Friday, November 03, 2006

KEMBALI...

BALIK dari cuti raya, hari isnin tu terus sibuk dengan program ofis sampai la semalam…dah la penat raya tak hilang lagi, terpaksa pulak berkejar ke sana sini dalam 3 hari….kalau badan dah letih, bagi aku fikiran pun cam tak betul..maksudnya berfikir pun dah tak betul dah, aku rasakan kalau masa tu orang mintak ngan aku apa-apa pun, jawaban aku ia kan je..bagi je apa yang dorang nak hehehe…lagi satu, kalau aku terlampau letih..aku ada bad habit iaitu aku suka kalau ada orang manjakan aku muahahahaha..

Hari raya yang lalu, macam biasa….terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dan menempuh jam yang lama….tapi letih menghadapi semua tu hilang bila aku nampak wajah-wajah yang aku rindu untuk jumpa dan cium tangan mereka..itulah nikmat hari raya bagi aku…..dan seperti biasa jalan-jalan ke rumah saudara mara, banyak pulak jemputan kenduri..pegi je la sebab dah lama tak berjumpa…tapi sebenarnya aku paling seronok kalau balik kampong dapat berkumpul bersama adik beradik…kalau selalunya tak pernah cukup, tapi di hari raya semua wajib balik….so masa ni lah kitorang akan berborak dan bercerita perihal masing-masing…

Dah habis cuti raya..sibuk la pulak nak pegi open house kan….weekend nih dah berderet-deret list open house…aku tak tahu nak pegi yang mana sebab all over kl….selalunya kalau camtu..end up aku tak pegi semua muahahaha…

Selamat kembali kepada semua, selamat menyambung tugasan yang bertangguh sebab masa bulan puasa malas nak keje (tu aku la tuh hehehe)…selamat berpuasa sunat syawal….yang dah abis, selamat beraya lagi..yang baru nak start…teruskan usaha..bagi aku…aku akan buat seperti apa yang aku baca dalam paper minggu lepas…teringat kata-kata seseorang tentang ini….persamaan dan kebenarannya…

No comments: