Sunday, November 26, 2006

GUBRA...

MINGGU yang sibuk….dan yang paling aku tak jangka akan berlaku…telah berlaku…hampeh betul…dah la masa tu aku takde kat sini nak perbetulkan apa-apa yang patut….back up lak tertinggal kat umah..hmmm…apsal ler kelam kabut tak sudah-sudah….dah balik pun…still aku tak de masa plak nak pegi betulkan keadaan…..

Minggu ni jugak bermulanya marathon pegi kenduri umah orang kawin…ramainya kengkawan dan kenalan yang ambik peluang cuti sekolah untuk dirikan tangga dan masjid kan….tahniah la diucapkan pada mereka yang berani menempuh cabaran baru..semoga anda kalian berbahagia selamanya…

Kawan aku sorang ni….dia ni umur dah awal 30an…masa muda-muda dulu dah banyak pengalaman, kira kalau citer dah boleh buat buku untuk ambil iktibar hehehe….baru putus cinta jarak jauh….susahnya bercinta dengan gadis dari seberang, yang kebetulannya aku jugak kenal…setelah 4 tahun, ambik keputusan berpisah….kalau nak citer alasan dan sebab musabab…blog aku nih takde citer lain la jawabnya nanti hehehe…

So kawan aku ni…diperkenalkan oleh kawan-kawan yang lain pada sorang gadis….tengok gambar je terus cam terdetik kat hati dia…”yang ni la yang aku cari-cari”….itu citer dia kat aku la kan….yang aku kelakar…..punya la dia suka sangat kat budak tu, sampai gelabah tahap maut punya muahahaha….dan aku ni ler jadik penasihat tak bertauliah…cam la banyak sangat pengalaman aku hahahaha….boleh kira ngan jari sebenarnya pengalaman aku nak mengorat orang….tak sampai sebelah tangan pun kalau nak dikira huhuhu….nasib la kan..sapa suh mintak nasihat dari aku muahahahahaha….belum penah jumpa lagi ngan budak tu…katanya…aku taknak ler nampak rakus sangat muahahaha….taknak ler tunjuk desperate muahahahhaa…..aritu, pegi Jakarta ngan aku, siap mintak tolong aku pilihkan kain kebaya…..taste aku kan….mesti la yang paling cantik dari segi halus dan kualiti buatannya…memang puas hati la, sampai kawan aku nih pun memang tak pilih yang lain, terus jek setuju ngan apa yang aku pilih tu…..yang aku kelakar lagi ni, termenung lak dia, nak jumpa sendiri ke nak bagi hadiah tu atau nak pass kat orang jek muahahahhaa….dilema betul orang yang nak bercinta ni kan…..sambil-sambil tu laju je tangan duk berbalas-balas sms ngan budak tu hehehe…..siap ada satu sms tu, budak tuh dah bagi hint dah macam nak jumpa…dan kawan aku yang angau nih….dengan betul bendulnya pegi jawab macam mamat skema muahahaha….lepas tuh baru perasan…tak sudah-sudah tepuk dahi sebab dia bleh tak perasan ada udang disebalik mee punya sms muahahaha….hmmm….tak larat aku nak layan kawan aku nih….aku doakan je la dia jumpa cecepat ngan budak tuh, tunggu je la perkembangan seterusnya hehehe

No comments: