Monday, August 22, 2005

SABTU lepas..dalam pukul 11 pagi tu aku dengan kakak aku terus ke Shah Alam...bukan nya apa..bukan nak tengok konsert akademi fantasia tau (ehh aku ni tak kebah demam lagi ke?)..walaupun bila lalu kat tepi stadium kitaorang gelak memanjang..lucu bila ingat waktu ke konsert bersama hehehehe...sebenarnya tujuan aku ke shah alam tu sebab nak jumpa akunya tailor baju..susah sangat nak jumpa dia ni sebab dia datang kl setahun adalah 2 kali camtu je...dia tinggal kat KB, so selalunya kalau aku nak tempah baju..kain tu aku akan pos atau kirim pada sapa-sapa yang nak balik kampung..bila dah siap..tukang jahit akan poskan baju aku ke sini..hehehe..dahsyat tu..bukan tak nak tempah baju kat sini..tapi, aku memang takde tailor kat kl ni..dah tempah baju ngan dia ni since aku anak dara lagi..kami sekeluarga memang tempah dengan dia..jadi susah nak cari orang yang jahit baju yang sesuai dengan aku...pernah aku tempah baju kat kl...bila pakai memang rasa kurang selesa..dah la harga tempahan pun boleh tahan...tu yang rasa tak berbaloi, dengan tailor aku walaupun harga takde la murah, tapi kualiti pakaian yang dijahit tu memang kita puas hati..macam aku ni bila dapat baju baru siap dijahit terasa nak pakai dan dan tu jugak hehehe..so hari sabtu tu dapat few baju baru..hmmm bila aku nak melaram ni ye...

Hari Ahad, pun pepagi lagi aku ke bandar sunway..sebab apa, hantar ammanda ngan izzad untuk grading taekwando..hehehe untuk ammanda ni kali ketiga, tapi izzad kali pertama..aku tanya..dah hafal ke step untuk dia punya 'shaju carigi'..pas tu aku suruh la dia praktis depan aku...hmmm biasa la kalau izzad..banyak betul alasan dia..kalau tak ingat dia boleh keras cam batu je kat depan tu..hehehe lantak la..janji dia seronok dapat ambik periksa ni..

Dalam pukul 9 pagi cam tu 'sir' diorang sampai..so dimulakan dengan pelajar gred 10..belt takde kaler..izzad la tu hehehe..dia 3 orang semuanya..start la buat kat depan sir tu..aku tenguk..pandai pulak dia serius..boleh tahan jugak dianya kick..overall ok la..takde la lupa step..cuma cam kelam kabut sikit..well done izzad :-)....ammanda gred 8, yellow belt..and as usual..she performed well..dia ni memang workhard..boleh nampak beza antara dua ni, kalau girl kerja kuat, kalau boy..suka main-main..memang macam tu ke..sebab aku rasa daripada pemerhatian dan pengalaman aku sendiri pun aku boleh buat kesimpulan macam tu..tak tahu la...

Dah dekat pukul 11.30 pagi..semua budak-budak dah habis performed untuk grading memasing..so sir pun umumkan la...izzad naik gred 9, jalur kuning..dan ammanda sekarang jalur hijau..gred 7..congratulations guys..you made mama proud of you...

2 comments:

Anonymous said...

congrats ammanda and izzad..
it's not boys or girls, it is their character I think..cheh..kkecek omputih pulok OO ni..faeqah tu sama je character macam izzad - suka buat 'keras macam batu'...people say 'middle child syndrome'..kade2 pening! tapi gak lo no quite okay doh la sikit...acu tera gi ata kat genius gym tu, sejam je onve or twice per week. Kelas GG ni not only focus to academic, but also building profile/character..call kalu nak detail explaination :)

-onde2

Orgkampung said...

tu la OO ...mace best je GG nih..nanti kita calling2 okke..esok sapa jumaat ni mama demo nih busy..takdok dhumoh..kalu join mungkin september la kut dih..mudoh skit hehehe