Friday, March 24, 2006

MASA YANG SINGKAT...




AKU pun dah penat sangat nak citer betapa aku berkejar ke sana ke mari…outstation sana sini…muak rasanya..apa lagi korang yang bacakan hehehe…harap-harap dan rasanya bulan april ni kurang la akunya aktiviti keje luar…..kita ni pelikkan, kalau terperap kat opis, kita sibuk dok jealous kat orang yang pegi sana sini, kita pun sibuk gak cari peluang nak keluar dari opis tapi kalau selalu sangat pulak, kita (read: aku) rasa jemu pulak, tetiba cam rasa malas dah nak buat semua tu hehehe..tu la, memang tak pernak nak rasa bersyukur…bercakap pasal bersyukur ni..baru-baru ni aku berhadapan dengan situasi yang kalau boleh tak de sesapa yang pun nak hadapi tapi nak buat cemna, aku kena hadapi jugak…

Aku punya la bengang…tak yah citer la…kadang-kadang kita (read: aku lagi) yang baik ni pun (baik kan hehehe) rasa cam nak mengamuk jugak..memang rasa cam tak berbaloi la, kalu buat sesuatu, bersusah payah bekerja keras tapi in the end, rasa macam tidak di hargai apa lagi untuk ucap terima kasih. Bukan sanjungan atau pujian yang aku mintak, tak yah bagi VIP treatment pun..tapi tu la orang, kalau kita baik sangat pun susah..kalau kita jenis yang tak kisah (bukan aiman je yang tak kisah ye hehehehe) pun susah..orang at any time akan take advantage kebaikan kita, keikhlasan kita….

So aku sudah belajar something agar jangan terlalu baik, terlalu ikhlas dengan orang yang tak reti nak appreciate sebaliknya berikan kebaikan dan keihklasan kepada orang yang berhak untuk menerima semua itu…

Mungkin update ini juga akan terbiar lama di sini sebab aku tak akan dapat update blog aku buat beberapa ketika..tengok ler kalau ada peluang aku akan update jugak..tapi sampai next update…harap korang enjoy dengan life dan keje korang…keje, keje jugak..tapi perlu diingat untuk luangkan masa dengan yang tersayang, disayang dan menyayangi..errrrrr..makna perkataan tu berbezakan hehehe….mana la tau….ada orang tu busy sangat sampai lupa kan seseorang..haaaa jangan sampai orang yang menyayangi merajuk ke hapa ke…korang gak yang susah kan….sampai ketemu lagi…take care.. :-)

No comments: