Sunday, January 22, 2012

2012...Be nice to me...please :D

LAST post was in 2011...great and some more with not so nice rambling..tiring experience that I had in a few last days of 2011....just great, why must my last post in 2011 had to be a negative stories? blamed myself....for not having enough time to update before time, for keep on forgetting to update the blog before time bla bla bla..the list went on...

ESOK adalah hari tahun baru bagi mereka yang berbangsa cina dan aku di sini, takde buat apa baru teringat nak updet blog sambil dengar bunyi mercun berdentum dentam kat luar rumah..hmmm. selalunya pada cuti tahun baru cina aku juga akan ikut bersama meredah sesak jalanan, samada balik kampung atau kemana-mana destinasi, tidak pada 2012 ini, walaupun ada cadangan untuk ke PD...aku dengan pantas menolak, ntah apa-apa alasan aku tapi aku tak sanggup ke PD sebab aku takut dengan teori TERjumpa hahahahaha...very lame excuse eh no no...very good excuse :p walaupun dalam hati aku melonjak-lonjak nak pegi sebab aku sudah rindu sama itu budak yang comei yang telah bikin tangan aku lenguh beberapa hari akibat berdukung, tapi sebab aku sangat rasional maka aku tahan tahap kemeluapan rindu aku tu...sakit gak eh tahan LOL

KENAPA aku lambat sangat updet..dengan takde wish tahun baru pun..alaaaaa dah aku tak sempat, nak buat cemana.  Kadang-kadang biar lambat asalkan ada la something, jangan sampai takde langsung padahal aku berazam cam ala-ala takmo biarkan blog ini terbengkalai..aku punya alasan sendiri

AKU harapkan sinar bahagia pada tahun ini, aku harapkan apa yang dirancang dan dibincang akan ada progres biarpun hanya sedikit, tapi biar la ada kesan yang boleh gembirakan aku setidak-tidaknya.  Bagi aku setakat ini, 2012 bermula dengan baik.  Aku ada few things yang aku rasa nak buat pada 2012 agar berikan impak sedikit, maksudnya sesuatu yang boleh dikenang..apa menda tu biarlah rahsia, bukan takmo tulis kat sini tapi aku akan tulis bila dah dapat lihat hasil atau membuahkan hasil...itu janjiku

2012 juga aku akan sibuk dengan urusan adik aku....tak sangka akhirnya my baby bro akan mengakhiri zaman solo tahun ini.  Bulan depan aku dan yang lain-lain akan menjadi wakil peminangan....wahhh bila plak aku jadi dewasa n play important part camni, selalu aku tengok mak-mak orang lain tapi this time aku ikut sama sebagai wakil, ini keje serius ni, mana ada aku buat keje-keje serius selain dari memang keje-keje opis aku ekekeke...tapi demi adik kesayanganku, blasah la...aku berdoa semoga segala yang dirancang untuk adik aku akan berjalan dengan lancar dan jayanya...kalau aku ajak datang umah untuk kenduri nikah adik aku tu agak-agak boleh datang? masa tu takde la TERjumpa ye hahaha

SETAKAT 22 hari bersama 2012, still pleasant...aku rasa pleasant la sebab ada insiden aku eksiden pun aku boleh happy...pelik tapi benar la kes ini, tak kesah la..janji aku happy n aku takmo peduli apa orang kata janji aku happy...this time biarlah aku plak happy kan diri sendiri, dah lama jugak aku happy kan orang lain dan pendamkan perasaan sendiri...so 2012...be good to me, be nice to me...I want to feel happiness even if this will be the last time....