoy cam pegi holiday biarpun sebenarnya terpaksa bekerja..dah jadi terbalik dah objektif utama dikemudiankan, objektif sendiri diutamakan...hmmm macamana tu? apa-apa je la kan, untuk dorang, selagi bos tak sound, takpe la kut huhuhu


Sunday, September 18, 2011

CERITA YANG PAYAU...

CUACA sangat tidak menentu kebelakangan ni, hujan selalu dari awal tengahari membawa kadang-kadang sehingga malam. Aku fikir hujung minggu yang panjang nih dapat la berehat dengan sepuasnya, maklum la sebelum jumaat tu, aku sentiasa libang libu, tapi takpe aku rasa puas sebab aku rasa aku dah bagi yang terbaik dan redha saja dengan apa keputusan yang diterima. Jumaat agak busy dengan aku siapkan masakan kegemaran untuk aku bawa ke kuala lipis...terkilan gak sebab cuti panjang tapi tak dibenarkan pelajar pulang, akibatnya kena la pegi melawat, dan seawal jam 5.30 petang, aku dah kerumah K.T kerana open house. Jumpa sedara dan jiran yang dah lama tak jumpa memang seronok, masing-masing busy so bila ada majlis-majlis cam ni la baru boleh borak panjang. hampir jam tengah malam baru balik, itu pun dah beberapa kali kena hujan yang sekejap renyai sekejap teduh...masa ni aku rasa ok lagi. Seawal jam 9.30 pagi sabtu tu, dah bertolak ke lipis..kali ni dah takmo pergi kat pak boh lagi...boring katanya asyik-asyik kesana huhuhu so trip kali nih memang pening..mana taknya, dah sampai lipis, patah balik ke raub hanya untuk ke restoran sentosa, restoran yang paling best so far kat raub untuk hidangan ikan sungai...apa lagi patin stim soya, sangat ringkas tapi patin sungai tu yang buat sedap giler...restoran terletak kat belakang masjid raub, asal restoran tu adalah rumah masa penjajahan british beratap biru so rasanya kalau lalu belakang masjid tu takkan terlepas. Dah lepas lunch, patah balik ke lipis, cuaca macam biasa sekejap hujan sekejap panas, dalam duk ulang alik tu, dapat mesej futsal pulak kat padang 1U kul 10pm...hmmm masa tu rasa cam tak penat pun so ok je la..sampai rumah jam 8pm, jam 9.30pm keluar ke OU plak tuk futsal..wahhh badan dah mula rasa semacam dah, tapi biasa la aku buat tak tahu je...mana bleh manja-manja sangat. balik rumah juga hampir tengah malam..dua hari berturut-turut. Betul jangkaan, bangun pagi peritnya tekak toksah citer la, suara pun dah tak keluar..alamak cemana ni, hari ni ada appointment kat cheras. kul 10am baru keluar dengan badan yang lemah, tekak perit dan rasa payau...habis appointment dah dekat jam 2pm baru sampai rumah aku dah rasa lembik dah....kala diajak ke al-rawsha, aku dah serender tak tahan..pegi la sorang, aku rela tido je...so sekarang ni, tekak masih sakit, makan apa pun tak rasa apa, abis tu cemana nak start sambung posa esok? tahun ni la posa aku dibulan syawal paling tak betul sekali, selalunya dalam masa kurang 2 minggu lepas cuti raya, aku dah berjaya setelkan segala, tapi nih dah nak masuk penghujung, masih bersisa yang belum setel..pepehal pun aku mesti try posa gak esok, lagipun selasa n rabu plak kena outstation, jadi mana mungkin aku posa dalam schedule yang ketat camtu....berdoa je la semoga aku sempat setel semua sebelum syawal berakhir....so berakhirnya cuti hujung minggu yang panjang tidak memberikan aku rehat yang secukupnya, tapi menambahkan lagi kesakitan yang sedia ada...apa-apa pun redha je la...

Thursday, September 15, 2011

WHATEVA

LUCU.. dengan perangai manusia...selalunya suka nak komen sesuatu yang diri sendiri tak tahu hujung pangkal, asal usul. Tak kenal tidak bermakna boleh berkata sesuka hati..tapi itulah yang paling disukai. Tidak terlintaskah bahawa apa yang dikomen itu sebenarnya mencermin keperibadian sendiri? komen ikut sedap hati, ikut hati mati bro..ikut badan binasa. Tak perlu la tunjuk kekurangan diri, tak perlu tonjol kejengkelan hati, cetek pemikiran dan rendah tahap mentaliti... cermin diri, hiasi peribadi

Wednesday, September 07, 2011

1 OKTOBER...

SASPEN gak... Tarikh ini aku perlu tunggu dengan debaran...nape? hmmm nak citer ke tak? rasanya lebih elok citer lepas dari tarikh atau citer sekarang? lepas dari tarikh la kan.. mana tahu kalau result yang diterima tak berapa nak best, takyah citer hehehe harap-harapnya bukan la tragedi Oktober...tolong doakan yang terbaik ye :D

Tuesday, September 06, 2011

POST RAYA SYNDROME

BARU bukak blog arini lepas lebih seminggu langsung tak sentuh pc/laptop...blogspot nih ada jek perubahan yang dibuatnya..blasah jek la, janji aku paham n buleh follow, kalau takleh gak..ubah balik kepada asal laaaa...harap-harap buleh la selari ngan perubahan, lagikan orang senang jek berubah..inikan pulak setakat nak paham blog kannn Sepatut balik dari cuti raya hari isnin dah kat opis, tapi mini buat hal plak...nape eh? seminggu raya, aku hantar mini melawat kaum kerabat..ye la daripada duk umah jek, pegi la jengok-jengok sedara kan...aku ingat dia happy la...aku balik kl hari sabtu, pagi-pagi dah bertolak dari selatan so sampai umah lam tengahari n as usual, perjalanan memang smooth...alhamdulillah, terlepas lagi dari sesak diatas jalan. so petangnya memang dah jangka mini balik sebab hari ahad takleh ambik mini sebab nak hantar manda. sabtu malam lepak umah leen n sempat call ms.grace suh datang tuk piano class esoknya, nasib baik ms.grace free, dah la call last minit, tapi sebab ms.grace memang insan yang baik hati n senang dibuli, ok je la hehehe. lepas kelas piano, manda balik lipis tapi aku tak ikut sebab penat yang melampau...bila dah sampai malam ayip tak sampai-sampai gak, aku n the gang pun pegi makan kat kedai je la. aku bawak mini, tapi sampai kedai asal aku nak lock jek dia bunyi, aku unlock and then lock balik, bunyi lagi...so aku lock secara manual..aku report kat ayip n kisah tu habis kat situ Sampai rumah, aku lock mini, kes sama berulang, ayip check n try unlock manual....nampak menjadi gak...tapi yang bestnya, kul 5 pagi tetiba kena kejut ngan bumyi alarm paling kuat..lam hati dah panas dah, sapa punya alarm la tu...rupanya kat rumah sendiri hahaha, sure jiran aku kutuk aku kow kow pagi semalam...so kesnya macamana nak pegi keje kalau mini asyik duk menyalak jek...kat hp keluar mesej ultrasound sensor trigger...apa lagi call la mekanik, ambik mini, ingat kejap jek..rupanya satu hari dari pagi sampai ke petang baru siap...so happy la, kiranya takde problem dah..mana tahu, pagi tadi aku dah sampai opis, dah parking baik-baik...alarm mini takmo berenti terjerit-jerit..dah berbelas mahupun berpuluh mesej keluar menda yang sama..ultrasound sensor trigger..ish ish ish nih yang geram nih...solutionnya...aku lekatkan pita pelekat kat sensor dalam mini tu n tadaaaa...untuk sementara alarm tak bunyi dah....alamat nak kena hantar mini jumpa sedara la lagi tu...hmmmm....berapa pulak la lagi yang mengalir huwaaaa