Tuesday, April 01, 2008

Terrrrrrr...JATUH

TERJATUH….satu perkataan yang bawa seribu makna tersurat dan tersirat, jatuh apa yang aku nak cerita ni? Sebab banyak betul jatuh yang aku alami dan rasanya tak cukup nak citer kat sini hehe..rasanya mamabat lagi terer bab-bab jatuh ni kut, kan mamabat kan? Muahahaha….abis ler aku pasnih

Sebelum aku citer pasal jatuh….dalam masa aku tak update blog ni ada banyak perkara yang berlaku dan antara yang terpenting, pulangnya ibu sham ke rahmatullah…aku dapat call dari has, tu pun dah sedikit lewat sebab si has ni panic sampai terlupa nak call aku…aku sempat sampai ke hospital selayang dan menziarah buat kali terakhir sebelum dibawa ke tempat persemadian kekal di gombak…yang sedih, sham tak dapat bersama sebab masih lagi di Riyadh..

Dua hari sham sampai kl so aku ngan has rancang pergi ke rumah aki, abang sham kat cheras untuk majlis tahlil…since has call aku pun dah agak lewat, dan janji nak pegi sebelum maghrib so aku pun terkocoh-kocoh la balik dari ofis…sebelum nak sampai rumah, ada pulak pesanan suh beli barang sikit…so aku dengan keadaan yang tergesa terus la plak menyimpang singgah ke kedai….nak jadi cerita, sebaik aku nak melangkah dari kereta, ntah cemana nak jadi ntah, tetiba aku cam tak lepas nak keluar kereta tu sebab aku rasa heels dah sangkut ngan kain baju kurung aku so end up aku terjatuh kat tepi tu hahahaha….panik jap, malu pun ada…tapi aku rasa cam orang tak nampak aku sebab aku jatuh in between cars so dengan muka selamba aku bangun dan terus je masuk kedai beli barang..masa tu dah cam terasa je lutut aku cam ada rasa sakit sikit..tapi aku buat tak peduli je la..sebab tengok jam cam dah terlambat…sampai rumah je, teringat lak has pesan takyah la mandi-mandi bagai huhu…tapi aku yang dah berpeluh dan rimas nih, terus je la nak tengok apa dah jadi kat lutut aku….selak je terus aku tengok lutut aku berdarah-darah, luka cam sikit dalam so darah tak mo berhenti plak…lerrrr…lagi la aku panic, ingat kan sikit je rupanya lebih dari apa yang aku jangka..nak taknak kena la mandi dan bersihkan luka..

Bila aku citer kat has dia gelak je cakap aku clumsy hahaha, aku dah rasa dah lutut aku dah berdenyut dan lebam dan bengkak…tak sangka nak jadi camtu, so pegi tahlil dan sempat jumpa sham, tapi tak dapat nak tunggu lama sebab aku dah rasa cam tak sedap badan dah…sakit jugak rupanya eh, aku rasa cam dah lama aku tak kena luka camni so dah lupa apa rasa sakit hahaha….so sampai sekarang ni parut masih ada walaupun luka dah sembuh..tetiba aku cam teringat peribahasa melayu yang citer pasal luka dan parut ni kan….sebab bila aku tengok parut kat lutut aku ni, cam teringat la kejadian yang berlaku dan kesakitan yang terasa…hmmm sangat relevan peribahasa itu…dan aku pulak, sangat la cuainya…nasib baik kain aku tak koyak ke hapa…lutut aku pulak yang koyak huhu….

Alfatihah buat ibu sham…

Wednesday, March 12, 2008

Important and Priority...

Baru-baru ni, ada satu persoalan tentang isu kepentingan..samada sesuatu itu atau seseorang itu dianggap penting atau tak penting…sehingga membawa kepada timbul sesatu perasaan…sedih, sakit hati dan terasa..lebih kurang camtu la…

Isu tu memang nampak cam habis setakat tu saja…in silence, tapi sebenarnya cukup lama ada dalam fikiran aku, masa drive menuju ke tempat kerja dan balik pun aku fikir juga…dan dari situ, aku dapat satu jawaban…macam aku mencari dan ‘menanti sebuah jawaban’..sesungguhnya apa yang dapat aku simpulkan..bila bercerita pasal penting akan ada satu lagi kata nama iaitu keutamaan…important and priority…ini kesimpulan aku, kalau ditanya penting atau tak..jawab aku..ya, memang sangat penting bagi aku, tapi tidak dapat diberi first priority buat masa ini, dan aku rasa jawaban itu juga akan sama pada mana-mana isu pun…kerana first priority itu adalah sesuatu yang sehingga kini yang antara penyebab mengapa dan kenapa penting itu harus disimpan saja…

Sangat sukar untuk berkata penting, tapi lagi amat sukar untuk tidak hiraukan keutamaan…sesuatu yang menjadi priority tidak semestinya terpenting dan sesuatu yang amat penting boleh saja terpaksa tidak dihiraukan keutamaannya..

Itu kesimpulan aku pada isu yang ini, itu jawaban aku pada pertanyaan IMPORTANT…

Thursday, February 14, 2008

MY LOVE LETTER...

FIRST masa aku nampak surat tu, rasa pelik…..fikir-fikir, rasanya segala pinjaman yang berkaitan dengan pengajian aku dah setel, apsal ada surat yang bersampul urusan rasmi kerajaan Malaysia..dialamatkan kepada aku pulak tu….suspen betul…dengan tak sabar tapi agak perlahan-lahan muahahaha, aku pun bukak surat tu…wow….apa la pulak ni, ada 2 helai kertas dalam sampul, aku baca isi kandungan helai pertama….langsung aku tak faham…apahal pulak dia panggil aku untuk membantu siasatan ni…huwaaaaa…..aku fikir-fikir…ada kesalahan jenayah yang aku dah lakukan ke…tak pun…ada sapa-sapa yang dah babitkan aku ke?...ada ke aku pegi mana-mana lately yang boleh libatkan aku pada kesalahan jenayah nih adoiiii…rasa berdebar-debar giler….ok, don’t panic…baca helaian ke dua pulak…hmmmm…last para tuh….suruh aku hadir pada hujung bulan ni, bawak semua dokumen pengesahan…untuk tujuan…jeng jeng jeng….huwaaaaaa…..ujian ketelusan cahaya cermin kereta aku rupanya…chesssssss….hampehnya

Rupanya selama aku paking kereta aku kat ofis tu, bulan lepas sudah ada orang dari satu agensi kerajaan ni, dah pegi siasat ala-ala csi (bagus betul dorang nih eh, punya la takde keje sanggup masuk kat paking opis aku dan pegi teliti cermin kereta aku hahahaha, macam la kereta lain yang kat atas jalan tu tak pakai cermin gelap)..yang aku tahu dari maklumat surat tu, pada suatu petang bulan lepas, dorang telah dapati kereta aku tidak menepati spesifikasi….kira salah tu hahaha…cam la aku tak tahu yang kereta aku memang cermin gelap giler, sapa-sapa yang naik kereta aku mesti ingat cam dah malam atau tetiba hari nak hujan padahal naik tu waktu tengahari, panas lagi hahaha

So dorang dah check nombor pendaftaran kereta aku, apa lagi kan…dapat ler surat berdaftar…sila hadir pada sekian haribulan dan bawa bersama dokumen-dokumen…..giler banyak dokumen kena bawak aku pun tak tahu menda dah…tapi agaknya dorang nak sahkan tu memang kereta aku kut…dan yang best tu…untuk jalani ujian ketelusan cahaya hahahaha…dah sah-sah cahaya tak telus…dan aku dah boleh buat kesimpulan kat sini, memang aku fail ujian tu nanti…..errrrr bersiap sedia untuk lihat aksi silap mata, sekejap gelap sekejap cerah balik hahaha….errrr….rasanya aku kena siap sedia call member kat workshop…..nak kena tanya stok ada lagi ke tak…maklum la kan, dah sure-sure kena ganti yang baru hahahaha…hmmm tengah fikir nih…nak pasang yang lebih gelap atau tak? muahahahaha